Jika ada pemimpin Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah mendakwa bahawa kerajaan negeri adalah kerajaan autonomi, dakwaan itu tidak berpaksi pada fakta, akan tetapi hanya gimik politik.
Semua rakyat Sabah tahu, bahawa Parti Warisan Sabah bukan sahaja tidak menang pada PRU-14 lalu, malah jika jumlah kerusi parti itu (21 DUN), dijumlahkan dengan PKR (2 DUN) dan DAP (6 DUN), masih tidak mencapai jumlah majoriti mudah.
Parti yang dipimpin Datuk Shafie Apdal itu dapat "merampas" kerajaan apabila 4 ADUN Umno berpaling tadah disertai 2 ADUN Upko pada 11 Mei, 2018, sehinggakan TYT Sabah melantik Presiden PWS itu sebagai Ketua Menteri ke-15 Sabah pada malam 12 Mei, 2018.
Berikutan pengkhianatan 9 ADUN daripada kem Tan Sri Musa Aman, maka akhirnya kem Shafie mempunyai 38 ADUN daripada 60 DUN Sabah, tidak termasuk ADUN dilantik.
Jika pada keadaan sekarang, ADUN daripada PKR dan DAP ditolak daripada jumlah ADUN PWS dan UPKO, kerajaan Sabah pimpinan Shafie hanya mempunyai 30 ADUN tidak termasuk ADUN dilantik. Jumlah itu, bukanlah jumlah majoriti mudah bagi ADUN yang dipilih menerusi pilihanraya.
Kedudukan ADUN PKR kini berjumlah 3 termasuk ADUN Balung- Datuk Osman Jamal, sementara DAP kekal-6.
Benar lah seperti mana kenyataan Ketua Penerangan Umno Sabah yang baru- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, bahawa dakwaan kerajaan Sabah yang diterajui PWS adalah Kerajaan Autonomi hanya gimik politik.
Kerajaan Sabah sekarang, walaupun cuba mengelirukan rakyat Sabah, namun hakikatnya, bahawa kerajaan Sabah sekarang, jauh kebelakang berbanding dengan kerajaan yang diterajui Bn.
Fakta sebenar yang tidak boleh dinafikan, bahawa Kerajaan Bn dahulu sepenuhnya disokong oleh Kerajaan Pusat, selain itu sebahagian pemimpin Sabah masa itu termasuk dalam pembuat dasar Kerajaan, berbeza dengan Kerajaan Sabah sekarang, yang hanya berkolaborasi dengan Kerajaan Pusat.
Semasa Kerajaan Bn, para pemimpin Sabah yang dilantik sebagai menteri kabinet berorentasikan pembangunan, berbeza dengan pemimpin Sabah sekarang yang menduduki kabinet Persekutuan bukan berorentasikan pembangunan.
Kini, Kerajaan Sabah terperangkap dengan tindakannya sendiri apabila menubuhkan tiga Kementerian yang mana tiga kementerian itu masih dibidang kuasa Persekutuan, walaupun di atas kertas bidang kuasa kementerian itu boleh sahaja diturunkan kepada Sabah, namun kekangannya adalah daripada segi peruntukan khususnya Kementerian Pendidikan dan Kesihatan?
Memandangkan dasar pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir, dan ianya ditunjukan secara tersurat dan tersirat menerusi perlantikan pemimpin Sabah ke dalam kabinet beliau, nampaknya Sabah dan rakyatnya akan kembali pada era 22 tahun semasa beliau menjadi Perdana Menteri- Sabah jatuh miskin!!!!.
Tindakan gimik politik oleh Kerajaan Warisan Sabah yang cuba mengaburi mata rakyat, tidak akan ke mana-mana. Apa yang pasti rakyat Sabah sudah membuka mata.
No comments:
Post a Comment