1 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu lebih hangat berbanding demam PRU-13

KEJADIAN pencerobohan Lahad Datu sejak malam 12 Februari lalu kelihatannya lebih hangat berbanding demam PRU-13.

Semua mata mengarah kepada pencerobohan itu, baik pemimpin Bn mahupun pembangkang, media arus perdana, termasuk media alternatif.

Komentar berkaitan pencerobohan itu, sungguh negatif di mata pembangkang, manakala kerajaan masih tercari-cari dalang dan motif pencerobohan itu; apatah lagi berlaku dikala negara bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum kali ke-13.

Ramai pengamat melihat keterkaitan kejadian tersebut dengan kejadian yang berlaku dalam negara, mahupun luar negara, termasuk kejadian terkandasnya kapal canggih Amerika di utara kudat Sabah, tertangkapnya penipu rakyat sabah yang menipu rakyat Filipina dengan skim piramid, lawatan Senator Australia bersamaan dengan pencerobohan itu, keluarnya Balasundram daripada persembunyian selama lima tahun, pendengaran RCI Pati Sabah, perjumpaan rahsia antara Anwar dan Nur Misuari dan sebagainya.

Bagi Suara Rakyat, pencerobohan Lahad Datu, sangat berkaitan dengan PRU-13, bukan bertujuan sepertimana dakwaaan penceroboh, bahawa kedatangan mereka adalah untuk menuntut Sabah. 

Tuntutan terhadap Sabah yang ditambah dengan permintaan agar suku suluk yang sudah tinggal di Sabah jangan dihantar semula ke negara asal hanya alasan gimik, untuk menutup tujuan sebenar penceroboh itu.

Satu fakta yang tidak boleh disangkal, diantara sekian ramai "pewaris sulu" kumpulan tidak terkenal dan termiskin pula yang bertindak melakukan pencerobohan. 

Biasanya, kumpulan seumpama ini, sangat terhad daripada segi wawasan, tindakan, namun tindakan mereka memeranjatkan negara, kerana berjaya menyusup masuk ke Lahad Datu dan berkampung di Kg Tanduo sehingga kini (masuk minggu ke tiga).

Kumpulan Rajah Muda Agbimuddin Kiram adik kepada Sultan Jamalulul Kiram yang mengetuai kumpulan lebih 100 orang yang terdiri daripada warga lanjut usia dan lima wanita yang disertai lebih 20 orang anak muda bersenjata, sebenarnya hasil sebuah perancangan rapi, demi membuat gangguan dalam negara, terutama menjelang pilihanraya ini.

Kumpulan perancang itu memang mengetahui kedudukan demografi Sabah, terutama taburan etnik yang mendiami Sabah.

Perancang itu juga mengetahui, bahawa kekuatan kerajaan negeri sangat bergantung kepada vote bank daripada kalangan suku Bajau-suluk yang tersebar di pantai timur Sabah. Perancang itu, tahu betul, dari segi permainan politik, tiada cara untuk mendapatkan sokongan daripada suku bangsa itu.

Disebabkan faktor emosi adalah bonding kepada suku suluk, maka perancang penecerobohan Lahad Datu memanfaatkan kedudukan Sultan Kiram yang sememangnya nothing to lose, jikapun terlibat.

Perancang itu sengaja memilih orang-orang tua dan wanita, untuk dijadikan sebagai umpan kepada pasukan keselamatan negara agar jika pasukan keselamatan negera bertindak menggunakan kekerasan,selain kumpulan itu mati katak, juga dijadikan sebagai bahan menghasut suku suluk yang telah mahupun yang belum menjadi warganegara negara ini.

Perancang itu tahu betul, memlalui pembakaran emosi suku suluk untuk menolak kerajaan pada PRU-13, akan mudah berjaya, berbanding fitnah dan pembohongan yang ditaburkan terhadap kerajaan.

Syukur, para pemimpin kerajaan dan pasukan keselamatan negara mengesan matalamat dan motif perancang kepada pencerobohan ini. Pasukan keselamatan mempertimbang pula kesannya terhadap keharmonian dalam negeri Sabah.

Tiada jaminan, jika pasukan keselamatan bertindak menggunakan kekerasan terhadap kumpulan itu, bahawa saudara mara daripada kumpulan itu tidak bertindak balas. Selain itu, pembangkang akan menggunakan keadaan itu sebagai bahan selain menghentam kerajaan juga sebagai bahan mengapi-apikan suku suluk untuk bangkit menentang kerajaan.

Jika ini berlaku, pihak yang mendapat malapetaka adalah Bn, calon-calon Bn daripada Kudat ke Tawau, kemungkinan akan kalah dalam pilihanraya. Sebenarnya inilah tujuan perancang kepada pencerobohan itu.

Sebenarnya, pencerobohan Lahad Datu, bukan soal tuntutan ke atas Sabah, pencerobohan itu lebih bersifat politik dan kewangan.

Kesihan orang-orang tua yang telah terhasut, yang sedihnya dijadikan umpan untuk mati katak, semata-mata untuk tujuan politik sempit.

Akibat dapat mengesan disebalik motif pencerobohan itu, maka pasukan keselamatan bertindak bijak. Walaupun rundingan telah ditamatkan, namun kini pendekatan lain digunakan, melalui pendekatan emosi dan memberi tahu penceroboh itu, mereka dijadikan alat untuk mencapai matalamat perancang kepada tindakan mereka itu.

Tahniah kepada pasukan keselamatan kerana mampu menbendung perancangan orang tertentu itu.

23 comments:

Caldina said...

Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut.

Caldina said...

Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk ‘spin’ apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.

Caldina said...

Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan.

Caldina said...

Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Caldina said...

Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.

Caldina said...

Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan.

Caldina said...

Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.

Caldina said...

Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah ciptaannya ini.

Caldina said...

Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.

Aini Adira said...

It seems like some of the opposition are blaming the government and national security on the attack at Lahad Datu invasion.

Aini Adira said...

The opposition has always been in it just to confuse the masses so as to damage the image of the government.

Aini Adira said...

I am sure the government are in this case and knows what exactly to do, the issue can be tackled strategically. However, the authorities are expected to act in haste to put an end to such invasion by these intruders.

Aini Adira said...

The government is capable of handling this problem even with the latest equipment expertise and equipment owned by the military, it is not impossible for the government to take immediate action.

Aini Adira said...

If the government takes drastic action as expected by some people, the government will face condemnation by such people including other world community as well.

mantera said...

moga pencerobohan ini akan berakhir segera.

Marimar Pascual said...

Kerajaan negeri membidas tindakan pihak pembangkang yang sengaja datang ke Lahad Datu untuk mengeruhkan keadaan dan protes rundingan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Marimar Pascual said...

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berkata tindakan pembangkang itu hanya mahu memenuhi agenda politik sendiri bagi memfitnah dan mereka-reka andaian bahawa kerajaan tidak mengambil berat akan isu berkenaan.

Marimar Pascual said...

"Kita sememangnya amat kecewa dan dukacita (dengan tindakan pembangkang) kerana dengan keadaan sebegini mereka mahu mengeruhkan keadaan seolah-olah kita tidak mengambil tindakan. Sebenarnya kita telah mengambil tindakan yang terbaik dan pihak keselamatan sendiri juga telah melakukan tugas dengan baik sehingga setakat ini." katanya.

Marimar Pascual said...

Menurut Musa, dalam keadaan sekarang apa yang ditekankan adalah mahu menyelamatkan nyawa manusia tanpa menggunakan sebarang kekerasan agar kumpulan tersebut pulang dengan baik ke tanah air mereka.

Marimar Pascual said...

"Kita sentiasa berunding pada mana-mana masalah yang boleh diselesaikan dengan cara baik kerana itu adalah pendekatan kita. Bukan dengan cara pembangkang yang sentiasa tidak bertanggungjawab kerana dalam isu soal keselamatan sebegini pun mereka sengaja mahu mengambil kesempatan bagi mencapai tujuan politik mereka sahaja." tegasnya.

Marimar Pascual said...

Musa turut meminta kumpulan penceroboh agar pulang secara aman kerana ia melanggar peraturan antarabangsa.

"Kita tidak mahu berlaku sehingga mungkin pihak pasukan keselamatan tiada alternatif lain lagi." katanya.

kamilla said...

Harap pembangkang jangan jadikan isu ini sebagai alat politik mereka.

kamilla said...

Pihak berkuasa berusaha memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels