9 April 2013

PRU-13: Siapa Calon- Calon BN Kota Belud?

SEBENARNYA Jentera Barisan Nasional Kota Belud lama sudah bersedia berdepan dengan PRU-13. 

Pengerusi BN Kawasan Kota Belud Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Ketua Umno Bahagian sejak awal tahun ini menggerakan sepenuhnya Jentera BN melalui pengaktifan seluruh Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Suara Rakyat telah beberapa kali bertanya daripada pihak BN Kota Belud berapa jumlah PDM yang aktif beroperasi, namun setakat ini, jumlah itu belum diperolehi. Oleh kerana Suara Rakyat adalah pengundi Dun Tempasuk, maka mudahlah memaparkan jumlah PDM bagi kawasan Tempasuk. (Tempasuk mempunyai 19 PDM).

Bagi mengaktifkan dan meneruskan memontem pilihanraya, maka taklimat, mesyuarat sering dijalankan oleh pemimpin Kota belud, terutama oleh Datuk Salleh.

Semalam, satu taklimat bagi Jentera Pilihanraya DUN Kedamaian, telah diadakan. Pemudahcara taklimat adalah Datuk Salleh sendiri, dibantu oleh Datuk Rahman dan Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Penamaan calon dan hari pengundi bagi PRU-13 belum ditentukan. SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan dua tarikh tersebut.

Sementara bahang PRU-13 semakin hangat di Kota Belud, persoalan yang sering ditimbulkan adalah apa kah ada perubahan calon-calon bagi BN di kawasan Kota Belud? Di pihak PBS, Datuk Herbert Timbun Lagadan disahkan mempertahankan DUN Kedamaian, sementara di pihak Umno belum ada kepastian, samada mantan-mantan wakilnya yang baru sahaja melepaskan jawatan itu pada 3 April, akan dicalonkan semula.

Apa yang pasti, setakat ini semua pemimpin Kota Belud begitu aktif sekali, nyata belum ada seorangpun diantara mereka kendur dari segi kuantiti dan kualiti kerja.

Jentera BN Kota Belud sudah siap sedia, hanya menunggu pengumuman calon-calon.

58 comments:

Hidup Di Sabah said...

Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Hidup Di Sabah said...

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

Hidup Di Sabah said...

Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna.

Hidup Di Sabah said...

Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.

Hidup Di Sabah said...

Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong.

Hidup Di Sabah said...

demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata, ia adalah strategi pembangkang sekiranya mereka kalah pilihan raya.

Hidup Di Sabah said...

Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab.

Hidup Di Sabah said...

Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi.

Hidup Di Sabah said...

Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri.

Hidup Di Sabah said...

Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat.

Hidup Di Sabah said...

seorang yang digelar calon boleh menang itu juga seharusnya mempunyai kredibiliti dan akhlak yang baik bagi menjamin masa depan umat Islam.

Hidup Di Sabah said...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata langkah UMNO memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang bukan bertujuan mewujudkan keadaan tidak harmonis dalam parti, sebaliknya untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti.

Hidup Di Sabah said...

Timbalan Presiden UMNO itu berkata UMNO akan menampilkan calon yang terdiri daripada muka baru dan lama, berpengalaman, bertenaga dan yang boleh diterima pengundi.

Hidup Di Sabah said...

“Ini bukan perkara baru, kita sudah melakukan perubahan setiap kali menghadapi pilihan raya cuma degree atau jumlah itu, agak berbeza-beza. Kita kekalkan yang berpengalaman dan sesuai. Kita hanya ganti siapa yang perlu diganti sahaja.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pemilihan calon boleh menang akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota parti.

Hidup Di Sabah said...

Muhyiddin mengakui setiap kali berlakunya perubahan akan ada pihak yang tidak puas hati namun beliau yakin parti mampu menguruskan perkara itu dengan cara terbaik.

Hidup Di Sabah said...

Jika ada yang tidak puas hati nanti, kita akan bawa berbincang. Kadang-kadang merajuk sekejap sahaja… satu dua hari tidak mahu bekerja, biasalah dalam UMNO. Dalam parti pembangkang pun ada juga, ini soal parti-parti politik… biasalah.

Hidup Di Sabah said...

Muhyiddin berkata semua perlu mengakui hakikat tidak semestinya sudah lama menjadi ketua bahagian atau wakil rakyat, akan dipilih sebagai calon kerana pendapat ramai dan akar umbi menyatakan mereka mahukan muka baru.

Hidup Di Sabah said...

Mungkin sekarang masa untuk orang lain pula jadi calon. Masa kita sudah berlalu, jadi seperti mana orang sokong kita dahulu, giliran kita pula beri sokongan kepada orang lain.

Hidup Di Sabah said...

Memenangi hati rakyat dengan menyelami permasalahan mereka sehingga ke akar umbi adalah ramuan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hidup Di Sabah said...

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hubungan pemimpin dengan akar umbi perlu berterusan dan tidak hanya bertumpu apabila tiba musim pilihan raya atau pemilihan parti.

Hidup Di Sabah said...

Kita perlu mendekati akar umbi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka jika kita ingin memenangi hati mereka, jangan bila tiba musim pilihan raya dan pemilihan parti baru kita hendak berjumpa mereka.

Hidup Di Sabah said...

Hubungan dan perpaduan antara pemimpin dengan akar umbi perlu berterusan, itulah ramuan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus cemerlang.

Hidup Di Sabah said...

bahawa segala permasalahan dalaman di kalangan UMNO Bahagian sudah berjaya diselesaikan bagi memastikan masalah seperti yang berlaku pada pilihan raya 2008 tidak berulang lagi.

Hidup Di Sabah said...

Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman, jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan timbiul masalah baru pula.

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

Ketelusan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang diiringi kesungguhan melibatkan semua persediaan berlangsung lancar dengan anggota jentera siap siaga selain barisan calon juga telah lengkap.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa bakal calon yang tersenarai dalam PRU akan datang telah pun dipastikan latar belakang mereka bersih dari pelbagai kesalahan sama ada kesalahan di SPRM, jenayah, bankrap dan lain-lain lagi.

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

“Kita pastikan ketelusan dan ia telah menjadi amalan dalam Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi namun malangnya ia turut diangkat sebagai bahan manipulasi oleh pembangkang apabila BN melakukan penelitian sedemikian walhal dalam pakatan pembangkang itu sendiri tidak pernah membuat analisis sebagaimana BN yang merujuk calon-calonnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

Ujarnya, pakatan pembangkang sehingga ke hari ini masih terus-terusan bergelut dengan isu dalaman mereka biarpun setelah hampir sepenggal membentuk kerajaan di empat buah negeri sebagaimana di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

“Ini adalah bukti bahawa mereka tidak pernah sepakat apatah lagi untuk merealitikan janji pada rakyat dan jika benar pakatan pembangkang mempunyai aliran yang sama dan tidak saling bercanggah mengapa sampai ke hari ini mereka tidak mempunyai satu lambang kesatuan sebagaimana BN berdepan dengan pilihan raya umum.

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

“Manipulasi pakatan pembangkang bukan saja membuat tuduhan dan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO dan BN tetapi mereka juga menggambarkan kononnya mereka bersih, telus dalam pentadbiran dan tidak korup namun sebenarnya ia juga adalah manipulasi,” katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya, bayangkan bagaimana pakatan pembangkang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan pentadbiran BN sedangkan untuk membina satu logo atau lambang sebagaimana dacing bagi BN pun mereka gagal laksanakan.

“Pakatan pembangkang hanya ada tiga parti sahaja tetapi sampai ke hari ini mereka masih gagal memutuskan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, kabinet bayangan tidak ada dan banyak berlaku percanggahan pendapat antara ketiga-tiga pemimpin parti.

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

“Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana setiap keputusan diambil secara konsensus iaitu melalui perbincangan bersama dan disepakati oleh semua 13 anggota komponen parti walaupun ada diantaranya adalah parti yang kecil.”

Beliau turut membidas pakatan pembangkang lantaran gagal memastikan janji-janji kepada rakyat sebagai realiti sebaliknya masih juga memburuk-burukkan BN dan UMNO.

“Setiap janji yang dilafazkan mesti ditunaikan dan sekiranya kita tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan dapat dilakukan maka jangan sesekali berjanji apatah lagi dalam hal-hal yang membabitkan pentadbiran, kebajikan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

“Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Menjelangnya pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa terdekat, beliau juga menegaskan tidak mengambil endah dengan pakatan pembangkang kerana BN mempunyai gerak kerja mantap untuk masa hadapan agama, bangsa dan negara

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

“Segala persediaan bagi berdepan PRU telah dilakukan termasuklah calon-calonnya yang mana ia bukanlah ditentukan oleh parti atau individu yang tertentu sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk mewakili mereka.

“Kita mahukan calon yang rakyat hendak dan sepakat biarpun dalam BN adalah gabungan 13 kompenan parti tetapi kita gunakan satu simbol sahaja. Ia tidak sama seperti pakatan pembangkang yang sehingga ke hari ini masih tidak berdaftar atas satu kesatuan dan tentunya mereka akan terus menggunakan lambang masing-masing apabila bertanding dalam pilihan raya nanti.”

Amanda Lovely said...

Jentera, Calon BN Sudah Bersedia Berdepan Pembangkang

Berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan memahami bahawa pembangkang ini adalah satu entiti yang tidak boleh digunapakai.

“Mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri.”

unknown said...

Tunggu pengumuman sahaja.

unknown said...

We will see many competitions.

unknown said...

Yang penting seorang yang boleh mempertahankan kerusi KB

unknown said...

Someone who is willing to do everything for the people.

unknown said...

Desas desus mengatakan bahawa ada seorang calon baru.

unknown said...

Urusan berkaitan petroleum bukan perkara remeh. Kerangka menyeluruhnya, cabaran teknikal dan risiko kewangan yang besar dengan sendirinya menyaksikan hanya syarikat besar memiliki kepakaran serta sumber kewangan kukuh berani mengendalikannya.

unknown said...

Susah nak tau siapa tunggu je la

unknown said...

Dont worry the best will come.

Aini Adira said...

The former prime minister said it would be pointless party candidates won but lost and not able to capture the state or country.

Aini Adira said...

We support the government's reason to think that for the good of us. Do not matter who so long as he is the party's candidate, we will support.

unknown said...

The time will come to spill the truth.

Aini Adira said...

Some people want to have demonstrations every day on a large scale up to 200,000 people in all areas, (they) want to follow what is happening in the Arab countries.

Aini Adira said...

Umno deputy president said Umno will feature candidates consist of new faces and old, experienced, energetic and acceptable to voters.

Aini Adira said...

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin said Umno step choose a candidate who can win in the next general election is not intended to create a state of harmony in the party, but to ensure the survival of the party.

unknown said...

Yes the right timing will come.

unknown said...

Shout the best.

Blackforest said...

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is optimistic that Kota Belud, which became the birthplace of Sabah Umno through a by-election in 1991, will remain as a Barisan Nasional (BN) stronghold.

Blackforest said...

In this respect, he is confident that the three state seats, namely Usukan, Tempasuk and Kadamaian in the Kota Belud parliamentary constituency will remain with BN after the upcoming general election.

Blackforest said...

In the last general election in 2008, all these three state seats and the Kota Belud parliamentary seat were won by BN candidates.

Blackforest said...

Najib who is also Umno president, said Umno which originated from the peninsula managed to break the ethnic wall in Sabah.

Blackforest said...

"Actually, the history of Sabah Umno began in Kota Belud after the party was brought into the state by (former Usno president) Tun Datu Mustapha (Datu Harun), where he himself dissolved Usno.

mantera said...

kita tgk saja nnti siapa akan dicalonkan di KB

jackie said...

Diharapkan siapa yang dicalonkan akan mendapat sokongan rakyat.

jackie said...

Kita tunggu dan lihat siapa bakal calon di KB nanti.

jackie said...

Apa yang penting, jentera BN telah bersedia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels