30 May 2013

PRU-13: BN banyak kalah di kawasan Bandar- Sampai bila Trend ini berterusan?

Sesebuah negara itu dikatakan semakin membangun dengan indikator kerancakan ekonominya, peningkatan kemasukan pelaburan asing dan pertumbuhan-pertumbuhan pelbagai industri yang menjadi pemangkin untuk kerajaan meningkatkan infrastuktur sedia ada misalnya pengangkutan,bekalan air,pembentungan, elektrik dan pusat rawatan (hospital dan klinik). 

Naik taraf infrastruktur-infrastruktur ini secara umum meningkatkan kualiti kehidupan rakyat negara ini seterusnya merangsang pertambahan penduduk. Tidak boleh tidak, bandar-bandar baru akan turut muncul hasil dari apa yang penulis ekspresikan sebagai 'tindak balas berangkai' (one thing lead to another..) . Kewujudan bandar-bandar baru ini juga merupakan indikator sesebuah negara itu semakin membangun menuju penanda aras atau 'benchmark' negara maju.

Pendahuluan di atas sengaja penulis huraikan bagi memudahkan pembaca untuk menganalisa apa yang cuba penulis sampaikan untuk 'point-point' yang seterusnya.

Keputusan pilihanraya ke-13 baru-baru ini menunjukkan pengundi bandar lebih banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat . Dan kita sedar, majoriti daripada pengundi bandar ialah mereka yang terdiri daripada peratusan tinggi kaum Cina dan sebilangan kaum Melayu dan India . Mereka yang berada di bandar lebih banyak terdedah dengan teknologi-teknologi yang 'up to date' , capaian internet yang lebih pantas dan mudah bagi mereka untuk memperoleh berita2 terkini samada berita itu benar atau fitnah.

Komunikasi menjadi lebih meluas dan pantas di bandar2 dengan kemudahan internet ini. Boleh dikatakan pengaruh media internet lebih memainkan peranan penting pada penduduk di bandar.

Pihak yang berjaya 'menguasai' media maya secara tidak langsung akan berjaya mewujudkan persepsi pada penduduk bandar.

Media internet adalah percuma dan mudah (hanya di hujung jari), bersifat real-time (sentiasa ada update) , dan yang paling penting tak dikenakan bayaran. Walau bagaimanapun, mereka yang berada di kampung2 tak mendapat manfaat sebegini kerana capaian internet yang terhad (slow atau sesetengah kawasan tiada signal EDGE, 3G , HSDPA dan sebagainya).

Keputusan pilihanraya ke-13 yang menunjukkan BN hilang penguasaan di bandar-bandar mengecewakan ramai pihak . Maka adatlah di Malaysia ini bila 'rumah siap pahat pun berbunyi'.

Najib sebagai Perdana Menteri di persalahkan kerana terlalu memberi muka dan 'memanjakan' penduduk2 di bandar yang mempunyai peratusan tinggi kaum Cina . Malah bekas Menteri Kewangan , Tun Daim Zainuddin juga mempunyai pendapat yang sama iaitu tumpuan terlalu diberikan pada kawasan2 bandar.

Sepatutnya tumpuan patut diberikan kawasan yang dimenangi BN sama dengan majoriti tipis dan kawasan-kawasan yang kalah tipis pada pilihanraya ke-12.

Penulis pula berpendapat hal pilihanraya adalah hal yang subjektif , elemen2 kejutan akan sentiasa wujud. Apa yang dilakukan oleh Najib untuk pengundi-pengundi bandar boleh disifatkan sebagai 'asid test' , iaitu cubaan untuk melihat respon . Perlu ada 'ujikaji' untuk langkah2 seterusnya. Tak perlu lah terus menghentam Najib tanpa memikirkan rasional di sebalik tindakan beliau itu .

Kenapa penulis bangkitkan soal rasional pula sedangkan sebelum PRU-13 lagi telah ada pandangan samada dari rakan2 bloggers/facebooker atau ahli politik bahawa pengundi-pengundi Cina di bandar2 majoritinya telah 'swing' kepada PR jadi tindakan PM memberi perhatian kepada mereka ini hanyalah membuang masa ? 

Jawapannya berbalik kepada pendahuluan artikel ini iaitu dalam menuju negara maju , bandar-bandar baru sentiasa akan tumbuh , kawasan yang dahulunya kampung akan berubah menjadi bandar , dan selari dengan pembangunan ini elemen2 media internet yang penulis nyatakan sebelum ini akan 'mengambil-alih' peranan media konvesional yang digunakan oleh penduduk kawasan kampung yang berubah menjadi bandar tadi . 

Apabila 'pembandaran' berlaku dengan kewujudan pelbagai industri hasil dari pelaburan asing yang dibawa masuk , akan berlaku proses penghijrahan. Pelbagai perniagaan akan dibuka, perumahan-perumahan baru didirikan, dan proses ini akan berterusan dan akhirnya kita akan mempunyai sebuah lagi bandar yang mempunyai 'corak' serupa dengan bandar2 yang pernah wujud sebelum ini.

Jadi apabila Malaysia mencapai status negara maju di mana terdapat banyak bandar2 berselerak di negara ini adakah BN akan 'bungkus' disebabkan mentaliti pengundi bandar sokong PR dan pengundi kampung sokong BN ?

Adakah BN hanya relevan untuk pengundi-pengundi di kawasan kampung sahaja ? Oleh yang demikian , penulis berpendapat tindakan Najib memberi tumpuan pada pengundi-pengundi bandar boleh jadi satu 'acid test' untuk beliau rangka tindakan seterusnya .

 Apa pilihan yang kita ada selain dari mengurangkan 'impak' yang terhasil dan pelajari sesuatu darinya . Najib mungkin boleh bersikap 'ekstrim' dengan tidak mempedulikan pengundi-pengundi bandar sebelum PRU-13 berlangsung, tetapi hasilnya mungkin lebih teruk daripada apa yang dihadapi sekarang. Mungkin hasil daripada 'ujikaji' yang dilakukan itu menunjukkana tidak semua pengundi bandar dapat di 'dekati' menggunakan kaedah yang sedia ada .

Mungkin satu kaedah lain yang dikatakan bukan 'BN stereotype' perlu difikirkan bagi mendekati pengundi-pengundi bandar ini . Mungkin lebih banyak pemimpin2 muda BN yang ada resepi tersendiri seperti KJ , Abd. Rahman Dahlan (MP Kota Belud) , P. Kamalanthan dan David Yim Boon Leong (ahli MCA Bayan Baru yg 'degil' ) patut diberi perhatian dan peluang untuk 'brainstorm' idea-idea baru dalam mendekati pengundi2 bandar. 

Zaman dah berubah , teknologi dah berubah dan pemikiran rakyat juga dah berubah . 'Old timers' cum 'strategist' dalam BN mungkin tidak nampak apa yang golongan muda ini nampak . Jurang antara pemimpin dan rakyat harus di dekatkan mungkin hingga pada satu tahap dalam keadaan santai / tak formal rakyat boleh melepak minum kopi dan tengok bola dengan pemimpin (of course la u have to be sincere, kalau berlakon memang clearly look so fake lah) .

Najib dah buat , ada segelintir pemimpin2 lain pun dah buat . Yang lain2 tu macam mana ? Ohh ya , don't compare Najib and Pak Lah .. and please lah UMNOrianss...don't even think about asking Najib to step down. 

Ekonomi semua mantap, harga minyak tak naik , dapat BRIM , TR1M , voucher buku dan macam2 lagi. Takkan asal tak dapat 2/3 je komplen ?? Tengok transformasi ekonomi dan perkara2 lain seperti pembangunkan negara, kemasukan pelabur asing dan peningkatan taraf hidup rakyat semasa  Najib pegang jawatan PM . Jangan jadi bodoh sebab dia tak dapat 2/3 majoriti undi parlimen terus minta turun ganti orang lain .

29 May 2013

Dato Rahman pemimpin masa depan Sabah?

SEBENARnya penulis hanya mengetahui nama Rahman Dahalan selepas beliau dipilih sebagai calon BN bagi P.169 Kota Belud pada tahun 2008.

Kerana ingin tahu, maka pada satu perjumpaan semasa kempen dan kebetulan di kampung penulis, penulis turut hadir. Di situlah untuk pertama kalinya, penulis terjumpa, dan sudah tentunya berjabat tangan.

Pada PRU-12 itu, meskipun Kota Belud adalah kubu kuat BN, namun rata-rata masa itu, bercakap soal calon import. Mengusarkan juga, fenomena masa itu. Selepas keputusan PRU-12, Rahman, ketika itu belum ada gelaran dato, ternyata menang, walaupun dengan majoriti sedikit di atas 3,000.

Rahman telah menjadi wakil rakyat Kota Belud, di mana penulis berasal dan ditempat itu juga mengundi, sejak berhak menjadi pengundi. Bermula dari masa itu, secara perlahan-lahan penulis mengenali wakil rakyat yang mengwakili penulis.

Secara sepintas, kelihatan wakil rakyat itu seperti egois, tidak mesra; mungkin perwatakan itu terbawa-terbawa daripada masa mudanya, kerana dibesarkan di negara orang putih. Penulis tidak pelik, kerana penulis juga mempunyai anak yang dibesarkan di negara orang putih, seawal tahun 2 sekolah rendah. Sifat negara di mana mereka di besarkan terbawa-bawa.

Namun, selepas beberapa ketika, sifat elitis itu, hanya merupakan persepsi sepintas lalu, apabila mengenalinya lebih dekat, nampaknya tiadapun yang janggal, Rahman seperti sifat orang Kota Belud yang lain egoistis.

Orang Kota Belud, meskipun mereka sendiri tidak perasaan, mempunyai sifat yang egois dan elitis. Sebenarnya sifat pada Rahman adalah demikian. 

Bagaimana orang Kota Belud boleh mengatakan bahawa Rahman adalah calon import? sedangkan cara dan sifat semulajadinya sepertimana orang Kota Belud yang lain? Pada PRU-13 lalu, semua pertanyaan-pertanyaan itu terjawab, Rahman sebenarnya orang Kota Belud, hanya diperanakan di kampung lain, kerana ibunya ikut bapanya kerana bertugas.

Lupakan asal-usul Menteri Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru dilantik itu, walaupun beliau adalah orang kedua daripada kaum bumiputera/melayu yang pernah dilantik ke kementerian itu.

Rahman sebenarnya meniti karier politiknya daripada kilang pemuda Umno Malaysia, semasa Datuk Hishamuddin merupakan Ketua Pegerakaan itu. Sebagai Setiausaha Pemuda, nama beliau menjadi perhatian kepada Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Aman.

Rahman dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, sehingga tahun 2008.

Dikarenakan bergelar wakil parlimen antara 2008-2013, Rahman mempergunakan ruang dan masa itu menonjolkan dirinya, baik di peringkat Parlimen, di mana seorang anak muda yang dianggap ingusan oleh Lim Kit Siang berani bedebatnya.

Bukan sahaja di Parlimen, di peringkat antara bangsa juga, Rahman turut mewakili Malaysia di forum-forum yang melibatkan Malaysia; Rahman juga aktif berwacana, dan sering kali muncul di kaca-kaca TV.

Dalam politik yang dinilai selain kemampuan mengisi ruang yang ada dalam politik itu, kesetiaan juga merupakan salah satu faktor yang mendorong, Rahman naik lebih cepat berbanding dengan ahli-ahli politik yang lebih kanan atau seangkatan dengannya.

Sebenarnya dalam politik, tiada istilah seseorang itu istimewa, melainkan bagaimana seseorang ahli politik itu memanfaatkan peluang dan ruang yang ada.

Disebabkan Rahman adalah daripada kilang pemuda umno Malaysia, maka sudah tentu hubungannya dengan para pemimpin yang ada dalam Umno merupakan asset yang sungguh berharga yang ada pada dirinya sebagai ahli politik.

Rahman tahu bagaimana untuk "fit-in" dalam ruang yang ada; atas sebab itu, kita dapat lihat bagaimana eratnya hubungan beliau dengan mantan-mantan Ketua pemuda umno dan Ketua Pemuda Umno yang ada sekarang.

Semasa krisis Pencerobohan Lahad Datu Sabah pada awal Februari lalu, kita sering melihat bahawa Rahman senantiasa mendampingi pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam operasi itu. Dengan pengelibatan beliau dalam operasi sesulit itu, sudah tentu beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan para pemimpin tersebut.

Sabah dan Semenanjung dipisahkan oleh laut China Selatan, beribu kilometer jauhnya. Seseorang yang mampu menjadi jambatan antara kedua kawasan itu diperlukan untuk memastikan hubungan erat senantiasa terjalin.

Satu contoh jika hubungan akrab antara Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak, adalah bagaimana Pehin Sri Tan Sri Taib Mahmud, suatu ketika adalah menteri kerajaan pusat untuk beberapa penggal, dan apabila kembali ke Sarawak pada tahun 1981 menjadi Ketua Menteri Sarawak; kita menyaksikan bagaimana Sarawak membangun dengan pesatnya, dan tidak pernah berganti kerajaan sehingga kini. Kesinambungan kepimpinan membuatkan Sarawak adalah negeri terkaya di negara ini daripada segi simpanan tetap kewangannya.

Sabah sebenarnya telah lama membangun, jika tidak berlaku perubahan kerajaan. Sejak Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963, telah 4 kali kerajaan berubah. 1963-1975: Kerajaan Usno-SCA; 1976-1985: Kerajaan Berjaya; 1985-1994: Kerajaan PBS, dan kini Kerajaan BN 1994-kini.

Kesinambungan kepimpinan adalah perlu, sebagai bukti, sejak Datuk Seri Musa Aman mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, dimana pada masa itu, simpanan Tetap Sabah hanya sedikit di RM100 juta, maka pada tahun 2012, simpanan tetap negeri itu telah mencecah RM3bilion. Bukan itu sahaja, bajet Sabah saban tahun membuat rekod, dan bajet tahun 2013 telah melepasi RM4 bilion.

Kesinambungan kepimpinan bukan sahaja menyebabkan pembangunan negeri membangun sesuai dengan perancangan, juga kesinambungan kepimpinan menyebabkan kadar kemiskian negeri terus menurun, di mana pada satu ketika berangka dua (19.6%) dan kini berangka satu (8.1%). Sesuai dengan  manifesto BN pada PRU-13 lalu, dalam lima tahun, kadar kemiskinan akan diturunkan ke paras 5 peratus.

Barisan kempimpinan yang ada mampu melakukan banyak kemajuan terhadap Sabah. Pembangunan Jelapang padi di Kota Belud yang telah menjadi Program negara, pembangunan di kawasan Sabah Development Corridor (SDC), juga akan melonjakan pembagunan Sabah dan sekaligus berimpak kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan, dan pada gilirannya meningkatkan pendapatan perkapita.

Pada 1 Mei 2013, telah terwujud satu lagi Projek Mega di Sabah, apabila dirasmikannya Pusat Perkhidmatan Minyak dan Gas Sabah yang akan dibangun di Kuala Abai Kota Belud. Projek itu, apabila siap kelak dapat menyediakan 1000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Rahman selain mendapat didikan politik di Semenanjung juga merupakan anak didik kepada Datuk Musa Aman; kerana beliau beberapa ketika menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang paling berjaya. Kejayaan Musa Aman, bukan sahaja membangun negeri ini, akan tetapi dalam politik juga, kerana selama 3 musim pilihanraya umum, beliau membawa BN dengan kemenangan yang cemerlang. Bermula pada PRU-2004, PRU-2008 dan PRU-2013. Musa mencipta rekod tersendiri, kerana sebelum ini belum ada Ketua Menteri Sabah melepasi tempoh 9 tahun.

Apa kah Rahman akan mewarisi lagenda Musa? Kekurangan yang ada pada beliau, adalah jawatan dalam parti, kerana biasanya seseorang yang menjadi pemimpin utama itu sekurang-kurangnya berjawatan parti- lumrahnya Ketua Bahagian.

Keahlian Umno Wakil Rakyat Kota Belud itu adalah di Tuaran. Beliau pernah bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tuaran, namun tewas kepada Aliasgar Basri- sepupunnya sendiri. Apa kah pada musim pemilihan kali ini, samada Datuk Hajiji Noor atau Aliasgar memberi laluan? Kalau melihat kepada potensi kepada Menteri Kerajaan Pusat itu, sudah sampai waktunya antara Hajiji atau Aliasgar perlu memberi laluan.

Mampukah SKMM- bongkar Red Bean Army?

SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) tidak boleh berlengah lagi, perlu menutup semua pautan baik melalui FB tweeter mahupun blog yang ada hubungan dengan RED BEAN ARMY.

KUMPULAN yang aktif sejak 6 tahun lalu, adalah kumpulan yang TIDAK BERTUAN- meminjam penafian Penasihat DAP LIM KIT SIANG.

Kit Siang menafikan bahawa DAP tidak  apa-apa kaitan dengan tentera siber, Red Bean Army.

Kata Kit Siang dalam blognya, parti itu tidak mempunyai kekuatan sebanyak 200 tentera siber Red Bean Army yang didakwa memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) sejak enam tahun lalu.

Seperti biasa Ahli Parlimen Gelang Patah ini menuduh UMNO membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara semata-mata untuk membentuk 10,000 tentera siber pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tidak apalah itu penafian Kit Siang, maklumah sebagai sebuah parti yang sentiasa menjunjung demokrasi, berjuang menegakkan keadilan dan menentang perkauman sudah pastilah DAP tidak akan bersetuju dengan Red Bean Army.

Kita 'percaya' DAP juga tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan BN melalui cara tidak betul khususnya melalui fitnah dan hasutan.

Ia memandangkan Red Bean Army adalah sebuah pasukan tentera siber yang diwujudkan semata-mata bagi menyerang BN habis-habisan dengan matlamat meranapkan kerajaan yang ditunjangi oleh orang Melayu iaitu UMNO.

Selain itu, Red Bean Army juga bertanggungjawab menyebarkan pelbagai dakyah, fitnah dan tohmahan kepada pemimpin-pemimpin UMNO serta BN bagi mempengaruhi masyarakat Cina menolak parti itu dalam PRU-13.

Berikutan tindakan jahat Red Bean Army itu maka berlaku apa yang dipanggil tsunami Cina biar pun ia cuba dinafikan oleh pakatan pembangkang.

BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga kerana perolehan undi daripada masyarakat Cina dikatakan di bawah 10 peratus. Inilah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Pencapaian itu berikutan ketidakmampuan pasukan media baru UMNO dan BN untuk menangkis serangan bertubi-tubi daripada Red Bean Army yang bersedia melakukan apa sahaja demi memastikan pengundi tidak memihak kepada BN.

Kesudahannya, yang paling untung ialah DAP kerana selain menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memperolehi 38 kerusi Parlimen, parti itu juga terus mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, dalam satu pilihan raya yang mereka dakwa penuh dengan penipuan.

Mungkin DAP tidak mahu dilihat terhutang budi dengan Red Bean Army memandangkan apa yang dilakukan oleh tentera siber itu 'bertentangan' dengan prinsip perjuangan parti tersebut.

Namun kewujudan Red Bean Army ini 'amat mengagumkan', maklumlah bukan senang hendak mewujudkan 'satu kesedaran luar biasa' daripad satu kelompok manusia untuk melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kerajaan BN tanpa mempedulikan sama ada ia satu kebenaran atau kepalsuan.

Mereka juga 'dikagumi' kerana tanpa dinaungi oleh mana-mana parti politik (berikutan penafian Kit Siang) 'kilang fitnah' mereka beroperasi 24 jam tanpa mengenal penat dan lelah serta 'tidak mendapat sebarang upah'. Difahamkan mereka beroperasi di sebuah tempat yang selesa di ibu negara dan bekerja secara syif.

Bagaimanapun ini bukan bermakna perbuatan Red Bean Army ini harus dibiarkan. Merka kini 'sudah sah' ibarat 'hantu raya tidak bertuan' memandangkan DAP pun menafikan kaitan parti itu dengan tentera siber yang biadab tersebut.

Oleh itu adalah wajar, kewujudan siber tidak beretika seperti Red Bean Army ini dikecam oleh pakatan pembangkang khususnya DAP jika benar mereka memperjuangkan demokrasi, menegakkan keadilan dan menolak politik perkauman.

DAP juga perlu mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa masyarakat Cina supaya tidak mempercayai apa yang disebarkan oleh Red Bean Army dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menyalurkan maklumat bagi menghapuskan tentera siber tersebut.

Ia memandangkan corak serangan dan pendekatan politik yang dilakukan oleh Red Bean Army amat bahaya kepada keutuhan kaum dan keselamatan negara.

Kita sudah saksikan beribu-ribu fitnah ditaburkan oleh kelompok tersebut sehingga pada hari pengundian hampir tercetus kekecohan.

Keadaan itu berlaku kerana sejak awal lagi Red Bean Army menguar-uarkan dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tertanggal sebelum tempohnya dan ada warga Bangladesh yang akan digunakan oleh BN untuk mengundi parti itu.

Tetapi kesudahannya, semua itu hanyalah fitnah termasuklah juga tohmahan kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan 'lari ke luar negara' pada malam pengundian kerana bimbang BN kalah.

Apa yang lebih bahaya, ketika pakatan pembangkang lebih selesa menuduh media arus perdana khususnya Utusan Malaysia bersikap rasis, tindak-tanduk Red Bean Army lebih dahsyat lagi.

Dengan penafian Kit Siang, kita kini tertanya-tanya siapakah dalang di sebalik kewujudan Red Bean Army ini. Apakah mungkin ada kuasa asing yang menyalurkan dana bagi membolehkan Red Bean Army beroperasi dengan begitu hebat sekali?

Tanpa sumber kewangan yang kukuh sudah pasti mereka tidak akan mampu beroperasi dengan begitu efisien.

Sebab itulah, sudah tiba masanya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan siasatan rapi bagi 'melumpuhkan' operasi Red Bean Army ini.

Tindakan tegas yang diambil bukanlah bermaksud kita bimbang 'hantu raya tak bertuan' itu mendedahkan kepincangan kerajaan BN, sebaliknya kita tidak mahu wujudnya satu kelompok tentera siber yang tidak bertanggungjawab dan sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik mereka.

Kita percaya pakatan pembangkang khususnya DAP akan menyokong usaha tegas pihak berkuasa untuk menghapuskan Red Bean Army ini.

Sebagai sebuah parti yang sering menggambarkan mereka menjunjung demokrasi dan menegakkan keadilan serta membenci perkauman, kita percaya DAP akan memberi sokongan paling padu untuk memastikan Red Bean Army tidak terus menjadi 'hantu raya' yang mengganggu rakyat Malaysia dan keselamatan negara.

Apa yang kita bimbang Red Bean Army ini adalah terdiri daripada kelompok yang diupah oleh pihak asing untuk mengkhianati negara sendiri? dan bagaimana pula kalau Red Bean Army ini sememangnya dilatih untuk memastikan negara kita menjadi huru-hara melalui fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada kerajaan BN?

Tambahan pula kita juga sudah menyaksikan Red Bean Army ini meletakkan diri mereka seolah-olah begitu istimewa apabila sesiapa sahaja yang cuba membongkar atau menyerang perbuatan haram mereka akan diserang habis-habisan seperti mana berlaku kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan kewujudan sebuah tentera siber yang merasakan diri mereka 'kebal' daripada undang-undang dan beroperasi di sebuah lokasi yang kononnya rahsia, semata-mata untuk memporak-perandakan negara ini.

Sekarang adalah masa untuk bertindak kerana dengan penafian Kit Siang sudah jelas kini kita tidak tahu siapakah 'tuan-tuan' kepada 'hantu raya Red Bean Army' ini.

Kerajaan tidak harus gentar untuk 'mengunyah' Red Bean Army ini dengan memastikan kelompok ini dihapuskan sama sekali dari bumi Malaysia.

Sekarang adalah masa bertindak kerana kewujudan kumpulan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai satu kebebasan media sebaliknya satu ancaman yang boleh membawa petaka kepada negara.

28 May 2013

BN kena tumpu pada kawasan yang dimenangi- Pra Syarat mempertahankan kerajaan

KEPUTUSAN PRU-13 sudahpun diketahui. Dalam PRU itu, BN mendapat 133 kerusi Parlimen, sedikit kurang berbanding PRU-12.

Jika pada PRU-12, BN memerlukan 8 kerusi parlimen untuk mencapai kuasa 2/3, namun pada kali ini memerlukan 15 untuk mencapai kuasa tradisi itu.

Dalam situasi politik masa kini, kuasa 2/3 bukan sesuatu yang mudah dicapai. Mentaliti dan kecenderungan pengundi sudah banyak berubah.

Berkembangnya media alternatif, urbanisasi, masalah peluang pekerjaan, masalah kenaikan harga barangan, terbukanya maklmuat tanpa sempadan akibat perkembangan teknologi, adalah faktor-faktor yang mempengaruhi mood pengundi terutama di kawasan bandar.

Pada PRU-12 lalu, antara sekian banyak ibu kota, hanya Johor Baharu dan Kangar dimenangi BN, selebihnya dimenangi pembangkang, bukan itu sahaja kawasan-kawasan bandar utama dan pesisir bandar juga dimenangi pembangkang.

Di Sabah, Parlimen Penampang, Sandakan, Dun Moyog, Dun Luyang, Dun Kapayan,  Dun Api-Api, Dun Likas, Dun Inanam, Dun Sri Tanjong adalah kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang mengikut trend kebangsaan. Pengecualian bagi Dun Matunggong, Dun Kedamaian,Dun Tamparuli, Dun Bingkor, dan Dun Klias kerana masalah-masalah setempat, dan masalah poltik dan calon.

Kalaulah PRU-13 dianalogkan dengan pepriksaaan, maka jika berasaskan merit dan markah, maka sesiapa sahaja calon yang mendapat sokongan padu iaitu melalui majoriti, itulah yang mendapat pengiktirafan, demikian juga kalau dilihat daripada segi parti, parti yang menyumbang terbanyak dan kalah sedikit adalah parti yang diberi markah yang tinggi.

Namun, penilaian pucuk pimpinan, menggunakan kaedah lain, nama seseorang itu menjadi keutamaan, walaupun seseorang itu bukan lagi popular, ertinya bukan lagi ayam tambatan kepada parti.

Contoh bahawa sokongan terhadap seseorang pemimpin itu menurun seperti yang dialami Presiden PBS dan Timbalannya. Mereka berdua tidak lagi mendapat undi popular di kawasan masing-masing. Ertinya sokongan terhadap mereka menurun, meskipun ada kawasan-kawasan tertentu, calon-calon daripada parti itu ada juga yang mendapat majoriti yang meningkat, namun jika diteliti pencapaian parti itu, secara umumnya menurun.

Pada PRU-13 lalu, PBS adalah penyumbang utama kepada 12 kerusi BN yang kalah, kerana 7 daripada dun-dun itu datangnya daripada parti itu.

Kekalahan calon-calon MCA memang dari awal-awal lagi telah dijangka; akan tetapi tidak berlaku bagi calon-calon Parti Gerakan, walaupun pada awalnya ramai yang menganggap, bahawa parti itu akan mengikuti jejak MCA.

Kini, apa yang penting bagi BN Sabah, adalah melupakan keputusan PRU itu, sebaliknya menumpukan kepada pembangunan dan pembelaan pada kawasan-kawasan yang di menangi.

Dengan cara itu, bukan sahaja tenaga, masa dan kewangan dapat dijimatkan, akan tetapi, menjadikan kawasan yang dimenangi BN itu membangun sesuai dengan kehendak pengundi dan rakyat.

Juga diharapkan daripada pucuk pimpinan, berilah penghargaan kepada mereka yang senantisa menyokong perjuangan parti tanpa pamrih. Jangan kerana ada individu-individu tertentu yang tahu mengampu dan angkat kaki, maka itu yang mendapat keutamaan.

Kini, telah berlaku, apabila orang-orang tertentu, yang hanya aktif selama tempoh kempen- 14 hari daripada 1,825 hari, itu yang mendapat jawatan.. suatu keputusan yang perlu dilihat kembali.

27 May 2013

PRU-13: Strategi salah hampir menumbangkan BN: Tun Daim

PERNAH dilantik dua kali sebagai Menteri Kewangan dan kini dianggap sebagai pengulas politik yang tajam pengamatannya, Tun Daim menyifatkan keputusan buruk BN pada PRU 5 mei lalu disebabkan oleh strategi yang salah.

Beliau memberitahu Surat Khabar Berbahasa Cina China Press, bahawa PRU-13 itu adalah pemilihan parlimen, bukan pemilihan presiden; atas sebab keputusaan buruk itu, maka seharusnya semua penasihat Najib perlu dipecat.

Menurut Daim, jika pilihanraya ke-13 itu dikatakan menguji kepopularan Najib berbanding BN, maka keputusan buruk juga mempengaruhi kedudukan Najib. Berasaskan kepada keputusan itu apa kah Najib merupakan Perdana Menteri Lemah? atau Presiden Umno yang lemah?

Berikut transkrip wawanca Daim dengan China Press

Sehari selepas keputusan PRU-13

Q, Tun, apa yang terlintas difikiran selepas mengetahui keputusan? Apa kah memang dijangka?

A. Saya terkejut. Kira-kira 12 Tengah hari saya diberitahu bahawa BN akan menang 141, manakala DAP 38, tetapi melalui perkiraan saya BN akan menang antara 125 hingga 135 sahaja.

Q. Menurut pengamatan Tun, apa kah perjalanan pilihanraya dijalankan secara adil? Kerana ada NGO dan Pembangkang mendakwa Kerajaan menyalah gunakan kemudahan-kemudahan kerajaan, selain masalah integreti dan daftar undi.

A. Saya lihat perjalanan PRU adil. Kalau tidak, bagaimana Pulau Pinang dan Selangor menambah majoriti dan di peringat Persekutuan BN hanya menang 133. Dakwaan mereka itu bukan perkara baharu. Mereka telah mengatakannya sebelumpun diadakan pilihanraya. Sebelum ini, sayapun pernah mengatakan bahawa mereka akan terus mendakwa perkara ini, kerana mereka tahu, mereka akan gagal menawan Putrajaya.

Sila baca kenyataan saya sebelum ini, saya telah menduga dari awal lagi, bahawa mereka akan menguar-uarkan di seluruh dunia bahawa mereka akan menang, jika gagal juga, kerana kemenangan mereka telah dirampas, atas sebab itu mereka layak melakukan bantahan, menghasut rakyat, seperti yang mereka lakukan sekarang. Mereka mahu rakyat turun ke jalan memberontak. Mereka mahu FRU menghalang mereka, mereka mahu bom air, mereka mahu semburan gas; apabila itu berlaku, maka CNN, Al Jazeera dan sebagainya akan membuat liputan, dan mereka akan menjadi perhatian semula.

Anwar dan Kit Siang mendesak agar polis menangkap mereka. Mereka mahu mereka ditangkap. Mereka sebenarnya tidak bertanggungjawab. Apa yang anda nampak pada himpunan mereka, majoriti adalah kaum cina, cuba anda fikir jika ada kumpulan melayu juga mengadakan himpunan yang sama? Tetapi Anwar dan Kit Siang tidak peduli itu semua, apabila ini berlaku, maka mereka menyalahkan BN. Mereka mahu mengorbankan keamanan dan ketsabilan, apa jenis pemimpin seperti ini?

Mereka kata mereka adalah pemimpin negara ini, tetapi mereka tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati polis; mereka tidak menghormati sesiapa dan menolak setiap jajaran kerajaan yang mereka mahu duduki. Apa bentuk kepimpinan yang mereka ingin tunjukan kepada generasi muda? yang sepatutnya kepimpinan melalui tauladan.

Negara ada Undang-undang. Mengadu ke mahkamah jika merasa berlaku ketidak adilan; sebab mahkamah yang samalah menyebabkan Anwar dibebaskan. Jelas, mereka memilih, apabila sesuatu perkara menyebelahi mereka,maka mempergunakan mahkamah, apabila tidak, mereka menolak mahkamah.

Berani jika benar. Terima keputusan. Karpal menerima keputusan. Pas juga demikian. Azmin mengritik Anwar kerana enggan menerima keputusan. Azmin tidak setuju tindakan Anwar membantah dengan cara turun ke jalan. Tapi jangan terpedaya kenyataan Azmin, kerana kritikan Azmin-ibarat pergaduhan antara suami isteri; walaupun seorang merajuk, akan tetapi akan baik semula.

Sebenarnya Anwar masih menggunakan caranya- memberi harapan pada MP BN. Dia menunggu perlantikan kabinet, dan akan mengerakkan Gerakan 16 Septembernya untuk kali kedua.

Penyebab Keputusan Buruk BN

Q.Seperti mana wawancara terdahulu, BN akan mempertahankan Putrajaya, tetapi tanpa kuasa 2/3. Apa penyebabnya?

Sebenarnya, anda kena tanya BN. Tetapi menurut pendapat saya, sebabnya adalah kesilapan strategi. Sepertimana yang saya kata dahulu, pilihanraya ini adalah memlilih kerusi parlimen, bukan pemilihan presiden. Atas sebab itu para penasihat Perdana Menteri perlu dipecat. Jika anda mengatakan undi untuk BN kerana undi kepada PM, maka keputusan buruk menggambarkan sokongan terhadap beliau. Sebenarnya daripada awal, saya menegur mereka, kehadiran yang ramai di ceramah BN bukan menggambarkan sokongan. Jangan bersaing dengan Anwar daripada segi kehadiran pada satu-satu ceramah. Biarkan Anwar menjadi penghibur. BN bukan penghibur. BN tidak tahu menyanyi, tidak tahu menari dan tidak tahu berjenaka. PRU adalah perkara mustahak kerana memilih kerajaan, atas sebab itu jangan terikut-ikut cara Anwar.

Kerana saya pasti, maka BN juga pasti, bahawa kawasan majoriti kaum cina telah hilang. Mengapa buang masa dan kewangan? Sebenarnya strategi yang betul, anda perlu tumpu pada kawasan yang kalah dengan majoriti kecil PRU 2008 dan memperkuat kawasan yang dimenangi. Juga ada kesilapan pemilihan calon, umpama di Parlimen Pandan, kenapa wujud belas kesihan?

Ramai yang mempertikai berkaitan dengan tsunami cina. Memang ada, kaum cina mengundi secara enblock, sementara bukan cina berpecah, itu hak mereka. Inilah demokrasi.

What was disturbing was the reason for the en block votes. Pakatan preached hatred for BN particularly UMNO. DAP have always told the Chinese that they are victims, marginalised; that the cup they have is always half empty; that this is the time to teach MCA and Gerakan a lesson for being under UMNO’s control, that UMNO (and by extension the Malays) were dominant, and this was a Malay-led government, and the Chinese by voting out all the Chinese parties in BN is saying that they have had enough of being bullied by UMNO/ Malays. If this is not racist, I don’t know what is.

Their cybertroopers were at work, 24 hours a day, sending misinformation, spins, rumours, lies, untruths etc. Where were the Banglas? Where was the blackout? How many peoplewhose ink washed off, voted twice? Tun M flew away in a private jet? Lies and lies and the Chinese believe in "ubah" and "Ini kali lah".

I told you if the Chinese rejected Najib's leadership, the rural votes will swing to BN. DAP benefited the most. PAS, I do not know how it is going to reorganise itself. PKR we know practice nepotism, ask Azmin.

As for the Indian votes, only some Indians votes came back to BN. Koh Tsu Koon has announced his retirement. Chua Soi Lek is not seeking re-election. In the West you lose, you retire. Brown retired. Here they are not morally strong to quit. Anwar stays on, Kit Siang stays on, Hadi stays on. Let me remind you, Anwar said he would retire if he failed to get to Putrajaya. Anwar does not keep to his word. He will never retire, until the day he is on his deathbed he would still want to be PM.

Let’s recognize that nowhere in the world is it easy to get a two-third majority. Urban voters everywhere in the world are anti-government. BN's strength lies in the rural areas. Yet too much time and money were wasted in urban areas where the results were almost certain.

4. Chinese votes for opposition even reached over 90%, why? From your observation, why MCA and Gerakan rejected by the Chinese? We still remember in 2004 the situation was totally different.

I have explained at length in the answer above. Chinese votes for the Pakatan reached 90% because they believed in Pakatan’s propaganda. This is at last the chance to reject the Malay-led BN. We saw on polling day many Chinese came out in droves believing that Pakatan was going to win. They were all misled. Pakatan knew that they were not going to get the numbers. Imagine Chinese voting for PAS, when they have seen what was happening in Kedah and Kelantan. Chinese voters were taken for a ride that they were going to make the difference. If Hindraf can affect the 2008 results, imagine what the Chinese with their bigger number can do? This was the line given and they swallowed it. In 2004, Chinese gave the then PM with his clean image a chance but that got to BN’s head and 2008 was the result. In 2013, Pakatan tapped into the Chinese and urban psyche. The Chinese are practical people and if they felt that the votes could go either way, they would not take a chance and choose stability over change; but if they believed that they can change the Government and win, then they did what you see in GE13. But Chinese normally bet on minority horse.

5. By analysing the results, we can see DAP won more seats this time and seats won by PKR and PAS also close to their numbers in 2008. Does it mean Malay votes still split? How about Indian votes?

Malay votes split 4 ways. UMNO, PAS, Keadilan and fence sitters. Lucky for BN, this time most went to UMNO. Less than 50% of Indian voters voted BN.

People’s Real Concerns

6. Why the 1Malaysia plans, ETP, transformation plans did not work and caused BN a bigger loss?

I don't think people reject 1Malaysia, ETP etc. The issues were not these. In all my earlier interviews I had listed the rakyat’s concern. These were and still are 1) corruption 2) good governance 3) security 4) education 5) inflation 6) urban poor 7) young graduates. Government instead focused on giving handouts. You give dinner once, people thank you. Give them five times and they think you are trying to buy their votes.

7. Even though you have given your warning, but the so-called Chinese Tsunami was so big to be stopped. But, is it fair to blame the Chinese for BN's not so good victory?

I have explained the Chinese tsunami. Of course, Pakatan have to say it is not Chinese tsunami, otherwise they will be held responsible for this racial divide. Are they denying the Chinese voted en block and Malay votes were split? No one is blaming the Chinese, but this what it is. As I said they were misled and they voted Pakatan but again it is their right to buy into that argument and voted to kick the BN out.

8. How to change their minds or should BN given up Chinese by promoting the Ketuanan Melayu sprit to rely more on the support of Malays?

You can always try and you must try to change their minds. You cannot give up on nearly 30% of your fellow citizens. But you have to address issues as in my answer to Question 6.

Ketuanan Melayu was when the Malays fought against Malayan Union. Ketuanan Melayu was in the Federation of Malaya Agreement of 1948. After 1957 and later in 1963, there is constitutional Malaysia. All races have accepted the Constitution. It is a fine and well-balanced document. Sabah, Sarawak and Singapore too had accepted this document. The Constitution protects all citizens. We are all Malaysians. As I said, I'm born a Malay, you are born a Chinese. We don't chose to be Malay or Chinese, but you and I choose to be Malaysians. That is our choice. If I don't like to be a Malaysian, I can choose to be something else also. So let us stay united and work hard and sincerely and make sure the country continues to prosper in peace.

9. Najib has offered a “reconciliation" plan. How serious is he? In addition, if this plan is necessary, how should Najib deal with it?

I am glad he offered reconciliation. He must be serious. You don't make statements you don't mean. You are a leader. But I read Pakatan has rejected his overtures, they talk about unity but do not practice it. Instead they offer preset conditions. Are they sincere? As leaders, the country must come first.

10. How is this so-called process of reconciliation ever going to take place when chauvinists and radicals still there to give their provoking remarks?

We, the rakyat must reject the chauvinists and the radicals. Government must take action against them. Rakyat must show support against these people. Country must come first. Whatever you may think about the Malays, they have shown that they reject extremists. They rejected Perkasa, Ibrahim Ali and Zulkifly Nordin.

Najib A Lame Duck PM?

11. Some people say Najib is a lame duck Prime Minister, he has not only has to think of how to regain the support of non-Malays but has to guard against the wolves in his party. Will he encounter any problem when party election takes place this year?

I have retired. I don't know the mood is in the party. He has to explain to party members what went wrong. Is he going to be a lame duck PM? Cameron in UK, Gilliard in Australia, Mohan Singh in India so far are ok even though in their cases they are ruling on razor thin majority.

UMNO has to remain united if it wants to get the support of Malays. Strengthen your rural support and the rest of the Malays will respect UMNO. If he explains to UMNO what went wrong then I think UMNO will accept and offer their support. It will take a bit of time with the Divisions and he has to make sure they continue to support him and he has to tell UMNO members that only UMNO is their saviour. I believe UMNO members will give him another chance. Those disloyal, you must punish them. But prove with evidence. You have the Opposition to deal with you don’t need enemies in the blanket. You don’t need over 3 millions members if they did not work or vote for you. It is better to have a smaller but committed membership who love the party and want what is best of it. For far too long, UMNO has had members who placed self-interest above the party.

12. Please analyse the result for Selangor. Far from what we expected, BN lost more seats and more popular votes this time despite of thousand good efforts had been put?

Selangor was a disaster. When I got feedback on the problems on the ground, I sent many messages to the leadership. I spoke to Zain (Mohd Zain Mohamed, the BN Selangor Election Director). He assured me of victory, totally ignoring the voices on the ground. His own Ketua Pemuda stood against him and so many ketua bahagians campaigned against him.

I think Zain was a wrong choice. He was dropped from Cabinet by Najib because obviously he didn’t think much of his ability and then you appoint him as Selangor UMNO Secretary. I don't understand Najib’s logic. When you all asked me at the last interview, I said there were problems of wrong candidates. Ketua Bahagians’ were not happy. Among UMNO (members) sabotage was everywhere. I told Zain a list of state seats that were in trouble. Zain said yes a bit of problem but BN would win. In all those seats that were in my list, BN lost. With wrong candidates not going to the ground, ignoring divisional chiefs, not visiting your members and voters, sabotage, you couldn't win.

When I was in Negeri Sembilan campaigning on Friday night, I got a message that Bukit Selambau state seat under the Merbok Parlimentary seat was in trouble. I got back to KL at 2 am and a few hours later, early on Saturday morning, I flew to Kedah. They were still quarrelling about the state candidate, even when it’s one day before polling. I told them they were crazy. Just vote BN. Told them they had half a day left to campaign and go together and campaign and be seen to be united. They lost by 500 votes because they closed their pondok panas by 4pm, confident that they had won. I smsed you by noon that BN won Merbok but the Indians there have to quarrel even at the last minute about candidates and we lost. We are our own worst enemies.

13. As well as in Penang. Before 5 May, BN seemed to have some hope as the 1Malaysia welfare group had organized many free dinners around Penang and free concert. They tried to attract the voters with money and presents. But, all effort proved useless. Why?

These people are amateurs. They are silly people. They think they are clever and throw money around. Better give to charity. Why BN allowed stupid events like these? People are insulted because they knew you thought they could be bought with money, concerts and dinners. So they came to relax, have free makan and be entertained. This is an election. It’s a serious matter. Let Anwar be the entertainer. (China Press)

Mahkamah Kuala Lumpur: Anak Lajim Ukin didakwa guna dokumen palsu projek jalan

Seorang anak ADUN Klias Datuk Lajim Haji Ukin  hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg. Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd. 

Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes. -

26 May 2013

Pakatan mahu Persempadan semula Kawasan Pilihanraya berasas "One-Vote-One- Value-system"

Fakta perjanjian Pembentukan Malaysia: Suara Sabah dan Sarawak perlu 34 peratus di Dewan Rakyat atau mana-mana Jabatan, Kementerian, GLC dan sewaktu dengannya; namun pada masa sekarang hanya yang dapat dilihat adalah jumlah kerusi dewan rakyat-iaitu 56 daripada 222 yang hanya  25 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen, kerana Sabah (25), Sarawak (31) berbanding di Semenanjung 166 termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang merupakan 75 peratus.

Sabah yang mempunyai pengundi seperti yang digunapakai pada PRU-13 seramai 981,814 dan Sarawak 1,083,972 hanya 15 peratus daripada 13,268,007 pengundi seluruh negara.

Persempadan semula kawasan Parlimen atau dewan negeri sepatutnya dijalankan pada tahun 2011, kerana menurut undang-undang, persempadan semula perlu dilakukan setiap 8 tahun.

Persempadan semula boleh digunapakai jika mendapat kelulusan 2/3 ahli dewan rakyat.  Kini, persempadan semula sukar mendapat kelulusan dewan rakyat kerana tiadanya parti yang menguasai 2/3 jumlah kerusi yang ada dalam dewan itu.

Pakatan Rakyat sudah awal-awal akan menyokong persempadan semula kalau berasaskan 'ONE-VOTE-ONE-VALUE-SYSTEM', kalau lah ini yang berlaku, maka suara rakyat Sabah dan Sarawak akan terus tenggelam.

Diandaikan jika persempadan semula menjadikan jumlah kerusi parlimen adalah 250. Maka berasaskan sistem yang dikehendaki Pakatan Rakyat, maka Sabah dan Sarawak akan hanya mempunyai 39 kerusi dewan rakyat, sementara Semenanjung 211.

Rakyat Sabah dan Sarawak perlu membuka mata, kecenderungan ini akan berlaku; maka dengan itu, suara rakyat dua negari itu akan tidak di dengar lagi.

Sebenarnya, jika perjanjian pembentukan Malaysia digunapakai sebelum ini dalam persempadan  kawasan-kawasan pilihanraya, dengan mengunakan pakai 34 peratus suara Sabah dan Sarawak, maka daripada 222 kerusi dewan rakyat yang ada pada hari ini, maka  seharusnya Sabah dan Sarawak mempunyai 75 kerusi Parlimen-iaitu Sabah 36 dan Sarawak 39 berbanding Semanjung dan Wilayah Persekutuan 147.

Berasaskan PRU-13 lalu, di mana Sabah dan Sarawak menyumbang 47 kerusi parlimen atau 84 peratus daripada kerusi yang ditandinginya, maka jika berdasarkan jumlah kerusi 75, boleh diterjemahkan kepada 63 kerusi dewan rakyat. Oleh kerana BN di Semenanjung menang 85 kerusi, maka jumlah keseluruhan kerusi BN adalah 148. Jumlah kerusi itu merupakan angka kuasa 2/3 dewan rakyat.

Sayang, disebabkan ada "niat" memandang rendah pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada masa itu, sehingga mereka-mereka yang ditampuk kuasa terlepas padang keadaan ini.

Kata orang menyesal kemudian tidak berguna lagi. Penafian suara Sabah dan Sarawak sejak sekian lama, kini menjadi salah satu faktor penyesalan yang tidak sudah-sudah.

Suara Rakyat Sabah dan Sarawak yang telepas daripada mulut harimau akan masuk ke mulut buaya, apabila Pakatan Rakyat menginginkan agar persempadanan semula kawasan pilihanraya berasaskan kepada "one-Vote-One-Value- System". Kepada rakyat Sabah dan Sarawak-- mungkin sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat tidak melihat kepada fenomena ini?.

Kemenangan hari ini bukan KUNCI kemenangan seterusnya: Najib

NAJIB mengakui bahawa kemenangan barisan nasional hari ini, bukanlah kunci untuk kemenangan setersunya. Tiada yang tetap, sama ada ia cepat atau lambat, barisan nasional kena berubah sesuai dengan perubahan, jika tidak maka BN akan dianggap tidak releven lagi oleh rakyat.

Barisan nasional kena melihat perubahan migrasi penduduk, standard kehidupan dan akses kepada maklumat, merupakan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian oleh BN, jika mahu terus dianggap releven.

Menurut Najib- Barisan Nasional tidak boleh lagi menganggap cara yang digunakan sebelum ini akan menjadi resipi yang sesuai untuk masa depan. Untuk itu BN mesti terbuka, menjadi pragmatik dan tidak dogmatik, MENYELESAIKAN MASALAH PERLU DIUTAMAKAN BUKANNYA MENAFIKANNYA. Hanya jika BN bertindak dengan cara ini, maka BN akan terus menjadi relevan.

Selain itu, Perdana Menteri mengingatkan semua jajaran kempimpinan BN, bahawa setiap pilihanraya- BN  akan senantiasa berdepan dengan saingan sengit, bukan berhenti pada PRU-13 sahaja yang dianggap sebagai IBU kepada semua pilihanraya di negera ini, akan tetapi PRU-PRU mendatang sebenarnya akan lebih mencabar.

Bermula pada PRU-12, BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat kerana hanya mendapat 140 kerusi daripada 222 kerusi yang tersedia; manakala pada PRU-13 yang berakhir pada 5 Mei lalu, BN mendapat 133 menyusut 7 kerusi. Keputusan ini, merupakan petanda, bahawa rakyat negara ini, sudah  ada tanda-tanda untuk melakukan perubahan. Lambat atau cepat, perubahan itu akan berlaku. 

Untuk memperatahankan kuasa BN, maka BN kena berubah sesuai dengan arus perubahan; tidak boleh  lagi memaksa modus operandi yang sama.

24 May 2013

PRU-13 Sabah: Kekalahan kawasan Majoriti KDM pembuka mata pada pemimpin Bn Sabah


Jika disemenanjung dikatakan, gagalnya BN menambah kerusi dewan rakyat, kerana "tsunami kaum cina". 

Faktor yang mendorong kepada dakwaan itu, apabila Parti Kaum Cina terbesar MCA hanya mampu menang 7 kerusi daripada 37 yang ditandingi parti itu. Bukan itu sahaja, kekalahan parti berbilang kaum Parti Gerakan yang hanya menyumbang satu kerusi kepada Bn, juga dikatakan kerana "tsunami cina".

Tanggapan "tsunami cina" yang mempengaruhi perolehan kursi Bn, bagaimanapun ditolak oleh Pemimpin Sarawak Pehin Tan Sri Taib Mahmud, walaupun SUPP komponen BN Sarawak yang bertanding 6 kerusi di kawasan majoriti kaum cina, hanya menang satu.

Di Sabah pula, walaupun terdapatnya enam kawasan Dun dimenangi calon kaum cina dan dua kawasan Parlimen, namun semua kawasan itu, sebenarnya bukanlah kawasan majoriti kaum cina, melainkan kawasan campuran.

Sebaliknya kawasan-kawasan benar-benar majoriti kaum cina telah gagal dimenangi BN, iaitu Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan, Dun Luyang, Dun Kapayan, Dun Likas dan Dun Sri Tanjong.

Tsunami kaum cina sebelumpun PRU-13 diadakan memang telah diramal berasaskan kencenderungan pengundian pada PRU-12 dan PRN Sarawak pada April 2011. Namuni yang menghairankan adalah pola pengundian kaum KDM di Sabah pada PRU-13, sungguh berlainan dengan pola pengundian tahun 2008.

Kawasan-kawasan di mana Bn kalah pada PRU-13, seperti Dun Matunggong, Dun Kedamaian, Dun Bingkor, Dun Tamparuli, Dun Inanam dan hampir kalah di Dun Kiulu, merupakan pola pengudian baharu daripada suku Kadazan-Dusun-Murut.

Pola baru kecenderungan kaum KDM itu juga telah menyebabkan dua pemimpin utama PBS-iaitu Presiden dan Timbalannya kehilangan undi popular; sehingga ada yang mengandaikan, jika tidak berlaku pecahan undi, kemungkin besar dua pemimpin itu kalah.

Kekalahan Presiden Upko di Parlimen Penampang dan kekalahan calon BN di Dun Moyog; di mana kawasan itu adalah "pusat utama" kaum KDM merupakan "alarm" atau petanda awal, bahawa sokongan kaum KDM terhadap Bn sudah mula luntur.

Keadaan ini, tidak boleh diambil mudah, kerana fakta telah membuktikan, bahawa pada PRU-12 lalu, kawasan Inanam misalnya dimenangi calon PBS kerana perpecahan undi, demikian juga Dun-dun lainnya yang kalah itu.

Perubahan pola pengundian kaum KDM sebenarnya bukan kerana mereka tidak mendapat pembelaan daripada BN, akan tetapi mereka mahu menjadi sebahagian daripada golongan yang mahukan perubahan kerajaan di negara ini. Keadaan bertolak belakang dengan kaum bumiputera islam, yang tidak terpengaruh dengan situasi yang belum pasti, kerana golongan ini belum bersedia mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Sabah, malah seluruh negara, atas sebab itu 108 kerusi parlimen yang dimenagi BN daripada 133 adalah kerusi-kerusi luar bandar.

kekalahan Bn di Dun Klias, bukan kerana faktor politik, akan tetapi lebih kepada personaliti. Kalaulah bukan Datuk Lajim Ukin janang gayoh kaum bisaya yang bertanding, sudah pasti kawasan itu dengan mudah dimenangi Bn.

Melalui trend pengudian yang berubah bagi pengundi Sabah terutama bagi kaum cina dan KDM, sehingga BN Sabah kehilangan 12 kerusi DUN dan 3 Kawasan Parlimen, namun Pengerusi BN Sabah- Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah, mengambil pendekatan lain, dalam pembentukan kabinetnya.

Jemaah Menteri Sabah tetap dianggotai oleh 4 kaum KDM, 2 kaum cina dan 5 kaum bumiputera islam termasuk Ketua Menteri Sabah. Bagi Pembantu Menteri pula- 9 Bumiputera islam, 7 KDM dan 2 kaum cina. Di peringkat Pusat pula- 3 Menteri penuh mewakili bumiputera islam, 3 KDM, sementara Timbalan Menteri 1 kaum cina dan 3 kaum bumiputera islam.

Pendekatan Datuk Musa dan Perdana Menteri melalui pembentukan jemaah menteri adalah bertujuan jangka panjang, agar supaya rakyat yang terpengaruh dengan janji-janji pembangkang akan kembali semula kepada BN, kerana terbukti, Bn, adalah parti yang tidak mempunyai rasa balas dendam, melainkan berkhidmat untuk semua rakyat tanpa melihat latar belakang agama dan bangsa.

Semoga dengan pendekatan itu, persepsi bahawa pola kecederungan kaum yang menolak BN pada PRU-13 tidak berlarutan, dan untuk itu, pada PRU-14 nanti, kecemerlangan BN akan mengulangi keputusan PRU-12 dan PRU-11; agar supaya BN Sabah akan senantiasa menjadi simpanan tetap Barisan Nasional.

Apabila rakyat Sabah dan Sarawak menyahut sebutan sebagai simpanan tetap BN, maka yang mendapat manafaat adalah penduduk kedua-dua negeri itu, apabila untuk pertama kalinya, 13 Menteri Penuh Kabinet Persekutuan di wakili oleh wakil rakyat daripada kedua-dua negeri itu. Fikir-fikirkan lah.


"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.": Datuk Salleh

APABILA  semua strategi, perancangan, kerja keras telah dilakukan, namun destinasi  belum kesampaian, maka cara untuk sampai ke destinasi itu perlu kesabaran dan jati diri.

Iktibar "Manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan" perlu disemat di dada sambil berserah dengan ketentuan-Nya.

Apabila langkah pertama sudah dilakukan yang merupakan sambungan kepada 1000 langkah seterusnya, maka langkah itu perlu terus dilakukan, meski onak-onak dan duri senantiasa menanti yang memerlukan kita merantis.

Kerjasama pasukan yang dikemudi oleh seorang ketua perlu senantiasa mengingatkan pasukannya, walaupun destinasi jelas terlihat, namun kerana ranjau-ranjau dan lurah yang dalam yang dipenuhi onak dan duri, maka kerja-kerja merantis perlu berhati-hati, agar kecederaan tidak berlaku kepada setiap anggota pasukan.

Kata orang- hilang kabus nampaklah gunung. Dalam mencapai suatu cita-cita murni, memang perlu pengorbanan, bukan sahaja tenaga, tetapi juga masa.

Destinasi akan tergapai juga, apatah lagi pada manusia yang merdeka; sedangkan Neslon Mandela menantinya selama 27 tahun dibilik tirai besi.

Bila capai status gemilang, terlupa nilai-nilai murni?


PADA tahun 2011, Beta telah berangkat melawat Uzbekistan, sebuah negara di Asia Tengah. Kota sejarah Samarkand, di Uzbekistan, menceritakan pelbagai kegemilangan di era pemerintahan Dinasti Timurid.

Samarkand terkenal sebagai pusat dan laluan perdagangan utama, The Silk Road. Samarkand adalah metropolis yang mencantumkan Timur dan Barat. Di era kegemilangannya, di samping Islam, terdapat pelbagai kumpulan etnik dan amalan pelbagai agama, Nestorian Christian, Buddhism, Zoroastrianism dan Judaism.

Asia Barat di era pemerintahan Islam berperanan sebagai pusat perkembangan pelbagai ilmu, merangkumi fizik, matematik, astronomi dan bahasa; lahirnya ilmuwan-ilmuwan terkemuka, antaranya, Al-Bukhari, Ibn Sina, Al Farabi, Al-Khwarizmi, Al-Biruni; Omar Khayyam, penyair terkemuka telah menghasilkan Ruba'iyyat, Ali Qushji terkenal sebagai ahli fizik, ahli bahasa, ahli matematik dan astronomer.

Ulugh Begh cucunda kepada Timur Lind (Tamerlane) telah menghasilkan Zij-I Sultani, katalog dan jadual astronomi yang memiliki tahap ketepatan yang tinggi, kekal dijadikan sumber rujukan sehingga ke hari ini; beliau turut mengasaskan penubuhan Universiti Samarkand. Masjid Bibi Khanum memperlihatkan daya seni bina yang hebat.

Kegemilangan tersebut berakhir apabila berlakunya konflik dalaman dalam pimpinan, mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan politik, di samping kealpaan pimpinan negara ketika itu, gagal melakukan pengubahsuaian selaras dengan perkembangan teknologi pengangkutan laut yang jauh mengatasi tahap efisien laluan darat, lalu menjejaskan kemakmuran ekonomi yang mereka pernah nikmati untuk sekian lamanya.

Istanbul kaya dengan khazanah sejarah era keagungan Empayar Ottoman. Kegemilangan Empayar Ottoman didukung antaranya oleh enam prinsip utama:

i. Agenda negara memperkembangkan Islam.

ii. Sistem Kesultanan mutlak yang dinasihati oleh barisan wazir yang jujur, amanah, kompeten lagi berilmu.

iii. Majlis Pengadilan yang sofistikated.

iv. Pelaksanaan Syariah berlandaskan al-Quran dan Hadis.

v. Sistem percukaian yang cekap, spesifik, pragmatik serta fleksibel.

vi. Garis panduan yang jelas antara peranan pemimpin dan yang dipimpin.

Di abad ketujuh belas (1699-1792), Empayar Ottoman mula berhadapan pelbagai cabaran, menjadi punca membawanya ke ambang kejatuhan. Empayar Ottoman semakin kehilangan wilayah, angkatan tenteranya bertambah lemah; berlakunya stagnasi ekonomi, sistem mata wang Turki yang disandarkan kepada Perak menghadapi ancaman, tercetusnya inflasi yang tinggi; berlaku juga stagnasi politik berpunca daripada kualiti pimpinan yang bertambah lemah kerana terlalu selesa hingga lena dalam kejayaan yang telah dicapai.

Pimpinan Empayar secara berterusan gagal melakukan pengubahsuaian, selaras dengan tuntutan realiti pemodenan, khususnya yang sedang berkembang di benua Eropah dari segi inovasi teknologi baru, reformasi politik dan kebangkitan intelek. Di sebaliknya sebarang usaha untuk melakukan pemodenan dalam Empayar Ottoman, berhadapan dengan tentangan hebat daripada para pemimpin, angkatan tentera dan rakyat yang berfikiran konservatif.

Pemerhatian di dua lokasi yang pernah mencipta sejarah kegemilangan Islam, memberikan peringatan penting, betapa sesuatu pemerintahan apabila telah mencapai status gemilang, terlupa dan teralpa kepada nilai-nilai asas lagi murni yang pernah diamalkan di peringkat awal, berperanan sebagai instrumen penting melonjakkannya berada di takhta kegemilangan.

Senario sebegini adalah antara pemerhatian yang pernah dicatatkan oleh cendekiawan dan sosiologis kurun keempat belas, Abdul Rahman Ibn Khaldun, apabila masyarakat mendapat kemewahan, perwatakan mereka sering menjadi lemah.

Dalam hasrat membina benteng daripada ditembusi oleh budaya yang boleh memusnahkan, ummah wajib kembali memperingatkan diri kepada peringatan Ilahi, melalui wahyu-wahyu yang terkandung di dalam al-Quran, demikian juga pelbagai seruan dan panduan yang terkandung dalam Sunah Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam. Sifat nasihat menasihati adalah sebahagian daripada budaya yang harus diamalkan dalam kalangan ummah, seperti yang terkandung dalam Surah Al-Ashr yang bermaksud:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".

Berpandukan falsafah di sebalik ayat tersebut, Tahir bin Husayn, Jeneral, Gabenor dan ilmuwan pada zaman Kerajaan Abbasiyah, mengutus surat kepada anaknya Abdullah sebaik sahaja Abdullah dilantik oleh Khalifah Ma'mun, ke jawatan Gabenor di Mesir, dengan peringatan berikut:

Petikan: "Pertukaran daripada rahmah ILAHI kepada kemurkaan-Nya, cepat berlaku, apabila orang diberikan kuasa, tidak mengiktiraf rahmat yang Tuhan berikan, dan apabila mereka yang berkedudukan dalam kerajaan pula, tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan, lalu menganggap diri mereka itu sebagai manusia terhebat, sedangkan ia adalah hasil daripada rahmat dan anugerah Tuhan kepada mereka."

Orang-orang tua terdahulu senantiasa mengingatkan agar yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan; bila sesat di hujung jalan - cepat kembali ke pangkal jalan, ketika melihat awan di langit - lupakan jangan rumput di bumi.

Sama-samalah kita memohon rahmat Ilahi agar kita senantiasa diberikan panduan dan petunjuk, dihindarkan daripada melakukan perkara yang tidak mendapat keredaan dari-Nya, dan dilindungkan kita daripada pengaruh bisikan jahat iblis yang senantiasa berusaha menyesatkan setiap anak Adam untuk melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Semoga Persidangan Majlis kali ke-183 mendapat petunjuk dan panduan Ilahi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130524/re_02/Bila-capai-status-gemilang-terlupa-nilai-nilai-murni#ixzz2UA1F2k7V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

23 May 2013

Catatan PRU-13 Kawasan Kota Belud

EMPAT hari selepas penamaan calon, penulis menerima berbagai pesanan ringkas, berkaitan dengan lambang calon-calon yang bertanding. Kebanyakan pesanan itu mempertikai sedikitnya lambang-lambang calon-calon Bn di kawasan kaum iranun, berbanding kawasan KDM dan kaum bajau.

Mereka ini sebenarnya menilai bahawa jumlah lambang itu menggambarkan sokongan. 

Pada masa berkempen, penulis pernah menulis, bahawa kawasan-kawasan yang menjadi keraguan pengamat-pengamat mahupun juru kempen, bukan menjadi kawasan yang bermasalah bagi calon-calon Bn, akan tetapi penulis meragui jumlah lambang dan bendera di kawasan-kawasan yang dianggap selamat, seperti yang dimaksudkan oleh juru-juru kempen itu.

Penulis juga pada 25 April selepas lima hari masuk berkempen, membuat analisis keputusan awal. Pada analisis itu, kawasan Parlimen, Dun Usukan dan Tempasuk bisa dimenangi oleh calon-calon Bn, manakala Dun Kedamaian, kemenangan akan bergantung kepada bagaimana pencapaian calon-calon SAPP dan STAR.

Analisis awal penulis, secara matematik, seperti berikut "Jika berasaskan perkiraan rambang, di Usukan misalnya, daripada 18,698 pengundi, jika 80 peratus turun mengundi atau 14,958 orang, maka calon Bn akan mendapat undi 10,470 dan perkiraan majoriti bagi calon BN Datuk Dr Salleh Tun Said diperkirakan melebihi angka 4 ribu, ini kerana undi terdekat akan diperoleh calon PKR antara 2,800-3,400.

Manakala di Tempasuk daripada 16,866, jika 80 peratus yang turun mengundi atau 13,490, maka calon Bn akan mendapat undi 8770 dan diperkirakan majoriti juga akan meningkat berbanding PRU-12 lalu. Pada PRU-12, calon BN bagi kawasan Tempasuk Datuk Musbah Jamli menang dengan majoriti 2.432 undi.

Sementara di P169 Parlimen Kota Belud, daripada 51.467 pengundi, diperkirakan peratusan yang turun mengundi adalah 79 peratus atau 40,800 orang. Daripada jumlah ini calon Bn akan mendapat 23,600 undi dan calon terdekat yang mendapat undi terbanyak adalah PKR dengan jumlah 15,800 dan selebihnya diperoleh oleh calon-calon lain. Berasaskan perkiraan awal ini, calon BN Parlimen Kota Belud akan menang dengan majoriti antara 7,000-8,000 undi dan ini merupakan satu penigkatan.

Perlu diketahui bahawa trend pengundian antara DUN dan Parlimen tidak selari disebabkan berbagai faktor.

Sementara di Kedamaian, penulis belum sempat ke kawasan itu, namun berasaskan assessment Setiausaha Bahagian PBS Daimin Sulukan daripada 15,903 pengundi keseluruhan, diperkirakan 78 peratus akan turun mengundi atau 12,404 orang dan daripada jumlah ini 5,190 akan memilih BN. Jika calon Star dan SAPP boleh memperoleh undi di atas 1,800, ada kemungkinan calon BN akan menang, jika tidak, maka Dun Kedamaian bakal mendapat Wakil Rakyat yang baru daripada PKR saudara Ukuh".

Keputusan PRU-13 sudahpun diketahui. Jumlah undi calon-calon BN tidak jauh meleset daripada analisis awal. Namun, apa yang menarik pada PRU itu, kawasan-kawasan yang dipenuhi lambang dan poster calon-calon terutama di kawasan Kedamaian, ternyata undi yang memilih BN jauh lebih rendah berbanding undi calon-calon yang menang; manakala di kawasan-kawasan yang kurang lambang terutama di kawasan iranun, semua peti undi dimenangi calon-calon BN samada calon Parlimen mahupun Dun.

Berasaskan keputusan itu, khasnya bagi kawasan Iranun, lambang atau poster calon tidak penting, apa yang memberi peranan pada masa kempen itu, adalah gerak gempur jentera Bn.

BN pada masa kempen itu, secara maksima telah mempergunakan semua ilmu, cara dan pendekatan; atas sebab itu, berbaloi jika mendapat undi yang banyak dan menang.

Jika dilihat semasa kempen pada PRU-13 lalu bagi kawasan Kota Belud, seolah-olah calon pembangkang berdepan dengan "David and Goliath"; namun bagi calon-calon pembangkang utama terutama PKR dan PAS, telah memberi saingan sengit, malah mampu menang di Dun Kedamian.

Dalam rekod, mana-mana pilihanraya umum, kawasan Parlimen Kota Belud, Dun Tempasuk apatah lagi Dun Usukan, belum pernah jatuh ke tangan pembangkang, termasuklah tsunami KDM tahun 1985. Kawasan Dun hanya jatuh ke tangan PBS pada PRU-Sabah tahun 1986, selepas PRU-1985; manakala kawasan Dun Usukan, belum pernah dimenangi oleh mana-mana parti selain Usno kini Umno.

Melihat kepada keputusan PRU-13, bagi kawasan Kota Belud, nampaknya kawasan-kawasan yang dimenangi BN akan terus dimenangi, kecuali berlaku tsunami di kawasan-kawasan lain sehingga menyebabkan pertukaran kerajaan, namun boleh dijamin kawasan-kawasan seperti Parlimen Kota Belud, Dun Usukan dan Tempasuk masih dimenangi calon-calon Bn sehingga pada PRU berikutnya.

Kawasan Kota Belud terutama kawasan Usukan dan Tempasuk, pengundinya sungguh unik, kerana pengundi masih sangat terikat dengan roh parti Usno yang kini diterjemahkan melalui Umno. Kalau bukan kerana roh usno itu, maka besar kemungkinan kawasan-kawasan itu boleh dimenangi parti-parti lain. Berlainan dengan dun Kedamaian yang dikuasai PBS melalui roh Tan Sri Pairin Kitingan, namun pada PRU-13 lalu, kegagalan calon membawa Pairin berkempen di kawasan itu, menyebabkan BN kalah.

Kini, selepas PRU-13; para wakil rakyatpun telah diketahui, malah ada yang dilantik sebagai Menteri Penuh diperingkat Persekutuan dan Pembantu Menteri di peringkat negeri; dan seorang lagi masih berjawatan Speaker Dewan undangan negeri. Pendek kata, semua wakil rakyat Kota Belud mempunyai jawatan.

Sebenarnya, harapan kerajaan Bn memberikan jawatan-jawatan kepada wakil-wakil rakyat Kota Belud adalah bertujuan agar supaya seluruh perancangan bagi membina perekonomian kawasan itu demi faedah rakyat boleh berjalan dengan lancar sesuai dengan tempoh masa perancangan.

Kota Belud akan menjadi Jelapang Padi negara menjelang tahun 2018, selain itu dalam masa dua tahun daripada sekarang, kawasan itu akan menjadi Pusat Sokongan industri Minyak dan Gas bagi negeri Sabah.

Projek-projek mega akan menyusul kemudian, terutama projek-projek yang membabitkan Perumahan Rakyat. Datuk Rahman sebagai Menteri Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telahpun memasukan agenda tersebut sebagai keutamaannya dalam penggal ini.

Apa yang menjadi perhatian para wakil rakyat Kota belud adalah ketimpangan infrastruktur antara kawasan. Di lihat dariapada segi kadar pembangunan infrastrukur, nampaknya, kawasan Tempasuk mendahuli kawasan-kawasan lain. 

Harapan rakyat terutama kawasan Usukan, adalah apabila Datuk Dr Salleh Tun Said menjadi wakil rakyat semula kawasan itu. Di harapkan dalam tempoh lima tahun, infrastruktur terutama jalan-jalan yang masih belum bertar agar dinaik taraf; selain mengadakan program-program ekonomi yang boleh menjadi katalis untuk meningkatkan pendapatan.

22 May 2013

Datuk Salleh lakukan pendekatan baru dalam politik

Datuk Salleh semasa PRU-13
MESKIPUN ada kalangan rakyat negeri ini tertanya-tanya mengapa Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said yang menyertai semula pilihanraya selepas sepanggal berehat, tidak dilantik dalam kabinet negeri.

Pertanyaan seumpama itu, memang timbul kerana amalan kebiasaannya, bahawa sesiapa sahaja menjadi Timbalan Pengerusi perhubungan Umno lajimnya akan menyertai kabinet samada di peringkat Pusat mahupun negeri.

Namun kedudukan Datuk Salleh cukup unik, kerana sebelum beliau bertanding dalam pilihanraya, beliau adalah Speaker Dewan undangan negeri. Dalam sejarah politik Sabah, memang bukan diluar kebiasaan jawatan Speaker juga merangkap sebagai ADUN. Keadaan serupa pernah berlaku di zaman kerajaan Berjaya, apabila ADUN Lahad Datu ketika itu- Tan Sri Sunoh Marso, juga berperanaan sebagai Speaker Dewan Undangan negeri.

Pengamat politik melihat tidaknya Datuk Salleh menyertai kabinet merupakan satu strategi politik yang cuba dilakukannya, sudah tentu strategi itu merupakan kesepakatan antara Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2003.

Betul juga, jangkaan  selepas lebih seminggu kabinet negeri dibentuk dan telahpun mengangkat sumpah; Datuk Salleh mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya, semua peruntukan darpada Persekutuan untuk negeri ini, perlu disalurkan kepada Kerajaan negeri; kerana menurut beliau, kerajaan negeri lebih arif berkaitan keperluan negeri daripada semua segi. Selain itu katanya, agar tidak berlaku projek bertindih seperti mana yang berlaku pada masa lalu.

Seruan atau gesaan Datuk salleh itu, sebenarnya sangat tepat masanya, kerana pembangunan yang melibatkan  contohnya sekolah-sekolah atau lab-lab komputer sekolah, atau klinik-klinik kesihatan, perumahan-perumahan mampu milik dan sebagainya di mana sebelum ini dikendalikan sepenuhnya  diperingkat pusat  banyak menimbulkan projek-projek terbengkalai; sehingga merugikan pengguna terutama rakyat Sabah.

Datuk Salleh melihat secara keseluruhan keperluan negeri; sehingga apabila beliau membuat gesaan maka tidak menimbulkan prasangka, kerana beliau bukan secara langsung terlibat. Berlainan, jika kabinet negeri atau Ketua menteri misalnya yang melakukan gesaan, sudah tentunya ada yang bersuara di belakang, dan menuduh ada kepentingan.

Pendekatan politik alah baru yang dilakukan Datuk Salleh, merupakan pendekatan yang sesuai dilakukan pada masa ini, agar supaya, amalan sentralisasi yang sedang berjalan secara perlahan-lahan berubah kepada amalan desentralisasi.

Kebaikan kepada perubahan itu, selain para pegawai kerajaan di negeri ini menambah ilmu, mereka juga terdedah kepada pelaksanaan projek-projek besar, serta pemantuan yang lebih efektif, kerana mereka berada dekat dengan lokasi, berbanding jika para pegawai itu berada di sebarang laut.

Pengetahuan lokasi dan keadaan kawasan yang dibangun, sudah tentunya advantage kepada para pegawai tempatan, kerana secara insitu mereka lebih mahir berbanding dengan rakan-rakan sejawat mereka yang beribu pejabat di Putrajaya.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan para wakil rakyat negeri ini akan lebih efektif, kerana selain mudah berhubungan dengan para pegawai yang terlibat, juga akan menjimatkan masa, kerana mereka berada pada jarak yang berdekatan.

Seharusnya, pendekatan ini patut disegerakan.

21 May 2013

PRU-13: Siapa kata Umno/BN tidak popular? Sila BACA

BARISAN Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.

Dari segi undi popular, daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

Bagaimanapun, DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR.

Berdasarkan analisis keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus.

Manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus. Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan memperolehi 64,192 undi bersamaan 55.55 peratus.

Umno juga mendominasi Perak apabila memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti lain. Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.

DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.

Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus.

Umno yang bertanding di lima kerusi di Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.

Agak mengejutkan apabila analisis mendapati Umno mendominasi peratusan undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.

Pas memperoleh 41.1 peratus dengan 332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.

Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan 51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang ditandingi.

Pas pula memperoleh 42.5 peratus dengan jumlah undi 233,893, manakala PKR tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu.

Umno turut merekodkan pencapaian tertinggi mendahului parti lain dengan 55.5 peratus atau 337,896 undi, berdasarkan kemenangan 10 kerusi yang ditandingi di Pahang.

Ini diikuti PKR yang mencatat 17.7 peratus dan memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandingi, sementara Pas merekodkan peratusan 17.2 peratus (104,743 undi).

DAP di Pahang tidak mendapat sambutan, di mana parti itu hanya memenangi satu daripada tiga kerusi Parlimen yang ditandingi dengan jumlah undi dipungut sebanyak 59,027 undi.

Di Selangor, PKR mendominasi kerusi Parlimen apabila memenangi sembilan daripada 11 kerusi ditandingi dengan jumlah 550,950 undi. Namun, pengaruh Umno tetap tidak boleh dinafikan kerana parti itu berjaya memporehi 335,406 undi berbanding Pas (270,506) dan DAP (253,302).

Di Wilayah Persekutuan, DAP memperlihatkan penguasaan apabila memenangi kesemua lima kerusi Parlimen ditandinginya dengan 229,337 undi. Pengaruh PR di Wilayah Persekutuan juga dibuktikan dengan jumlah undi dimenangi PKR iaitu 154,457 undi mengatasi Umno (127,771 undi) walaupun kedua-dua parti menang empat kerusi.

Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pengaruh Umno ternyata masih belum boleh digugat. Jumlah kerusi dan undi yang dimenangi parti ini tetap mendahului PR dengan peratusan melebihi 40 peratus di setiap negeri.

Sabah terus kekal menjadi negeri simpanan tetap Umno berdasarkan analisis mendapati parti itu mendominasi keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus, manakala PKR hanya menang satu kerusi dengan jumlah 22,598 undi dengan peratusan 7.2 peratus manakala DAP hanya mendapat 14,226 undi atau 4.5 peratus.

Umno tidak ada di Sarawak tetapi neheri itu kekal sebagai kubu kuat BN.

Analisis juga mendapati jumlah undian rakyat di Sarawak terhadap DAP ialah 139,480 undi, manakala PKR memperoleh 26,909 undian hasil kemenangan satu kerusi.

Secara keseluruhan, Umno dan BN masih lagi kekal sebagai popular hampir di kesemua negeri, kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ini diikuti oleh DAP yang masih kekal mendominasi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, manakala dominasi PKR kekal di Selangor.

Umno kekal mendominasi di peringkat Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.

Manakala DAP pula mendapat 1,386,404 dari 51 kerusi Parlimen yang ditandingi, jumlah ini membuktikan bahawa DAP adalah parti yang masih popular dan menjadi pilihan kepada pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan bandar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels