10 March 2013

Bila kah suasana kehidupan kembali tenang di Lahad Datu?

KERANA Jamalul Kiram maka suasana kehidupan di Lahad Datu terutama di kawasan kampung yang diceroboh pengganas sulu  menjadi tidak tenteram.

Sehingga kini lebih 2000 penduduk yang mendiami kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian terpaksa berpindah ke tempat-tempat penampungan, kerana kampung-kampung mereka diistiharkan sebagai kawasan merah.

Penduduk yang tadinya berhijrah ke Sabah kerana mengelak konflik di negaranya yang berlangsung berdekad, kini seolah-olah dikejar oleh keadaan itu.

Mereka ke sini semata-mata untuk menumpang kehidupan, kerana di negara mereka sendiri, perit dan kesusahan tidak memungkinkan meneruskan kehidupan.

Dikeranakan tindakan Jamalul Kiram III, yang berpunca daripada hasutan pihak-pihak tertentu dalam negara, maka keadaan di Selatan Filipina cuba di bawa ke Sabah. Kejadian itu bukan sahaja menimpa penduduk yang asal akan tetapi juga penduduk yang berhijrah itu.

Tindakan pengganas sulu memang sesuai dengan skrip dalang itu. Tindakan ganas yang tiada taranya terhadap pasukan keselamatan negara, adalah untuk mengwujudkan dendam yang mendalam dan sangat berbekas.

Dengan dendam kesumat yang amat dahsyat, maka kerharmonian yang ada selama ini terus tergugat. Panas setahun dihabiskan oleh hujan sehari.

Kini, walaupun keamanan akan kembali seperti sedia kala menjelang hari hari mendatang, namun suasana kehidupan tidak akan sama lagi. Sebagai Contoh, ADUN Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Mansor, mengeluarkan kenyataan, bahawa berikutan dengan kejadian di Lahad Datu, maka beliau memutuskan semua hubungan dengan kaum tausog. 

Pengistiharan Kawasan Keselamatan Khas bagi kawasan Pantai Timur Sabah yang meliputi Kudat, Sandakan, Lahad Datuk, Kunak, Semporna dan Tawau tepat masanya, walaupun kawasan baru itu tidak akan mengembalikan lagi keadaan sebelum pencerobohan Lahad Datu.

Kerana matalamat politik, maka Sabah dijadikan korban. Dalang kepada kejadian pencerobohan Lahad Datu, tidak mahu suasana negeri aman damai, apatah lagi kawasan Pantai Timur Sabah adalah Bank Votes kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun secara keseluruhan jumlah pengundi daripada suku suluk yang terdapat dalam daftar undi yang boleh mengundi pada PRU-13 sekitar 80 ribu, namun undi mereka boleh menentukan kemenangan atau menggugat kemenangan calon-calon Bn.

Krisis Lahad Datu, memang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menganggu memontem pemimpin BN terutama menjelang PRU-13. Usaha mereka itu, nampaknya telah berjaya, kerana Ketua Menteri Sabah, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan meneteri-menetri kabinet mahupun pusat dan negeri tertumpu masa mereka ke Ground Zero, malah ada yang berkampung sehingga kini.

Twit Datuk Hishamuddin pada pukul 1.30 pagi tadi, menyatakan bahawa beliau masih berada di Ground Zero memantau keadaan.

Pasukan keselamatan kini, hampir menyelesaikan tugas mereka. Tindakan pemberishan saki baki pengganas sulu masih diteruskan. Keterlambatan ini disebabkan kawasan yang luas, sebagai contoh satu rancangan Felda sahaja lima kali besar negara Singpaura.

Kawasan Ladang yang luas dan hutan yang tebal, memperlambat usaha pembersihan kawasan yang diistiharkan merah. Akan tetapi, lambat laun pemebersihan kawasan itu akan berjaya juga. Hanya menunggu masa.

Namun satu persoalan yang pasti, suasana kehidupan kawasan itu tidak akan seperti biasa lagi, sekurang-kurang dalam tempoh 2-3 tahun.

34 comments:

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

UNTUK sampai ke Lahad Datu bagi mereka yang jarang atau untuk pertama kali berkunjung ke Pekan ini, terutama menuju tempat dimana perncerobohan berlaku, sudah tentu dapat menikamti pesisir pantai yang indah dan menarik.

Di tepi pantai itu, pada keadaan cuaca cerah, dengan jelas dapat melihat Pulau Tawi-Tawi yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Filipina, termasuk bangunan-bangunan di Ibu Kotanya Bongao. Majoriti penduduknya adalah orang Islam dan pekan ini dikatakan sedang pesat membangun. Ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja menggunakan bot laju untuk tiba di Sabah. Itulah gambaran betapa dekatnya kita secara fizikal dengan sempadan Filipina.

Tetapi pada masa yang sama, ada satu dimensi lain kepada jarak yang dekat antara kita dengan wilayah Filipina ini.

Penduduk tempatan misalnya gemar memberitahu orang luar bahawa menjadi lumrah kepada sanak keluarga mereka di Filipina untuk datang berkunjung ke Sabah hanya untuk bermain bola atau bola tampar dan selepas itu naik bot semula dan kembali ke Filipina pada hari yang sama.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

Sudah tentulah, ini semua berlaku tanpa perlu melalui proses imigresen terlebih dahulu.

Pengaruh Filipina ke atas masyarakat tertentu di negara kita Sabah sangatlah besar dan kuat sehinggakan pada sesetengah tempat kedai runcit dirujuk sebagai "sari-sari" dalam bahasa Suluk.

Malah jika kita berada di perkampungan nelayan Danggan Tungku, kita boleh melihat dengan jelas Pulau Sibutu yang merupakan sebahagian daripada kepulauan Tawi-Tawi.

Hakikatnya, pantai yang mengadap Laut Sulu dan kawasan sekitarnya senantiasa menjadi kawasan yang diancam bahaya lanun dan juga puak militan yang menuntut kemerdekaan wilayah Mindanao.

Lanun yang mengganas di kawasan ini khabarnya dilengkapi dengan senjata canggih dan menggunakan bot laju berkuasa tinggi.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

Mereka menjadi popular kerana berupaya merompak kapal kontena yang besar dan memiliki sejarah menculik pelancong malah pernah menyerang bandar-badar persisiran pantai di Sabah.

Pada tahun 1996, bandar Semporna pernah diserang oleh segerombolan lanun sebanyak dua kali termasuklah menyerang balai polis menggunakan senjata moden M-16.

Mereka datang dalam kumpulan yang besar antara 10 hingga 20 orang.

Kemudian pada tahun 2000, kumpulan Abu Sayyaf telah melancarkan gerakan menculik 21 orang pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan milik Malaysia.

Lahad Datu pula terletak di daerah Tawau iaitu salah satu bandar besar di timur Sabah.

Bandar ini terletak kurang lebih 400km dari Kota Kinabalu dan mengambil masa sejam perjalanan dengan pesawat.

Pada 11 Februari lalu, sekumpulan puak Sulu yang bersenjata dari Filipina telah muncul di pekan Lahad Datu lalu 'menawan' Kampung Tanduo. Sejak itu seluruh dunia mengenali di mana terletaknya Lahad Datu.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

Serangan ke atas wilayah timur Sabah ini telah turut membuka mata sebahagian besar rakyat Malaysia buat pertama kalinya tentang sejarah dan geografi kawasan ini.

Sebahagian besar daripada kita mungkin belajar untuk mengetahui buat pertama kalinya tentang etnik tertentu yang selama ini kurang dikenali atau didengari.

Misalnya etnik Bajau, Bisaya, Kadazan Dusun, Murut, Dumpas, Irranun, Kwijau, Maragang, Orang Cocos, Orang Sungai, Rungus dan kini sudah tentunya etnik Tausug atau Suluk.

Sebahagian daripada etnik ini telah bermastautin di Sabah sejak era kedatangan masyarakat Cina dari Laut Selatan lagi.

Atas sebab ini jugalah maka kita akan dapati, sebahagian besar daripada penceroboh yang membuat kacau di Sabah kini sangat arif dengan kedudukan geografi dan kawasan sekitar berbanding dengan kita semua.

Dan berdasarkan maklumat inteligensia, kumpulan penceroboh tersebut sangat mendalami kawasan persekitaran mereka mendarat.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

Kesimpulannya ialah mereka pernah atau acap kali menziarahi kawasan ini dan mengetahui selok belok persekitarannya.

Dua daripada anggota polis kita diserang hendap dan ditembak mati di kawasan ini manakala enam lagi terbunuh ketika memasuki kawasan rumah air di Semporna yang mana adalah disyaki terdapat penduduk kampung memberi laluan atau perlindungan kepada mereka untuk bersembunyi dan memasang perangkap kepada anggota keselamatan untuk memasuki perangkap itu.

Warga Filipina ini tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila mereka menyerang anggota keselamatan kita.

Mereka memenggal kepala dua daripada anggota polis kita dan bertindak kejam sebelum melakukan pembunuhan itu termasuklah mencungkil keluar mata salah seorang daripada anggota polis yang terkorban itu.

Ketaksuban dan kesediaan kumpulan ini untuk mati atas nama perjuangan mereka yang mendorong pasukan keselamatan kita melancarkan serangan habis-habisan.

Insiden terbaru ini hanya memberi satu pengajaran berguna kepada kita semua. Sementara kita mengakui pantai Sabah adalah begitu luas dan besar tetapi realitinya ia mendedahkan Malaysia kepada bahaya ancaman musuh luar.

Star said...

Pencerobohan Lahad Datu Pembuka Mata kepada Rakyat Negara ini

Jaminan daripada pihak berkuasa bahawa segala-galnya selamat dan terjamin hanya akan bermakna sekiranya langkah konkrit diambil untuk menangani isu ini secara serius.

Mahu tidak mahu negara perlu melabur untuk menjaga keselamatan di sepanjang 4,675km persisiran pantai termasuklah di Zon Ekonomi Eksklusif di luar persisiran pantai kita.

Pencerobohan yang berlaku di Sabah menunjukkan betapa terdedahnya negara kita sekiranya menerima ancaman daripada luar dan kali ini ancaman tersebut datangnya dari sekumpulan pemberontak negara luar yang lengkap dengan latihan dan senjata.

Amatlah membimbangkan jika serangan itu dilakukan oleh pasukan tentera asing.

Kita tidak boleh lagi menganggap mudah bahawa Malaysia adalah bebas daripada sebarang ancaman luar.

Ya benar, negara kita telah dirahmati oleh keamanan dan kestabilan tetapi insiden yang berlaku di Sabah adalah satu amaran yang jelas dan nyata.

Star said...

INILAH MASANYA SEMUA RAKYAT BERSATU HATI. TANPA MENGIRA AGAMA, BANGSA, WARNA KULIT DAN FAHAMAN POLITIK. PRAY FOR MALAYSIA

Unknown said...

We are deeply saddened by the deaths of eight Malaysian police personnel, and extend our deepest condolences and heartfelt sympathies to their families and loved ones...

Unknown said...

We salute our fallen heroes who have paid the highest price in defence of our nation and territory.

Unknown said...

Our thoughts and prayers also go to members of our security forces who are now in the frontline of this conflict..

Unknown said...

As an independent nation, Malaysia has a sovereign right to ensure recognition and respect for the territorial integrity of its international borders.

Unknown said...

As the conflict continues, we call on all parties to take all necessary action to minimise any further injury and loss of life.

zam said...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan menimbang kemungkinan memberi bantuan wang ehsan kepada masyarakat tempatan yang terjejas akibat insiden pencerobohan militan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

zam said...

Perdana Menteri berkata, ia merupakan langkah yang boleh diambil oleh kerajaan persekutuasn bagi meringankan bebanan penduduk Sabah yang tinggal berhampiran dengan kampung itu.

zam said...

"Saya difahamkan punca pendapatan ramai masyarakat tempatan terjejas termasuk nelayan yang tidak dapat turun ke laut kerana kawasan mereka diancam oleh kumpulan penceroboh," katanya semasa mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di sini, hari ini.

zam said...

Persidangan video diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha di sini, sejurus Najib menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13 di Putrajaya.

zam said...

Persidangan tersebut, yang disaksikan oleh kira-kira-kira 1,000 penjawat awam di sini, turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan barisan menteri kabinet negeri.

mantera said...

pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.

mantera said...

Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.

mantera said...

Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Teruterubozu said...

Pihak kerajaan telah mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes pencerobohan di Lahad Datu tanpa sebarang pertumpahan darah. Kerajaan lebih mengutamakan penyelesaian melalui pintu rundingan dengan harapan pihak penceroboh akan keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Teruterubozu said...

Namun setelah menceroboh Sabah bermula pada 12 Februari, tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan keluar dari Sabah secara aman malah mereka telah menyerang dan membunuh 2 anggota keselamatan negara pada 1 Mac diikuti 6 lagi pada hari berikutnya.

Melihat tragedi pertumpahan darah ini, Perdana Menteri telah menegaskan bahawa mereka mesti menyerah diri.

Teruterubozu said...

Keengganan pihak penceroboh menerima pelan perdamaian membuatkan pihak berkuasa Malaysia tiada pilihan selain daripada mengambil tindakan ketenteraan untuk memerangi mereka. Pertumpahan darah sesama Muslim sudah tidak dapat dielakkan namun hukum yang berbeza terpakai kepada 2 pihak ini. Pihak anggota keselamatan yang terkorban secara zahirnya dikategorikan sebagai syahid akhirat

Teruterubozu said...

Pihak pemberontak beranggapan bahawa mereka adalah pemilik sah tanah di Sabah sedangkan di dalam Islam, kisah nostalgia perkara-perkara lampau mengenai status pemilikan hak ke atas tanah sama sekali tidak boleh diambil kira. Sama seperti halnya Malaysia dan Singapura di mana Malaysia tiada hak untuk menceroboh dan mengusir penduduk Singapura keluar. Dalam konteks ini, sesiapa yang mempertahankan wilayahnya daripada dicerobohi, dia dikira berada di pihak yang benar.

Teruterubozu said...

Aktiviti masyarakat di Kampung Simunul, Semporna dan pekan Lahad Datu yang sebelum ini terganggu ekoran pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari Sulu kembali pulih.

Selepas lebih seminggu diselubungi ketakutan, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baru memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah tersebut.

Teruterubozu said...

Tinjauan Bernama di Semporna mendapati masyarakat di daerah itu kembali sibuk menjalankan aktiviti masing-masing tanpa bimbang menjadi sasaran kumpulan penceroboh.

Kebanyakan kedai atau premis perniagaan termasuk bank-bank dan stesen minyak membuka perniagaan seperti biasa, manakala pasar-pasar awam kembali meriah dengan 'pekikan' para peniaga melariskan jualan.

Teruterubozu said...

Perkhidmatan bot yang menjadi nadi dan alat pengangkutan utama penduduk berulang-alik dari pulau ke pekan Semporna juga dilihat rancak semula dengan jeti-jeti pendaratan dipenuhi bot manakala kawasan tumpuan pelancong yang sebelum ini suram kembali meriah dengan kemasukan pelawat asing.

Teruterubozu said...

Pembantu jualan Nurhasni Arabbahasa, 23, berkata perkembangan itu adalah sesuatu yang amat menggembirakan penduduk kerana mereka kini boleh menjalankan aktiviti harian yang sebelum ini terbantut seperti biasa.

"Saya bersyukur keadaan kembali tenang, sekaligus membolehkan kami menjalankan perniagaan seperti kebiasaan bermula awal pagi hingga ke malam, berbanding separuh hari semasa keadaan tegang," katanya yang berasal dari Kampung Kabogan.

Teruterubozu said...

Perasaan itu turut dikongsi pemandu kenderaan penumpang yang menyifatkan tindakan segera pihak keselamatan menangani insiden tersebut sehingga keadaan pulih membolehkan beliau dan rakan-rakan kembali menawarkan perkhidmatan seperti biasa.

Hazie Lajari, 39, dari Kampung Tampe-Tampe berkata keadaan itu mendorong perkhidmatannya diperlukan ramai sekaligus membantu meningkatkan pendapatannya.

Teruterubozu said...

Harapan supaya seluruh Semporna terkawal sepenuhnya turut disuarakan pesara tentera, Jamdi Kulambal, 57, yang berharap pihak keselamatan dapat memulihkan sepenuhnya ketakutan penduduk di daerah itu agar mereka segera boleh kembali menjalani kehidupan yang tenang seperti sebelum ini.

Teruterubozu said...

Di Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat mengesahkan kehadiran polis yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Teruterubozu said...

"Penduduk semakin yakin bahawa kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak menjejaskan kehidupan harian penduduk dan ia memberi gambaran yang masyarakat memiliki kepercayaan tinggi terhadap peranan pasukan keselamatan," katanya.

Teruterubozu said...

Peniaga sayur Hanisah Kurana, 50, berkata memang tiada kekacauan berlaku di pekan Lahad Datu dan tindakan beberapa peniaga menutup kedai hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana khuatir insiden di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas merebak ke pekan itu.

Teruterubozu said...

Peniaga sayur, Umar Ahani, 30, pula mengakui beliau meneruskan perniagaannya seperti biasa walaupun ramai peniaga lain menutup kedai.

Katanya, beliau tidak berbuat demikian kerana yakin kehadiran polis mampu memastikan keadaan di pekan itu selamat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels