Di peringkat kebangsaan, PRU-14 kerajaan yang diterajui Umno kali pertama kecundang.
Diperingkat negeri sudah kerap berlaku, khususnya bagi Negeri Kedah dan Terengganu.
Bagi Kelantan pula, sejak kalah tahun 1990, tidak pernah bangkit lagi. Manakala bagi Selangor, sejak kekalahan pada tahun 2008, kekuatan Umno di negeri itu semakin pudar.
PRU-14, hanya Pahang dan Perlis masih dimenangi Umno, sementara negeri lain semuanya berguguran, termasuk negeri di mana parti dilahirkan-Johor.
Di Sabah pula, meskipun adik bungsu Umno, akan tetapi diberi jolokan simpanan tetap, namun pada PRU-14, kerajaan yang ditunjangi hanya mampu menang 29 kerusi Dun daripada 60. Ironinya, Umno Sabah adalah parti yang mengalami paling banyak calon-calon yang kalah, termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Sabah.
Mari kita lihat, MP dan ADUN yang masih dikuasai Umno di Sabah.
PARLIMEN- KUDAT, KIMANIS, SIPITANG, BEAUFORT, LIBARAN, BELURAN, dan KINABATANGAN.
DUN- PITAS (sudah jadi KATAK), TEMPASUK, USUKAN, SULAMAN, KAWANG, MEMBAKUT, KLIAS, LUMADAN, KARANAAN, KEMABONG (sudah jadi KATAK), SUGUT (sudah jadi KATAK), SUNGAI SIBUNGA, SUKAU, BALUNG (sudah jadi KATAK yang ditolak berbagai pihak), APAS, TANJONG BATU (IBU KATAK), SEBATIK (RAJA KATAK).
Calon Umno yang kalah:- Parlimen- Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan, manakala bagi peringkat DUN- Karambunai, Petagas, Pantai Manis, Sindumin, Liawan, Gum-Gum, Sekong, Lahad Datu, Kunak, Tungku, Senallang, Sulabayan dan Bogaya,
Melihat kepada taburan kawasan yang dimenangi mahupun yang tewas, nampaknya kecenderungan pengundi bukan berasaskan kepada calon yang mewakili etnik majoriti di kawasan-kawasan sedemikian, melainkan kerana faktor parti Umno secara keseluruhan, seperti mana dicerminkan di seluruh negara.
Memang diakui parti Umno masih mempunyai penyokong, akan tetapi di kawasan-kawasan yang kalah sokongan tidak lagi mencukupi untuk menang.
Sebagai contoh, bagi parlimen Beaufort, undi calon Umno, bukan undi popular, namun kemenangan kerana pertembungan berbagai penjuru.
PRU-14 juga berlaku keadaan terpencil, bagi Parlimen Kota Belud, kerana pengundi Bn di peringkat Dun lebih tinggi berbanding kawasan parlimen. Ada yang mengatakan bahawa berlaku sabotaj daripada berbagai pihak terhadap calon berkenaan, kerana berbagai sebab yang tidak dapat dikuantitatifkan. Kalau dilihat daripada segi jumlah undi Bn (3 Dun), Bn hanya kalah 88 undi berbanding undi calon yang menang.
Melihat kepada keputusan PRU-14, secara umum ada dua faktor utama menyebabkan calon-calon Umno kalah, iaitu- penolakan terhadap parti dan penolakan terhadap pemimpin.
Dua faktor ini lah yang perlu dirungkai oleh Badan Perhubungan Umno Sabah yang diketuai Datuk Salleh Tun Said Keruak.
Kepimpinan Umno negeri kena merungkai, mengapa Umno ditolak, di pihak yang sama juga perlu melihat mengapa pemimpin ditolak?
Merungkai dua faktor yang disebutkan, boleh membangkit Umno semula. Memang jalan berliku, memang tidak mudah, untuk bangkit semula, seperti mana pengalaman parti di Kelantan dan Selangor, atau pengalaman parti Usno, parti Berjaya dan PBS sendiri di Sabah.
Tetapi, jangan lupa, semasa Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, tidak juga mendapat sokongan padu, namun berasaskan perkembangan masa, akhirnya dapat memerintah selama 24 tahun. Tindakan jitu parti sekarang dalam proses pemulihan, supaya dapat mengenal pasti, para pemimpin di semua peringkat yang dapat membangkitkan semula parti. Apa yang perlu dielak, apabila parti menyandarkan kepada meraka yang sokong membawa rebah, kepada mereka yang hanya mencari peluang, seperti mana ditunjukkan oleh mereka yang mendapat peluang sebelum ini, namun kini menjadi musuh utama kepada parti.
Nota: Penulis lambat meneima info, bahawa Datuk Salleh Tun Said Keruak menolak perlantikan, namun isi dan kandungan artikel ini tidak lari daripada tujuannya.
Nota: Penulis lambat meneima info, bahawa Datuk Salleh Tun Said Keruak menolak perlantikan, namun isi dan kandungan artikel ini tidak lari daripada tujuannya.