10 April 2013

PRU-13: Senarai calon-calon BN- Petang ini akan diketahui?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini tepat jam 12.15 tengah hari ini bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri. Dan selepas itu, beliau dijangka mengumumkan senarai calon-calon BN.

Jika berlaku pengumuman awal calon-calon BN, maka untuk pertama kalinya berlaku.

Najib banyak melakukan perubahan semenjak menjadi Perdana Menteri. Salah satu perubahan itu, apabila membiarkan salah satu negeri di mana DUNnya terbubar dengan sendirinya.

Najib membuat perubahan apabila tempoh wakil rakyat melebih lima tahun, kerana pembubaran dewan rakyat hanya dilakukan pada 3 April, manakala tempoh wakil rakyat genap 5 tahun adalah 8 Mac.

Penamaan calon bagi PRU-13 adalah 20 April, manakala Hari Pengundian 5 Mei 2013, demikian diumumkan oleh SPR pagi tadi.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada PRU-13 berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan esok (11 April), kata Pengerusi SPR

28 comments:

Bingai @ Bangang said...

PM kata 7 hari sebelum daftar calun maknya pada 12/13hb kot. Jom baca risiko pengisytiharan awal bakal calun di bawah ni:

PRU13 - Najib Pasang Perangkap atau Cari Nahas? di TendangTerajang

Teruterubozu said...

Ada pandangan menyatakan calon muda akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam memenangi hati pengundi muda, namun pemerhati politik melihat calon berusia juga boleh menawan golongan itu jika mampu menjadi jaguh kepada aspirasi dan kehendak mereka.

Teruterubozu said...

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM)Md Syukri Shuib berkata golongan muda tidak akan menolak mentah-mentah calon BN yang lebih berusia pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika mereka dapat menjamin masa depan cemerlang buat Generasi Y.

Teruterubozu said...

“Usia bukan isu sangat tapi apa yang penting adalah sejauh mana orang dah berusia ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda terutama di abad ke-21 ini,” katanya.

Teruterubozu said...

Md Syukri dalam pada itu mencadangkan supaya BN meletakkan 60 peratus calon berusia tidak lebih 60 tahun manakala 40 peratus lagi golongan muda berumur antara 30 dan 40 tahun.

Teruterubozu said...

Ditanya mengenai tanggapan bahawa calon muda mungkin kurang pengalaman dan pengetahuan untuk menjadi wakil rakyat, Md Shukri berkata: “Bagaimana orang muda dapat pengalaman jika mereka tidak diberi peluang? Sebab itulah gabungan lama dan baru penting supaya wujud aura saling berkongsi dan mengajar.”

Teruterubozu said...

Pendapat sama turut dilontar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azmi Hassan yang berkata gabungan muka lama dan baharu, terutama membabitkan golongan muda, perlu untuk memantapkan parti sekali gus memastikan wujudnya elemen imbang dan periksa.

Teruterubozu said...

Beliau bagaimanapun berkata calon muda yang bakal dipertaruhkan perlu terdiri daripada mereka yang dikenali, aktif dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan pelajar.

Teruterubozu said...

“Jika mereka yang dipilih tidak dikenali, tidak aktif, sudah tentu mereka tiada pengalaman bersama masyarakat dan pastinya akan gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kelak,” katanya.

Teruterubozu said...

Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata penting untuk BN meletakkan calon sama ada muda atau tua yang mampu memahami aspirasi Generasi Y memandangkan hampir 42 peratus daripada pengundi pada PRU13 adalah daripada kelompok berkenaan.

Teruterubozu said...

Pada PRU kali ini, kira-kira 5.5 juta daripada keseluruhan 13 juta rakyat yang layak mengundi merupakan mereka yang berusia berusia bawah 40 tahun.

Teruterubozu said...

Selaku pemimpin belia, Mohamed Maliki berkongsi rahsia bahawa cara terbaik untuk memenangi hati golongan muda ialah sentiasa berterus terang selain pelaksanaan inisiatif yang boleh dinikmati manfaatnya dalam jangka pendek.

Teruterubozu said...

Bagi Presiden Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamaluddin, oleh kerana PRU13 dianggap sangat getir, BN perlu meletakkan calon yang dapat mendengar dan memenuhi kehendak setiap segmen masyarakat sama ada lelaki, wanita, tua atau muda.

Teruterubozu said...

Beliau sependapat dengan Md Syukri bahawa orang muda perlu diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat manakala pemimpin lebih ‘dewasa’ harus mengikis prasangka sumbangan serta khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Teruterubozu said...

“Yakinlah setiap manusia dalam proses pembelajaran, yang lama perlu ajar yang baru. Kalau orang lama terlalu ramai, proses transformasi akan lemah.

“Sampai bila warga emas nak jaga orang muda? Biarlah orang muda jaga warga emas,” katanya.

Hidup Di Sabah said...

Bagi kawasan yang telah dimenangi oleh wakil rakyat pembangkang, tentunya rakyat dapat membuat penilaian secara jelas ataupun terperinci iaitu sejak hampir 2 tahun kemenangan wakil rakyat pembangkang tersebut, apakah sumbangan dan pembangunan yang telah wakil rakyat ini laksanakan ? Apakah janji-janji pilihan raya sebelum ini telah ditunaikan secara terus menerus atau sekadar perlancaran sahaja ?.

Hidup Di Sabah said...

Semua janji – janji BN telah diterjemahkan oleh pengundi pada 4hb November 2010 yang lalu, apabila Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar iaitu 6,359 undi walaupun terpaksa berdepan dengan dua calon dari parti lawan iaitu Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Calon BN, YB. Datin Linda Tsen Thau Lin telah memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah.

Hidup Di Sabah said...

Dengan keputusan ini, bermakna rakyat di Batu Sapi masih setia bersama BN dengan menterjemahkan dengan memberikan jumlah majoriti yang lebih besar kerana percayakan janji – janji Kerajaan BN. Kemenangan ini juga membuktikan rakyat Sabah masih berdiri teguh di belakang kerajaan BN. Tentulah kejayaan ini diharap dapat diteruskan dalam PRU ke13 akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Begitu juga di Pilihanraya Kecil DUN Galas, Barisan Nasional juga mendapat kemenangan bergaya dan telah berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi. Peratusan keluar mengundi yang meningkat iaitu 83 peratus (kenaikan 1.1 peratus pada 2008) membuktikan betapa rakyat di Galas mahukan perubahan segera.

Hidup Di Sabah said...

Ramai yang berpendapat, selepas sahaja BN kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen tahun 2008, arus politik pembangunan yang digunakan oleh BN selama ini sudah hilang taringnya dan hampir tidak relevan lagi. Kata mereka, rakyat telah maju dan mahukan perubahan dengan wakil rakyat yang boleh menyelesaikan ‘masalah rakyat’ dengan serta merta. Tidak kurang juga pengundi yang berniat memberi pengajaran kepada pemimpin terdahulu mengenai ‘kuasa rakyat’.

Hidup Di Sabah said...

Apa yang pasti kemenangan BN di Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas diharap tidak melekakan pemimpin BN. Usaha berterusan membantu menangani masalah rakyat, mendalami kemahuan rakyat, mendekati keperluan rakyat dan menjiwai hasrat rakyat amat perlu diteruskan jika ingin menawan hati rakyat untuk mengundi BN.

Hidup Di Sabah said...

Rakyat sudah boleh menerima gaya kepimpinan YAB. Dato’ Sri Mohd Najib, sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2008. dengan membawa mesej ‘Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, telah memandu negara ke satu landasan yang betul dan dikemaskan dengan pelbagai dasar-dasar pembangunan yang baru dibawa oleh beliau.

Hidup Di Sabah said...

Namun, tugas – tugas Kerajaan BN sekarang haruslah menunaikan segala janji BN dalam pilihan raya kecil yang dimenangi oleh BN sebelum ini serta di pilihanraya Umum yang lepas (2008) iaitu membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Dua pilihanraya kecil terdahulu iaitu di Bagan Pinang, dan Hulu Selangor, rakyat telah memerhatikan BN berkeupayaan menunaikan janjinya. Projek keperluan rakyat seperti jalan dan perumahan rakyat telah menjadi bukti yang sangat jelas.

Hidup Di Sabah said...

Di Galas, Projek Perumahan Rakyat Gua Musang, 1500 unit dalam anggaran RM180 juta tentu dinantikan oleh rakyat. Begitu juga di Batu Sapi, Projek Perumahan Rakyat Lupak Meluas, Sandakan, 500 unit yang diumumkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri akan menjadi harapan kepada golongan miskin setinggan dan tidak berumah di Sandakan untuk mempunyai rumah yang lengkap dengan api dan air. Projek sekolah, jalan, air, bekalan elektrik dan lain-lain lagi semuanya adalah keperluan rakyat yang harus juga ditangani dengan baik oleh Kerajaan BN jika inginkan rakyat terus menyanyangi BN.

Hidup Di Sabah said...

Sehingga kini, ada segelintir rakyat masih menguji dan memerhatikan apakah janji-janji dalam pilihan raya (PRU12) ini akan ditunaikan oleh BN yang memerintah ? Berdasarkan rekod sebelum ini, ternyata BN mampu melakukannya dan masih terus melaksanakan janji – janji pilihanraya secara berperingkat tetapi berterusan. Peluang ini (melaksanakan janji – janji semasa PRU12) perlu diambil tindakan segera oleh pemimpin BN sebelum PRU ke 13 nanti.

Hidup Di Sabah said...

Semua ini memberi pengajaran kepada kita betapa sikap pengundi atau yang dikenali sebagai rakyat itu sering berubah memilih kerajaan yang mereka sukai. Pengundi kadangkala menilai calon pilihan raya, wakil rakyat, mahukan pembangunan dan lain-lain lagi. Pilihan umum ke 12, pembangkang mendabik dada dan mengatakan bahawa mereka telah berjaya merobek sokongan terhadap BN sehingga beberapa negeri jatuh ke tangan mereka. Mereka namakan sebagai Tsunami Politik. Hal seumpama ini sering kali berlaku dimana-mana kerajaan di dunia.

Hidup Di Sabah said...

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima tamparan hebat apabila Parti Demokrat kalah dalam pemilihan Dewan Perwakilan kepada Parti Republikan menyifatkan kekalahannya teruk dalam pilihan raya separuh penggal yang berlangsung pada 5 November lalu. Disebabkan pengundi kecewa terhadap pemulihan ekonomi AS yang perlahan maka Barack Obama dan Parti Demokrat menjadi korban.

Hidup Di Sabah said...

Tentunya masih dalam ingatan kita apabila Negara Jepun yang dipimpin oleh Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun sejak tahun 1955 tumbang kepada Parti Demokratik Jepun (sebuah parti yang cenderung kepada haluan sederhana-kiri). LDP bukan sebuah parti yang tidak berjasa kepada rakyatnya sehingga berjaya membawa negara matahari terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Namun LDP telah mengalami kekalahan paling teruk yang dialami oleh parti pemerintah dalam sejarah moden Jepun.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels