22 August 2018

KERAJAAN SABAH AKAN JADIKAN HUTAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA

Berbeza dengan pendekatan Kerajaan Bn di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman, kerajaan Sabah di bawah teraju Datuk Shafie Apdal akan menumpukan menebang hutan sebagai sumber pendapatan negeri.

Isyarat yang diberikan "Ketua Menteri Sabah" itu sempena "100 hari" kerajaan Warisan Sabah, bahawa di Semenanjung pendapatan melalui sumber hutan berjumlah antara RM20-RM22bilion setahun, manakala bagi Sabah hanya berjumlah RM200-RM300 setahun selama 15 tahun.

Pendapatan negeri menerusi Yayasan Sabah itu, memgesahkan, bahawa pendapatan Sabah semasa Kerajaan Bn bukan lagi berpaksi kepada sumber hutan, sebab itu, jumlah hutan Sabah meningkat dengan drastik sekali kepada 1.87juta hektar pada tahun 2017, berbanding 838ribu hektar pada tahun 2002.

Dalam tempoh Musa sebagai Ketua Menteri hutan kekal Sabah bertambah lebih 1 juta hektar. Oleh kerana sumber pendapatan negeri menerusi konsesi hutan Yayasan Sabah bukan lagi sumber utama, makna kata, pembalakan dikurangkan dengan drastik sekali, sebab itulah mendorong peningkatan hutan kekal purata 73 ribu hektar setahun sejak 15 tahun lalu.

Jika melihat sumber pendapatan Sabah sejak awal merdeka bersumber daripada penebangan kayu balak, namun tidak pernah sekalipun Sabah membentangkan bajet perolehan melebihi RM3bilion. Malah pada tempoh masa 1985-1994 di mana sumber utama pendapatan/perolehan negeri daripada balak, kerajaan hampir muflis. Sebagai rekod, pada tahun 2003, wang simpanan Sabah hanya berjumlah RM184juta, walaupun bermula pada pertengahan tahun 1994, kerajaan dibantu oleh kerajaan Persekutuan cuba memperbetulkan akaun semasa kerajaan negeri.

Oleh kerana Kerajaan Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie melihat, bahawa hutan kekal Sabah sudah luas dan sudah siap untuk di balak, peluang menebang kayu untuk dijadikan alasan menambah pendapatan kononnya untuk membangun negeri dan rakyat.

Menebang khazanah hutan, adalah satu cara memperkaya syarikat RM2. Kerana sebelum ini, setiap wakil rakyat dan pemimpin kerajaan akan mendapat sekurang-kurangnya 500 ekar "virgin jungle", sebelum kaedah itu dimansuhkan semasa Musa Ketua Menteri Sabah.

Nampaknya, generasi penerus tidak lagi dapat menikmati kekayaan hutan negeri, seperti mana matlamat kerajaan lalu, menjelang tahun 2025 sekurang-kurang 'land mass' Sabah 30% diselimuti hutan kekal.

21 August 2018

20% ROYALTI MINYAK UNTUK SABAH TIDAK KURANG RM4BILION SETAHUN

Apakah Sabah dibayar 20% royalti minyak berasaskan perolehan akan diketahui menerusi Bajet Sabah bagi tahun 2019 yang akan dibentangkan di DUN Sabah pada November 2018.

Walaupun pada masa ini Kerajaan Parti Warisan Sabah mengaku telah berbincang dengan Petronas dan Tun Dr Mahathir, namun untuk kepastian bayaran itu hanya akan diketahui menerusi Bajet, kerana bayaran itu akan dimasukkan sebagai perolehan negeri.

Jika bayaran 20% akan diterima, maka perolehan Sabah pada tahun 2019 akan melebihi RM8bilion.

Tambahan pendapatan RM3bilion cukup bermakna bagi pembangunan & kemajuan Sabah.

Sabah sejak Petronas ditubuhkan pada tahun 1974, hanya menerima 5% daripada perolehan syarikat itu di kawasan Sabah.

Bayaran 5% hanya dipersetujui pada tahun 1976 semasa Sabah dipimpin Datuk Harris Salleh. 

Rakyat Sabah hanya dapat menunggu tanpa kepastian, memandangkan cara Tun Dr Mahathir memerintah pada masa ini penuh dengan tipu hela dan kepalsuan.

SABAH AKAN SEMAKIN MALAP

Sebuah kerajaan yang dikatakan mempunyai halatuju, apabila dapat mengemukakan garis tindakan untuk memajukan negeri.

Selepas 100 hari, Kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah, tidak mengeluarkan sebarang cadangan untuk memajukan negeri.

Kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal hanya sibuk mengatur memberi penempatan dan lot-lot rumah kepada mangsa-mangsa kebakaran, selain sibuk mengenal pasti kawasan hutan yang belum ditebang.

Dalam tempoh 100 hari, barisan kabinet Shafie, hanya sibuk bercakap berkaitan dengan balak, dan mendakwa menerusi pembekuan eksport balak bulat, maka akan memperancak industri kayu kayan Sabah kerana dikatakan melalui tindakan itu, maka ramai peniaga masuk ke Sabah.

Para pemimpin kerajaan negeri cuba mengaburi rakyat Sabah dengan dakwaan sedemikian, kerana menebang kayu balak bukan pun memerlukan pelaburan, atas sebab syarikat RM2 pun boleh kaya raya jika diberikan konsensi.

Pengwujudan Jawatan Kuasa Bertindak Khas di bawah Jabatan Ketua Menteri memantau kawasan Hutan Sabah, adalah satu misi untuk memperkaya para kroni selain sebagai pemangkin memperkaya para pemimpin menerusi pembalakan.

Shafie tahu betul, bahawa keluasan hutan Sabah sekarang adalah 1.87juta hektar, dan siap sedia untuk ditebang.

Menebang hutan adalah memperkaya syarikat dan para pemimpin, bukan untuk rakyat. Rakyat tidak akan mendapat manafaat secara langsung kepada indutsri itu, selain buruh yang akan diputihkan dan diberi pas khas.

Nampaknya, kemajuan Sabah akan semakin malap. Rakyat perlu bersedia kembali ke era 20 tahun lalu, di mana kadar kemiskinan di atas 20%. Sebagai rekod jabatan statistik kadar kemiskinan Sabah sudah berjaya diturunkan ke paras 4% pada tahun 2017, sebagai impak Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah (HALATUJU) yang dipekenalkan Tan Sri Musa.

Pencapaian kerajaan Bn pimpinan Musa, telah melonjakkan kemajuan dan pembangunan negeri, daripada negeri yang hampir muflis pada tahun 2003 kepada negeri yang mempunyai simpangan kewangan melebihi RM3bilion, Bajet negeri melebihi RM4bilion untuk beberapa tahun yang mana bajet itu merupakan satu rekod tersendiri yang belum pernah berlaku.

Berbelanja tidak sama dengan mencari wang. Shafie hanya mempunyai pengealaman berbelanja, tiada pengelaman mencari wang. Demikian juga barisan kabinet beliau hanya mempunyai pengelaman berbelanja, kerana tiada pengelaman mencari wang.

Kerana hanya tahu berbelanja, maka untuk mendapatkan wang, maka tiada pilihan selain menebang balak, kerana hanya cara itu untuk mendapatkan wang.

20 August 2018

KHIANAT- MEMANG TABIAT PARTI UPKO

Jika anda baca sejarah politik parti UPKO sejak Sabah merdeka, memang warisan parti itu adalah khianat. Apabila DNA memang khianat maka sentiasa akan khianat.

Belum ada parti di Sabah yang menang kerusi selepas PRU bertindak meninggalkan rakan parti kecuali parti UPKO. 

Memang dalam sejarah politik Sabah PBS pernah keluar daripada Bn pada tahun 1990, namun parti itu bukan keluar selepas PRU, akan tetapi selepas penamaan calon, ertinya rakyat masih mempunyai peluang, berbeza dengan UPKO yang keluar selepas PRU.

UPKO keluar daripada BN pada 10 Mei, 2018 selepas sahaja BN dan STAR membentuk kerajaan campuran Sabah. Walaupun parti itu keluar, namun pada mulanya hanya disertai 2 ADUN daripada 5 yang dimenangi menggunakan logo Bn pada PRU 9 Mei.

Tindakan 2 ADUN UPKO diparahkan lagi dengan tindakan 4 ADUN UMNO, ADUN Balung- Datuk Osman Jamal (bekas kakitangan kerajaan yang dapat mengaburi Tan Sri Musa Aman untuk dijadikan calon), ADUN Tanjong Batu- Datuk Hamisa Samat (yang meraung-raung untuk dicalonkan semula), ADUN Sebatik- Datuk Abdul Muis Picho dan ADUN Kemabong- Jamawi Jaafar (yang menggunakan Khariy Jamaluddin mempengarui Musa untuk dicalonkan).

Tindakan khianat UPKO cuba dihalalkan oleh para pemimpin parti itu dengan menjadikan UMNO sebagai kambing hitam, sedangkan atas sokongan Umno lah para pemimpin parti itu mendapat berbagai jawatan baik di peringkat Presekutuan, negari, malah menjadi Duta negara ke luar negara.

Kalau sifat-sifat memang pengkhianat, maka peribahasa seperti melepaskan anjing tersepit, tidak akan berterima kasih, sebaliknya menggigit tangan yang melepaskan.

Kepada generasi penerus Sabah, catitlah dalam diary masing-masing, jika pemimpin daripada kilang UPKO, yakin lah mereka itu akan terus menjadi pengkhianat.

19 August 2018

SABAH-KERAJAAN AUTONOMI-HANYA GIMIK POLITIK

Jika ada pemimpin Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah mendakwa bahawa kerajaan negeri adalah kerajaan autonomi, dakwaan itu tidak berpaksi pada fakta, akan tetapi hanya gimik politik.

Semua rakyat Sabah tahu, bahawa Parti Warisan Sabah bukan sahaja tidak menang pada PRU-14 lalu, malah jika jumlah kerusi parti itu (21 DUN), dijumlahkan dengan PKR (2 DUN) dan DAP (6 DUN), masih tidak mencapai jumlah majoriti mudah.

Parti yang dipimpin Datuk Shafie Apdal itu dapat "merampas" kerajaan apabila 4 ADUN Umno berpaling tadah disertai 2 ADUN Upko pada 11 Mei, 2018, sehinggakan TYT Sabah melantik Presiden PWS itu sebagai Ketua Menteri ke-15 Sabah pada malam 12 Mei, 2018.

Berikutan pengkhianatan 9 ADUN daripada kem Tan Sri Musa Aman, maka akhirnya kem Shafie mempunyai 38 ADUN daripada 60 DUN Sabah, tidak termasuk ADUN dilantik.

Jika pada keadaan sekarang, ADUN daripada PKR dan DAP ditolak daripada jumlah ADUN PWS dan UPKO, kerajaan Sabah pimpinan Shafie hanya mempunyai 30 ADUN tidak termasuk ADUN dilantik. Jumlah itu, bukanlah jumlah majoriti mudah bagi ADUN yang dipilih menerusi pilihanraya.

Kedudukan ADUN PKR kini berjumlah 3 termasuk ADUN Balung- Datuk Osman Jamal, sementara DAP kekal-6.

Benar lah seperti mana kenyataan Ketua Penerangan Umno Sabah yang baru- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, bahawa dakwaan kerajaan Sabah yang diterajui PWS adalah Kerajaan Autonomi hanya gimik politik.

Kerajaan Sabah sekarang, walaupun cuba mengelirukan rakyat Sabah, namun hakikatnya, bahawa kerajaan Sabah sekarang, jauh kebelakang berbanding dengan kerajaan yang diterajui Bn.

Fakta sebenar yang tidak boleh dinafikan, bahawa Kerajaan Bn dahulu sepenuhnya disokong oleh Kerajaan Pusat, selain itu sebahagian pemimpin Sabah masa itu termasuk dalam pembuat dasar Kerajaan, berbeza dengan Kerajaan Sabah sekarang, yang hanya berkolaborasi dengan Kerajaan Pusat.

Semasa Kerajaan Bn, para pemimpin Sabah yang dilantik sebagai menteri kabinet berorentasikan pembangunan, berbeza dengan pemimpin Sabah sekarang yang menduduki kabinet Persekutuan bukan berorentasikan pembangunan.

Kini, Kerajaan Sabah terperangkap dengan tindakannya sendiri apabila menubuhkan tiga Kementerian yang mana tiga kementerian itu masih dibidang kuasa Persekutuan, walaupun di atas kertas bidang kuasa kementerian itu boleh sahaja diturunkan kepada Sabah, namun kekangannya adalah daripada segi peruntukan khususnya Kementerian Pendidikan dan Kesihatan?

Memandangkan dasar pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir, dan ianya ditunjukan secara tersurat dan tersirat menerusi perlantikan pemimpin Sabah ke dalam kabinet beliau, nampaknya Sabah dan rakyatnya akan kembali pada era 22 tahun semasa beliau menjadi Perdana Menteri- Sabah jatuh miskin!!!!.

Tindakan gimik politik oleh Kerajaan Warisan Sabah yang cuba mengaburi mata rakyat, tidak akan ke mana-mana. Apa yang pasti rakyat Sabah sudah membuka mata.

18 August 2018

NO MORE KOW-TOW TO KL TAPI TUKAR PADA MENGEMIS

INI lah masalahnya, apabila seseorang bukan berlatar politik bercakap, seperti mana kenyataan ADUN Paginatan daripada parti UPKO, kononnya kerajaan Parti Warisan Sabah tidak lagi bergantung kepada pemimpin Kuala Lumpur, seperti siaran muka depan Daily Express pada Sabtu yang bertajuk NO MORE KOW-TOW TO KL.

Menurut ADUN itu, bahawa Kerajaan Bn dahulu terpaksa tunduk kepada Kuala Lumpur berkaitan kepentingan Sabah. Apa yang beliau lupa, bahawa kepimpinan kerajaan dahulu yang diterajui parti Umno adalah sebahagian daripada pembuat dasar kerajaan Bn, atas sebab itu, tidak timbul bahawa pemimpin Sabah tunduk kepada Kuala Lumpur.

Abidin lupa, bahawa Presiden Parti Warisan Sabah adalah Naib Presiden Umno, satu kedudukan nombor tiga dalam negara dalam membuat dasar-dasar negara. Bagaimana pemimpin yang terlibat dengan membuat dasar dikatakan tunduk kepada Kuala Lumpur?

Para pemimpin Sabah yang merupakan pemimpin Umno yang terlibat sebagai pembuat dasar termasuklah Tan Sri Musa Aman, Datuk Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan. Para pemimpin ini selain Shafie juga mempunyai jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Demikian juga para pemimpin UPKO adalah sebahagian daripada pembuat dasar kerana mengangotai kabinet Persekutuan, kecuali lah mereka ini BABAU.

Semasa kerajaan Bn, 6 menteri kanan daripada Sabah, dan sudah tentunya setiap kementerian mempunyai peruntukan sendiri. Sebagai catitan, menteri KKLW yang mempunyai peruntukan berbilion ringgit disandang pemimpin Sabah, Menteri Komunikasi dan Multimedia daripada Sabah, malah kementerian penting yang disandangkan Datuk Maximus Ongkili dan Datuk Madius Tangau, selain menteri yang menjaga ekonomi disandang oleh pemimpin Sabah. Bukan itu sahaja, menteri yang mencorakkan hubungan luar negara juga disandang oleh pemimpin Sabah.

Kini, Sabah diberikan sebagai menteri MITI? apa relevannya dengan pembangunan dan kemajuan Sabah, kecuali yang berkaitan dengan eksport-import, Menteri undang-undang- apa manfaat yang rakyat Sabah dapat, kecuali lah menteri pelancongan, itupun sangat bergantung kepada kedatangan pelancong, bukan pun dapat menyalurkan peruntukan untuk pembangunan, timbalan menteri dalam negeri, mungkin membantu proses pemberian kewarganegaraan.

Melihat kepada keadaan itu, nampaknya Sabah tidak akan dapat mengulangi saluran peruntukan daripada Persekutuan semasa kerajaan Bn, kerana alasan kerajaan Persekutuan tidak mempunyai wang, sehinggakan terpaksa meminta sumbangan daripada rakyat.

Jika rakyat Sabah berfikiran bahawa mengubah kerajaan ke arah lebih baik, ianya tidak akan berlaku dalam kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir, kerana rekod lama Perdana Menteri itu selama 22 tahun adalah punca Sabah ketinggalan dan jatuh miskin.

ADUN Paginatan itu mungkin tidak membaca fakta, bahawa purata pendapatan Sabah hanya berkisar RM3.5bilion setahun termasuk bayaran royalti minyak RM1bilion, sedangkan keperluan kewangan Sabah memerlukan tambahan sekurang-kurangnya RM10bilion setahun.

Oleh dasar Kerajaan Pakatan Harapan, maka Sabah tidak akan dapat peruntukan sebesar RM10bilion, dan sudah tentunya jika Kerajaan Warisan mahu meneruskan momentum pembangunan, maka terpaksa menebang hutan. Keluasan hutan Sabah yang ditinggalkan Musa adalah seluas 1.87juta hektar, selain wang simpanan negeri lebih RM3.4bilion.

Nampak gayanya, Sabah dan rakyatnya kena bersedia kembali ke era 20 tahun lalu, untuk kembali sebagai negeri termiskin. Tahniah kerana mengubah Sabah.

5 TAHUN- MASA PENDERITAAN

Tempoh 5 tahun selepas PRU-14 merupakan tempoh penderitaan bagi sebahagian besar rakyat Sabah, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Puncanya adalah, selain mereka terus berdepan dengan sara hidup yang semakin meningkat, juga bantuan kerajaan kepada golongan ini telah dimansuhkan.

Selain itu, lepasan institusi pengajian tinggi juga berdepan dengan pengangguran kerana kekurangan peluang pekerjaan. 

Di Sabah, peluang pekerjaan hanya berupa buruh ladang kelapa sawit atau buruh syarikat balak, sebab itulah Kerjaan Sabah di bawah Parti Warisan Sabah memberi Pas Khas kepada lebih 800,000 PATI/PTI.

Cadangan kerajaan membina lebih 30,000 rumah PPR bagi mangsa-mangsa kebakaran, merupakan khabar baik baik bagi buruh-buruh bangunan khususnya para PATI/PTI.

Sehingga tamat 100 hari selepas PRU-14, kerajaan negeri tiada HALATUJU yang jelas, bagaimana memperancak perekonomian negeri bagi mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Pengumuman Kerajaan Persekutuan membatalkan pembinaan Jambatan Labuan, telah menutup peluang bagi jurutera-jurutera dan graduan yang berkaitan dengannya.

Demikian juga penangguhan Projek Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) telah menutup peluang pencari-pencari pekerjaan.

Kerajaan Warisan hanya bertindak membenarkan semula penggunaan pam bot, perniagaan barter trade antara Filipina dan Indonesia, sedangkan jelas sistem perniagaan itu dipenuhi dengan aktiviti penyeludupan.

Oleh kerana Sabah tidak mempunyai halatuju yang jelas untuk menambah pendapatan negeri, dan pada masa yang sama berdepan dengan harga kelapa sawit yang merundum, maka pendapatan cukai daripada komoditi itu sudah tentu menurun dengan ketara.

Untuk rekod, sebelum pendapatan kerajaan sebelum ini, berlegar-legar di atas RM3.5bilion dengan jumlah perdagangan melebihi RM80bilion, selain saluran peruntukan daripada kerajaan Persekutuan purata RM10bilion setahun.

Jika perolehan kerajaan semasa tidak mampu mempertahankan pencapaian itu, maka impaknya kepada rakyat, kerana dalam sesebuah negeri, rakyat akan terbela apabila kerajaan berbelanja menerusi berbagai projek atau pembukaan berbagai syarikat berkaitan dengan kerajaan. Tanpa itu semua, aktiviti perekonomian akan terbantut.

Rakyat Sabah perlu bersedia kembali ke era 20 tahun ke belakang, apabila kadar kemiskinan hampir 20%. Melihat cara kerajaan memerintah, kecenderungan rakyat Sabah kembali ke era penderitaan akan berulang.

17 August 2018

SELEPAS 100 HARI: MASA DEPAN SABAH MENUJU KEMALAPAN

Dalam ilmu kimia, petanda AKSI yang besar apabila REAKSI ditandai oleh kehadiran KATALIS. Analogi demikian boleh dilihat selepas pergantian kerajaan Sabah selepas PRU-14.

Sebuah kerajaan yang mempunyai perancangan untuk rakyat dan negeri, apabila dapat mengemukakan satu HALATUJU yang jitu bagi pelaksanaan jangka pendek dan panjang, namun selepas 100 hari, TIADA sebarang perancangan jauh sekali berkaitan HALATUJU.

Pada tahun 2003, sebaik sahaja Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik ke jawatan Ketua Menteri, beliau melancarkan HALATUJU Sabah sehingga tahun 2025. Menerusi HALATUJU itu, maka sebahagian besar telah terealisasi, ibarat istilah pekebun, tanaman sudah berbuah, tinggal kini dituai dan yang menuainya adalah Kerajaan Warisan +PH+UPKO.

Penulis suka membangkitkan cerita antara kucing dan harimau. Mengapa harimau marah sangat dengan kucing, dan kucing sehingga kini apabila buang najis, memastikan najisnya ditimbus dengan baik. Ceritanya, kucing hanya mengajar harimau naik pokok, tetapi tidak mengajarnya turun. Inilah yang sedang berlaku pada kerajaan Sabah hari ini, mereka bukanlah pencetus HALATUJU Kemajuan dan Pembangunan Sabah, akan tetapi hanya berperanan sebagai tukang tuai. Sebab itu lah, mereka sibuk membahagi-bahagi 'HARTA RAMPASAN PERANG".

Selama 100 hari, tiada polisi kerajaan yang bercorak pembelaan rakyat, apa yang berlaku adalah pembelaan kepada para penyokong, sedangkan jumlah para penyokong tidak sampaipun 1% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Selain itu, polisi memberi Pas Khas kepada PATI/PATAI bukan lah polisi membela rakyat dan negeri, akan tetapi satu beban kepada rakyat dan negeri, kerana penduduk asal terpaksa berkongsi tanah dan peluang dengan "rakyat baharu".

Satu 'pembaharuan" kerajaan baru, apabila memporak perandakan sistem pentadbiran negeri, apabila melantik seseorang diluar sistem pentadibran, menerusi perlantikan PENGARAH JABATAN AIR SABAH.

Sebuah Kerajaan yang dilihat dapat membantu rakyat, apabila dapat meningkatkan pendapatan/perolehan negeri menerusi Bajet tahunan, dapat mengemuka cadangan bagai mana meningkatkan peluang-peluang pekerajaan, dapat meningkatkan aktiviti perekonomian, namun kerana ketiadaan HALATUJU yang jelas, yang mana kerajaan yang ada terlihat hanya sebagai kerajaan koboi, nampak gaya, masa depan negeri dan rakyat akan menuju kemalapan!!!!

Apa yang pasti, rakyat akan terus berdepan dengan sara hidup yang tinggi, berdepan dengan pengangguran. Dan pasti, jumlah rakyat yang msikin akan bertambah, selepas kadar kemiskinan berjaya diturunkan pada kadar 5% pada tahun 2017 daripada lebih 19% tahun 2009. 

Melihat cara kerajaan semasa memerintah, nampak gayanya, simpangan kewangan negeri yang berjumlah lebih RM3bilion, akan terhakis dalam tempoh 5 tahun, keluasan kayu balak seluas 1.87juta hektar akan terus berkurangan, kerana kepimpinan yang ada, tidak tahu bagai mana menambah pendapatan, kerana pengamalan mereka hanya tahu berbelanja.

Kemajuan dan pembangunan Sabah, akan terkeluar daripada LANDASAN pembangunan & Kemajuan, kerana kerajaan sekarang, ibarat KERA MENDAPAT BUNGA.

14 August 2018

BAGAI MANA STRUKTUR KEPIMPINAN PARTI GABUNGAN BERSATU SABAH (PGBS)?

Apa pun namanya parti atau gabungan parti-parti, yang paling mustahak siapa yang mengetuai.

Diberitakan bahawa Umno, PBS, STAR dan PBRS akan menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gabungan Bersatu Sabah (PGBS), sebenarnya ianya suatu cadangan pasca PRU-14, khususnya selepas Bn plus Star kehilangan kuasa pada 11 Mei 2018, ekoran pengkhinatan salah sebuah parti komponen Bn- UPKO yang bergabung dengan Warisan dan PH.

PGBS yang bakal ditubuhkan itu mempunyai 21 ADUN daripada 60 yang terdiri daripada 11 Umno, 6 PBS, 2 STAR dan 1- Ex UPKO dan 1 PBRS. Kesemua 21 ADUN itu adalah daripada bumiputera Sabah.

Melihat kepada 21 ADUN itu, 11 adalah bumiputera islam dan 10 adalah bumiputera bukan islam. 

Sebelum gabungan itu menentukan siapa yang mengetuai gabungan itu, perlu mengambil kira komposisi DUN Sabah, iaitu 32 kawasan bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan cina.

Gabungan sebagai parti pembangkang perlu mengambil kira persepsi rakyat berasaskan jumlah kerusi, jika mahu mendapat sokongan majoriti pada PRU-15.

Sebagai asas pertimbangan gabungan itu, Umno sebenarnya mempunyai 17 ADUN pasca PRU-14, namun 5 ADUN telah menjadi KATAK, manakala seorang menjadi ADUN bebas, iaitu ADUN Sukau.

Kalau melihat sokongan pasca PRU-14 memang, asas kepada gabungan baru itu kaum bumiputera islam lebih banyak kerusi berbanding bumiputera bukan islam, dengan komposisi 17:14.

Jika asas itu digunakan untuk menentukan parti mana mengetuai gabungan itu, maka sudah tentunya bumiputera islam. 

Demi keadilan semua pihak, maka gabungan itu dicadangkan berkomposisi Ketua- Bumiputera islam- Timbalan Bumiputera bukan islam, untuk melihat kepada pemimpin parti dalam gabungan itu, maka Datuk Hajiji Haji Noor dijadikan sebagai ketua, dan timbalan-timbalan daripada KDM dan cina. Atau gabungan itu mengwujudkan majlis presiden dengan melantik Pengerusi sahaja. Fikir-Fikirkan.

13 August 2018

ANWAR IBRAHIM PERLU SELAMATKAN MALAYSIA

Penulis bukan lah penyokong Anwar, juga bukan penyokong parti yang beliau pimpin. Namun, melihat kepada senario politik hari ini, penulis nampak hanya Presiden PKR dipilih itu boleh menyelamatkan Malaysia.

Anwar yang berlatar belakangkan pejuang melayu, pejuang islam dan sehingga kini perjuangan itu belum luntur-luntur, maka penulis yakin bahawa menerusi kepimpinan beliau melayu dan agama islam terus terpelihara.

Bangsa melayu dan umat islam terlihat sangat terpinggir dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir, kerana PM ke-7 itu perlu ikut telunjuk pemimpin DAP yang mempunyai perjuangan Malaysian Malaysia.

Sejak PH mengambil alih kerajaan pada 10 Mei, 2018, kedudukan agama islam, Melayu, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu banyak dikompromikan.

Bagi membendung bibit-bibit perang saudara dalam negara berlaku, maka tiada pilihan lain, Dato Seri Anwar perlu dengan segera kembali ke Parlimen dan seterusnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada parti yang minoriti dalam Pakatan Harapan.

Penulis yakin, berasaskan keadaan sekarang, bukan sedikit penyokong PKR termasuk para wakil rakyat parti itu tidak seiring atau tidak setuju dengan tindakan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir. Apa tah lagi, cara kerajaan memerintah lebih suka bercakap, membuat berbagai tuduhan terhadap kerajaan lalu seolah-olah mereka masih pembangkang.

Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir bukan memerintah negera ini sebagai kerajaan akan tetapi kerajaan yang mahu memusnahkan negara.

12 August 2018

DEMOKRASI MALAYSIA MENUJU SISTEM DUA PARTI?

Satu isyarat diberikan rakyat Malaysia pada PRU tahun 2008, bahawa rakyat yang bermastautin di kawasan maju berkenderungan menolak government of the day.

PRU tahun 2008 untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat apabila menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen- Kuasa 2/3 adalah 148 kerusi.

Pada PRU-13 tahun 2013, kemerostan sokongan kepada Bn beterusan apabila jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan kepada 133 kerusi parlimen diikuti kehilangan undi popular.

Pada PRU-14, tahun 2018, Bn kehilangan kuasa selepas memerintah negara hampir 61 tahun, apabila hanya menang 79 kerusi Parlimen, 54 kerusi disumbangkan parti Umno. Jumlah kerusi Umno itu menunjukkan bahawa parti itu kehilangan 24 kerusi berbanding PRU-13.

Daripada 79 kerusi yang dimenangi Bn itu, 32 di kawasan pedalaman, 23 luar bandar, 17 spra bandar dan 7 pinggaran bandar.

Melihat kepada kecenderungan itu, menunjukkan bahawa semakin majunya satu kawasan, maka pengundi bebas memilih parti kerana tidak lagi bertanya apa sumbangan parti terhadap mereka. Makna kata, pengundi mengunakan kuasa demokrasi secara total tidak lagi terikat.

Ambil contoh di Sabah, kawasan-kawasan maju seperti Sepanggar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Papar, Tawau dengan pengecualian Kota Belud, Semporna, Tenom, Kalabakan, Silam, Keningau dimenangi parti yang melawan Bn.

Kalau lah dianalisa secara mentah keputusan PRU sejak tahun 2008, menunjukkan bahawa semakin maju sesebuah kawasan cenderung menolak kerajaan of the day. Apa kah kecederungan ini beterusan? sehinggakan demokrasi Malaysia mencontohi sistem dua parti seperti di Amerika?. 

Atau dengan adanya kecenderungan itu, maka penyebab Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu mahu menambah pendapatan rakyat? kerana menerusi peningkatan pendapatan yang boleh dibelanjakan menyebabkan perkembangan ekonomi sesebuah kawasan yang mendorong kepada kemajuan. Dengan menghalang kemajuan, maka memperlambat kewujudan sistem dua parti yang saling berganti setiap PRU?

PRU-15 SABAH: APA PILIHAN RAKYAT?

Sepanjang 5 tahun ini, isu yang sentiasa menyelimuti politik Sabah adalah berkaitan MA63, selain isu royalti minyak dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sara hidup yang dikaitkan dengan harga barangan, walaupun dianggap sebagai isu muktabar, namun tidak sehebat tiga isu yang di sebut pada para pertama tulisan ini.

Juga, rakyat akan melihat figura para pemimpin, kerana rakyat akan menilai siapa pemimpin utama.

Berasaskan kepada senario selepas PRU-14, telah jelas figura utama adalah Datuk Shafie Apdal sebagai Presiden Parti Warisan Sabah, sementara di pihak Umno adalah Datuk Hajiji Mohd Noor.

Jika mengimbas kembali pada PRU-14, Shafie mampu mendobrak 15 wilayah Umno, 3 wilayah cina dan 3 wilayah KDM, di peringkat DUN, manakala di Peringkat parlimen sebanyak 7 daripada 14 yang biasanya menjadi wilayah Umno sejak PRU 2004.

Parti Umno Sabah perlu mengakui, bahawa figura Shafie telah menyumbang kepada pencapaian PWS pada PRU-14. Figura Shafie juga telah menyumbang di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, sehinggakan mampu menawan 29 kerusi Dun identikal dengan jumlah pencapaian Bn.

Fakta yang perlu diterima juga, bahawa Bn pada PRU-14 secara mutlak ditolak oleh kaum cina. Namun apa yang menarik pada keputusan PRU-14, kaum KDM masih bersama Bn, berbanding dengan kolaborasi PWS, PKR dan DAP.

Berdepan PRU-15, melihat kepada kecenderungan rakyat Sabah, nampak gaya, Umno, PBS dan STAR, tidak akan mampu menembusi kawasan cina, atas sebab itu, tiga parti itu tiada pilihan melainkan fokus kepada kaum bumiputera.

Apa pilihan Umno Sabah? pertama mesti memartabatkan roh MA63, konsisten dengan royalti minyak. Dua isu mudah pendekatannya, kerana hanya mempunyai sasaran, iaitu Kerajaan Persekutuan, namun bagi isu PATI, maka perlu mengambil jalan tengah, kerana berdepan dengan situasi di luah mati bapa, ditelan mati emak. Kegagalan PWS mendapat sokongan kaum KDM kerana berkaitan dengan PATI, di lain pihak pula Umno kehilangan sokongan kerana isu PATI.

Keadaan senario politik Sabah kini, di pihak PWS, juga ada UPKO yang sensitif terhadap PATI, manakala di pihak Umno pula ada PBS dan STAR yang sensitif berkaitan isu yang sama.

Jika kawasan DUN Sabah kekal 60, kawasan yang berimpak berkaitan PATI sebanyak 20 kawasan, iaitu kawasan KDM, manakala 32 lagi, bergantung bagaiaman PWS dan Umno memainkan isu itu.

Jika kawasan KDM yang masih mengekalkan keputusan PRU-14, yang mana kawasan KDM yang masih menyokong BN sebanyak 13 DUN + STAR-2, maka jika Umno/Bn mahu menubuhkan kerajaan, maka perlu menang paling sedikit 16 Dun daripada 32, menrusi jumlah itu, maka Umno/Bn, PBS dan STAR dapat menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, dan jangan lagi berlaku pengkhinatan seperti mana pada 10 Mei 2018, apabila 4 ADUN Umno dan 2 UPKO berpaling tadah dan menjadi KATAK.

Penulis tidak menidakkan keupayaan PWS dan UPKO serta PKR dan DAP, kerana barisan kepimpinan mereka pada PRU-14 mampu mendapat 29 kerusi Dun, walaupun hanya mempunyai seorang figura, iaitu Shafie Apdal, namun keupayaan mereka itu dibantu oleh tsunami politi tanah air yang dikemudikan oleh Tun Dr Mahathir yang berpaksikan kepada isu ciptaan mereka, khususnya isu yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak, selain janji-janji yang sukar ditunaikan, seperti pemansuhan hutang PTPTN, penurunan harga barang yang dikaitkan dengan GST.

Kini, senario telah berubah hampir 360 darjah, dan sudah tentunya jika Umno, PBS dan STAR dapat mempergunakannya sebagai kelebihan, maka peluang rakyat Sabah menyokong semula, cukup terserlah.

PBS dan STAR masih bersandarkan kepada pemimpin lama parti itu, berbeza dengan Umno yang telah berubah, walaupun pemimpin yang menerajui Umno Sabah adalah para pemimpin veteran.

Umno Sabah dinahkodai oleh Datuk Hajiji Noor sebagai Pengerusi, Datuk Bung Moktar Radin-MP Kinabatangan sebagai Timbalan, Setiausaha Agung- Datuk Masidi Manjun, Ketua Penerangan- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia-mantan Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar belum teruji sebagai barisan pemimpin Umno Sabah, kecuali semasa masih Ketua Bahagian Umno Kota Marudu, sebelum tahun 2008.

Sebagai Ketua Penerangan Umno Sabah, mantan Speaker itu mempunyai tugas berat, kerana perlu menggalas tugas sebagai pengempur utama di barisan depan, khususnya di wilayah BUMIS (bajau-ubian-melayu Sabah-Irranun dan Suluk) yang mana 15 kawasan itu telah ditawan PWS pada PRU-14 lalu.

Umno Sabah perlu mengakui, menawan kawasan BUMIS adalah kunci utama bagi Umno dan parti sekutunya menubuhkan kerajaan selepas PRU-15.

Sebab itu lah, PRU-15, apa pilihan rakyat Sabah, sangat bergantung kepada keampuhan barisan pengempur Umno di kawasan-kawasan yang disebutkan. Bagi kawasan pantai Barat pula, ramai pemimpin Umno boleh menjadi sandaran, antaranya Datuk Anifah Aman, Datuk Arifin Arif, di kawasan Beaufort ada Datuk Azizah Mohd Dun Banir, dibantu oleh para pemimpin veteran seperti Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Isnin Aliasnih, manakala di Bahagian Tawau, sangat bergantung harap kepada Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Kepada para pemimpin Umno Sabah, termasuk para Ketua Bahagian, bermula daripada sekarang lupakan semua ego, ulasan-ulasan negatif, bersatu lah di bawah kepimpin Datuk Hajiji Noor bersama dengan saf kepiminan Umno Sabah yang baru, tanamkan pada sanubari masing-masing, bahawa MISI PRU-15 adalah merampas semula kerajaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels