6 March 2013

Pendedahan Hubungkait Anwar dengan Nur Misuari


Untuk apa Anwar perlu mengupah pakar bom, pakar penembak tepat, pakar taktikal, pakar serangan terroris dari Filipina sebagai pengawal peribadi beliau ...



spyanwar9
Daniel Cruz

Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila. 

spyanwar8
Noel Del Rosario

Berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). 

spyanwar5
Alfred Sese

spyanwar7
Bong Oteyza


spyanwar1
Empat pengawal peribadi upahan dari Filipina bersama-sama pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang lain.

Keempat-empat pengawal peribadinya ada bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum PKR itu berceramah bersama-sama beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM di Taman Rekreasi, AU3 pada 16 Februari 2013.

Turut hadir beberapa orang bekas pegawai tinggi ATM mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim. 

1) Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal penjualan enjit jet tempur F-5E.
2) Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut
3) Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat

Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan ketiga-tiga bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?



spyanwar2

spyanwar3

spyanwar4

spyanwar6
Keempat-empat pengawal peribadinya juga turut bersama-sama Anwar Ibrahim ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu.

Tampak ada hubungkait yang cukup kuat di antara keempat-empat pengawal peribadi dengan MNLF, Nur Misuari dan Jamalulu Kiram III. Banyak duit lu Anwar bayar gaji 4 pengawal peribadi dari Filipina ...

17 comments:

Blackforest said...

Info menarik.rupanya Anwar turut mengimport pengawal peribadi dari Filipina.

Blackforest said...

Pada 6 Mac, Anwar mengaku dihubungi melalui telefon oleh Philippines Daily Inquirer memberi ruang kepadanya untuk membersihkan nama dikaitkan dengan salah satu dalang berkaitan isu pencerobohan pengganas tersebut.

Blackforest said...

“Mereka Philippines Daily Inquirer menghubungi saya pagi ini dan menawarkan untuk bercakap dengan editor mereka untuk temubual secara langsung.

“Mereka sanggup berikan saya platform untuk menentang atau tidak bersetuju berhubung dengan dakwaan tersebut,” kata Anwar.

Blackforest said...

Walaupun Anwar boleh menjawab soalan-soalan tersebut melalui perbualan telefon sahaja, namun Anwar berkata beliau tidak dapat menerima tawaran itu dengan alasan sibuk.

Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber perisikan negara itu mendapati seorang ahli politik Sabah telah bersekutu dengan Ketua pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Blackforest said...

Laporan wartawan Filipina, Nikko Dizon berkata selain faktor luaran yang dikaitkan Anwar, dua kumpulan lagi yang dianggap faktor dalaman adalah kumpulan yang sedang memburu wang dan kumpulan anti kerajaan Filipina pimpinan Benigno Aquino.

Blackforest said...

Dalam kenyataan media pada 4 Mac lalu di ibu pejabat PKR, Anwar menafikan Philippines Daily Inquirer mengaitkan namanya sebaliknya membuat tuduhan baru dengan mengatakan media Filipina mengaitkan dengan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Semakan Philippines Daily Inquirer, 1 Mac mendapati dakwaan Anwar itu tidak benar.

Kris Jr said...

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang berkata, beliau tidak akan meminta maaf dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang berhubung kenyataannya yang mengaitkan UMNO dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu

Kris Jr said...

Beliau berkata, soal meminta maaf seperti dituntut UMNO tidak timbul.

Kris Jr said...

Tian Chua rela disaman di mahkamah

Kris Jr said...

notis sudah dihantar kepada Tian Chua yang juga Anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau dalam tempoh tujuh hari bermula 4 Mac lepas berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu terbabit atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap UMNO.

Kris Jr said...

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim perlu diberi amaran keras kerana menuduh Umno dalang kes pencerobohan kumpulan rakyat Filipina bersenjata di Lahad Datu. Tuduhan tu bukan saja amat memalukan tetapi juga mengelirukan rakyat Malaysia dan Filipina ketika semua pihak mahu tahu siapa sebenarnya bertanggungjawab disebalik kejadian itu.

Kris Jr said...

Naib Presiden PKR Tian Chua pula disifatkan sebagai celupar, tidak waras, penipu dan mengamalkan permainan politik durjana kerana menuduh pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datuk sebagai konspirasi UmnoBN. Kenyataan Tian Chua itu mengundang kecaman pelbagai pihak, daripada pemimpin kerajaan dan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pesara, ahli akedemik sehinggalah pemimpin belia. Semua kesal dengan sikap pemimpin pembangkang itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya termasuk dilucutkan kerakyatan.

Kris Jr said...

Tian Chua hanya mahu membangkitkan kemarahan, menjadi pengacau sehingga sanggup menabur fitnah memburukkan Umno untuk kepentingan sendiri. Kenyataan tidak bertanggungjawab Tian Chua itu membuktikan pakatan pembangkang kini kehabisan modal sehingga sanggup mengeluarkan tuduhan mengarut, bohong dan tidak masuk akal. Naib Presiden PKR itu bercakap seperti orang tidak waras, sedangkan insiden di Lahad Datu itu membabitkan kesalamatan negara. Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap Tian Chua yang melakukan satu pembohongan besar.

Kris Jr said...

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jenaral (B) Tan Sri Abdul Rahman kesal dengan tindakan beberapa bekas rakan seperjuangan yang secara terbuka menyokong pembangkang. Tindakan itu boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap imej dan kredibiliti ATM, mereka sepatutnya berpegang teguh kepada etika profesional. Tindakan mereka tidak wajar, bertentangan etika serta 'Ikrar Satria' warga tentera yang sepatutnya terus menjadi pegangan.

Kris Jr said...

Presiden Filipina, Benigno Aquino mengesa pengikut Sultan Sulu di Sabah menyerah diri tanpa syarat kepada pihak berkuasa Malayasia tetapi ditolak oleh ketua kumpulan pencoroboh itu. Benigno menegaskan perbuatan mereka menceroboh untuk menuntut Sabah dikembalikan kepada Kesultanan Sulu adalah tindakan yang salah.

Kris Jr said...

Apa sudah jadi dengan PR sekarang ini. Tambahan lagi Anwar cuba menguasai mereka dan memberikan arahan tanpa bantahan. Kita percaya yang mana pembangkang semakin hilang kepercayaan rakyat sekarang ini. Ini kerana rakyat semakin menolak PR tambahan lagi dengan manifesto yang tidak mengkaji akan keburukan pada akan datang.

firsthand28 said...

Darah pasukan keselamatan kita dibunuh oleh Misuari dan dalang adalah Anwar Ibrahim, dan persatuan
Lajim!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels