6 July 2018

SIMPANAN KEWANGAN SABAH-DOLAK DALIK SHAFIE MEMAKAN DIRI SENDIRI

Pada 27 Mei, 2018 dalam satu ucapan di Hongkod Koisaan, Penampang yang dilapor DISINI Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Datuk Shafie Apdal menyatakan bahawa Kerajaan Sabah beroperasi dalam keadaan defiset (berhutang), kerana tiada simpanan kewangan. Beliau menyangkal, bahawa Sabah mempunyai simpanan kewangan lebih RM3bilion seperti mana dinyatakan oleh kerajaan Barisan Nasional Sabah sebelum PRU-14.

Namun, ironinya, tidak sampaipun dua bulan, kenyataan itu disngkal sendiri oleh beliau, apabila dalam sidang DUN Sabah pada 5 Julai, 2018, mengatakan sebaliknya, kerana Sabah setakat Jun, 2018 mempunyai simpanan kewangan sebanyak RM3,305.4juta atau lebih RM3bilion.

Menerusi sidang itu juga, Shafie mengakui, bahawa Sabah tidak mempunyai bayaran tertunggak kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak, ertinya, pengurusan kewangan Sabah sesuai dengan pengiktirafan Ketua Audit Negara, selama 16 tahun tanpa teguran, selain penarafan Agensi Antarabangsa, Standard & Poor, yang memberikan Triple AAA.

Kenyataan Shafie berkaitan kewangan negeri, sebenarnya bertujuan memberi tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Tan Sri Musa Aman.

Pada tahun 2003, semasa Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, simpanan kewangan negeri hanya berjumlah RM184juta. Dalam tempoh 14 tahun telah meningkat kepada RM3,31bilion atau bertambah RM3,121.4juta atau 1,696.41% dengan purata 121.17% setahun.

Selain itu, semasa pemerintahan Musa, Bajet negeri telah beberapa kali mencapai rekod, iaitu melebih RM4bilion, dan iroinya, bajet-bajet itu adalah bajet surplus.

Jika kerajaan Sementara Sabah akan disahkan sebagai kerajaan yang sah, adalah diharapkan, boleh membentangkan bajet setidak-tidaknya sama dengan jumlah bajet yang dibentangkan sebelum ini, dan sudah tentunya diharapkan bajet itu adalah bajet surplus.

Rakyat Sabah ingin sangat melihat, apa kah kerajaan yang menggantian kerajaan Barisan Nasional dapat mengumpul simpanan kewangan lebih daripada yang ditnggalkan Tan Sri Musa? atau berkali lipat? 

Jika mengikut kadar peningkatan simpanan kewangan negeri sebesar 121% setahun, maknanya, selepas 5 tahun, Sabah perlu mempunyai simpanan berkali-kali ganda (tekan kalkulator, anda akan tahu jumlahnya).

Ada lah satu cabaran utama kepada kerajaan "pimpinan" Shafie, apa kah dapat mengumpul kewangan dan pada masa yang sama dapat membangun negeri sepantas kadar pembangunan dan kemajuan semasa era Tan Sri Musa? Lima tahun akan datang rakyat Sabah menilainya!!!! Semoga, erti peribahasa tikus membaiki labu, kera mendapat bunga tidak berlaku.

5 July 2018

9 JULAI, MUSA ATAU SHAFIE?

Di DUN Sabah, Parti Warisan Sabah, DAP, PKR dan UPKO mempunyai 43 penyokong (termasuk 3 ADUN dilantik), manakala yang menentang 21 daripada 63 ADUN.

Keputusan PRU-14, Bn menang 29, PWS-21, DAP-6, PKR-2, STAR-2.

Pada 10 Mei, 2018, BN bekerjasama dengan STAR membentuk kerajaan Negeri, sebab itu Pengerusi Bn masa itu- Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau mengangkat sumpah. Kerajaan yang dibentuk itu telah mengadakan mesyuarat kabinet pertama pada 12 Mei, 2018.

Namun, kerajaan yang dibentuk itu hanya 48 jam, atas sebab 4 pengkhianat ADUN Umno, dan 2 ADUN UPKO menyokong gabungan PWS, DAP dan PKR. 

TYT Sabah berasaskan keadaan itu, melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei, meskipun Musa dan kabinet beliau tiada yang meletakkan jawatan.

Ekoran keadaan itu, maka TS Musa Aman menggunakan Mahkamah menentukan siapa sebenarnya Kerajaan yang sah, dan diketahui pada 9 Jula.

Bagi rakyat Sabah, masih menunggu keputusan mahkamah, bagi menentukan kerajaan yang sah secara rasmi.

Pada Isnin, sesiapa yang tinggal berdekatan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu, datanglah bagi mendengar keputusan.

KES MAHKAMAH DS NAJIB RAZAK AKAN MENGAMBIL MASA YANG PANJANG

DALAM kes jenayah diperlukan pembuktian yang saksama. Melihat kes yang dituduh kepada DS Najib Razak, ianya akan melibatkan bertimbun dokumen, melibatkan ramai saksi, bagi mengwujud kes tanpa keraguan, untuk memanggil OKT untuk mempertahankan diri.

Nampaknya pihak pendakwaan memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menutup kes, kemudiannya pihak pedakwaan pula mengemukakan hujah pembelaan, sebelum mahkamah tinggi membuat keputusan. Jika mahkamah tinggi mendapati ada prima facie, maka perbicaraan sebenar berjalan, dan akan memakan masa. 

Nampaknya, sehingga PRU-15, kes DS Najib Razak tidak akan selesai.

Dalam proses perbicaraan adalah peluang terbaik mantan Perdana Menteri itu membersihkan nama, asalkan perbicaraan mengikut lunas undang-undang, tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan yang memerintah.

Empat pertuduhan terhadap DS Najib Razak yang dibacakan di Mahkamah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Rabu, 4 Julai, 2018, dijadualkan didengar pada Februari-Mac tahun 2019, memandangkan pihak pendakwaan belum bersedia membuat pendawaan.

Penangguhan merupakan satu tindakan penyeksaan terhadap tertuduh, bukan sahaja daripada segi mental akan tetapi daripada segi kebebasan.

Bagi DS Najib, walaupun mahkamah menahan pasport beliau sebagai syarat tambahan kepada jaminan, ianya tidak membawa makna apa-apa kerana beliau dilarang keluar negara.

4 July 2018

JANGAN MELAMPAU MENGAIBKAN NAJIB

DS Najib Razak Di Mahkamah Jalan Duta, KL
SELEPAS rakyat bertahun-tahun dimomokkan dengan 1MDB, dan RM2.6bilion, sehinggakan rakyat menghukum parti Barisan Nasional pada PRU-14 kerana dua isu itu yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak, akhirnya pada hari di Mahkmah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pertuduhan terhadap PM ke-6 itu tidak kait mengaitkan dengan momokkan berbagai pihak termasuk DOJ Amerika, melainkan satu pertuduhan baharu.

Melihat kepada tuduhan terhadap mantan Perdana Menteri, penulis yakin akan mencontohi kes Perwaja dan PKFZ yang akhirnya mahkamah mendapati, tiada kes prima facie terhadap Orang Yang Kena Tuduh (OKT).

Melihat kepada 4 tuduhan terhadap DS Najib Razak, ianya kenampakan tidak kukuh, kerana mantan Perdana Menteri itu, bukanlah individu yang terlibat secara langsung dengan perjalanan SRC International.

Walau apapun, pertuduhan telah dibuat, biarlah mahkamah menentukan apa kah DS Najib Razak bersalah atau sebaliknya.

Janganlah ada rakyat negara ini menjatuhkan hukuman mendahului keputusan mahkamah, apa tah lagi mengaibkan mantan Perdana Menteri itu.

Di pihak Tommy Thomas, Peguam Negara baharu bersama pasukkan beliau berdepan dengan Peguam Bela Dato Seri Najib Razak yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di mahkamah yang dijadualkan pada Februari 2019.

Bagi penulis, kerana kes ini ada kepentingan rakyat, maka ianya perlu disegerakan, dan tidak perlu menunggu tahun depan.

TUDUHAN TERHADAP DATO SERI NAJIB AKAN IKUT JEJAK KES PERWAJA, PKFZ-AKHIRNYA TANPA KES

Melihat kepada tuduhan terhadap Dato Seri Najib Razak yang dibacakan di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada Rabu, 4 Julai 2018 yang berbunyi

Mahkamah Sesyen - Pertuduhan keempat dibacakan. Beliau didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan keempat - Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Tertuduh, Najib Razak menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah.

Pertuduhan pertama - Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Pertuduhan kedua - Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga - Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama

Akan ikut jejak kes Perwaja, PKFZ, yang akhirnya OKT dibebaskan oleh mahkamah.

Tuduhan terhadap DS Najib pada hari ini, sama sekali lari daripada dakwaan sekian lama berkaitan 1MDB dan dana RM2.6bilion.

Nampaknya, Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir, terpaksa menggunakan kes lain yang tidak mewakili dakwaan mereka.

EPISOD ANWAR KE-2 BERMULA

DS Najib Razak di Mahkamah Jalan Duta (foto mk)
Kurang dua bulan selepas Dato Seri Najib Razak kehilangan jawatan, mantan Perdana Menteri itu dihadapkan ke mahkamah, berkaitan dana RM42 juta corporate social responsibility (CSR) syarikat SRC International Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi mantan Perdana Menteri itu.

Akaun peribadi Perdana Menteri itu diurus oleh beberapa orang pemegang amanah. Akan diketahui duduk perkara akaun itu, apabila perbicaraan bermula.

Dalam segi undang-undang, seseorang itu mesti dianggap tidak bersalah selagi belum didapati bersalah oleh mahkamah.

Sejak tahun 2014, para pemimpin seperti Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Harapan, telah mengelar Dato Seri Najib Razak sebagai pencuri wang 1MDB, khususnya berkaitan wang RM2.6bilion sumbangan daripada keluarga DiRaja Arab Saudi. Walaupun berbagai cara dilakukan oleh kerajaan PH, mereka tidak dapat menemukan bukti kuat untuk maksud pendakwaan. Akhirnya, mereka menggunakan sumbangan SRC International untuk dakwaan. Kata peribahasa, tidak rotan akar pun berguna.

Tindakan kerajaan PH, sebenarnya terperangkap dengan dakwaan mereka sendiri.

Ini lah masanya, Dato Seri Najib Razak membersihkan nama beliau sekaligus menepis dakwaan-dakwaan sebelum ini.

Jika sebelum ini, Dato Seri Anwar dibicarakan kerana salahguna kuasa menghalang siasatan sodomi terhadap mantan TPM itu semasa era Tun Dr Mahathir, kini DS Najib Razak pula berdepan dakwaan yang akan disebutkan di mahkamah sebentar lagi.

Pertuduhan keempat dibacakan. Beliau didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan keempat - Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Najib Razak menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah.

Pertuduhan pertama - Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Pertuduhan kedua - Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga - Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama

3 July 2018

DISEBALIK PEMUTIHAN PATI SABAH

Bukti PRU-14 kawasan-kawasan tradisi Umno dapat dirampas parti Warisan Sabah (PWS) ekoran penubuhan RCI Pati Sabah. 

Umno lupa, bahawa sokongan terhadap parti itu, kerana akibat tindakan tegas PBS terhadap isu PATI.

Para pemimpin PWS sedar, bertindak tegas terhadap PATI, parti itu akan kehilangan sokongan.

Untuk konsolidasi kekuatan, maka tindakan pemutihan terhadap PATI perlu dilakukan.

PWS tidak mahu kehilangan sokongan di kawasan-kawasan pantai timur Sabah dan pesisir pantai.

Bagi memperkuat kedudukan PWS, selain tindakan pemutihan, juga akan diperkenalkan beberapa ordinan tanah, bagi memerbanyak kawasan penempatan.

Para pemimpin PWS khususnya daripada KDM, terpaksa "senyap" berkaitan PATI, kerana demi survival politik.

Dalam pilihanraya, yang mustahak adalah jumlah kerusi yang mencukupi menubuhkan kerajaan.

Parti politik Sabah dalam persimpangan, apa kah setiap parti mahu berjuang bagi kepentingan penduduk asal, atau survival politik.

Tindakan Kerajaan Sabah sebelum ini berkaitan PATI menerusi THTO (tiada hari tanpa operasi) menyebabkan kebencian sehinggakan menyebabkan "tsunami' di kawasan-kawasan tertentu di Sabah.

1 July 2018

UMNO MASIH DIPERSIMPANGAN

PARTI Umno masih dipersimpangan antara berubah secara total dan mempertahankan status quo.

Kemenangan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menunjukkan bahawa parti masih meneruskan tradisi, Timbalan Presiden akan menjadi Presiden.

Sejak kewujudan parti 71 tahun lalu, apabila Presiden berhenti, maka timbalan lah yang mengambil alih. 

Pemilihan parti bagi Sesi 2018-2021 dicuba oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razalegh Hamzah, apa kah perwakilan akan lari daripada tradisi parti. Keputusannya, bahawa perwakilan masih mengekalkan tradisi parti itu, walaupun undi popular mempunyi kecenderungan untuk berubah, namun kerana "electoral college" maka status quo dipertahankan.

Sebenarnya, jika dilihat daripada persepktif bagi mereka yang kalah, tiada sistem yang terbaik bagi sebarang pemilihan.

Jika semua pihak berlapang dada, maka perlu akur dengan sistem pemilihan. Keadaan rumah siap pahat berbunyi seharusnya tidak berlaku. Keadaan ini lah yang cuba dielak parti, apabila sebelum ini kerap mencadangkan jawatan no 1 dan 2 jangan dipertandingkan.

Kini, selepas pemilihan, calon Presiden yang kalah, Khairy Jamaluddin, mengeluarkan rasa tidak puas hati, dan menyalahkan sistem pemilihan yang digunapakai parti.

Malah, mantan Ketua Putri Umno yang juga MP Masjid Tanah, Melaka keluar daripada parti, memberi alasan, bahawa parti masih tidak berubah, meskipun kehilangan kuasa.

Sebenarnya, adalah perkara subjektif, dan tiada jaminan, jikapun pemilihan parti pada kali ini, diterajui lebih 70 peratus muka-muka baru.

Ambil lah iktibar, bahawa Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang lahir daripada kilang Umno. Mengapa mereka diterima rakyat?

Muka lama atau muka baru, bukan lah jaminan. Apa yang mustahak, bahawa saf kepimpinan mampu memberi kepimpinan sesuai dengan kehendak rakyat masa kini. Fikir-Fikirkan.

SAF KEPIMPINAN UMNO SESI 2018-2021

Perwakilan Umno daripada 191 Bahagian telah memilih saf kepimpinan parti bagi Sesi 2018-2021. Diharapkan menerusi saf kepimpinan parti itu, parti dapat sembuh daripada kecederaan dan dapat berdiri tegak akibat tersandung pada PRU-14.

Umno telah kehilangan 34 kerusi parlimen pada PRU-14 apabila hanya menang 54. Pada keadaan terkini, ahli parlimen parti itu hanya berbaki 51, apabila tiga wakil rakyat parti itu bagi Parlimen Bagan Serai, Bukit Gantang dan Masjid Tanah keluar daripada parti.

Tidak dipastikan, apa kah akan ramai lagi wakil rakyat daripada parti itu akan keluar? 

Para wakil rakyat yang keluar sebenarnya adalah para pemimpin yang kurang jati diri dan semangat juang. Bagi memperkasakan dan memperkuat parti, adalah elok, mereka yang terkategori itu keluar lebih awal, agar parti terbersih daripada mereka yang bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan.

Mereka yang keluar daripada parti, adalah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri, bukan pun perjuangan parti. 

Jika daripada awal-awal lagi, parti terbersih daripada kategori pemimpin ini, kemungkin besar parti tidak sampai tercedera atau tersandung.

Terbaharu, wakil yang keluar adalah mantan Ketua Putri Umno. Keluarnya beliau walaupum masih menang menggunakan tikit parti pada PRU-14, namun hakikatnya beliau telah gagal menarik anak muda menyokong parti, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Puteri.

Berkaitan dengan saf kepimpinan baru parti, walaupun tidak banyak kejutan, malah mengekalkan para pemimpin yang ditolak rakyat di kawasan masing pada PRU-14, namun mereka itu, mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memulihkan parti.

Adalah diharapkan, para pemimpin parti yang gagal dipilih dalam saf kepimpin bagi tempoh 3 tahun ini, akan terus berganding bahu dengan barisan kepimpinan, merapatkan kerjasama sebagai satu pasukan.

Setiap ahli parti, perlu memberi sokongan kepada saf kepimpinan baru, di semua peringkat, termasuk peringkat cawangan dan bahagian.

Setiap ahli parti bermula daripada sekarang perlu fokus menawan hati rakyat sehinggalah ke PRU-15.

Penulis yakin, jika semua pihak berganding bahu dan bertungkus lumus memulihkan parti untuk kuat semula, PRU-15, parti akan menerajui kerajaan semula.

Untuk rekod, berikut adalah saf kepimpinan parti yang baharu.

PRESIDEN
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (Perak)

TIMBALAN PRESID.EN
Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan)

NAIB PRESIDEN
Datuk Seri Ismail Sabri Yakob (Pahang)
Datuk Seri Khaled Nordin (Johor)
Datuk Seri  Mahdzir Khaled (Kedah)

AHLI MAJLIS TERTINGGI
Datuk Seri  Zambry Kadir (Perak)
Datuk Mohd Sharkar (Pahang)
Datuk Mustapha Mohamed (Kelantan)
Datuk Abd Rahman Dahlan (Sabah)
Datuk Reezal Merican (Penang)
Datuk Azeez Rahim (Kedah)
Datuk Rosnah Shirlin (Sabah)
Datuk Shabery Cheek (Terengganu)
Datuk Azalina Othman  Said (Johor)
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (Johor)
Datuk Razali Ibrahim (Johor)
Datuk Ahmad Maslan (Johor)
Datuk Lokman Adam (Johor)
 Razlan Rafii (WP)
 Tun Faisal (WP)
Tan Sri Noh Omar (Selangor)
-Armand Azha (Selangor)
-Datuk Azlan Man (Perlis)
 Jalaludin Alias (NS)
 Azian Othman (Perak)
 Shamsul Anuar Nasarah (Perak)
 Alwi Che Ahmad (Kelantan)
 Abd Rahman Mohamad (Pahang)
 Shaikh Husin (Penang)
 Khaidirah (Melaka)

30 June 2018

BERLAGAK, SOMBONG- PUNCA BN KALAH PRU-14

Hakikat perlu diterima, sifat sombong, bongkak, bersifat elitis yang dilakukan para pemimpin Bn adalah punca utama mengapa rakyat menolak gabungan 13 parti itu. 

Selain itu, para pemimpin tidak mampu membezakan antara penyokong ikhlas dan membodek, penyokong tegar dan penyokong mencari peluang, malah ada penyokong mencari peluang, menuduh penyokong tegar sebagi tidak cerdik dan tidak bijak.

Pemimpin Bn yang punya kedudukan dikelilingi oleh penyokong mencari peluang, dan mereka inilah ke depan semasa PRU-14, sebagai akibatnya, ramai calon berstatus demikian bukan sahaja tewas, malah ada yang kalah teruk.

Penulis bersetuju dengan pendapat Tengku Razalegh Hamzah calon Presiden Umno, bahawa kekalahan Umno kerana berpunca kepada sifat-sifat pemimpin parti itu sendiri.

Tindakan menunjuk-nunjuk oleh penyokong mencari peluang, selain tindakan para pemimpin sendiri membuatkan rakyat muak dan benci, apa tak lagi ditambah dengan berbagai skandal yang dilakukan segelintir pemimpin.

Perbezaan kehidupan antara pemimpin bersama dengan penyokong mencari peluang, berbanding kehidupan rakyat, ibarat hitam putih. Penyokong tegar, masih bersarapan dengan baki nasi semalam, manakala pemimpin dan penyokong mencari peluang bersarapan di hotel-hotel berbintang 5.

Kemajuan teknologi, membuatkan apa sahaja tindakan, perbuatan pemimpin, dapat diketahui sekelip mata, sehinggakan rakyat terbangkit emosi menunju kebosanan dan kebencian.

Oleh kerana Bn tidak lagi wujud, dan kini sudah kembali tiga parti asal- Umno-MCA-MIC, maka para pemimpin 3 parti itu perlu kembali ke asal, jika mahu mendapat kepercayaan rakyat semula.

Umno khususnya, dan para pemimpin yang bakal menerajui parti itu hasil daripada pemilihan yang dipilih oleh 170,000 perwakilan daripada 191 Bahagian, perlu mengambil iktibar berkaitan dengan punca-punca mengapa rakyat menolak pada PRU-14. 

Kepada para pemimpin Umno yang bakal dipilih, celik-celik lah mata, utamakan penyokong tegar, bukannya penyokong hanya dikala senang.

29 June 2018

MELENYAPKAN UMNO=MELENYAPKAN KESATUAN MELAYU

Membekukan akaun bank sudah, membatalkan pendaftaran on the way.

Umno- adalah parti yang menyatukan melayu, dapat memerdekakan negara. 

Menerusi Umno, maka melayu dapat bersatu dan dapat menghalau penjajah yang menjajah negeri melayu beratus tahun.

Menerusi Umno, kaum melayu dapat dimartabatkan di tanah airnya sendiri.

Kini, Umno perlu dinyahkan, dimatikan kerana dikatakan dipenuhi pemimpin yang rasuah, racist dan jahat.

Jangan lupa, Umno mempunyai lebih 3 juta ahli, dan tidak semuanya jahat, rasuah dan racist.

Umno dikatakan sangat buruk, kerana hanya beberapa pemimpin yang terpalit. Kerana nila beberapa titik, kerana beberapa biji pisang dalam setandan rosak, maka Umno dicap rosak.

Kalau Umno rosak, tidak kan dapat memajukan negara selama 61 tahun. 

Kalau Umno parti rosak, tidak akan melahirkan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir, Dato Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin dan ramai lagi.

Sebenarnya Umno tidak rosak. Umno untuk sementera tercedera, tersandung, kerana kegagalan menepis persepsi. 

Umno tercedera/tersandung, kerana faktor kebosanan, yang gagal ditangai para pemimpin. Para pemimpin gagal menterjermakan aspirasi generasi selepas merdeka.

Yang mahu melenyapkan Umno adalah para pemimpin yang racist, dibuktikan apabila Lim kit Siang kerap sangat menulis, membuat kenyataan buruk berkaitan Umno.

Kini, para pemimpin PH bersatu untuk mematikan Umno, kerana dakwaan, Umno rasuah, racist, jahat datangnya daripada mereka. Kata peribahasa orang putih, yang berteriak pencuri, sebenarnya orang itulah sebenarnya pencuri.

Di Sabah, jika bukan Umno, Datuk Shafie Apdal, akan jadi seperti persara kerajaan yang lain. Kerana Umno, ramai pemimpin bermunculan. 

Umno sebenarnya tiada salah apapun. Umno dapat nama buruk, kerana perbuatan para pemimpin yang tamak haloba, pemimpin yang sombong, pemimpin yang arrogant.

Esok, parti akan menentukan saf pemimpin yang bakal disandarkan untuk memperkuat parti, membersihkan imej parti, dan paling mustahak, menghalang propaganda negatif daripada para pemimpin PH.

Semoga 170,000 perwakilan, dapat memilih saf kepimpinan yang mempunai jati diri, mempunyai semagat juang yang tinggi, agar parti kembali gah, dahulu, kini dan selamanya.

Kepada para perwakilan, dibahu anda terletak, apa kah UMNO akan ditalkinkan!!!! Selamat Bersidang.

9 TAHUN NAJIB KUKUHKAN EKONOMI- HANYA 100 HARI TUN M LEBURKAN

Bagi yang faham indeks Bursa Malaysia, setiap 1 point naik atau turun ianya mewakili RM1bilion. Pada April, 2018 Indeks Bursa Malaysia, berada pada paras 1,895 point. Angka itu merupakan 130% GDP negara (GDP negara RM1.2trilion). Kini indeks bursa sudah di bawah 1,700 point, ertinya dalam tempoh 50 hari selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bursa Malaysia kehilangan hampir RM200 bilion (laporan media kewangan seperti Financial Times mengatakan lebih RM40bilion telah di bawah keluar daripada negara).

Dengan menurunnya indeks bursa negara, mereka yang rugi adalah peniaga. Siapa peniaga? mereka itu majoriti daripada kaum cina (nota tidak termasuk Tan Sri Vincent Tan, kerana taikun itu mendapat keuntungan apabila lembaga Tabung Haji menjual pegangan saham pada T7, kemudiannya disambut oleh taikun itu).

Selain kaum cina, agensi yang mengalami kerugian adalah KWSP, PNB, LTAT, Tabung Haji. 

Mengapa kaum cina diam berkaitan merundumnya bursa saham, sebabnya mereka malu mengaku kerana kaum itu lebih 90% menyokong PH pada PRU-14.

Kerajaan PH, sedar berkaitan kerugian besar yang dialami Bursa Malaysia, dan jika trend itu beterusan, dan bursa kehilangan sehingga RM500bilion, maka terkabul lah hujah para pemimpin PH sebelum ini, bahawa negara menuju muflis.

Bagi petani, nelayan, buruh, penoreh, kakitangan awam, memang tidak terasa sangat, namun bagi peniaga, keadaan demikian boleh menjadikan mereka bunuh diri, jadi gila atau papa kedana,

Bagi mereka yang melabur dalam pasaran saham, mengerti betul, impak apabila pasaran saham jatuh. Bagi orang Sabah, contoh mudah, adalah Saham Amanah Sabah yang nilai nominalnya semasa dibeli adalah RM1 seunit, dan kini hanya bernilai sen-sen.

Apa yang boleh menjadi pengajaran berkaitan fenomena ini adalah, 9 tahun Dato Seri Najib kukuhkan ekonomi negara, akan tetapi hanya 100 hari diperlukan oleh Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir meleburkannya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels