23 March 2013

Peluang BN pertahan semua kawasan cerah: Tawfik Titingan

Tajuk di atas merupakan kenyataan Pembantu Menteri Kewangan Negeri- Datuk Tawfik Datuk Haji Abu Bakar Titingan; apabila ditanya tentang kekuatan Bn Sabah berhadapan dengan PRU-13.

"Kita sudah berkerja keras sejak lima tahun lalu, bukan bermusim, tetapi secara berterusan, melalui berbagai program termasuk program turun padang janji ditepati". 

"Bukan saja saya, akan tetapi seluruh jajaran kepimpinan Bn, yang dikemudi oleh Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi Bn Sabah merangkap Ketua Perhubungan Umno Negeri menjelajah pelosok negeri serta kawasan masing-masing".

"Kalau bukan kerana krisis Lahad Datu, sudah pasti- gerakan jentera bagi kawasan Pantai Timur sudah semakin mantap, sementara menunggu pembubaran DUN dan Parlimen".

"Memang diakui, krisis Lahad Datu akbiat pencerobohan Pengganas Sulu, sedidikit sebanyak mengganggu memontum gerak kerja kita- sehinggakan Ketua Menteri sendiri berkampung di Ground Zero". "Akan tetapi disebabkan gerak kerja kita sudah bermula sekian lama, usaha pihak-pihak tertentu menganggu gugat jentera kita, tidak akan terjejas, kerana kita mempunyai jentera yang mantap".

"Memang kawasan Pantai Timur, senarionya mungkin berbeza sedikit sebelum kejadian pencerobohan Kg Tanduo, namun kita yakin, rakyat mengerti dan faham, atas sebab itu, kita tiada keraguan, bahawa akar umbi masih menyebelahi kita".

"Krisis Pantai Timur Sabah, tidak memberi kesan di kawasan-kawasan lain, atas sebab itu, kita yakin bahawa Bn Sabah masih sebagai simpanan tetap Bn".

" Belum pasti saya bertanding dimana- tergantung kepada keputusan pucuk pimpanan" demikian jawapan Ketua Bahagian Umno Tawau merangkap ADUN Apas itu, apabila ditanya apakah beliau telah siap mempertahankan kawasan N56 Apas.

Untuk rekod, Datuk Tawfik menang tanpa bertanding pada PRU 2004 bagi kawasan Dun Apas, dan berjaya mempertahankan kawasan itu pada PRU-12, dengan majoriti 3,608 apabila beliau mendapat undi 5.409 berbanding lawannya daripada PKR 1,801 undi.

Kawasan Apas merupakan kubu kuat Bn, dan dijangka Bn akan mempertahankan kawasan itu.

"Kita terpaksa berkerja kuat, kerana salah satu Dun bagi Parlimen Tawau dimenangi oleh DAP pada PRU-12 lalu, apabila calon Bn daripada PBS kalah". " Kita juga yakin mempertahankan P190 Tawau" "Berasaskan tinjauan sikap para pengundi yang kita ada- harapan cerah untuk merampas N57 Sri Tanjong, selain memperatahankan Dun Balung".

"Jentera pilhanraya Bn Tawau sudah siap sedia, malah kita sudah mengenal pasti semua pengundi di kawasan itu melalui sistem yang kita ada" "In Sha Allah kita Menang".

Catatan ringkas pertemuan dengan Datuk Tawfik Haji Abu Bakar Titingan di Pejabatnya pada Rabu.

19 comments:

Candice said...

Peluang memang cerah asalkan digunakan sebaik mungkin.

Candice said...

Debaran PRU 13: BN Ada Peluang Menang Besar

Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai. Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka.

Candice said...

Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah.

Candice said...

Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.

Candice said...

Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan.

Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Candice said...

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.

Candice said...

Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.

Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat.

Candice said...

Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.

Candice said...

Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara.

Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air.

Candice said...

Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi?

Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi. Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.

Candice said...

Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.

Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.

Candice said...

Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.

mantera said...

BN psti akan terus menjadi pilihan rakyat.

Marimar Pascual said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Sabah akan terus kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) berdasarkan sokongan padu rakyat serta kepercayaan terhadap keupayaan BN membawa pembangunan negara.

Marimar Pascual said...

Beliau berkata rakyat kini menyedari bahawa pembangunan pesat di Sabah hanya datang daripada kerajaan BN.

“InsyaAllah Sabah akan terus jadi kubu kuat Barisan Nasional (pada pilihan raya akan datang). Rakyat Sabah kini semakin matang menilai dan kerajaan BN mempunyai rekod lampau yang amat baik,” katanya.

Marimar Pascual said...

Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika ditanya mengenai aliran sokongan rakyat terhadap BN dalam siri perjumpaannya dengan ketua-ketua masyarakat di seluruh Sabah.

Marimar Pascual said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sabah masih simpanan tetap kepada BN dan mengajak rakyat supaya terus bersatu menyokong kerajaan yang memerintah hari ini serta mengelak sebarang bentuk perbalahan.

Marimar Pascual said...

Musa berkata beliau berpuas hati dengan hasil perjumpaan bersama ketua-ketua masyarakat dan mereka kini lebih memahami hasrat dan komitmen kerajaan BN untuk membawa pembangunan yang berterusan bagi kemudahan rakyat di seluruh negeri.

Marimar Pascual said...

“Kami berharap mereka akan menyampaikan mesej ini kepada pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi supaya mereka benar-benar faham akan niat baik kerajaan membela nasib rakyat,” katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels