12 October 2009

Nizar-Anwar: Najib dapat Tiuapan Isa Samad: Kamu Bagaimana??

Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan BN pada pilihan raya kecil kerusi DUN Bagan Pinang semalam telah meniupkan semangat baru kepada anggota parti-parti komponennya.

Beliau berharap kemenangan itu akan mendorong anggota parti di semua peringkat untuk berusaha mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

Kejayaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi itu juga menunjukkan bahawa rakyat lebih yakin dan percaya kepada BN, kata perdana menteri kepada pemberita selepas mengadakan
pertemuan dengan pemimpin BN Pulau Pinang hari ini.

Najib berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan BN itu antaranya dasar kerajaan serta kekuatan bahagian dan juga calon itu sendiri.

"Nampaknya mereka (rakyat) lebih yakin dan percaya dengan BN dan ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor yang kita dapat buat penilaian sama ada faktor dasar kerajaan dan perubahan yang dibuat di peringkat nasional, kedudukan di peringkat bahagian atau calon itu sendiri, atau kombinasi ketiga-tiga faktor tersebut," katanya.

Najib, yang juga pengerusi BN, mahu supaya parti itu menjalankan kajian terperinci terhadap sebarang faktor kekalahan atau kemenangan parti itu pada sesebuah pilihan raya supaya ia boleh dijadikan panduan atau iktibar pada masa akan datang.

"Saya ingin supaya kita buat kajian mendalam supaya dalam kita kalah atau menang besar, kita mesti kenal pasti sebab dan faktor yang menyumbang kepada kejayaan kita atau sebaliknya dan kita jadikan peristiwa itu sebagai iktibar kepada kita.

"Kalau kita menang besar, kita mesti pertahankan kemenangan itu, dan kalau kita kalah, kita mesti menebus kekalahan itu," katanya.

Beliau menolak dakwaan kononnya kemenangan calon BN itu menunjukkan bahawa BN mengiktiraf amalan rasuah di kalangan anggota parti.

Katanya beliau telahpun menjelaskan sebelum ini bahawa Mohd Isa telah menerima hukumannya dan kesalahan yang dilakukannya itu bukan kesalahan jenayah tetapi melanggar etika parti.

Kunjungan Najib ke Pulau Pinang hari ini adalah yang pertama selepas beliau menjadi perdana menteri.

Selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin BN di sini, kehadirannya di sini adalah untuk menerima darjah kebesaran Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. BERNAMA

Nizar-Pas-Hadi: Cengkaman PAS dah Longgar: Bagaimana Kalau Hidupkan Unity Government!!

DS Najib telah yakin dengan keikhlasan PAS, sementara itu Ustaz Nasa telah menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan seterusnya akan memaklumkan kepada presidennya. Nah! sekarang hanya menunggu tindak balas dan keputusan TGNA. (cerita lama)

Dato Seri Hadi Awang pada masa ini berada di luar negara untuk satu misi, yakni bertemu dengan para pemimpin islam yang mempuyai hubungan rapat dengan TGNA. Tujuannya agar supaya para pemimpin islam dapat memberi pandangan sebagai third party dalam usaha memujuk TGNA menerima kerajaan perpaduan. (cerita lama)

Ustaz Nasa terhidu bahawa kes DSAI yang akan mula dibicarakan November depan akan mendapati bahawa DSAI didapati bersalah terhadap kes yang dituduh kepadanya. Hakikat kepada keputusan tersebut, maka gabungan pakatan akan terumbang ambing, justru dengan keadaan ini, PAS tidak mahu bersengkokol atau terlibat dengan pakatan yang mempunyai pemimpin yang moralnya bercanggah dengan nilai-nilai islam.

Selain itu,hakikat yang ada adalah kekosongan parti melayu yang berada dalam BN. Kaum cina di wakili oleh MCA dan Gerakan, sementara india oleh MIC dan PPP, sementara melayu hanya oleh UMNO. Penggabungan PAS dalam BN, bukan mengorbankan apa-apa, akan tetapi hanya mengisi kekosongan yang ada, agar supaya kekuatan kaum seimbang dalam BN.

Cetusan idea Dato Seri Hadi Awang dan Ustaz Nasa untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan (cerita lama) dengan UMNO merupakan idea yang perlu diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak. Cetusan idea ini bukan hanya meredakan suasana politik tanah air, akan tetapi akan menjadi landasan yang kuat untuk menyatupadukan rakyat di semua lapisan dalam usaha menjadikan negara sebagai negara maju pada tahun 2020.

Keseimbangan pembangunan kaum berlandaskan kepada gagasan 1Malaysia akan mudah terwujud jika PAS-UMNO dan parti kaum lain dalam BN berganding bahu dan bergerak bersama ke suatu arah yang sama.

PAS-UMNO akan komplemen antara satu sama lain, membuang yang keruh dan hanya memilih yang jernih, menghasilkan pimpinan yang berpaksi kepada perintah Allah dalam kanca membangun bangsa, negara dan agama.

Hadiah kepada bangsa, agama dan negara dalam meneruskan pembangunan ummah di tanah air ini, adalah pengorbanan parti PAS-UMNO untuk berkerjasama. Sanjungan yang luar biasa tinggi perlu diberikan kepada gandingan Najib-Muhiyidin, TGNA-Hadi-Nasa. Pada merekalah terserah bagaimana mencorakan politik, kemajuan dan arah tuju negara ini.

Nizar-Anwar: Najib-Isa: Rakyat Mahu INI

Bersilat kata-kata Kempen pilihan raya sepatutnya berjalan dengan matang, terbuka dan penuh persefahaman. Boleh saja bersilat kata-kata, berperang mulut, bertikam lidah hatta mendedahkan kelemahan calon dan parti saingan, namun tidaklah sampai bergolok-berparang, tumbuk-menumbuk.

Siapa pun yang menang atau kalah, ia adat biasa dalam pertandingan. Ia bukan bererti petanda kiamat yang menutup peluang untuk menawarkan diri berkhidmat buat rakyat.

Sejarah pendek pilihan raya kecil di negara ini menunjukkan tidak semestinya keputusan sama akan berulang dalam pilihan raya umum yang jauh lebih penting. Mungkin banyak hikmahnya buat Pakatan Rakyat jika calon PAS belum ditakdirkan menang di Bagan Pinang selepas gabungan tidak rasmi tiga parti itu mencatat rekod kemenangan 7-0 melalui siri pilihan raya kecil di Semenanjung yang diadakan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Ya, tidak elok juga jika "asyik menang dan tidak kalah-kalah" sehingga menyelinap rasa ego-sombong buat Pakatan, atau menyuntik rasa cemas keterlaluan buat Umno-BN sehingga mencetuskan aksi di luar dugaan yang tidak menguntungkan sesiapa.

Bagi saya, Pakatan perlu "masa bertenang" untuk mempertingkat keupayaan setiap parti untuk menyerap segala masalah berbangkit sekaligus mempamerkan solidariti yang "tidak dibuat-buat" agar keyakinan rakyat dapat ditambat seutuhnya.

Umum mengetahui bahawa BN pada suatu ketika tidak mampu lagi menarik kepercayaan rakyat, namun sokongan tidak semestinya automatik berpaut kepada Pakatan.

Disebab kemenangan yang berterusan melalui 7 PRK Nizar-Anwar-Hadi Awang mersa ego, sehinggakan dengan angkuh boleh meneruskan kemenangan pada setiap pilihanraya. Keangkuhan ini lah yang membawa padah pada pasukan Nizar-Anwar-Hadi.

Nizar-Anwar-Hadi mengambil pendekatan PERKASA dengan bertindkan agresif ala MILITAN. Menakut-nakutkan rakyat, menghina penjawat awam, terutama POLIS dan SPR.

Para penyokong Nizar-Anwar-Hadi dengan mudah menuduh sesiapa sahaja bukan segolongan dengan mereka RASUAH. Tapi mereka LUPA bahawa kerajaan SElangor mempunyai exco-exco perasuah.

Teoh Beng Hock Mati bunuh diri kerana isu TUNTUTAN Palsu, rasuah dan membolot wang rakyat dengan cara menipu.

Rakyat menyokong ketiga-tiga parti alternatif itu dalam pilihan raya umum lalu bukan sangat disebabkan mereka tertarik dengan polisi atau dasar baru tetapi lebih berpunca daripada "rasa meluat yang amat sangat" terhadap gelagat negatif dan kerakusan pemimpin BN yang berkuasa sejak 50 tahun lalu.

Sokongan itu bersyarat ketat dan sentiasa diperbaharui 'kontraknya'. Jika penyakit 'orang atau parti berkuasa' yang melemaskan Umno-BN turut menimpa Pakatan, tidak mustahil tempoh memerintah beberapa negeri itu hanya sekadar satu penggal.

Rakyat semakin bijak menilai-menghakimi prestasi pemerintah Pakatan dan juga Barisan) dan kesetiaan mereka kepada mana-mana parti kian longgar.

Inisiatif berterusan Dalam pada itu, Pakatan harus meningkatkan inisiatif berterusan dan bersifat sistematik agar proses pilihan raya di negara ini lebih telus, bebas dan adil.

Usah menunggu pilihan raya kecil untuk menuntut usaha reformasi menyeluruh terhadap sistem yang sememangnya berat sebelah.

Pemansuhan undi pos, akses berkempen dalam media dan tanda cat pada jari bagi mengelak undian berganda misalnya, memerlukan penggemblengan tenaga secara konsisten mendesak SPR agar tidak berdolak-dalih lagi menyediakan "padang permainan yang sama rata".

Tempoh dua tahun terakhir menjelang pilihan raya umum ke-13 memang cukup kritikal untuk Pakatan dan juga BN. Sama ada ia bakal menemukan kita dengan rantaian pilihan raya kecil lagi bukan isu besar, namun yang penting, segenap peluang dan potensi mesti dimanfaatkan untuk menghadapi cabaran dan gugatan yang lebih sengit dan sofistikated.

Usah biarkan keputusan di Bagan Pinang melalaikan kita daripada membuat persiapan dan penambahbaikan yang lebih real.

Semasa kita berdiri gagah di kawasan bandar dan semi-urban, jangan lupa memugar kekuatan di wilayah pendalaman.

Ketika yakin anak muda tetap bersama kita, jangan memandang rendah golongan ini boleh berubah citarasa jika kita kerap alpa menyantuni mereka. Sewaktu hebat berdegar-degar berbicara soal globalisasi dan liberalisasi ekonomi dunia, jangan abaikan derita petani, nelayan dan buruh kasar. Di kala petah berhujah soal isu-isu besar korupsi dan nepotisme, jangan pandang enteng masalah tuntutan kebajikan memenuhi kehidupan seharian.

11 October 2009

Najib: Ong Tee Kiat Perlu Letak Jawatan Sesuai EGM MCA

Datuk Seri Najib Razak mahu MCA menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu dahulu sebelum soal kedudukan presiden MCA yang juga menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam kabinet ditangani.

Perdana menteri, yang juga pengerusi BN, berkata apa yang penting kini ialah MCA mencari penyelesaian tuntas supaya perkara itu tidak berulang lagi.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan MCA untuk membuat keputusan dengan segera, membaik pulih MCA serta mengembalikan keyakinan anggota-anggotanya dan masyarakat umum terhadap MCA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku dwibahasa hasil nukilannya berjudul Menakhoda Zaman dan Helming the Times di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya percaya mereka telah mengambil iktibar daripada keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) semalam," katanya.

Najib berkata BN menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan MCA dan percaya jika kepentingan BN dan MCA diutamakan, parti itu boleh kembali kuat dan stabil serta menjadi rakan yang penting dalam BN.

"Jadi apa-apa keputusan yang bakal dibuat oleh jawatankuasa kerja pusat MCA nanti, semestinya berlandaskan kepada keputusan yang telah dicapai di EGM MCA," katanya.

Jawatankuasa itu akan bermesyuarat Khamis depan untuk menentukan langkah seterusnya selepas usul tidak percaya diluluskan terhadap kepimpinan Ong, manakala bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dikembalikan kepada jawatan itu semalam.

Ditanya kesan terhadap BN jika Ong tidak mahu melepaskan kepimpinan parti itu, Najib berkata:

"Kenapa anda mahu membuat andaian yang beliau tidak akan melepaskan jawatan? Selesaikan satu-satu dahulu."

Najib berkata kepimpinan MCA perlu mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai dan berkesan serta mampu meraih sokongan masyarakat kaum Cina untuk menyokong BN.

Buku Menakhoda Zaman dan Helming the Times itu mengandungi 11 bab yang ditulis semula oleh Najib berdasarkan lima ucapan beliau semasa bertanggungjawab sebagai timbalan presiden Umno dari 2004 hingga 2009.

Menerusi buku itu, beliau memetik semula bahan tertentu dalam ucapan berkenaan yang dilihat sebagai sangat relevan untuk dinilai masyarakat Malaysia dan memahami perspektif yang tersurat dan tersirat di sebaliknya demi memakmurkan semula fenomena politik negara.

Buku ini menzahirkan idea Najib yang menulis secara jujur dan telus perihal pelbagai kelemahan Umno, parti terbesar negara yang kini dilihat sebagai di peringkat agak kritikal.

Menerusi buku itu juga, beliau menyuarakan betapa pada tahap sebegini Umno sebagai tulang belakang pemerintahan negara tidak seharusnya hilang perspektif kekuasaan serta pengaruhnya.

Anggota Umno perlu berfikiran jelas dan ikhlas menghadapi kenyataan sosial dan politik semasa dan harus yakin menghadapi pelbagai kemungkinan sekiranya Umno hendak terus mempertahankan kekuasaannya.

Buku setebal 152 muka surat itu dijual di semua cawangan MPH serta kedai buku utama seluruh negara pada harga RM42 di Semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Ong berkata beliau akan mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan kepentingan parti, sambil menambah beliau memikul sepenuh tanggungjawab terhadap keputusan EGM MCA semalam.

"Saya memikul sepenuh tanggungjawab terhadap keputusan EGM dan akan mengambil langkah seterusnya dengan mengutamakan kepentingan parti selepas berunding dengan rakan setugas dan para penyokong serta perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti yang berikutnya," kata Ong menerusi laman blog beliau.

Beliau berkata jawatankuasa kerja pusat akan membincangkan hala tuju parti dan keputusan EGM.

"Keputusan itu telah menghantar mesej tertentu yang saya lihat kini diberikan tafsiran dalam akhbar oleh pelbagai pihak dengan banyak cara," katanya.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Akhbar beliau, Lim Xiu Bin berkata Ong mengambil cuti empat hari sehingga Rabu. BERNAMA

Nizar-Pas GAGAL Turunkan Peratusan Pengundian

Nizar-Anwar gagal menurunkan peratusan pengundian bagi PRK Bagan Pinang. Dari awal-awal lagi Nizar-Anwar mahukan peratusan lebih rendah agar supaya matalamat Umno tidak tercapai.

Pada pukul 4 petang peratusan pengundian telah mencapai 6,031 atau 67% darpada jumlah 9,093 pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini. Semalam 4,751 undi pos telah melaksanakan tanggungjawab mereka selama 3 hari.

Matalamat awal Umno agar jumlah yang turun mengundi tercapai manakala Pas kandas.

Cara kempen Pas-Nizar-Anwar yang berunsur kekerasan ternyata tidak mempengaruhi para penggundi Bagan pinang untuk turun mengundi.

Proses pengundian telah pun melabuhkan tirainya, hanya menunggu keputusannya malam ini, apa kah Pas menerusi Zulkefly Mohammad Omar atau Isa Samad daripada Umno.

PRK Bagan Pinang ada yang mendakwa sebagai cerminan PRU-13 bagi kedua belah pihak, Umno dan Nizar-Anwar-Lim Guan Eng.

Sesiapa yang menang PRK Bagan Pinang, kemungkinan trend PRU-13 ada lah sama. Atas sebab itu lah awal-awal lagi Nizar-Pas Anwar melalui Sallahuddin Ayob mencorakkan kempennya kepada kempen agresif, yakni ala MILITAN.

Nizar-Pas-Anwar DAPAT Sokongan KU LI

Ku Li yang juga MP Gua Musang Kelantan yang juga mantan menteri kewangan Malaysia yang mengakibatkan ada isu BMF dan pegawai BMF mati di Hongkong kali ini mahu Isa Samad Kalah.

Alasan KU LI kalau Isa Samad menang, maka UMNO endorse politik wang.

Ku Li ini memang suka lawan arus, tak suka ikut kebanyakan. Ku Li mahu berjuang sendiri-sendiri. Tanding jawatan presdien pun hanya sendiri, tak mahu sokongan orang lain, kerana itu hingga kini KU Li tak pernah jadi presiden UMNO kecuali defunct Semangat 46.

Ku li ikut-ikut pendapat pribadi Tun Mahathir, walaupun Tun Mahathir kata, pendapat pribadi tak penting, yang penting suara ramai, yakni suara parti.

Ku Li mungkin dapat signal Nizar-Anwar untuk buat kenyataan demikian, mana lah tahu saat-saat akhir ada pengaruh kat Bagan Pinang.

Di khabarkan sehingga jam ini peratus yang keluar mengundi hampir 63%, target spr 80%. Usaha keganasan Pas agar pengundi tidak turun mengundi tidak berjaya, walaupun pada awalnya peratusan pengundian agak perlahan.

Pas mahu peratusan pengundian rendah agar jumlah majoriti BN pada PRU-12 yang berjumlah 2,333 yang diperoleh Azman Mohd Noor mengalahkan calon Pas Ramli Yusof tidak terlampaui.

Alasan Pas adalah jika majoriti Umno lebih dari itu, maka ada membawa konotasi negatif kepada memontem yang mereka bina melalui 8 PRK Kecil di kawasan mereka.

Nizar-Anwar-Hadi berusaha memujuk penyokong mereka agar terus berkelakuan ganas agar suasana tidak tenteram di tempat pengundian. Jika ini berterusan, maka pengundi akan merasa takut dan tidak turun mengundi.

Nizar-Pas-Anwar Mendakwa Kaum India Undi Pas Sama Seperti PRU-12

Nizar-Anwar cukup yakin undi kaum india pasti undi Pas. Mereka terlalu marah pada Samy Vellu. Usaha Najib memberirestu kepada Makkal Sakti tidak dapat mengobati sakit hati kaum India kepada Samy Vellu.

Dalam perkembengan lain Timbalan presiden MIC mengatakan bahawa tidak adil untuk menyalahkan MIC terhadap persembahan buruk BN pada pilihan raya umum 2008 memandangkan parti kaum India terbesar negara itu hanyalah 'minoriti' dalam BN, yang pasti tidak dapat membawa kejatuhan gabungan parti yang kukuh satu ketika itu,.

"Berhubung tuduhan MIC mengecewakan kaum India dan itu sebabnya BN hilang banyak kerusi pada pilihan raya lepas, ingin saya katakan di sini bahawa kami adalah minoriti, dan bagaimana kami boleh membawa kejatuhan kerajaan BN yang kukuh di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor?

"Adakah kami juga bertanggungjawab terhadap kemenangan PAS berulang kali di Kelantan?" katanya menerusi blognya hari ini.

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata pilihan raya lepas menyaksikan munculnya rasa marah yang melewati batas pelbagai kaum terhadap BN, jadi adalah tidak adil untuk menjadikan MIC sebagai 'kambing hitam'.

Katanya berdasarkan penyertaan beliau dalam kempen-kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, beliau pasti Umno tahu siapa yang benar-benar turun padang dan bekerja keras sehingga ke peringkat akar umbi.

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh MIC di estet Sua Betong (di Bagan Pinang) dan siapa yang benar-benar miliki 'sakti' ini," katanya.

Merujuk kepada parti Makkal Sakti Malaysia yang dilancarkan semalam Palanivel berkata, MIC bukan sebuah 'parti yang baru dilahirkan seperti Makkal Sakthi', dan ia sebuah parti yang berusia 63 tahun yang dilahirkan di sebuah kuil Hindu.

Beliau berkata MIC dibangunkan daripada api yang membara, yang masih membahang di dada setiap anggotanya, dilahirkan dari semangat nasionalism, dan merupakan sebuah parti yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan negara.

"Kaum India mempunyai hubungan emosi dengan MIC. Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkata 'jika terdapat hanya seorang sahaja yang menjadi anggota MIC sekalipun, saya tetap akan berbincang hanya dengan MIC', malangnya kini kita tidak lagi berada dalam era pemimpin seperti Tunku.

"Pada pilihan raya lepas penyokong Makkal Sakti dilihat membawa bendera PAS, dilihat membalut diri dengan bendera PAS, dan anggota PAS pula menyeru nama Makkal Sakti bagai satu mantera.

"Sekarang nampaknya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyokongnya. Mereka mula menyeru mantera ini pula. Dalam soal ini adakah Barisan Nasional sedang berurusan dengan fenomena Makkal Sakti yang asli? Atau adakah mereka sedang berurusan dengan sebuah pertubuhan pengganti?" katanya. BERNAMA

Nizar-Pas-Anwar: Najib-Umno; Bagan Pinang Jadi Rebutan! Kenapa

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Isa Samad atau Zulkefly Mohd. Omar (Pas), siapakah yang akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan? Penentuan mengenainya akan diketahui malam ini.

Berdasarkan banyak maklum balas dan melalui pengamatan beberapa hari kempen pilihan raya kecil itu, tidak sukar meramalkan keputusannya. Di atas kertas mantan Menteri Besar itu dijangka menang.

Ternyata sambutan para pengundi semua kaum terhadap Isa jauh lebih baik di sebalik tekanan, provokasi dan pelbagai manipulasi pembangkang. Pembawaan beliau yang sentiasa merendah diri, ceria dan tidak melatah dalam menghadapi serangan pembangkang, mencerahkan lagi peluang.

Selain itu, populariti beliau di kalangan penduduk Port Dickson dan faktor jentera BN pimpinan Muhyiddin Yassin yang bekerja keras dan lebih teratur, dijangka memberi kelebihan.

Persoalannya bertambahkah majoriti undi BN? Ramai percaya peluang BN cukup cerah lebih-lebih lagi jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi. Tetapi kemungkinan majoriti undi BN merosot juga tidak boleh ditolak seandainya manipulasi pembangkang pada saat-saat akhir akan memberi impak kepada pengundi.

Dengan menyedari BN mempunyai kelebihan, strategi pembangkang ialah mengurangkan peratusan keluar mengundi terutama di kawasan ramai penyokong BN. Maka tidak hairanlah jika beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai taktik dan muslihat dilakukan bagi mewujudkan suasana tegang yang akhirnya menakutkan pengundi untuk keluar mengundi.

Berjayakah strategi itu? Pengundi Bagan Pinang tidak mudah terperangkap muslihat sedemikian. Keputusan pilihan raya adalah suatu hal tetapi tingkah laku parti yang bertanding, juga suatu hal yang perlu dinilai.

Sampai bila masyarakat terpaksa dihadapkan dengan insiden keganasan ketika penamaan calon dan memaki hamun serta pelbagai fitnah semasa kempen, yang mencerminkan kerendahan budaya politik. Hanya kerana mahu menang, pemimpin bukan Islam PKR sewenang-wenangnya mempergunakan ayat al-Quran. Kerana mahu menang juga, pemimpin parti berlabel Islam merelakan diri hadir majlis ceramah yang dihidangkan arak untuk hadirin bukan Islam. Lebih dahsyat, disebabkan ghairah mahu menang, Pas sanggup melancarkan jihad bertujuan memprovokasi penyokongnya supaya bertindak agresif.

Setakat ini tiada satu pun janjinya sejak pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil lalu, ditunaikan.

Senaraikan semua janji yang dibuat termasuk di negeri yang pembangkang menang dan kira berapa yang dilaksanakan, jawapannya pasti mengejutkan.

Banyak lagi petunjuk budaya politik yang membimbangkan dan kesemua itu mesti dihentikan. Para pengundi di Bagan Pinang mempunyai peluang terbaik untuk berbuat demikian dalam mencorakkan semula budaya politik yang lebih sihat dan selamat untuk masa depan rakyat.

Kemenangan sebenar ialah apabila kita memperlihatkan keyakinan menolak ekstremisme.

Nizar-Pas: Tinjauan Rambang MOOD Rakyat Sokong Isa Samad

Setakat pukul 11 pagi hampir 4 ribu pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Tinjauan di 8 tempat mengundi, mood para pengundi memang berpihak kepada Isa Samad.

Jika diasaskan kepada sambutan pengundi kepada pondok Umno, memang PRK Bagan Pinang Sah sebagai KUBU Kuat BN.

Nizar-Anwar tidak boleh berbuat banyak, walaupun tindakan militan hijau mereka melahirkan huru hara dengan keganasan.

Tindakan para pemimpin Pas terutama Sallahuddin Ayub agar penyokong Pas mencetuskan keadaan tidak tenteram, target peratusan pengundian 80% akan terlampaui.

Rupanya para pengundi Bagan Pinang tidak terpengaruh dengan ancaman keganasan para penyokong Pas, mereka tetap datang mengundi walaupun hujan turun sekali sekala.

Hujan di awal pagi seolah-olah rahmat bagi Isa Samad, kerana hujan tidak menghalang MOOD rakyat memilih beliau.

Nizar-Anwar KAMU BARU TAHU Siapa Isa Samad

Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata Isa, yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana ini BN tewas dalam tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan majoriti malah perlu dipertingkatkan majoriti agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

Kempimpinan Mohammad Hassan dikatakan tidak begitu disukai di Negeri adat pepatih tersebut. Selepas PRU-12 dikhabarkan ramai ADUN BN terutama Umno tidak berpuashati, malah ada yang mungkin melompat parti. Namun dengan adanya PRK di Bagan Pinang ini, sekiranya Isa Bertanding, maka kemungkinan besar beliau akan menerajui semula Negeri Sembilan.

Kempimpinan Mohd Isa sangat dicari-cari terutama dalam masa yang genting bagi Umno sekarang ini. Mohammad Hassan kena faham, bahawa kempimpannya tidak menyerlah di Negeri Sembilan. Sekiranya Mohammad Hassan dibiarkan mengurus Negeri, dikuhatirkan melalui PRU-13 Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan. Hanya Isa Samad dapat menyatukan semula para penyokong BN di Negeri Sembilan.

Nizar-Pas-Anwar Kenapa Kamu Bagi Wang PALSU

Peti-peti surat di flat-flat dan rumah-rumah penuh surat berisi wang palsu. Konon dikirim oleh Umno kerana terulis dalam Nota.. undilah BN.

Nizar.. sekarang ini bukan zaman batu.. orang tak tahu mana wang palsu mana tipu menipu.

Kerja sia-sia Nizar.. penat je berkempen, berceramah.. orang Bagan Pinang tak ikut cakap mu!!!

Nizar-Anwar Orang Menang Tak Belasah Orang

PORT DICKSON: Pas mendakwa lebih 10 petugas parti itu diserang sekumpulan lelaki parti lain menyebabkan seorang cedera parah di muka dan belakang badan selepas dilibas pedang samurai berhampiran balai Polis Teluk Kemang, awal pagi tadi.

Pengarah Induk Pas bagi Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, berkata kejadian jam 3 pagi itu bermula apabila 16 lelaki bermotosikal dan 13 kereta mengepung petugas Pas terbabit sehingga berlaku pergaduhan.

"Berikutan kejadian itu, kita sudah membuat sembilan laporan polis kerana ia juga berlaku di tempat lain," katanya pada sidang akhbar harian di markas induk Pas, di sini, pagi ini. Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas turut menunjukkan gambar pemuda yang dibelasah serta mendakwa mempunyai bukti lain berhubung kejadian itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels