Hakikat perlu diterima, sifat sombong, bongkak, bersifat elitis yang dilakukan para pemimpin Bn adalah punca utama mengapa rakyat menolak gabungan 13 parti itu.
Selain itu, para pemimpin tidak mampu membezakan antara penyokong ikhlas dan membodek, penyokong tegar dan penyokong mencari peluang, malah ada penyokong mencari peluang, menuduh penyokong tegar sebagi tidak cerdik dan tidak bijak.
Pemimpin Bn yang punya kedudukan dikelilingi oleh penyokong mencari peluang, dan mereka inilah ke depan semasa PRU-14, sebagai akibatnya, ramai calon berstatus demikian bukan sahaja tewas, malah ada yang kalah teruk.
Penulis bersetuju dengan pendapat Tengku Razalegh Hamzah calon Presiden Umno, bahawa kekalahan Umno kerana berpunca kepada sifat-sifat pemimpin parti itu sendiri.
Tindakan menunjuk-nunjuk oleh penyokong mencari peluang, selain tindakan para pemimpin sendiri membuatkan rakyat muak dan benci, apa tak lagi ditambah dengan berbagai skandal yang dilakukan segelintir pemimpin.
Perbezaan kehidupan antara pemimpin bersama dengan penyokong mencari peluang, berbanding kehidupan rakyat, ibarat hitam putih. Penyokong tegar, masih bersarapan dengan baki nasi semalam, manakala pemimpin dan penyokong mencari peluang bersarapan di hotel-hotel berbintang 5.
Kemajuan teknologi, membuatkan apa sahaja tindakan, perbuatan pemimpin, dapat diketahui sekelip mata, sehinggakan rakyat terbangkit emosi menunju kebosanan dan kebencian.
Oleh kerana Bn tidak lagi wujud, dan kini sudah kembali tiga parti asal- Umno-MCA-MIC, maka para pemimpin 3 parti itu perlu kembali ke asal, jika mahu mendapat kepercayaan rakyat semula.
Umno khususnya, dan para pemimpin yang bakal menerajui parti itu hasil daripada pemilihan yang dipilih oleh 170,000 perwakilan daripada 191 Bahagian, perlu mengambil iktibar berkaitan dengan punca-punca mengapa rakyat menolak pada PRU-14.
Kepada para pemimpin Umno yang bakal dipilih, celik-celik lah mata, utamakan penyokong tegar, bukannya penyokong hanya dikala senang.
1 comment:
Mudah sangat lempar tuduhan bila UMNO/BN kalah. Macamlah parti bawah PH malaikat/wali/maksum/suci....Kata dulang paku serpih..
Post a Comment