31 August 2009

EGM : Tidak dapat menyelesaikan krisis MCA

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Onng Hak Ching berkata, EGM MCA tidak dapat menyelesaikan krisis MCA. Sebaliknya pengunduran Ong Tee Kiat dan Chua Loi Lek ada lah lebih tepat.

Sambil menunggu AGM parti, hendaklah melantik Pemangku presiden dari kalangan Naib presiden yang ada sekarang, misalnya Datuk Liow Tiong Lai dan Naib presdien yang lain.

MCA perlu melakukan pendekatan sepertimana mana amalan tradisi MCA, sekiranya ada perbalahan pucuk pimpinan, maka pemimpin tersebut perlu letak jawatan, dan pimpinan hendaklah diserahkan kepada pemimpin dalam hierakhi seterusnya.

Apa kah saranan Dr Oong ini akan dikuti? dapat dipastikan tidak, kerana Ong Tee Kiat lebih suka kepada EGM agar supaya beliau tidak tercatit sebagai begitu zalim, sebaliknya pemecatan Chua Loi Lek adalah kehendak akar umbi, itupun kalau EGM akan endorse keputusan majlis persiden MCA yang telah memecat Datuk Chua Loi Lek, mantan menteri kesihatan Malaysia.

30 August 2009

Anwar meliwat: Hanya rekaan politik

Tak habis-habis dengan tuduhan meliwat. Benar kah Anwar meliwat. Kalau melakukan kerja tu kenapa pilih yng bermasalah? Gelombang pertama Anwar dikatakan melakukan kerja liwat, tetapi secara udang-undang tidak dapat dibuktikan, kerana itu Anwar dibebaskan.

Gelombang ke-2 liwat Anwar melibatkan Mohd Saiful, dimana perbicaraannya telah tertangguh-tangguh. Jika benar-benar meliwat, sudah tentu bukti-bukti ada, seperti DNA dan tanda-tanda liwat. Namun bukti-bukti tersebut sukar diberikan kepada Anwar agar dapat membela dirinya.

Perlu ingat sebelum seseorang itu didapati bersalah oleh mahkamah, seseorang itu belum boleh dikatakan bersalah.

Tiada cara lain kah mematikan karier politik Anwar, selain tuduhan liwat?

Inkues perlu untuk merungkai misteri ke hadiran kepala lembu

Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri Ogos 29, 09 2:49pm Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Menurutnya, apa yang dihasratkan ialah untuk mengadakan satu protes secara aman.

Pada mulanya, jelas Mahyuddin, ahli jawatankuasa berkenaan merancang untuk mengadakan demonstrasi yang disertai kira-kira 3,000 orang tetapi beliau membantah idea itu kerana mahu protes itu diadakan secara aman.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

ulasan

Satu inkues diperlukan untuk merungkai kehadiran kepala lembu ini. Apa kah ada unsur kesengajaan atau unsur sabtoj kepada 50 orang islam yang memprotes projek pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Negara Merdeka: Saya belum merdeka

Negara akan menyambut hari lahir lagi pada 31 Ogos ini. Kali ini hari lahir yang ke 52. Sambutan singkat, hanya 40 minit di perkarangan parlimen. Sambutan singkat ini bukan kerajaan tidak berduit untuk berbelanja, akan tetapi jangkitan H1N1 dan bulan puasa jadi alasan.

Negara merdeka, se usia dengan saya, namun kersoronokan kemerdekaan itu tidak saya peroleh. Tahun sebelum sebelumnya hari kemerdekaan disambut sedemikian rupa, bagi orang kenamaan hadir lintas hormat, dan berkesempatan melauangkan MERDEKA menjelang detik 12 malam di padang merdeka.

Apa itu merdeka? cukup kah boleh jalan-jalan di lorong-lorong atau kedai membeli belah atau dalam mykad dan passport ada tulisan nama negara?

Mungkin ramai yang merasa telah merdeka? mungkin juga ramai yang merasa belum merdeka.

29 August 2009

Ong Tee Kiat Perlu bercuti: Selesaikan dahulu dakwaan Datuk Tiong

Ong Tee Kiat perlu bercuti dari jawatan Menteri dan kalau boleh sebagai persiden MCA. Selesaikan dahulu masalah rasuah seperti tuduhan Datuk Tiong, ahli parlimen Bintulu Sarawak.

Kayu tidak akan bergoyang jika tiada angin. Asap tidak akan berkempul, jika tiada api. Datuk Tiong sebagai pengerusi BBC tidak akan membuat tuduhan, kalau perkara 10 juta ringgit dan 4 juta ringgit tidak diambil oleh Ong Tee Kiat.

Datuk Tiong bukan ahli MCA, akan tetapi ahli komponen parti BN Sarawak. Kepentingan politik semasa membuat pengumuman bahawa Tee Kiat menerima 10 juta ringgit dari syarikatnya sebagai kontraktor pelabuhan bebas klang.

Agar supaya kabinet Najib tidak terpalit dengan karenah Tee Kiat, adalah lebih terhormat melepaskan jawatan menterinya, dan selesaikan sengeta antara Datuk Tiong terlebih dahulu.

100 juta saham percuma untuk orang bandar yang miskin!!!

Datuk Najib mengumumkan 100 juta ringgit saham percuma untuk orang miskin yang tinggal di bandar.

Najib memang suka membela orang bandar, sejak mengambil alih jawatan perdana menteri, kebanyakan tindakannya membela orang bandar.

Aneh sungguh tindakan PM kita ini, sedangkan terlalu ramai penduduk luar bandar yang masih miskin yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sedangkan mereka yang tergolong miskin yang berada di bandar, sebenarnya jauh lebih kaya di banding mereka yang berada di luar bandar.

Orang-orang yang dikatakan miskin ini, bukan kerana miskin, akan tetapi mereka jadi miskin kerana gaya hidup mereka. Mereka terikut-ikut gaya orang kaya, orang kaya beli handphone canggih, mereka juga ikut beli handphone canggih, beli pakaian berjenama, makan di restoran, sedangkan mereka boleh berhemat jika memasak sendiri.

28 August 2009

Peguam sprm gagal dapat perintah agar inkues Teoh beng Hock tidak diulas di luar mahkamah

Koronor inkeus kematian Teoh Beng Hock Azmil Mutaphana Abas membertahu bahawa beliau tidak punya kuasa bagi menghalang seseorang membuat ulasan tentang inkues kematian Teoh Beng Hock.

Koronor hanya dapat mengawal apa yang berlaku dalam mahkamahnya sahaja, kerana maklumt inkues kematian Teoh Beng Hock boleh dilayari secara bebas melalui AG website, jadi tiada faedah mengeluarkan apa-apa arahan larangan mengenai apa yang berlaku dalam kamar mahkamah ini, sedangkan maklumat mengenainya mudah di perolehi dan bebas pula diulas.

Pemecatan Chua Loi Lek tanda Ong Tee Kiat melawan Najib

Nampaknya penentangan persiden komponen parti BN mulai kali ini MCA mula terserlah terhadap kempinan Najib. Khabarnya sebelum Chua Loi Lek dipecat dari MCA, Najib ada meminta Ong Tee Kiat agar hukuman seberat itu jangan dilakukan. Namun saranan Najib tersebut tidak menjadi halangan bagi Ong Tee Kiat memecat mantan menteri kesihatan tersebut.

Najib sebagai pengerusi BN, tidak lagi mendapat penghormatan MCA lagi, kerana nasihatnya tidak dihiraukan.

Apa kah petanda penentangan ini, desas desus bahawa MCA akan keluar BN menjelang PRU-13? Tanda-tanda untuk bermula apabila ketua wanitanya pernah mengatakan agar menteri dalam negeri memberi pengesahan kepada anak girifriend mendiang Teoh Beng Hock di BIN kan atau Bintikan kepada mendiang tersebut.

Tindakan Ong Tee kiat ini mungkin bermotifkan dendam kerana isu pelabuhan bebas cukai klang, yang telah menjadi perbalahan antara MP Bintulu dengan Ong Tee Kiat, di mana Najib dikatakan tidak menyebelahi Ong Tee Kiat.

semakin retak kah gabungan BN yang dianggotai oleh 14 komponen termasuk MCA? ada kebenarankan isu sebelum ini yang di bahawa oleh ketua umno Cheras, bahawa MCA tidak diperlukan, sehingga Ong Tee Kiat menentang kehendak Najib?

27 August 2009

Dasar Bn terus di Tolak,kerana itu semua PRK Kalah

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.

Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul,"katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.

Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.
Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi. Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi.

Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.

Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.

Naib Presiden Umno, Hishamudin Husein antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon PAS dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku.

26 August 2009

Kelantan akan dapat royalti minyak

Kelantan akhirnya dapat royalti minyak. Jika kajian mengenai kedudukan Kelantan ini selesai, maka Kelantan ada negeri ke-4 yang mendapat royalti minyak, setelah Sabah, Sarawak, dan Terengganu.
.
Menurut Hussam Musa, Ds Najib telah memberi jaminan bahawa satu perbincangan dua hala antara kerajaan Kelantan dan Pusat akan diadakan.
.
Baru-baru ini Hussam Musa telah mengetuai satu ekspedisi mencari kebenaran tentang telaga minyak, yang dikatakan berada di luar perairan Kelantan, namun Hussam mengatakan bahawa telaga minyak tersebut berada 153km dari perairan Kelantan. Jika perkiraan Hussam ini benar, maka ianya termasuk dalam Negeri Kelantan, kerana perairan sebuah negeri meliputi 120 mile nautika.
.
Dengan pembayaran royalti minyak ini, maka negeri Kelantan akan dapat peruntukan lebih bagi membangun siti wan kembang tersebut. Dengan kewangan yang cukup, maka kelantan akan bertambah maju dan sukar bagi sesiapa menggugatnya.

7 Kosong Pakatan lawan Barisan

Pakatan membelasah Barisan bagi 7 pilihanraya kecil (prk) yang diadakan selepas PRU-12. Kekalahan terakhir Barisan ada di Permatang Pasir Pulau Pinang, yang baru sahaja dimenangkan oleh Salleh Man persuruhjaya Pas Pulau Pinang, walaupun undi Pas agak menurun.

Dalam sesebuah pilihanraya, yang penting menang, tidak kiralah hanya satu undi.

Kekalahan bertubi-tubi barisan nasional kepada pakatan rakyat sejak pru-12, menunjukkan bahawa Bn tidak mendapat tempat di hati rakyat lagi, walaupun masih ada penyokong, akan tetapi sokongan tidak cukup untuk kemenangan. Keadaan ini, sama lah dengan sokongan yang yang diperolehi oleh pihak pembangkang melalui pru sebelum pru-12, pembangkang ada sokongan, tetapi sokongan yang belum boleh menentukan kemenangan. Akan tetapi selepas pru-12, rupanya kedudukan telah berganti, kali ini pula BN mengambil alih kedudukan pembangkang sebelum pru-12. Akan berterusan kah memontem sokongan rakyat kepada Pakatan? tiada yang boleh meramal, jawabannya hanya tunggu pentas pru-13 pada 2012.

Anwar berjumpa Najib Satu isu menarik

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau tidak berjumpa Najib, itu hanya penafian. Siapa yang menyangka mungkin mereka berjumpa, akan tetapi belum ada keputusan muktamad yang telah diambil. Pinjam kata-kata pendekar Cahaya, apabila dua hulubalang berjumpa, biasanya tiada seorang pun tahu akan keputusannya. Kerana setelah keputusan diambil, maka keputusan itu adalah muktamad.

Anwar menfikan, sementara Najib hanya diam seribu bahasa, ada muslihatkah disebalik penafian Anwar ini? Atau kah Anwar membuat penafian hanya merupakan gimik berita?

Anwar wajar menafikan berjumpa Najib diambang pengundian di Permatang Pasir, apa kah penafian ini akan terus menjadi menafian, sedangkan Pakatan telah mempertahankan Permatang Pasir. Kita tunggu reaksi Najib seterusnya.

25 August 2009

Tiger Woods Menang Skins Game

Setelah kecewa melalui PGA mimggu lepas, Tiger Wood melepaskan geram dalam permainan skins. Tiger mengalahkan juara bertahan Carmilo Villegas. Melalui permainan tersebut, Tiger mendapat 23o ribu usd, manakala Villegas hanya 200 ribu usd.

24 August 2009

Teringkat istilah plastik: islam plastik: Kata Husam

Tahun 1989 semasa kempen di Pilihanraya kecil Ranau, pertandingan antara mendiang Datuk Mark Koding mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, lawan Siringan Gubat, teringkat masa itu, istilah plastik. Pandikar Amin Mulia (kini Tan sri) menuduh YB Bagai Basirun Adun Kedamain masa itu, sebagai dusun plastik, kerana walaupun YB Bagai dilahirkan sebagai Dusun dan ahli USDA, tetapi tidak menyokong presiden Usda masa itu (Datuk Mark koding), akan tetapi lebih condong kepada KCA (Kadazan).
.
Istilah plastik kali ini muncul semula, apabila Husam Musa, menafikan bahawa Nik Aziz ada kata, bahawa islam penyokong Umno itu sama dengan islam palestin, kerana itu tidak akan masuk syurga. Sebaliknya menurut Husam, bukan islam palestin yang Nik Aziz maksudkan, akan tetapi islam plastik.

Nik Aziz mengatakan bahawa ucapan beliau diputar belitkan, beliau akan menyaman surat khabar yang memutar belitkan ucapannya tersebut.

Sama-sama kita tunggu kesudahnya.

22 August 2009

A Samad Said telah hilang padanya apa itu kesabaran

Isu PPSMI. Kerana kerajaan terpaksa ikut perancangan untuk menghapuskan penggunaan bahasa inggeris bagi mata ajaran Sains dan matematik, sehingga tahun 2012, A Samad Said melenting dan mengatakan bahasa melayu terus dihina. A Samad, telah terlupakan apa itu proses pembelajaran? A Samad telah lupa kah masak nasi pun perlu masa.
.
Tantangan A Samad Said kepadal PPSMI bukan kerana isu PPMSI, tetapi demi politik. Sayang A Samad Said dah tua, jika tidak ada kemungkinan akan ikut DAP, PAS atau PKR dan mahu bertanding pula, nak jadi wakil rakyat.
.
Dah terlamat A Samad Said. Biarkan generasi pelapis meneruskan agenda demi negara ini, bukannya berpaksi kepada fikiran yang telah basi.

Khalid Ibrahim MB Selangor: Ambil mana duit nak bayar 66.7 juta ringgit

Tidak lama lagi MB Selangor hilang kelayakan jadi wakil rakyat, sebabnya kerana muflis. Nak bayar hampir 67 juta ringgit, nak skop kat mana? Kalau ambil persen daripada projek-projek, agak susah, SPRM dok intai. Macam mana Bank islam berikan kredit sebanyak tu kepada Khalid? Tan Sri ni guna ilmu apa, sampai bank islam pun, boleh terpukau.
.
Pelik juga bank islam ni, ramai lagi peniaga yang nak pinjam 50 ribupun susah sangat, tapi puluhan juta terlalu mudah.
.
Kembali kepada persoalan hutang jutaan ni, seharusnya Bank Islam tak patut lagi beri peluang, dah hampir 8 tahun, Khalid tak juga bayar-bayar, kenapa tak mufliskan? Kalau rakyat lain pinjam 20K pun dah dimufliskan. Rupanya bank pilih bulu,kalau hutang besar tak nak mufliskan, kalau hutang kecil, dengan senang dimufliskan.
.
Satu ingatan kepada para peminjam, pinjamlah sebanyak mungkin, kerana kalau jumlah pinjaman besar, bank tak mudah mufliskan. Contoh adalah MB Selangor ni.

Hafizah: Wanita menhantui Rohaizat Othman: Siapakah wanita itu?

Dakwaan ketua pemuda Pas, bahawa calon Umno Permatang Pasir ada isteri kedua, bernama Hafizah. Ketua Pemuda Pas itu berkata, bahawa wanita bernama Hafizah dikahwini oleh Rohaizat pada tahun 2005, dan kini wanita tersebut tinggal di Jengka Pahang.
.
Siapa kah Hafizah, jika wanita ini ada, muncul lah untuk merungkai tuduhan ini. Jika pun Rohaizat ada isteri ke-2, apa salahnya.
.
Kata Nik Aziz jangan serang pribadi, serang lah parti. Nampaknya ketua pemuda Pas ini, ingkar perintah Tok Gurunya, Ingkar bererti masuk neraka.

SUV SPRM dibom pasti kerja pro perasuah

Setelah SPRM melipat gandakan kerja-kerja penyiasatan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan, maka musuh mereka telah bertambah. Musuh bukan sahaja dari ahli-ahli politik juga menular kepada pro perasuah.

Melempar bom molotov kepada kenderaan mereka, adalah amaran kepada SPRM jangan meneruskan agenda membenteras kes-kes penyelewengan exco-exco kerajaan Pakatan Selangor, kerana jika diteruskan, maka buruk padanya.

Ancaman seumpama ini jangan mengakibatkan SPRM kecut, sebaliknya teruskan usaha, apa pun halangan yang melintang demi menyenyelamatkan wang rakyat.

Jangan biarkan ikan jerung terlepas, tetapi hanya mengaut ikan bilis.

21 August 2009

Alangkah eloknya jadi Nik Aziz

Nik Aziz mempunyai kelebihan di banding manusia biasa. Nik Aziz mampu melihat bahawa seseorang itu boleh masuk neraka atau syurga. Nik Aziz juga mempunyai kelebihan, kerana hanya beliau sahaja yang boleh mengatakan bahawa penyokong Umno atau ahli Umno itu tidak masuk syurga.

Semasa PRK Manek Urai, Nik Aziz kata, orang Umno tidak beriman, kerana mengatakan bahawa Umno itu menolak islam. Senjata ini yang diulang-ulang oleh Nik Aziz, walaupun belum ada bukti bahawa Umno itu menolak islam.

Jika Umno dikatakan menolak islam kerana berkerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti lain yang bukan islam, apa kah kedudukan Pas yang berkerja sama dengan DAP dan pada suatu ketika dahulu, Pas dengan syaitanpun boleh berkerjasama, jika syaitan itu mampu memenangkan Pas dalam pilihanraya.

Sampai bila kah kemampuan Nik Aziz ini boleh bertahan? Apa kah setelah Nik Aziz pergi untuk selama-lamanya, apa kah kunci menilai tersebut beliau akan tinggalkan. Jika ya, kepada siapa?

20 August 2009

Manek Urai terkenang di Permatang Pasir

Dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan Julai lalu, PAS berdepan kejutan apabila menang dengan hanya 65 undi mengatasi Umno, parti yang dikatakan semakin terjejas popularitinya ekoran keputusan PRU-12.

Majoriti tipis itu dilihat sebagai signifikan kepada parti Umno kerana memberi gambaran seolah-olah sokongan rakyat telah kembali kepada Umno kerana implikasi pergeseran dalaman PAS.
Kejutan itu menjadikan Umno bersemangat untuk meneruskan dan mendapatkan hasil daripada momentum Manek Urai itu, menggugat kawasan tunggal PAS di Pulau Pinang yang kini ditandingi Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man.

Tambahan pula, sentimen Melayu yang dimainkan dengan agresif melalui akhbar dikuasainya sejak sekurang-kurangnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dilihat mula menampakkan sedikit kesan.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan keyakinan untuk Umno menggugat kekuatan PAS di Permatang Pasir, sama seperti yang dilakukan di Manek Urai.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak, undi Melayu untuk Umno meningkat walaupun jumlahnya tidak cukup untuk menambahkan dengan signifikan undi Umno disebabkan jumlah pengundi Cina yang besar dan memberi sokongan kepada PAS yang diwakili Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terbaharu, pertikaian di Selangor menjadi tumpuan media pro-Umno. Pergeseran melibatkan PAS dan DAP diperlihatkan sebagai peminggiran kepentingan Melayu di negeri itu dan menjadi senjata penting Umno di negeri itu dalam usaha merampas kembali negeri pusat ekonomi negara itu.

Di Permatang Pasir, apa yang berlaku di Manek Urai itu masih diingati dan bakal mencorakkan kerja-kerja di kawasan pilihan raya ini.

Tawaran membina jambatan di Manek Urai dinilai sebagai satu isu yang memberi kelebihan kepada Umno. Umno dijangka membawa lagi isu pembangunan dan isu Melayu untuk menarik pengundi Melayu di Permatang Pasir.

Pada masa sama, Umno turut meningkatkan serangan kepada Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa beliau membela DAP yang menghina Islam.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan beberapa langkah yang dilihat bermatlamat memenangi hati pengundi bukan Melayu, seperti liberalisasi dalam sektor ekonomi dan pelancaran Amanah Saham Satu Malaysia.

Namun yang mencacatkan peluang Umno merampas Permatang Pasir daripada PAS adalah terletak pada calon yang dikemukakan. Rohaizat Othman dikatakan bermasalah pribdi, kerana pernah melakukan pecah amanah, sehingga mengakibatkan beliau dipecat daripada majlis peguam. Sementara itu, protes terhadap pemilihan Rohaizat semasa penamaan calon, sedikit sebanyak menggugat peluang Umno melalui PRK Permatang Pasir ini.

Umno melalui kempennya tidak boleh menghadalkan lagi kepada kelebihan calonnya, kerana pekung di dada telah terbongkar. Umno hanya dapat berkempen meneruskan trade marknya, yakni kerajaan pembangunan.

PAS umumnya kelihatan yakin dan kurang bimbang dengan kempen Umno menggunakan isu Melayu itu, disebabkan kedudukan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS di Pulau Pinang, yang kawasan parlimennya dimenangi ketua pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Anwar memenangi kawasan masing-masing di kubu Pakatan Rakyat itu dengan undi yang lebih besar, meningkat berbanding pilihan raya sebelumnya.

Permatang Pasir telah menjadi tumpuan PAS sejak lebih 10 tahun lalu, dengan jumlah pengundi yang besar dan wakil rakyat yang disenangi penduduk tempatan. Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pulau Pinang menunjukkan keyakinan PAS akan mengekalkan kerusi Permatang Pasir.

18 August 2009

Tiba masanya Calon Umno untuk majoriti melayu

Kerusi tradisi yang diamalkan oleh BN sekarang, perlu dikaji. Pada PRU-13, letak calon parti yang mempunyai majoriti kaum di situ. Tiada guna ikut kerusi tradisi, kalau kawasan tersebut kalah.
.
Kaedah ini selain menilai sokongan kaum tertentu kepada wakilnya dan memudahkan menjalankan postmortem keputusan pilihanraya.
.
Kaum melayu dan bumiputera perlu menilai semangat tolak ansur yang selama ini diberikan kepada kaum lain, kerana akhir-akhir ini, semangat tersebut menjadi batu loncatan mereka menginjak-injak melayu dan bumiputera.

17 August 2009

NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Guru Emotional: Beban Tugas kah atau ada sebab lain

Rupanya perbuatan mencederakan orang pada masa ini, tidak lagi terhad kepada samseng atau perompak atau peragut atau penjenayah kelas berat, tetapi juga guru atau cikgu boleh berkelakuan kearah mencenderakan orang.

Guru juga manusia biasa, walaupun kerja guru merupakan kerja mulia, tetapi individunya bukan terlepas kerja-kerja samseng dan pembuli.

Kejadian baru-baru ini dimana seorang murid terpaksa dimasukan dalam ICU kerana pengsan dibelasah oleh seorang guru konsuler disalah sebuah sekolah di Kota Belud Sabah, merupakan contoh kejadian “tips of iceberg” terhadap kelakuan guru.

Rupanya mutakhir ini, kerjaya guru telah berubah. Jika dahulu kerjaya guru merupakan kerja santai dan nostalgik, telah berubah kepada kerjaya membebankan sehingga boleh mengusik jiwa penyandangnya.

Adanya kecenderungan perubahan prilaku guru apakah ada kaitan dengan beban tugas? ataukah ada kaitan dengan kemudahan-kemudahan atau bantuan-bantuan kerajaaan yang boleh menjadi wang dengan cepat seperti rancangan makanan tambahan (RMT) atau bekalan ke sekolah melalui korikulum sekolah (kokum) dimana ada guru-guru juga terlibat sebagai kontraktor?

Telah sering disaksikan, telah selalu diketahui, bahawa ada guru-guru yang tidak mengutamakan proses pembelajaraan murid-murid, guru ponteng kerana sibuk mengurus kerja-kerja kontraktor- mengatur bantuan-bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah seperti baju-baju sukan, baju-baju seragam, kerja pembersihan dan semacamnya.

Keinginan untuk mendapat wang lebih disamping gaji sebagai guru, tidak salah asalkan tidak mengorbankan kerjaya asal yakni seorang pendidik bangsa. Keinginan untuk mendapatkan harta yang menonjol walaupun sebagai guru biasa di sekolah rendah, tidak salah- asalkan asas mendapatkan gaji bulanan tidak terabai. Keinginan untuk mengurus RMT- syarikat atas nama isteri atau saudara terdekat- tidak salah, asalkan tidak mengorbankan emosi, jika kontrak atau tawaran ditamatkan kerana memberi peluang kepada orang lain.

Andaian-andaian ini hanya merupakan berpaksi kepada kejadian-kejadian kecil dan boleh dianggap terpencil,kerana adalah dipercayai- guru-guru secara keseluruhannya masih berhati mulia kerana atas asas kerjaya mereka.

15 August 2009

Kes-kes kenakalan pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, nakal bermaksud melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
.
Sejak kebelakangan ini kes-kes kenakalan pelajar semakin meningkat. Hal ini adalah ekoran daripada perubahan masa.Terdapat banyak cara untuk mengatasi kes kenakalan ini .Setiap pihak mempunyai cara yang tersendiri untuk menghalang atau mengurangkan kes kenakalan ini.
.
Misalnya, masyarakat perlu juga mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh mengadakan kursus kesedaran di peringkat kawasan masing-masing. Mereka mesti berani menegur pelajar-pelajar yang nakal ini. Mungkin ,cara ini dapat mengurangkan masalah ini.
.
Ibu bapa adalah orang yang berperanan besar menangani masalah kes kenakalan .Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak sejak kecil. Didikan agama yang secukupnya amat penting . Mereka hendaklah dihantar ke kelas agama fardu ain dan sebagainya untuk mendalami asas agama. Ibu bapa perlu menyemai kasih sayang dan bukannya perasaan benci. Anak-anak diajar supaya melakukan kebaikan dan kegiatan yang berfaedah. Ibu bapa juga perlu mengawal anak mereka daripada kebebasan yang keterlaluan.
.
Pihak sekolah juga berperanan menangani masalah di peringkat sekolah. Pihak sekolah boleh mengetatkan lagi undang-undang di sekolah supaya pelajar-pelajar tidak berani melakukan kesalahan disiplin. Tindakan yang tegas perlu diambil seperti menggantung persekolahan dan membuang pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang berat. Pihak sekolah dapat memupuk perasaan bertanggungjawab dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar. Guru kaunseling juga dapat membantu mengurangkan kes-kes kenakalan dengan memberikan nasihat dan sebagainya. .Pihak sekolah dengan kerjasama pusat kaunseling perlu mengadakan ceramah, motivasi dan lain-lain yang berkaitan untuk membentuk pelajar menjadi insan yang baik.
.
Rakan sebaya juga memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan mereka yang bermasalah. Merek juga boleh membantu dengan cara memberikan nasihat atau teguran dan mengajak rakan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
.
Selain itu, pihak media juga mestilah bekerjasama dalam menangani masalah ini. Mereka mestilah menapis segala unsur negatif yang terdapat dalam filem-filem dan majalah-majalah. Penulis drama perlu membanyakkan cerita yang bernilai moral. Media massa juga boleh menyiarkan banyak iklan dan kempen tentang masyarakat penyayang, keluarga penyayang dan sekolah penyayang. Justeru itu,penglibatan semua pihak dalam menangani masalah kes kenakalan pelajar amat diperlukan. Tanpa kerjasama semua pihak masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah.

14 August 2009

Hadir Kenduri Tan Sri Pandikar

Sebentar tadi saya kebetulan hadir kenduri di rumah Tan Sri Pandikar. Tujuan kenduri adalah sempena menyambut bulan puasa yang akan menjelang tiba.
.
selesai tahlil dan bacaan doa, para tetamu dijamu dengan masakan ala melayu, termasuk sup ayam.
.
Semasa menikamti hidangan yang tersedia, saya sempat berbual-bual dengan rakan-rakan dari Kota Belud, ada yang orang politik, pegawai-pegawai kerajaan dan juga orang biasa.
.
Dalam perbualan tersebut, isu panas yang dibincangkan adalah masalah air bersih di Kota Belud. Ada seorang jurutera mengatakan, bahawa air bersih di Kota Belud bukan berasal daripada air sungai, akan tetapi berasal daripada bumi. Ertinya air disedut dan ditampung oleh jabatan air, dirawat, kemudian disalurkan kepada pengguna.
.
Dalam perbualan tersebut, sumber air di Kota Belud terlalu cukup untuk kegunaan penduduk, malangnya pam yang berkuasa tinggi bagi mengpam air di bawah tanah, tidak tersedia. Pam yang ada adalah pam kecil yang menggunakan batang paip 4 inci yang hanya cukup-cukup untuk kawasan yang berdekatan dengan pekan Kota Belud.
.
Dalam perbualan itu juga, dicadangkan agar pam yang berkuasa tinggi dipasang agar lebih banyak air dapat disedut, melalui kaedah ini, maka air dapat disalurkan kepada lebih ramai penduduk.
.
Sabah telah meredeka hampir 50 tahun, Kota Belud telah ada sejak itu. Sebagai tambahan, Kota Belud adalah anak sulong Umno di Sabah, kenapa kah para pemikir termasuk wakil-wakil rakyat, tuan Do, jurutera daerah tidak terfikirkan, bahawa untuk menyediakan air terawat ini, perlu disediakan pam air berkuasa tinggi? Sedangkan mereka tahu, bahawa air merupakan elemen penting keperluan tubuh demi kesihatan.
.
Sepatutnya masalah air ini menjadi agenda pembangunan daerah, akan tetapi, para pegawai yang ditugaskan di situ tidak berpandangan jauh, maka begini lah hasilnya, majoriti penduduk Kota Belud, hingga kini haram bagi mereka air bersih.

Betapa buruknya akibat mungkir janji

JANJI. Satu perkataan yang mengandungi lima huruf ini terkandung nilainya yang berbeza-beza, mungkin bernilai kecil atau bernilai besar, bernilai rendah atau bernilai tinggi terpulanglah kepada situasinya.
.
Apakah janji yang paling besar di dalam sesuatu keluarga, janji tersebut tentulah ikatan perkahwinan, mungkir sahaja perjanjian ini maka rosaklah rumahtangga.
.
Manakala persatuan dan pertubuhan janjinya ialah terkandung di dalam peraturan- peraturan kecil atau perlembagaannya, Jika peraturan ini tidak diikuti maka hilanglah kepercayaan ahlinya terhadap pegawai atau jawatankuasanya.
.
Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negeri, tentulah perlembagaannya, kiranya ini tidak dipatuhi porak- perandalah rakyatnya,Apakah pula janji yang paling besar di dalam sesuatu negara, tentulah juga perlembagaannya, jika ini tidak dihormati dan dipatuhi maka porak-perandalah juga rakyatnya.
.
Mengapakah perlunya perjanjian, perjanjian memang sangat diperlukan untuk menyatupadukan manusia, untuk menghalang manusia menindas di antara satu sama lain, untuk manusia mengetahui sempadan dan had pergerakannya serta sedar akan hak diri sendiri dan orang lain secara adil, bukan secara saksama.
.
sebaliknya berbeza-beza mengikut situasinya, untuk memahaminya perlulah merujuk kepada rasional asal perjanjian dan keadilannya.Mungkir janji sesama manusia akan mencipta suasana kehidupan menjadi porak peranda dan kucar kacir. Islam melarang sikap tersebut.
Renungi maksud Hadis berikut:
.
1) "Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah dia munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik,Apabila bercakap dia berbohong,Apabila diamanahkan dia khianat.Apabila berjanji dia mungkiri,Apabila bergaduh dia melampau".
.
(2) "Nyawa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutang itu dibayar". Demikianlah di antara contoh perjanjian kita sesama manusia dan perjanjian kita dengan Allah adalah amanah yang paling utama disempurnakan tanggungjawabnya.Janji dan perjanjian sebenarnya amat luas pengertiannya sentuhan ini hanyalah mencakup sebahagiannya sahaja.

Ong Tee Keat beri 7 hari untuk Tiong King Sing

Dakwan Ketua Eksekutif Dimensi S/B Datuk Tiong King Sing yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Sarawak merangkap ketua BBC parlimen Malaysia, telah mengakibatkan Ong Tee Keat, presiden MCA melenting, dan memberi kata dua kepada ketua BBC tersebut, masa 7 hari untuk menarik tuduhannya. Jika tidak laporan polis akan dibuat, kerana membuat tuduhan fitnah.

Ong melenting kerana, Tiong mendakwa bahawa 10 juta ringgit disalurkan kepada MCA yang ada kaitan dengan zon bebas pelabuhan klang (PKFZ). Dakwaan Tiong ini, menguatkan isu yang telah di bangkit oleh Lim Kit Siang, baik di parlimen maupun blog penasihat DAP tersebut.

Isu PKFZ telah menjadi isu utama DAP dan sebahagian besar musuh-musuh Ong, kerana kos yang melabung tinggi pembinaan bagunan gajah putih tersebut.

Perbalahan antara ahli-ahli komponen UBN sekarang semakin ketara, terutama parti-parti yang bukan berasaskan melayu. Apa kah krisis ini boleh memudaratkan kerjasama 14 parti BN? tergantung kepada DS Najib mengaturnya.

13 August 2009

Ada kebenaran bahawa H1N1 dihasilkan di makmal

sila ikuti rencana hisamudin rais: tanpa suntingan di bawa ini

http://malaysiakini.com/news/110426

Teoh Beng Hock: Inkues bersambung

Pakar pathlogi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim tidk dapat meneruskan keterangan hari ini, kerana sakit. Inkues kematian Teoh, akan diteruskan dengan mendengar keterangan polis yang menyasat kes ini.

Hingga kini, kematian TBH dikatakan berpunca daripada impak kerana jatuh dari tempat tinggi. Kecenderan yang diketahui semasa postmortem dijalankan menunjukan bahawa kematian TBH kerana kecederaan berganda. Terdapat 22 kesan kecenderaan pada mayat TBH ditemukan semasa bedah siasat.

Pakar-pakar DNA terhadap 157 sampel hingga kini belum dijumpai padanan, termasuk 2 orang cina yang pada awalnya disebut-sebut ada kaitan dengan kes kematian TBH.

Semalam Gobind Sing Deo telah meminta pakar kimia menganlisis fibre impact di tempat kejadian, di mana mayat TBH dijumpai. Tujuan analisis ini adalah bagaimana trend TBH jatuh.

Tugas Koronor Azmil muntaphna Abas semakin rumit, kerana sehingga hari ini klu merungkai, atas sebab apa TBH boleh terjatuh msaih misteri. Namun apabila, DNA yang ditemukan pada sebelah jaket dan tali pinggang TBH terungkai, maka kemungkinan besar punca kematian TBH akan terungkai.

12 August 2009

Teringat kisah anjing dan bukit

Masa sekolah dulu, kata guru sekolah saya, orang miskin tidak dapat berbuat apa-apa kepada orang kaya, kerana apa sahaja bentuk cerita yang dibawa oleh orang miskin terhadap orang kaya, tiada siapa yang percaya. Moralnya kata guru saya itu lagi, kerja memburuk-buruk orang kaya tidak akan sampai kemana-mana, ertinya kerja sia-sia sahaja.

Pada zaman ict ini pula, dunia cyber digunakan untuk berbagai kegiatan. Jika blogging pada mulanya digunakan untuk iklan barangan, sekarang ini diubah kepada bentuk komunikasi dua arah antara penulis blog dengan pembacanya.

Para penulis blog terbuka tanpa kekangan menulis apa sahaja yang ingin ditulis, sesuai dengan selera masing-masing. Ada tulisan yang berunsur ilmu pengetahuan, ada unsur fitnah, ada juga unsur khayalan.

Jika dahulu hanya wartawan sahaja yang boleh menulis, apa kah tulisan berita ataupun rencana, maksudnya tulisan yang ingin dikongsi bersama, tetapi masa kini, semuanya itu telah berlalu. Pada masa ini, sesiapa juga boleh menulis, kalau pun tiada baca, sekurang-kurangnya boleh dibaca sendiri.

Namun, alangkah seronoknya apabila sesebuah tulisan mendapat respon, mungkin respon baik maupun tidak. Di situlah kepuasan seorang penulis. Bohong jika ada yang kata, menulis hanya untuk main-main.

Dewasa ini, apabila kita melayari dunia cyber, dapat dikatakan para pemimpin negara,baik kerajaan maupun pembangkang, telah mempunyai blog sendiri; mungkin mereka yang mengurusnya sendiri, mungkin juga ada orang upahan yang mengurus blog mereka itu. Tetapi yang pasti, dunia blog telah melanda rakyat yang hampir celik ICT. Kalau orang kampung diajar untuk bloging, saya yakin mereka akan minat, kerana hiburan akan berpindah kepada kuasa sendiri, tidak lagi mengikut siaran atau program seperti mana yang mereka dapat melalui TV.

Berbalik kepada tajuk tulisan ini, moralnya adalah apapun tulisan kita, jika tiada peminat dan pembacanya, istilah siok sendiri tidak mendatangkan apa-apa faedah.


10 August 2009

Hanya permulaan

pagi pagi
hanya diri ini berdiri
menunggu terbit mentari

pagi pagi
hanya diri ini berdiri
menunggu langkah kaki

pagi pagi
hanya diri ini berdiri
menunggu sang saka sakti

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels