27 March 2013

Keganasan Lahad Datu: Terdedahnya Pembohongan Anwar

Mengapa Anwar Ibrahim BERBOHONG kepada rakyat Sabah dalam 'Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013.

Satu perkataan paling tepat untuk Anwar Ibrahim ... TERPERANGKAP DALAM PEMBOHONGAN.

ANWAR DIHANTUI KISAH LAMPAU

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Rakyat di ajak untuk meneliti, menganalisa dan membuat kesimpulan setiap bait perkataan ucapan Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013. 

Adakah rakyat sudah nampak betapa PEMBOHONGAN dan TERPERANGKAPnya Anwar Ibrahim dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan negara.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). “Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi). 

Rakyat perlu bertanya kepada Anwar Ibrahim, mengapa perlu beliau membangkitkan cerita sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

MENGAPA ANWAR TIDAK JAWAB KEJADIAN PENEROBOHAN LAHAD DATU?

Adakah insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu ini berlaku pada tahun 1998 atau pada tahun 2013 ? 

Isu pokok di sini adalah penglibatan pembangkang dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari sebanyak dua kali pada tahun 2012 ?
16 Julai 2012 - Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari di Jakarta. Pertemuan berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta.

4 Ogos 2012 - Pertemuan kedua Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari di Manila bagi memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar Ibrahim menaiki pesawat MH 704 ke Manila.

Di hadapan rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim juga TIDAK BERANI dan GAGAL sepunhnya untuk menjawab dan menafikan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media ini.

Ini adalah persoalan paling pokok, dakwaan media penglibatan Anwar Ibrahim dan pembangkang sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim lari dari menjawab pertuduhan ini. Mengapa ?

Anwar juga masih terus-menerus lari dari menjawab isu pokok dan mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap UMNO. 

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. “Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin. - SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.

Rakyat Sabah melihat Anwar sebagai manusia yang penuh dengan pembohongan dan mempunyai muslihat jahat terhadap penduduk negeri di bawah bayu itu.

Satu fakta- sebelum kejadian penerobohan Lahad Datu, Anwar bukan main lagi,sering menjelajah pelosok Sabah termasuk Pantai Timur Sabah, namun selepas kejadian itu, hanya bertengek di Kota Kinabalu,kawasan yang tidak terlibat langsung dengan krisis itu.

Semasa kejadian puncak penerobohan, Anwar dan pemimpin pembangkang lain, hanya berpesta di Semenanjung, dan hanya melakukan tohmahan terhadap pemimpin negara termasuk pasukan keselamatan.

Anwar memerlukan lebih dua minggu mengutuk pencerobohan itu, selepas terbukti pencerobohan itu tidak membawa kepada huru hara sehingga menyebabkan darurat diisthiarkan di Sabah, bagi menangguhkan PRU-13 di negeri itu.

Sebelum lawatan Anwar ke Sabah, para pencacai Anwar sibuk mengwar-warkan bahawa Anwar akan melawat Lahad Datu, namun war-war itu tidak menjadi,atas sebab Anwar takut dicemoh dan dilempar telur busuk di Lahad Datu.

Mungkin juga kerana emosi, ada penduduk Lahad Datu yang begitu marah terhadap Anwar akan bertindak sendiri, sehingga memudaratkan nyawa ketua umum PKR itu.

Kini di Pantai Timur Sabah, amarah terhadap Anwar sungguh luar biasa, mereka menunggu dengan sangat kedatangan Anwar untuk melempiaskan geram dan amarah mereka itu.

Tak apa kata mereka, pelanduk sering lupa jerat, manakala jerat tidak pernah akan lupa dengan pelanduk.

27 comments:

Caldina said...

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pada Rabu mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Caldina said...

Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.

Caldina said...

“Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.

Caldina said...

“Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak,” katanya

Unknown said...

Satu perkara yg kita harus perbetulkan, gambar yg tersebar luas di internet menunjukkan kononnya pemimpin Sulu yg datang ke Perhimpunan Agong UMNO 2012 sebenarnya tak tepat.

URL: http://1.bp.blogspot.com/-Qcey01kv4m8/UTNY0czp4LI/AAAAAAAAfF0/8g6XglLL2Vg/s400/pemimpin+sulu+hadir+pau+2012.jpg

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin....



Itu bukan orang Sulu... Itu orang Moro, atau lebih tepat lagi dari MILF (yg baru2 ni tandatangani perjanjian damai di Filipina melalui mediasi Malaysia) termasuklah Pengerusi MILF El Haj Murad Ebrahim sendiri...

Pandai Anwar tukar belitkan fakta...

unknown said...

The Economist Intelligence Unit (EIU), which is part of the respected London-based magazine, 'The Economist', predicts that the Barisan Nasional (BN) will win the 13th General Election (GE13) based on its successful track record, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's reform agenda and his successful economic leadership.

unknown said...

For international observers, the outcome of the upcoming polls is already clear, that the BN will be victorious, the EIU said.

unknown said...

It also said the opposition Pakatan Rakyat has been making "costly promises" to gain power, and these were a big stumbling block.

unknown said...

On all these counts, Pakatan Rakyat comes a distant second, prompting the EIU to predict BN will be the winner.

unknown said...

The EIU, a think-tank which offers regular country, industry and risk analysis, said that "it is clearly not feasible" for Pakatan to implement all of its campaign promises.

unknown said...

The EIU pointed out that Pakatan had broken many of its earlier promises, including financial assistance for pre-school education, for university students, senior citizens and the disabled; free healthcare for those over 65; lower property taxes; and assistance for home buyers.

unknown said...

On all these counts, Pakatan's populism has remained just hot air.

unknown said...

BN claimed that Pakatan has implemented only 15 per cent of its 31 election pledges, RM2.4 billion worth, made in its 2008 general election manifesto.

unknown said...

Compared this with BN's successful track record in fulfilling its promises, and you have a clear difference in approach.

unknown said...

Najib has promised Penang 20,000 affordable houses and a monorail service to ease traffic congestion, and if BN comes to power in the state, voters can be sure that these plans would be implemented.

Unknown said...

although i have yet to decide on which coalition to vote for in the coming election, i for one am not certain on who are clear favorites in the elections. There seems to be huge popular support for the Opposition on the internet, although you have to admit later on whether this truly reflects popular support for the Opposition in Malaysia. Most Opposition supporters on the Net seems to be young, internet-savvy people, but whether this will actually reflect voting tendencies is not certain, as a lot of the people on the internet aren't even of legal voting age. They may seem the most vocal and outspoken, but whether they will truly affect the upcoming elections is the real question. A majority of the Malaysians are the quiet majority, the older generation who do not have facebook or blogs or even bother with the internet yet never miss voting in the elctions, and we don't really know in which direction they will lean towards. I personally feel it could go either way...

Unknown said...

as for The Economists downplaying the Opposition's chances in the upcoming elections based on their failed promises, i actually believe that a lot of their supporters don't really mind about these issues. Most Opposition supporters don't really demand things like free water or healthcare or education, or additional financial assistance etc (from my observations at least), and so they don't really make a fuss about these things when the Opposition fails fulfill their election promises. Even the Opposition leaders have already openly claimed that their election "manifesto" isn't a "promise" as they understand that they can provide the one thing that their supporters want most: A change in government... A popular mantra among the Opposition supporters is "Asal Bukan UMNO" (As long as it isn't UMNO/ BN).. I still see a very open elections, and both sides imo has an equal chance of winning it...

mantera said...

Anwar raja penipu

Blackforest said...

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab sekiranya beliau mempunyai kaitan dengan insiden pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah.

Blackforest said...

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor menjanjikan kuasa autonomi kepada Sabah jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, katanya.

Blackforest said...

The Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas "jemputan" seorang ahli politik pembangkang Malaysia.

Blackforest said...

The Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang.

Blackforest said...

Mohd Ali turut melahirkan penghargaan terhadap anggota keselamatan negara atas kesanggupan mereka bergadai nyawa mempertahankan keamanan negara daripada pencerobohan pihak luar.

Blackforest said...

Anwar membuat kesilapan maha besar. Anwar menjemput mereka datang untuk merundingkan Undi dan Balasan Undi. Undi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan membalas undi itu dengan memberikan apa jua permintaan mereka. Malaysia adalah negara berdaulat, mengapa perlu merundingcara dan menjualnya?

Blackforest said...

Akhbar-akhbar antarabangsa seperti Reuters, Manila Times dan sebagainya terang dan jelas melaporkan penglibatan Anwar. Jika Anwar tidak terlibat, mengapa Takut dan Menggelabah menafikannya. Adakah Anwar menafikan menghantar Tian Chua 4 bulan dulu?

jackie said...

Diharapkan kebenaran akan terbongkar.

jackie said...

Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata Anwar yang cuba mengelirukan rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels