1 July 2018

UMNO MASIH DIPERSIMPANGAN

PARTI Umno masih dipersimpangan antara berubah secara total dan mempertahankan status quo.

Kemenangan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menunjukkan bahawa parti masih meneruskan tradisi, Timbalan Presiden akan menjadi Presiden.

Sejak kewujudan parti 71 tahun lalu, apabila Presiden berhenti, maka timbalan lah yang mengambil alih. 

Pemilihan parti bagi Sesi 2018-2021 dicuba oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razalegh Hamzah, apa kah perwakilan akan lari daripada tradisi parti. Keputusannya, bahawa perwakilan masih mengekalkan tradisi parti itu, walaupun undi popular mempunyi kecenderungan untuk berubah, namun kerana "electoral college" maka status quo dipertahankan.

Sebenarnya, jika dilihat daripada persepktif bagi mereka yang kalah, tiada sistem yang terbaik bagi sebarang pemilihan.

Jika semua pihak berlapang dada, maka perlu akur dengan sistem pemilihan. Keadaan rumah siap pahat berbunyi seharusnya tidak berlaku. Keadaan ini lah yang cuba dielak parti, apabila sebelum ini kerap mencadangkan jawatan no 1 dan 2 jangan dipertandingkan.

Kini, selepas pemilihan, calon Presiden yang kalah, Khairy Jamaluddin, mengeluarkan rasa tidak puas hati, dan menyalahkan sistem pemilihan yang digunapakai parti.

Malah, mantan Ketua Putri Umno yang juga MP Masjid Tanah, Melaka keluar daripada parti, memberi alasan, bahawa parti masih tidak berubah, meskipun kehilangan kuasa.

Sebenarnya, adalah perkara subjektif, dan tiada jaminan, jikapun pemilihan parti pada kali ini, diterajui lebih 70 peratus muka-muka baru.

Ambil lah iktibar, bahawa Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang lahir daripada kilang Umno. Mengapa mereka diterima rakyat?

Muka lama atau muka baru, bukan lah jaminan. Apa yang mustahak, bahawa saf kepimpinan mampu memberi kepimpinan sesuai dengan kehendak rakyat masa kini. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels