7 April 2013

PRU-13: Kerusi Beaufort Paling Panas Di Sabah

ADA yang kata, samada calon BN atau Pakatan, kedudukan masing-masing adalah "sailang", ertinya ke dua belah pihak akan bermati-matian merampas kerusi itu.

Walaupun rekod BN sungguh hebat pada PRU-12 lalu, apabila calon BN menang dengan majoriti 14,870 undi berbanding lawan, namun pada kali ini individu yang dicalonkan itu, bertanding bukan atas tikit BN lagi, melainkan tikit pembangkang.

Parlimen Beaufort sebenarnya wilayah BN, kerana sejak tahun 1994, kawasan tersebut terus dimenangi BN. Tiga pemimpin BN yang pernah memenagi Beaufort, Datuk Anifah Aman, Datuk Azizah Dun Banir dan Datuk Lajim Ukin. Lajim merupakan calon BN pada PRU-2008.

Di atas kertas BN mempunyai peluang yang baik, namun rekod Lajim yang belum terkalahkan di kawasan itu sejak tahun 1985, merupakan rekod yang mengerunkan.

Datuk Azizah yang akan berdepan dengan Lajim mungkin dapat bersaing, namun rekod antara dua mereka, nampaknya Lajim lebih menyerlah. Azizah pernah melawan Lajim merebut Ketua Bahagian Beaufort, namun Lajim keluar sebagai pemenang.

Sementara itu rekod Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Aliansah juga mempunyai rekod tersendiri melawan Lajim. Pertembungan mereka adalah melalui Persatuan Bisaya, namun untuk rekod Lajim mengalahkan Isnin dengan teruk sekali.

Beaufort adalah wilayah kaum Bisaya, di mana Lajim adalah Janang Gayuhnya (pemimpin agung bisaya); atas sebab itu, pada PRU-13 ini, ada yang mengatakan bahawa kaum bisaya tidak sanggup mengorbankan pemimpin agung mereka. Faktor ini yang kelihatan, mengapa kawasan Parlimen Beaufort merupakan kawasan terpanas di Sabah.

Walau bagaimanapun Azizah dan Isnin akan dibantu oleh komitmen barisan nasional terhadap penduduk Beaufort. Kerajaan BN pada Februari lalu melalui pengumunan Perdana Menteri akan membina Loji Bekalan Air Luar Bandar yang berharga RM226 juta, selain Projek Kolej Islam Beufort dan sekolah kaum cina bagi memenuhi keperluan rakyat kawasan itu.

Komitmen pemimpin utama Sabah Datuk Seri Musa Aman yang merupakan anak kelahiran Beaufort juga membantu calon-calon BN. Dengan keadaan ini, pengundi Beaufort, perlu menilai apakah kemajuan untuk segenap rakyat atau memilih seseorang kerana hanya asas gelaran?

Nampaknya, pilihanraya kawasan Beaufort akan menjadi kawasan terpanas sepanjang PRU-13 ini. 

64 comments:

Hidup Di Sabah said...

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum ke-13 berikutan tindakan penyandangnya yang meletak semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata Parlimen Beaufort yang diwakili Datuk Seri Lajim Ukin pada pilihan raya umum 2008 harus kekal di pangkuan parti itu berdasarkan komitmen dan kesungguhan kerajaan membangunkan kawasan itu selama ini.

Hidup Di Sabah said...

"Kerusi BN di sini bukan lagi BN. Dia (Lajim) bukan lagi bersama BN... yang mustahak kembalikan semula kerusi ini kepada kerusi BN, kita ambil semula tidak kira Lajim bertanding atau tidak, kita tawan semula.

Hidup Di Sabah said...

BN secara hakikatnya sentiasa kukuh dan tidak tergugat dengan apa yang berlaku, termasuk tindakan Lajim yang menubuhkan pertubuhan bersifat menyokong pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

rakyat Sabah khususnya di kawasan Beaufort harus bijak menilai kepimpinan yang boleh menjamin kemajuan berterusan setelah wakil rakyat yang dipilih mereka atas tiket BN bertukar haluan.

Hidup Di Sabah said...

Tiada gunanya kita bersedih. Biarlah dia pergi... yang penting bukan dia, tapi yang penting nasib saudara dan masa depan saudara.

Hidup Di Sabah said...

turut melontarkan persoalan kepada penduduk kawasan itu mengenai kedudukan sebenar asas perjuangan Lajim sama ada beliau dapat membawa peruntukan besar bagi pembangunan di daerah itu tanpa bersama kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

rakyat harus percaya kerajaan negeri mahupun persekutuan berupaya melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara ini jika diberi kepercayaan sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Banyak orang tanya saya... bila pilihan raya umum Tan Sri, sebab kami tidak sabar keluar mengundi untuk BN. Kenapa tidak, sebab perjuangan BN itu panjang sejak Merdeka 1957.

Hidup Di Sabah said...

Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani, kecil saja dalam global seperti cili padi (dalam peta), tetapi dalam tempoh beberapa tahun kita berusaha menyelesaikan banyak masalah pokok termasuk kadar kemiskinan nasional di tahap tiga peratus dan Sabah dulu 70 peratus sekarang saya rasa kurang 10 peratus.

Hidup Di Sabah said...

kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mencipta pelbagai kejayaan dalam program transformasi yang meningkatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai industri dan sektor lain berkembang maju.

Hidup Di Sabah said...

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) dapat mempertahan kerusi Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran pada pilihan raya umum akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Sambil menangkis kempen yang dilaung pakatan pembangkang kononnya ketiga-tiga kerusi parlimen itu dalam genggaman mereka, beliau berkata majoriti rakyat Sabah menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuktikan kemampuan mentadbir negara dengan baik melalui pelbagai program transformasi kerajaan.

Hidup Di Sabah said...

Selama ini, para pemimpin Barisan Nasional khususnya wakil rakyat di Sabah sentiasa turun padang dan bekerja keras untuk membangunkan kawasan masing-masing.

Hidup Di Sabah said...

Saya yakin rakyat Sabah terutama di Beaufort, Papar dan Tuaran bijak menilai dan matang dalam membuat keputusan yang terbaik.

Hidup Di Sabah said...

Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata, rakyat sedar bahawa pembangunan di kawasan itu bukannya hasil kapasiti individu dan pemimpin tertentu, tetapi atas perjuangan BN.

Hidup Di Sabah said...

rakyat memberi isyarat jelas pentingnya kesinambungan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN selama ini serta menghargai keprihatinan perdana menteri yang memperuntukkan pelbagai bantuan dan inisiatif bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin. 1

Hidup Di Sabah said...

Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Hidup Di Sabah said...

berdasarkan pelbagai isu dan kelemahan negeri yang ditadbir pembangkang, rakyat lebih yakin BN boleh menepati janji, berbanding pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

Sehubungan itu Musa, yang mengemudi BN Sabah mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum 2008, merayu rakyat negeri terutama di kawasan Parlimen Beaufort, Papar dan Tuaran supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN bagi memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Hidup Di Sabah said...

Parlimen Beaufort kini diwakili bekas Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin. Pada Julai tahun lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

Pada pilihan raya umum lalu, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen apabila hanya kalah kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Hidup Di Sabah said...

Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

Hidup Di Sabah said...

ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai ‘deposit tetap’ BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.

Hidup Di Sabah said...

Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah.

Hidup Di Sabah said...

Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya.

Hidup Di Sabah said...

Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi.

Hidup Di Sabah said...

Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini.

Hidup Di Sabah said...

Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang.

Hidup Di Sabah said...

mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.

“Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidak memberi kesan negatif terhadap rakyat.

Amanda Lovely said...

JANJI DITABUR OLEH PEMBANGKANG BELUM PASTI DITUNAIKAN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata rakyat jangan mudah terpengaruh dengan manifesto pihak pembangkang yang diumumkan baru-baru ini memandangkan ia belum tentu lagi dapat ditunaikan.

Ini katanya, manifesto pembangkang pada pilihan raya yang lepas sukar mereka tunai segala janji kepada rakyat dan inikan pula manifesto menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dilihat terlalu bercita-cita tinggi.

Amanda Lovely said...

JANJI DITABUR OLEH PEMBANGKANG BELUM PASTI DITUNAIKAN

“Kita harap rakyat khasnya di Sabah agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang seperti yang terkandung dalam manifesto hanya sekadar janji manis saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat N.45 Elopura di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin.

Au yang juga Ahli Parlimen Sandakan menegaskan rakyat boleh menilai prestasi pemerintahan pembangkang di negeri-negeri diterajui apabila rakyatnya seringkali merungut akibat kegagalan pembangkang dalam pelbagai aspek pembangunan.

Amanda Lovely said...

JANJI DITABUR OLEH PEMBANGKANG BELUM PASTI DITUNAIKAN

Katanya, rungutan rakyat di negeri-negeri yang diterajui pembangkang itu boleh dijadikan sebagai satu ikhtibar agar tidak tertipu dengan manifesto didakwanya tidak ‘original’ dan cuba menyalin manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, manifesto pembangkang tidak menampakkan kesungguhan namun sebaliknya menjurus kepada propaganda politik semata-mata demi meraih sokongan rakyat.

Amanda Lovely said...

JANJI DITABUR OLEH PEMBANGKANG BELUM PASTI DITUNAIKAN

“Pilihan raya yang lepas pun pembangkang sukar tunaikan janji dan inikan pula manifesto kali ini … rakyat boleh rujuk sikap pemimpin pembangkang berhubung masalah air yang konon mengatakan ia bukannya janji tetapi cuma manifesto.

“Justeru, rakyat kena teliti betul-betul manisfesto pembangkang ini jangan sampai tertipu,” dakwanya.

Amanda Lovely said...

RAKYAT SEDAR. MANIFESTO PEMBANGKANG RESEPI PENOLAKAN RAKYAT

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.


Beliau berkata, kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Amanda Lovely said...

RAKYAT SEDAR. MANIFESTO PEMBANGKANG RESEPI PENOLAKAN RAKYAT

"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang," katanya di sini, hari ini.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diminta mengulasmengenai manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pakatan pembangkang yang diumum di Shah Alam, Selangor, semalam.

Antara lain, Pengarah Strategi Parti Keadilan, Rakyat Rafizi Ramli ketika membentangkan manifesto itu, dilapor berkata, pakatan komited dalam mempertahankan hak Sabah dan Sarawak berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

Amanda Lovely said...

RAKYAT SEDAR. MANIFESTO PEMBANGKANG RESEPI PENOLAKAN RAKYAT

Mengulas lanjut, Ongkili berkata, pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta.

"Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN," katanya.

Mengenai penghapusan tol, beliau berkata langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya.

"Kita tidak perlukan kerajaan pusat seperti itu. Manifesto itu resepi sempurna bagi penolakan rakyat," katanya.

Blackforest said...

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin BN Sabah akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Blackforest said...

Beliau berkata walaupun BN dijangka menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini namun dengan kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu, pastinya BN Sabah mampu mengulangi kecemerlangan itu.

Blackforest said...

"Saya lihat semangat penyokong kita termasuk Wanita BN Sabah berkobar-kobar untuk turun padang bagi memastikan kemenangan calon BN.

"Saya yakin, dengan ada kesepaduan dan kerjasama semua termasuk Wanita BN yang bekerja siang dan malam untu memantapkan jentera pilihan raya, InsyaAllah kita memperolehi kemenangan besar di Sabah," katanya.

Blackforest said...

Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah pimpinan Musa hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen apabila hanya kalah di kerusi DUN Sri Tanjung di Tawau dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

Blackforest said...

Mengenai saranan Wanita BN agar lebih ramai wanita diberi peluang diketengahkan sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang, Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukannya.

Blackforest said...

"Tentu sekali ada di kalangan wanita yang menjadi calon BN di Sabah, namun jumlahnya kita serahkan kepada YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memutuskannya," katanya, sambil menambah BN negeri menghargai sumbangan dan peranan dimainkan Wanita BN dalam membantu memperkasakan jentera pilihan raya BN.

Blackforest said...

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, Musa berkata kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan kerana menghina rakyat yang memerlukan bantuan.

Blackforest said...

"Pemberian BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 dibuat dengan niat baik Perdana Menteri kita iaitu untuk menolong atau meringan beban rakyat. Kita patut bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang baik hati dan berjiwa rakyat," katanya.

Blackforest said...

Mengenai pengumuman peruntukan projek pembangunan di beberapa kawasan di Sabah yang dibuat semasa lawatan Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini baru-baru ini, Musa berkata amalan seumpama itu sudah lama dipraktikkan dan bukan hanya menjelang pilihan raya umum.

Blackforest said...

Musa mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan kempen pembangkang yang terus mengkritik kerajaan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat."Pembangkang hanya pandai berbohong dan menipu rakyat. Saya harap rakyat bijak menilai dan seterusnya menyokong BN pada pilihan raya akan datang," katanya.

Akeem Sri said...

Muhyiddin, who is also BN deputy chairman, said Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin represented at the 2008 general election to remain in the bosom of the party based on the government's commitment and determination to develop the area over the years.

Akeem Sri said...

BN in fact has always been strong and not affected by what happened, including the setting up Lajim action organizations supportive of the opposition.

Akeem Sri said...

Government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak successfully created a variety of successful transformation programs that increase employment opportunities in various industries and other sectors thrive.

Akeem Sri said...

People should believe the state or federal government capable of carrying out the responsibility of governing this country if given the trust once again in the next general election.

Akeem Sri said...

Malaysia has become a respected country, only in such global small chillies (in the map), but in recent years we are working to solve many fundamental problems, including the national poverty rate in the first three percent and 70 percent of Sabah now I feel less 10 percent.

unknown said...

We never who is gonna win though.

unknown said...

Percaya dengan keaijaban

unknown said...

We all here to make sure the GE is clean.

unknown said...

Efforts should be done.

unknown said...

Dengar keluhan rakyat.

unknown said...

Preparations are needed.

unknown said...

Dont misuse our trust.

unknown said...

Without us, there is no power to vote.

mantera said...

Beaufort antara tumpuan pada PRU nnti

jackie said...

Jentera BN telah bersedia untuk menghadapi PRU ini.

jackie said...

Rakyat yakin dengan kepimpinan UMNO.

jackie said...

Diharapkan calon yang bertanding, adalah yang benar-benar dapat membantu rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels