20 March 2013

PRU-13: Suku Iranun di persimpangan?

BENAR kah suku Iranun di persimpangan? Kalau melihat data penduduk Sabah, suku kaum ini tidaklah ramai sangat. Berasaskan anggaran, mungkin secara keseluruhan antara 18-20 ribu dan kebanyakannya tinggal di Kota Belud dan sedikit di Tungku Lahad Datu.

Suara Rakyat tidak mempunyai data tepat, berkaitan jumlah sebenar suku iranun, kerana dalam daftar pemilih, spr mengolongkan suku kaum ini dengan berbagai panggilan, mungkin juga penggolongan itu berasaskan kategori yang digunakan oleh JPN.

Suara Rakyat sendiri, seorang tulin iranun, kalau disemak dalam daftar pilihan raya, dikategorikan sebagai bumiputera Sabah.

Disebabkan, jumlahnya yang sedikit, maka sukar mencari kawasan pilihanraya di mana boleh diwakili oleh kaum iitu, melainkan satu-satunya kawasan yang ramai penduduk iranun, adalah kawasan Tempasuk Kota Belud. Pun demikian jumlah yang ada dalam daftar undi berada di peringkat bawah, di dahului oleh kaum bajau-sama, kemudian oleh kaum dusun.

Di peringkat saluran pengundian, kaum iranun hanya menguasai PDM Rampayan, PDM Pandasan, PDM Tamau, PDM Merabau dan PDM Kota Peladuk bagi Dun Tempasuk dan satu di kawasan Usukan, PDM Pantai Emas.

Pada PRU-12, semua kawasan PDM yang dikuasai kaum ini, BN kalah, kecuali PDM Kota Peladuk, itupun hanya untuk DUN.

Sejak tahun 2008, selepas sahaja PRU-12 tamat, berbagai cerita, teori, kupasan, menyelebungi kaum iranun, terutama pada PRU-13.

Kaum ini memang wajar bercerita, memang wajar membuat kupasan, kerana dalam dunia politik, seolah-olah kaum ini, dilihat sebagai kaum yang tidak mendapat perhatian. Penyebabnya mungkin kerana jumlahnya yang sedikit berbanding suku kaum lain yang ada di Sabah.

Kehadiaran Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di persada politik kebangsaan, dilihat bukan kerana beliau bersuku iranun, akan tetapi dilhat daripada segi keupayaannya sebagai individu.

Kalau berasaskan demokrasi, maka sampai bilapun, kaum itu tidak akan mendapat tempat di persada politik negeri, apa tah lagi kebangsaan, kerana dalam demokarsi, yang penting adalah majoriti.

Kaum itu, sukar melahirkan individu Pandikar yang ramai; kerana situasi dan kondisi yang berbeza. Pada situasi sekarang, di mana cerdik pandai semakin ramai di kalangan suku-suku yangmajoriti, walaupun kaum iranun juga tidak ketinggalan, namun kembali kepada konsep demokrasi, sukar bagi suku itu menang bagi sebarang pertandingan.

Memang benar, ada kaum iranun yang menang dalam bahagian Umno atau parti-parti lain, namun kemenagan itu atas belas kesihan. Sesuatu  yang jelas, mereka yang menang itu, sebenarnya mewakili diri mereka sendiri, kerana jauh sekali mewakili aspirasi kaum mereka.

Suara Rakyat, meminta maaf kalau kelihatan memperlekeh mereka, kerana ditilik di berbagai sudut mana pun, memanglah demikian.

Selagi kaum menguasai minda kaum-kaum terutama kaum yang majoriti, maka kaum iranun yang tidak ramai itu, kelihatannya tidak punya masa depan dalam dunia politik.

Jika kaum ini perlu pengiktarafan, tiada pilihan lain, selain menukar arah perjuangan. Perjuangan bukan lagi berpaksi kepada politik, melainkan kepada ekonomi dan pendidikan.

Semua janjaran kaum ini, bermula daripada sekarang perlu memikirkan pendekatan baru ini, jika tidak, akan senantiasa menjadi ulun kepada god father politik yang bersandarkan kepada kaum majoriti.

Kaum ini, perlu mengambil iktibar daripada pendekatan kaum yahudi, kerana kaum itu walaupun sedikit akan tetapi menguasai dunia.

Belum terlambat, meskipun tertindas sekian lama, dari semua segi, termasuk keperluan hidup harian, ada juga kalangan kaum ini berjaya, setidak-tidaknya setanding dengan kaum lain yang diberi kemajuan lebih awal.

Jangan pelik, kebanyakan kaum iranun yang ada pendidikan kini, dan ada yang berjawatan tinggi baik dalam kerajaan mahupun swasta, adalah produk kepada tiadanya keperluan asas yang sepatutnya ada kepada setiap rakyat.

Bayangkan, kawasan yang didiami penduduk itu, untuk pertama kali menikamti bekalan litrik luar bandar pada tahun 1990, itupun kerana kehadiran anak sulung Umno di Usukan Kota Belud; selepas 27 tahun merdeka.

Sementara itu, Bekalan Air Luar Bandar akan sampai pada penghujung Mei ini, selepas setengah abad merdeka.

Semalam, Suara Rakyat sempat pulang kampung. Seperti biasa bertandang di sebuah gerai makan yang diusahakan oleh seorang anak iranun. Di situ, suara rakyat berjumpa dengan kalangan kaum iranun, rata-rata yang berjawatan kerajaan dan swasta.

Mereka itu adalah kelahiran tahun 70-an, malah ada yang lahir tahun 80-an dan ada juga untuk pertama kali mengundi pada PRU-13 ini. Ertinya  usia mereka masih relatif muda. Rupanya perasaan mereka, hampir sama dengan kami yang lahir pada tahun 60-an.

Pada mereka seolah-olah perasaan dan sejarah yang pernah menimpa ibu bapa mereka, masih menebal.

Mereka berbicara, kalaulah semua kemudahan yang ada pada kaum-kaum yang dimajukan lebih awal juga dinikamti oleh kaum iranun, mungkin kemajuan suku kaum itu boleh jauh ke depan.

Kesimpulan yang boleh dimabil, pada PRU-13 akan datang suku iranun masih dipersimpangan; maskipun dikala ini, penilaian daripada segi sikap, majoriti kaum iranun menyokong Bn; tetapi ada tapinya.. kata mereka.

21 comments:

Longchepoh said...

Tak ada tapi-tapi, kalau nok sokong BN sokong la. Kalau tak mau carila parti lain. Dah dikategorikan sebagai bumiputra cukup la apa lagi mau? kalau nak cerita pasal suku, di semenanjung lagi banyak kerenah. Orang banjarpun mau diiktiraf, orang mandailing, jawa, bugis, padang, acheh dan bnayak lagi. Fikirlah baik-baik.

Paquin said...

Tak kisahlah apa bangsa, suku mahupun agama kita yang penting kita bumiputera Sabah yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara.

Paquin said...

Elakkan daripda terus berkira dan membezakan sukukaum, nanti tak pasal-pasal sesama bumiputera bergaduh pula.

Paquin said...

Cukuplah insiden keganasa di Lahad Datu jangan lagi ada sambungan episod yang serupa. huhuhu

Paquin said...

Bagaimanapun, kita sebagai rakyat Sabah patut tahu siapa yang kita mahu sokong.

mantera said...

semua kaum bumiputera di Sabah harus bersatu padu

Unknown said...

Umno yang komited memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera tidak pernah meminggirkan kaum lain malah agenda pembangunan turut merangkumi semua kaum, termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak, kata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN)

Unknown said...

Menurut mereka Umno yang menjadi parti tunjang BN sentiasa memastikan segalaprogram bantuan dan pertolongan yang dilaksana kerajaan turut dinikmati semuakaum di negara ini.

Unknown said...

Naib Pengerusi MCA Datuk Donald Lim Siang Chai berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja berusaha menggerakkan transformasi ekonomi semua kaum tetapi juga menjaga kebajikan dan kepentingan tanpa mengira kaum.

Unknown said...

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata ini termasuk pemberian pelbagai inisiatif kepada golongan berpendapatan rendah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku kepada penuntut institusi pengajian tinggi untuk meringankan beban mereka.

Unknown said...

"Setelah 55 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat semua kaum di negara ini mengecapi dan menikmati kemajuan di bawah kerajaan pimpinan BN," katanya.

Unknown said...

Anggota Parlimen Kapit, Sarawak Datuk Alexandar Nanta Linggi berkata walaupun di Sarawak tiada Umno, BN di bawah kepimpinan Najib memberi peruntukan dan menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk dinikmati penduduk Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

Unknown said...

"Perdana menteri sentiasa mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sarawak, khususnya di luar bandar termasuk pembinaan jalan, penyediakan bekalan air dan elektrik," katanya.

Unknown said...

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas pula berkata Umno,walaupun sebuah parti yang ditubuh untuk memperjuangkan orang Melayu, ia tidakpernah meminggir atau mengabaikan nasib kaum lain.

Unknown said...

"Umno bekerjasama dengan kaum lain untuk bangunkan negara. Kita ada menteri Cina, India, Iban dan dari kaum-kaum lain di Malaysia," katanya.

Unknown said...

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata masyarakat di Sarawak menikmat perubahan dan transformasi yang dibawa perdana menteri.

"Dari segi transformasi kerajaan, pembangunan infrastruktur tidak dipinggirkan oleh perdana menteri malah terus-menerus melakukannya untuk memajukan kaum bumiputera di Sarawak.

"Walaupun beliau presiden Umno, kaum bumiputera di Sarawak sudah merasaiperubahan dan transformasi yang dibawa oleh beliau," katanya.

Unknown said...

Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng berkata perdana menteri telah melaksanakan apa yang dijanjikan beliau dalam menjaga kepentingan semua masyarakat pelbagai kaum terutama dalam membasmi kemiskinan di negara ini.

Unknown said...

"Perdana menteri sebagai pemimpin Umno tidak pernah meminggirkan mana-manakaum walaupun partinya memperjuangkan kepentingan Melayu. Namun apa yang dapatkita lihat dalam ucapan dasar presiden Umno semalam, beliau sekali lagi memberijaminan bahawa parti itu sentiasa menjaga semua kaum di negara ini.

Unknown said...

"Maka adalah wajar bagi kami sebagai parti komponen BN untuk berganding bahu bersama-sama mempertahankan Putrajaya agar terdapat kesinambungan yang mampu memakmurkan Malaysia," katanya.

Unknown said...

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim pula menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang terkehadapan dalam memperjuangkan kaum lain berbanding parti lain termasuk DAP dan PAS.

Unknown said...

Jahid, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata Umno tidak pernah meminggirkan mana-mana suku kaum, malah sentiasa menganggap kaum lain seperti Kadazan, Dusun dan Murut yang ada di Sabah sebagai rakan kongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels