3 July 2018

DISEBALIK PEMUTIHAN PATI SABAH

Bukti PRU-14 kawasan-kawasan tradisi Umno dapat dirampas parti Warisan Sabah (PWS) ekoran penubuhan RCI Pati Sabah. 

Umno lupa, bahawa sokongan terhadap parti itu, kerana akibat tindakan tegas PBS terhadap isu PATI.

Para pemimpin PWS sedar, bertindak tegas terhadap PATI, parti itu akan kehilangan sokongan.

Untuk konsolidasi kekuatan, maka tindakan pemutihan terhadap PATI perlu dilakukan.

PWS tidak mahu kehilangan sokongan di kawasan-kawasan pantai timur Sabah dan pesisir pantai.

Bagi memperkuat kedudukan PWS, selain tindakan pemutihan, juga akan diperkenalkan beberapa ordinan tanah, bagi memerbanyak kawasan penempatan.

Para pemimpin PWS khususnya daripada KDM, terpaksa "senyap" berkaitan PATI, kerana demi survival politik.

Dalam pilihanraya, yang mustahak adalah jumlah kerusi yang mencukupi menubuhkan kerajaan.

Parti politik Sabah dalam persimpangan, apa kah setiap parti mahu berjuang bagi kepentingan penduduk asal, atau survival politik.

Tindakan Kerajaan Sabah sebelum ini berkaitan PATI menerusi THTO (tiada hari tanpa operasi) menyebabkan kebencian sehinggakan menyebabkan "tsunami' di kawasan-kawasan tertentu di Sabah.

1 July 2018

UMNO MASIH DIPERSIMPANGAN

PARTI Umno masih dipersimpangan antara berubah secara total dan mempertahankan status quo.

Kemenangan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menunjukkan bahawa parti masih meneruskan tradisi, Timbalan Presiden akan menjadi Presiden.

Sejak kewujudan parti 71 tahun lalu, apabila Presiden berhenti, maka timbalan lah yang mengambil alih. 

Pemilihan parti bagi Sesi 2018-2021 dicuba oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razalegh Hamzah, apa kah perwakilan akan lari daripada tradisi parti. Keputusannya, bahawa perwakilan masih mengekalkan tradisi parti itu, walaupun undi popular mempunyi kecenderungan untuk berubah, namun kerana "electoral college" maka status quo dipertahankan.

Sebenarnya, jika dilihat daripada persepktif bagi mereka yang kalah, tiada sistem yang terbaik bagi sebarang pemilihan.

Jika semua pihak berlapang dada, maka perlu akur dengan sistem pemilihan. Keadaan rumah siap pahat berbunyi seharusnya tidak berlaku. Keadaan ini lah yang cuba dielak parti, apabila sebelum ini kerap mencadangkan jawatan no 1 dan 2 jangan dipertandingkan.

Kini, selepas pemilihan, calon Presiden yang kalah, Khairy Jamaluddin, mengeluarkan rasa tidak puas hati, dan menyalahkan sistem pemilihan yang digunapakai parti.

Malah, mantan Ketua Putri Umno yang juga MP Masjid Tanah, Melaka keluar daripada parti, memberi alasan, bahawa parti masih tidak berubah, meskipun kehilangan kuasa.

Sebenarnya, adalah perkara subjektif, dan tiada jaminan, jikapun pemilihan parti pada kali ini, diterajui lebih 70 peratus muka-muka baru.

Ambil lah iktibar, bahawa Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang lahir daripada kilang Umno. Mengapa mereka diterima rakyat?

Muka lama atau muka baru, bukan lah jaminan. Apa yang mustahak, bahawa saf kepimpinan mampu memberi kepimpinan sesuai dengan kehendak rakyat masa kini. Fikir-Fikirkan.

SAF KEPIMPINAN UMNO SESI 2018-2021

Perwakilan Umno daripada 191 Bahagian telah memilih saf kepimpinan parti bagi Sesi 2018-2021. Diharapkan menerusi saf kepimpinan parti itu, parti dapat sembuh daripada kecederaan dan dapat berdiri tegak akibat tersandung pada PRU-14.

Umno telah kehilangan 34 kerusi parlimen pada PRU-14 apabila hanya menang 54. Pada keadaan terkini, ahli parlimen parti itu hanya berbaki 51, apabila tiga wakil rakyat parti itu bagi Parlimen Bagan Serai, Bukit Gantang dan Masjid Tanah keluar daripada parti.

Tidak dipastikan, apa kah akan ramai lagi wakil rakyat daripada parti itu akan keluar? 

Para wakil rakyat yang keluar sebenarnya adalah para pemimpin yang kurang jati diri dan semangat juang. Bagi memperkasakan dan memperkuat parti, adalah elok, mereka yang terkategori itu keluar lebih awal, agar parti terbersih daripada mereka yang bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan.

Mereka yang keluar daripada parti, adalah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri, bukan pun perjuangan parti. 

Jika daripada awal-awal lagi, parti terbersih daripada kategori pemimpin ini, kemungkin besar parti tidak sampai tercedera atau tersandung.

Terbaharu, wakil yang keluar adalah mantan Ketua Putri Umno. Keluarnya beliau walaupum masih menang menggunakan tikit parti pada PRU-14, namun hakikatnya beliau telah gagal menarik anak muda menyokong parti, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Puteri.

Berkaitan dengan saf kepimpinan baru parti, walaupun tidak banyak kejutan, malah mengekalkan para pemimpin yang ditolak rakyat di kawasan masing pada PRU-14, namun mereka itu, mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memulihkan parti.

Adalah diharapkan, para pemimpin parti yang gagal dipilih dalam saf kepimpin bagi tempoh 3 tahun ini, akan terus berganding bahu dengan barisan kepimpinan, merapatkan kerjasama sebagai satu pasukan.

Setiap ahli parti, perlu memberi sokongan kepada saf kepimpinan baru, di semua peringkat, termasuk peringkat cawangan dan bahagian.

Setiap ahli parti bermula daripada sekarang perlu fokus menawan hati rakyat sehinggalah ke PRU-15.

Penulis yakin, jika semua pihak berganding bahu dan bertungkus lumus memulihkan parti untuk kuat semula, PRU-15, parti akan menerajui kerajaan semula.

Untuk rekod, berikut adalah saf kepimpinan parti yang baharu.

PRESIDEN
Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (Perak)

TIMBALAN PRESID.EN
Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan)

NAIB PRESIDEN
Datuk Seri Ismail Sabri Yakob (Pahang)
Datuk Seri Khaled Nordin (Johor)
Datuk Seri  Mahdzir Khaled (Kedah)

AHLI MAJLIS TERTINGGI
Datuk Seri  Zambry Kadir (Perak)
Datuk Mohd Sharkar (Pahang)
Datuk Mustapha Mohamed (Kelantan)
Datuk Abd Rahman Dahlan (Sabah)
Datuk Reezal Merican (Penang)
Datuk Azeez Rahim (Kedah)
Datuk Rosnah Shirlin (Sabah)
Datuk Shabery Cheek (Terengganu)
Datuk Azalina Othman  Said (Johor)
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (Johor)
Datuk Razali Ibrahim (Johor)
Datuk Ahmad Maslan (Johor)
Datuk Lokman Adam (Johor)
 Razlan Rafii (WP)
 Tun Faisal (WP)
Tan Sri Noh Omar (Selangor)
-Armand Azha (Selangor)
-Datuk Azlan Man (Perlis)
 Jalaludin Alias (NS)
 Azian Othman (Perak)
 Shamsul Anuar Nasarah (Perak)
 Alwi Che Ahmad (Kelantan)
 Abd Rahman Mohamad (Pahang)
 Shaikh Husin (Penang)
 Khaidirah (Melaka)

30 June 2018

BERLAGAK, SOMBONG- PUNCA BN KALAH PRU-14

Hakikat perlu diterima, sifat sombong, bongkak, bersifat elitis yang dilakukan para pemimpin Bn adalah punca utama mengapa rakyat menolak gabungan 13 parti itu. 

Selain itu, para pemimpin tidak mampu membezakan antara penyokong ikhlas dan membodek, penyokong tegar dan penyokong mencari peluang, malah ada penyokong mencari peluang, menuduh penyokong tegar sebagi tidak cerdik dan tidak bijak.

Pemimpin Bn yang punya kedudukan dikelilingi oleh penyokong mencari peluang, dan mereka inilah ke depan semasa PRU-14, sebagai akibatnya, ramai calon berstatus demikian bukan sahaja tewas, malah ada yang kalah teruk.

Penulis bersetuju dengan pendapat Tengku Razalegh Hamzah calon Presiden Umno, bahawa kekalahan Umno kerana berpunca kepada sifat-sifat pemimpin parti itu sendiri.

Tindakan menunjuk-nunjuk oleh penyokong mencari peluang, selain tindakan para pemimpin sendiri membuatkan rakyat muak dan benci, apa tak lagi ditambah dengan berbagai skandal yang dilakukan segelintir pemimpin.

Perbezaan kehidupan antara pemimpin bersama dengan penyokong mencari peluang, berbanding kehidupan rakyat, ibarat hitam putih. Penyokong tegar, masih bersarapan dengan baki nasi semalam, manakala pemimpin dan penyokong mencari peluang bersarapan di hotel-hotel berbintang 5.

Kemajuan teknologi, membuatkan apa sahaja tindakan, perbuatan pemimpin, dapat diketahui sekelip mata, sehinggakan rakyat terbangkit emosi menunju kebosanan dan kebencian.

Oleh kerana Bn tidak lagi wujud, dan kini sudah kembali tiga parti asal- Umno-MCA-MIC, maka para pemimpin 3 parti itu perlu kembali ke asal, jika mahu mendapat kepercayaan rakyat semula.

Umno khususnya, dan para pemimpin yang bakal menerajui parti itu hasil daripada pemilihan yang dipilih oleh 170,000 perwakilan daripada 191 Bahagian, perlu mengambil iktibar berkaitan dengan punca-punca mengapa rakyat menolak pada PRU-14. 

Kepada para pemimpin Umno yang bakal dipilih, celik-celik lah mata, utamakan penyokong tegar, bukannya penyokong hanya dikala senang.

29 June 2018

MELENYAPKAN UMNO=MELENYAPKAN KESATUAN MELAYU

Membekukan akaun bank sudah, membatalkan pendaftaran on the way.

Umno- adalah parti yang menyatukan melayu, dapat memerdekakan negara. 

Menerusi Umno, maka melayu dapat bersatu dan dapat menghalau penjajah yang menjajah negeri melayu beratus tahun.

Menerusi Umno, kaum melayu dapat dimartabatkan di tanah airnya sendiri.

Kini, Umno perlu dinyahkan, dimatikan kerana dikatakan dipenuhi pemimpin yang rasuah, racist dan jahat.

Jangan lupa, Umno mempunyai lebih 3 juta ahli, dan tidak semuanya jahat, rasuah dan racist.

Umno dikatakan sangat buruk, kerana hanya beberapa pemimpin yang terpalit. Kerana nila beberapa titik, kerana beberapa biji pisang dalam setandan rosak, maka Umno dicap rosak.

Kalau Umno rosak, tidak kan dapat memajukan negara selama 61 tahun. 

Kalau Umno parti rosak, tidak akan melahirkan pemimpin seperti Tun Dr Mahathir, Dato Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin dan ramai lagi.

Sebenarnya Umno tidak rosak. Umno untuk sementera tercedera, tersandung, kerana kegagalan menepis persepsi. 

Umno tercedera/tersandung, kerana faktor kebosanan, yang gagal ditangai para pemimpin. Para pemimpin gagal menterjermakan aspirasi generasi selepas merdeka.

Yang mahu melenyapkan Umno adalah para pemimpin yang racist, dibuktikan apabila Lim kit Siang kerap sangat menulis, membuat kenyataan buruk berkaitan Umno.

Kini, para pemimpin PH bersatu untuk mematikan Umno, kerana dakwaan, Umno rasuah, racist, jahat datangnya daripada mereka. Kata peribahasa orang putih, yang berteriak pencuri, sebenarnya orang itulah sebenarnya pencuri.

Di Sabah, jika bukan Umno, Datuk Shafie Apdal, akan jadi seperti persara kerajaan yang lain. Kerana Umno, ramai pemimpin bermunculan. 

Umno sebenarnya tiada salah apapun. Umno dapat nama buruk, kerana perbuatan para pemimpin yang tamak haloba, pemimpin yang sombong, pemimpin yang arrogant.

Esok, parti akan menentukan saf pemimpin yang bakal disandarkan untuk memperkuat parti, membersihkan imej parti, dan paling mustahak, menghalang propaganda negatif daripada para pemimpin PH.

Semoga 170,000 perwakilan, dapat memilih saf kepimpinan yang mempunai jati diri, mempunyai semagat juang yang tinggi, agar parti kembali gah, dahulu, kini dan selamanya.

Kepada para perwakilan, dibahu anda terletak, apa kah UMNO akan ditalkinkan!!!! Selamat Bersidang.

9 TAHUN NAJIB KUKUHKAN EKONOMI- HANYA 100 HARI TUN M LEBURKAN

Bagi yang faham indeks Bursa Malaysia, setiap 1 point naik atau turun ianya mewakili RM1bilion. Pada April, 2018 Indeks Bursa Malaysia, berada pada paras 1,895 point. Angka itu merupakan 130% GDP negara (GDP negara RM1.2trilion). Kini indeks bursa sudah di bawah 1,700 point, ertinya dalam tempoh 50 hari selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bursa Malaysia kehilangan hampir RM200 bilion (laporan media kewangan seperti Financial Times mengatakan lebih RM40bilion telah di bawah keluar daripada negara).

Dengan menurunnya indeks bursa negara, mereka yang rugi adalah peniaga. Siapa peniaga? mereka itu majoriti daripada kaum cina (nota tidak termasuk Tan Sri Vincent Tan, kerana taikun itu mendapat keuntungan apabila lembaga Tabung Haji menjual pegangan saham pada T7, kemudiannya disambut oleh taikun itu).

Selain kaum cina, agensi yang mengalami kerugian adalah KWSP, PNB, LTAT, Tabung Haji. 

Mengapa kaum cina diam berkaitan merundumnya bursa saham, sebabnya mereka malu mengaku kerana kaum itu lebih 90% menyokong PH pada PRU-14.

Kerajaan PH, sedar berkaitan kerugian besar yang dialami Bursa Malaysia, dan jika trend itu beterusan, dan bursa kehilangan sehingga RM500bilion, maka terkabul lah hujah para pemimpin PH sebelum ini, bahawa negara menuju muflis.

Bagi petani, nelayan, buruh, penoreh, kakitangan awam, memang tidak terasa sangat, namun bagi peniaga, keadaan demikian boleh menjadikan mereka bunuh diri, jadi gila atau papa kedana,

Bagi mereka yang melabur dalam pasaran saham, mengerti betul, impak apabila pasaran saham jatuh. Bagi orang Sabah, contoh mudah, adalah Saham Amanah Sabah yang nilai nominalnya semasa dibeli adalah RM1 seunit, dan kini hanya bernilai sen-sen.

Apa yang boleh menjadi pengajaran berkaitan fenomena ini adalah, 9 tahun Dato Seri Najib kukuhkan ekonomi negara, akan tetapi hanya 100 hari diperlukan oleh Kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir meleburkannya.

27 June 2018

JAWATAN MENTERI PERSEKUTUAN DARIPADA SABAH- HANYA PELENGKAP STATUS


Datuk VKLiew-Bakal Menteri?
Jawatan menteri Persekutuan yang diberikan kepada wakil rakyat Sabah, seharusnya kementerian yang boleh memberi impak kepada pembangunan dan kemajuan negeri, bagi mengejar ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. 

Semasa kerajaan Parti Barisan Nasional, pemimpin Sabah dilantik ke kementerian yang boleh memberi impak kepada kemajuan & pembangunan negeri, misalnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), Kementerian Kesejahteraan Perumahan & Kerajaan Tempatan, Menteri yang menjaga ekonomi negara, Kementerian multimedia & Komunikasi, Kementerian tenaga & air, selain Kementerian inovasi dan alam sekitar. 

Namun, menerusi kerajaan Pakatan Harapan, kementerian yang memberi impak besar kepada pembangunan & kemajuan tidak diberikan kepada para pemimpin Sabah, sebaliknya kementerian seperti Menteri Undang-Undang, Menteri MITI, Menteri Pelancongan & Kebudayaan (jika betul senarai yang tular).

Jawatan menteri yang diberikan kepada pemimpin Sabah, hanya sebagai pelengkap jawatan politik, bukan bertujuan untuk membangun & memajukan Sabah, dan kini kembali seperti mana era sebelum tahun Era Dato Seri Najib. 

Nampaknya, Sabah akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan & kemajuan, seperti mana sebelum ini ( 1981-2003). 

Adalah diharapkan, para penyokong parti Warisan Sabah di mana sebelum ini kerap sangat menularkan jalan-jalan rosak, bangunan-bangunan sekolah yang daif, jalan-jalan daif agar meneruskan berbuat demikian, supaya mereka ternampak sebagai pejuang rakyat Sabah. Selain itu, jika penyokong parti Umno atau parti pembangkang menularkan keadaan sama, sokonglah, supaya kemudahan asas seumpama itu dibina dan diupgrade.

25 June 2018

KERANA KUASA SEMUA BOLEH BERUBAH

Parti-parti Sarawak menang bergaya pada PRN tahun 2016, menggunakan logo Bn dan membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Pada PRU-14 parti-parti yang sama menang 19 kerusi Parlimen daripada 31 kerana logo Bn. 19 Kerusi mewakili 61.29% daripada keseluruhan, pun demikian, meninggalkan Bn, kononnya demi survival politik. Parti-parti Bn Sarawak mengantisipasi akan kehilangan kuasa pada PRN ynag bakal diadakan pada tahun 2021. Dengan keluar daripada Bn, dan mesra Pakatan Harapan, maka akan menjamin parti-parti itu akan terus berkuasa di Sarawak.

Dalam politik, semuanya boleh berlaku.Tiada jaminan kekal dalam politik. Rakyat sebagai hakim, akan menentukan parti mana yang bakal menang.

Di Sabah, kerana kuasa, maka Upko dan beberapa ADUN Umno menjadi Katak kerana kuasa. Keputusaan PRU-14, jelas Bn menang 29 kerusi Dun, PWS, DAP dan PKR juga dengan jumlah yang sama. Kalau berasaskan First Past The Post, maka Bn sebagai pemenang. Namun untuk membentuk kerajaan, maka kerajaan yang dibentuk perlu mempunyai jumlah kerusi majoriti mudah. Bagi Sabah, majoriti mudah itu adalah 31 daripada 60. Bn bersama STAR pada 10 Mei, 2018 dapat jumlah majoriti mudah, iaitu 31, sebab itu, Pengerusi Bn Sabah Tan Sri Musa Aman mendapat watikah perlantikan sebagai Ketua Menteri Sabah, seterusnya mengangkat sumpah jawatan bersama barisan kabinet beliau.

Akibat para pengkhianat, Musa kehilangan sokongan pada 12 Mei, 2018 kerana 2 ADUN UPKO dan 4 UMNO menjadi katak dan seterusnya berpaling tadah.

Musa memfailkan saman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal, kerana melanggar Perlembagaan Negeri. Saman itu akan didengar pada 9 Julai, 2018 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Melihat pada gambar, di mana Shafie dan Ketua Menteri Sarawak bersama Tun Dr Mahathir dalam satu majlis memberi sokongan kepada PM-7 itu, sebenarnya, hanya menunjukkan, kerana kuasa semua boleh berubah.

Kepada rakyat negara ini, di masa depan perlu berhati-hati memberi sokongan terhadap pemimpin seumpama ini, kerana mereka akan sanggup berbuat apa sahaja demi survial.

KAUM LAIN TOLAK BN DAPAT ISI, MELAYU TOLAK BN DAPAT TULANG

Kehilangan kuasa parti Barisan Nasional, benar-benar ikut apa kata peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta yang bermaksud "orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk akhirnya".

Penulis tidak mampu lagi menyenaraikan kerugian kaum melayu atau bumiputera yang makan gaji, nelayan, petani, buruh, pemandu teksi, penoreh, guru-guru agama, imam-imam, ketua-ketua kampong, peneroka, malah para pencarum KWSP apabila kerajaan Parti Barisan Nasional digantikan oleh Pakatan Harapan.

Penulis juga sangat terkilan, PH yang hanya mendapat sokongan 25% kaum melayu/bumiputera memerintah negara, sehinggakan blok terbesar pembangkang adalah kaum melayu/bumiputera.

Pasca PRU-14, menggambarkan, tanah dipijak milik orang lain.

Keputusan PRU-14 semoga menjadi pengajaran kepada melayu/bumiputera, bahawa keputusan ikut hati, tanpa pertimbangan akal fikiran, menyebabkan kaum terbesar negara itu kehilangan kuasa, terpaksa akur diperintah oleh kaum minoriti di tanah air sendiri.

Umno dengan berbaki 53 kerusi parlimen dan Pas dengan 18 semuanya kawasan melayu/bumiputera, akan berada di barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Kumpulan ini, tidak lagi sebaris dengan 19 ahli Parlimen Sarawak, kerana Sarawak kini sudah menjadi mesra Pakatan Harapan.

Di atas kertas, Umno boleh menang 65 kerusi Parlimen di Semenanjung, Sabah-7, manakala Pas 21, menjadikan kerusi melayu/bumiputera Sabah/Semenanjung sebanyak 93. Dengan jumlah itu, maka diperlukan 19 kerusi lagi bagi mencapai majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen, jika tiada tambahan persempadanan baru.

Jika Umno dapat bangkit semula, nampaknya PRU-15 sangat-sangat menarik untuk ditunggu.

Kaum melayu/bumiputera kena menjadikan PRU-14 sebagai pengajaran dan sempadan, kerana sokongan membabi buta, menyebabkan golongan terbesar itu hanya mendapat tulang, sedangkan kumpulan minoriti semuanya isi.

24 June 2018

UMNO KENA BERSIHKAN DIRI DARIPADA MUSANG BERBULU AYAM

SATU kemestian, jika parti Umno ingin bangkit semula, iaitu perlu membersihkan diri daripada pemimpin yang bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan.

Dalam keadaan parti tersandung lalu tercedera, diperlukan pemimpin yang benar-benar setia kepada parti, pemimpin yang berkorban untuk parti, bukan sahaja tenaga akan tetapi wang ringgit.

Sudah tiba masanya parti dipimpin oleh mereka yang tiada agenda peribadi, akan tetapi pemimpin yang mahukan parti menjadi pembela kepada agama, bangsa dan tanah air.

Parti patut bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang menang pilihanraya kerana parti lalu keluar daripada parti, kerana jika mereka ini kekal dalam parti, akan jadi penghalang kepada memperkuat parti, kerana niawatu mereka memangpun berisfat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, malah gergaji dua mata.

Diharapkan menerusi pemilihan parti, mereka yang menang jawatan di semua peringkat, adalah mereka yang mempunyai jiwa kental, mahu menjadikan parti sekuat dahulu.

Hanya menerusi jiwa yang kental disaluti perjuangan yang ampuh, membolehkan parti kembali kuat dan seterusnya mampu menjadi tunjang merampas semula tampuk pemerintahan negara pada PRU-15.

Terletak dibahu semua pemimpin baharu parti, untuk merealisasikan kekuatan parti pada keadaan sebelum kehilangan kuasa pada PRU-14.

23 June 2018

ANTARA PERSEPSI DAN KERJA IKHLAS

Datuk Nizam 
Ketua Bahagian Umno Tawau, merangkap ADUN Apas- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, mengakui bahawa era ini, seseorang pemimpin boleh dijatuhkan kerana persepsi, namun ianya boleh dicegah menerusi kerja yang ikhlas.

Nizam yang dipilih sebagai Ketua Bahagian Umno Tawau tanpa bertanding. Bahagian itu sebelum ini diketuai Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, abang kepada ADUN Apas itu.

Nizam telah terpilih sebagai ADUN Apas pada PRU-14, apabila menang menerusi pertembungan 4 penjuru di mana beliau mendapat undi sebanyak 7,243 dengan majoriti 1,787 ke atas calon Parti Warisan Sabah-Abdul Salip Bin Ejal yang mendapat undi sebanyak 5,456.

Tawau mempunyai 3 kawasan DUN, Apas, Balung dan Sri Tanjung. Pada PRU-14, Parlimen Tawau dimenangi calon PKR, DUn Sri Tanjung oleh calon DAP, manakala APAS dan Balung dimenangi calon Umno, namun pada 11 Mei, calon Balung telah melompat ke parti Warisan Sabah.

Berasaskan kepada senaaio politik semasa, kelangsungan Umno bukan sahaja di kawasan Tawau akan tetapi juga di kawasan Kalabakan akan turut dipikul oleh ADUN Apas itu, kerana beliau adalah satu-satunya wakil rakyat yang mewakili parti di kawasan itu.

Pada PRU-14, DUN Sebatik dan Tanjong Batu yang dimenangi calon Umno, namun mereka telah menyertai parti Warisan Sabah.

Kelangsungan parti Umno di Sabah akan bergantung rapat kepada para pemimpin parti itu yang masih setia. Kepada mereka lah, disandarkan apa kah parti mampu bangkit pada PRU-15.

SUDAH TIBA MASANYA SABAH TUNTUT WILAYAH MINYAK DAN GAS

SABAH tidak perlu lagi fokus kepada peratusan bayaran daripada keluaran minyak & gas yang dihasilkan daripada wilayah Sabah, sebaliknya fokus kepada pemilikan wilayah.

Jika Sabah mendapatkan hak semua wilayah carigali dan keluaran minyak, maka ekonomi Sabah akan berkembang pesat, peluang pekerjaan bagi anak-anak Sabah terbuka luas.

Memang industri minyak dan gas memerlukan modal yang besar, meskipun demikian pelaburan yang besar juga memberi pendapatan yang besar.

Sejak tahun 1974, Sabah hanya dibayar 5% dan jumlah itu akhir-akhir ini hanya berlegar-legar pada amaun RM1bilion. Jika Sabah sendiri mengoperasikan memiliki penuh semua wilayah minyak & gas, sudah tentunya, pendapatan daripada sektor itu bukannya RM1bilion, akan tetapi lebih daripada itu.

Sabah memerlukan hasil minyak untuk membangun negeri dan perekonomiannya, memandangkan keaadaan infrastruktur negeri ini sangat ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung, meskipun telah menyertai Persekutuan sejak tahun 1963. Lebih setengah abad, Sabah merdeka, namun sebahagian kawasan masih berstatus pra merdeka, malah masih banyaknya kawasan yang belum dijamah kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik. Malah jalan perhubungan itu masih dalam keadaan daif, sehingga mengundang kemalangan yang meragut nyawa.

Sudah tiba masa setiap pemimpin politik Sabah tanpa mengira parti, perlu berganding bahu memanfaatkan keputusan Mahkamah Persekutuan, menolak saman Petronas terhadap Sarawak, berkaitan takrifan wilayah minyak & gas. Bermula pada 1Julai, 2018 Sarawak akan melaksanakan kuasa kawal selia ke atas sumber minyak dan gasnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels