Berbeza dengan pendekatan Kerajaan Bn di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman, kerajaan Sabah di bawah teraju Datuk Shafie Apdal akan menumpukan menebang hutan sebagai sumber pendapatan negeri.
Isyarat yang diberikan "Ketua Menteri Sabah" itu sempena "100 hari" kerajaan Warisan Sabah, bahawa di Semenanjung pendapatan melalui sumber hutan berjumlah antara RM20-RM22bilion setahun, manakala bagi Sabah hanya berjumlah RM200-RM300 setahun selama 15 tahun.
Pendapatan negeri menerusi Yayasan Sabah itu, memgesahkan, bahawa pendapatan Sabah semasa Kerajaan Bn bukan lagi berpaksi kepada sumber hutan, sebab itu, jumlah hutan Sabah meningkat dengan drastik sekali kepada 1.87juta hektar pada tahun 2017, berbanding 838ribu hektar pada tahun 2002.
Dalam tempoh Musa sebagai Ketua Menteri hutan kekal Sabah bertambah lebih 1 juta hektar. Oleh kerana sumber pendapatan negeri menerusi konsesi hutan Yayasan Sabah bukan lagi sumber utama, makna kata, pembalakan dikurangkan dengan drastik sekali, sebab itulah mendorong peningkatan hutan kekal purata 73 ribu hektar setahun sejak 15 tahun lalu.
Jika melihat sumber pendapatan Sabah sejak awal merdeka bersumber daripada penebangan kayu balak, namun tidak pernah sekalipun Sabah membentangkan bajet perolehan melebihi RM3bilion. Malah pada tempoh masa 1985-1994 di mana sumber utama pendapatan/perolehan negeri daripada balak, kerajaan hampir muflis. Sebagai rekod, pada tahun 2003, wang simpanan Sabah hanya berjumlah RM184juta, walaupun bermula pada pertengahan tahun 1994, kerajaan dibantu oleh kerajaan Persekutuan cuba memperbetulkan akaun semasa kerajaan negeri.
Oleh kerana Kerajaan Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie melihat, bahawa hutan kekal Sabah sudah luas dan sudah siap untuk di balak, peluang menebang kayu untuk dijadikan alasan menambah pendapatan kononnya untuk membangun negeri dan rakyat.
Menebang khazanah hutan, adalah satu cara memperkaya syarikat RM2. Kerana sebelum ini, setiap wakil rakyat dan pemimpin kerajaan akan mendapat sekurang-kurangnya 500 ekar "virgin jungle", sebelum kaedah itu dimansuhkan semasa Musa Ketua Menteri Sabah.
Nampaknya, generasi penerus tidak lagi dapat menikmati kekayaan hutan negeri, seperti mana matlamat kerajaan lalu, menjelang tahun 2025 sekurang-kurang 'land mass' Sabah 30% diselimuti hutan kekal.
No comments:
Post a Comment