27 October 2013

Tamu Besar Kota Belud: Wadah Perpaduan Berbagai Suku Kaum

Datuk Rahman Dahalan-MP Kota Belud Merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan bersimbang dengan peniaga cilik di Tapak Tamu Besar Kota Belud pada Ahad.

Antara peserta Usungan dengan Pakaian Tradisi Masing-masing

Penunggang Kuda-Tradisi kaum Bajau dan Iranun turut memeriahkan acara Tamu Besar

reka bentuk Usungan Yang Turut Bertanding
Tamu besar merupakan wadah perpaduan rakyat tanpa mengira latar budaya dan agama.

Tamu Hari Ahad, sepertimana yang dikenali sebelum merdeka, kini dijadikan sebagai satu kalender pelancongan. Bukan itu sahaja, Tamu Kota Belud, kini menjadi acara tahunan daerah itu, dan disambut sebagai Tamu Besar.

Pada tahun ini, Tamu Besar Kota Belud yang bermula semalam, dan puncaknya hari adaalah acara ditunggu-tunggu oleh bukan sahaja penduduk tempatan, malah pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan dan kepelbagaian yang dihidangkan kepada pengunjungnya.

Tamu besar sejak diwujudkan beratus tahun dahulu telah mengalami pelbagai transformasi sehingga menjadi salah satu produk pelancongan dan daya tarikan daerah ini saban tahun.

OKB masih teringat ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semasa melancarkan Tamu Besar Kota Belud 2011 berkata bahawa kerajaan negeri untuk terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.

“Menurut Musa, acara seperrti tamu besar akan terus menjadi lambang perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama di samping menonjolkan dan memelihara kebudayaan masyarakat Kota Belud yang unik dan pelbagai.

Beberapa acara seperti pertandingan usungan yang diperkenal pada tahun 2011, kini menjadi acara tarikan utama, bukan sahaja daripada jumlah perserta, namun berbagai inovasi atau reka bentuk usungan menjadikannya daya tarikan ribuan pengunjung tempatan dan pelancong asing bagi menyaksikan keunikannya termasuk cara usungan diarak.

Usungan merupakan kenderaan membawa pengantin lelaki berketurunan bangsawan daripada kalangan suku Iranun dan Bajau di Kota Belud.

Kenderaan itu dibuat seolah-olah sebuah perahu besar yang dihiasi dengan pelbagai motif tenunan yang ditampilkan dengan penuh kreativiti.

Tamu besar mempunyai sejarah panjang iaitu diwujudkan pada 1887 oleh Residen British pertama, William Pretyman bagi daerah Tempasuk dengan tiga tujuan utama iaitu bagi memudahkan masyarakat Tempasuk bertemu dengannya untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.

Kedua, memberi peluang kepada tiga suku yang terbesar iaitu Bajau, Iranun dan Dusun bertemu dengan perasaan penuh muhibah sambil memupuk integrasi antara mereka yang berlainan latar belakang.

Yang terakhir, ia bagi membolehkan masyarakat Tempasuk menjalankan aktiviti perniagaan yang mampu meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Tamu itu selain menjadi medan perniagaan, ia turut menjadi gelanggang mempersembahkan keunikan adat dan budaya pelbagai etnik di Kota Belud.

Perlancaran Tamu Besar Kota Belud tahun ini dilancarkan oleh TYT Sabah- Tun Juhar Mahiruddin.

26 October 2013

Bajet 2014: Secara Langsung Tiada Untuk Rakyat Sabah

Mengikuti bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan-Datuk Seri Najib Razak semalam; dilihat secara langsung tidak menyumbang kepada pendapatan rakyat Sabah.

Memang ada peruntukan RM130 juta untuk pengangkutan udara bagi Sabah dan Sarawak, namun secara langsung tidak menyubangkan kepada pendapatan rakyat secara umum. Demikian juga peruntukan RM850 juta pemasangan kabel laut untuk akes internet, juga tidak mendatangkan pendapatan secara langsung kepada rakyat Sabah.

Projek udang kara (lobster) di Semporna, yang dikatakan bernilai RM2bilion, akan melahirkan peluang 20,000 pekerjaan dan 6,000 usahawan tempatan, sebenarnya bukan usaha kerajaan sepenuhnya, sebaliknya oleh rangkaian restoran di Amerika. Biasalah, apabila swasta melabur, maka pertimbangan utama adalah keuntungan.

Projek Lebuhraya Pan-Borneo berjumlah RM500juta; walaupun secara tidak langsung memberi pendapatan kepada rakyat, akan tetapi memperlancar pergerakan rakyat dan barangan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. Bajet ini sahaja yang kelihatan memberi manafaat rakyat; walaupun sebenarnya, yang lebih diuntungkan adalah kontraktor pelaksana.

Peruntukan RM75 juta untuk ESSCOM, demi keselmatan 1,400 km pantai timur Sabah, akibat pencerobohan pengganas Kiram pada Februari lalu; juga secara langsung tidak menyumbangkan kepada pendapatan rakyat.

Peruntukan RM50 juta kos survei bagi menentukan status tanah "customary" juga tidak mendatangkan pendapatan langsung kepada rakyat Sabah secara umumnya.

Peruntukan RM265 juta kepada Lembaga Letrik Sabah untuk mengelak gangguan litrik, juga tidak menyumbangkan kepada pendapatan langsung rakyat.

Peruntukan RM179 juta bagi membaiki 20,000 rumah usang rakyat miskin, adalah projek sosial jangka pendek, namun bukan menyumbang kepada kenaikan pendapatan bagi menampung sara hidup rakyat.

24 October 2013

Saf Kepimpinan Umno Kota Belud 2013-2016

Pemilihan Umno yang berlangsung pada 19 Oktober; dan keputusannyapun sudah diketahui. Untuk jawatan tertinggi Saf Kepimpinan, seperti ramalam awal, penyandang ketua bahagian-Datuk Dr Salleh Tun Said menang dengan mudah mengalahkan pencabar beliau-Mantan Timbalan Ketua Bahagian-Awadnir Matanggal.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian dimenangi Datuk Musbah Jamli tanpa tanding; untuk itu, kedudukan ketua dan timbalan kembali kepada nostalgia sebelum 2004.

Bagi kedudukan Naib, penyandang jawatan itu Datuk Japlin Akim dipilih semula, selepas berdepan empat penjuru termasuk Mantan Pengerusi PKR Sabah Datin Saidatul Badru Tun Said yang masuk semula ke dalam parti mencuba merebut kerusi tersebut.

Keputusan pemilihan bahagian itu, untuk pertamakalinya perwakilan memilih ramai ahli jawatan kuasa yang bersifat profesional dan daripada pegawai kerajaan.

Senarai Saf Kepimpinan Umno Kota Belud

Ketua- Datuk Dr Salleh Tun Said
Timbalan: Datuk Musbah Jamli
Naib: Datuk Japlin Akim
Ketua Penerangan: Lantikan
Setiausaha Bahagian: Lantikan
Bendahari: Lantikan

Ahli Jawatan kuasa

Tadzul Radim (Pegawai Kerajaan); Idris Kisab (Guru); Longit Dasis (Pemaju Mukim); Idris Nanti (Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud); Jenuian Sudah (Pegawi Majlis Daerah?); Ag Samad (peniaga); Jenil Jatil (Jabatan Tanah dan Ukur); Ag Salleh Makud (mantan pegawai kerajaan); Roslan Akik (Pegawai Kerajaan); Roslan Mansor (guru); Martin Dualis (peniaga); Tungking (ahli politik); Zulkefli Manang (guru); Pardan Maji (bekas kakitangan kerajaan); Dulamid Rudin (guru); Halim Semat (peniaga); Rabul Manang (peniaga); Roslan Deraman (Peniaga); Matli Johari (pegawai Kerajaan); dan Raflan Amin (kakitangan SESB).

Pada merekalah harapan parti dan BN berdepan dengan PRU-14 akan datang. Pada kepimpinan merekalah terletak, apa kah dua kawasan DUN dan Satu Parlimen untuk dipertahan, dan pada masa yang sama mampu merampas semula DUN Kedamaian yang hilang pada PRU-13.

Satu pengalaman dalam pemilihan tersebut, meskipun tiga calon yang bergelar Datuk turut bertanding, namun mereka tidak diberi peluang oleh perwakilan; mungkin alasan perwakilan adalah mudah- kalau dah bersara bersaralah. Dunia politik bukan dunia mereka.

Adalah menjadi panduan dan iktibar bagi mereka yang diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan; apabila tiba masa bersara, bersaralah dengan tenang, jangan cuba untuk berkhidmat lagi di waktu senja.

21 October 2013

Analisis Pemilihan Umno Sabah

Daripada 25 Ketua Bahagian, hanya seorang yang gagal mempertahankan jawatan, iaitu MP Silam Datuk Nasrun Mansor. Beliau kalah kepada adik Datuk Shafie Apdal- Datuk Yusof Apdal. Yusof adalah ADUN Lahad Datu yang baru.

Senarai Ketua Bahagian Umno Sabah bagi 2013-2016
Datuk Seri Musa Aman-Libaran
Datuk Yahya Hussin-Putatan
Datuk Anifah Aman-Kimanis
Datuk Hajiji Noor-Tuaran
Datuk Masidi Manjun-Ranau
Datuk Faisyal Hamdan Diego-Kota Kinabalu
Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan-Tawau
Datuk Rubin Balang-Tenom
Datuk Sapawi Ahmad-Sipitang
(Semua di atas menang tanpa tanding)

Datuk John Ambrose-Penampang
Datuk James Ratib-Beluran
Datuk Abdul Ghapur Salleh-Kalabakan
Datuk Salleh Tun Said-Kota Belud
Datuk Sairin Karno-Keningau
Datuk Abdul Rahim Ismail-Papar
Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin-Pensiangan
Datuk Bolkiah Ismail-Kudat
Tan Sri Ampong Puyon-Sandakan
Datuk Wetrom Bananda @Mohd Fikri-Kota Marudu
Datuk Jumat Idris-Sepanggar
Isnin Aliasneh-Beaufort
Datuk Samsudin Yahya-Batu Sapi
Datuk Mohd Shafie Apdal-Semporna
Datuk Bung Moktar Radin-Kinabatangan
(Menang Melalui Pertandingan)

Timbalan Ketua Bahagian (baru dipilih)
Datuk Rahman Dahalan-Tuaran
Datuk Musbah Jamli-Kota Belud
Annuar Ayub-Keningau
Hussein Oyong-Kota Marudu
Mohd Fazlee Abdullah-Beaufort
Datuk Raime Unggi-Tenom
Abi Wednes Gagamboi-Pensiangan
Datuk Awang Kadin Tang-Sandakan

Timbalan Ketua Bahagian (Tanpa Tanding)
Datuk Juslie Ajirul-Libaran
Datuk Syed Abas Syed Ali-Tawau
Arsit Sedi-Putatan
Datuk Seruji Nawawi-Kota Kinabalu
Datuk Kamarlin Ombi-Sipitiang
Datuk Ghulam Haidar Khan-Papar
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif-Kimanis
Datuk Hasnul Ayub-Penampang

Timbalan Ketua Bahagian (Dipilih semula)
Datuk Suhaili Mohd Said-Silam
Datuk Muis Pichu-Kalabakan
Yakubah Khan-Sepanggar
Ariffin Asgali-Batu Sapi
Jaimin Samitah-Ranau
Datuk Mijul Unaini-Kudat
Datuk Nasir Sakaran-Semporna
Jafry Arifin-Kinabatangan

Naib Ketua Bahagian (muka baru)
Mohamad Alamin-Kimanis
Ahmad Bujang-Sipitang
Datuk Nilwan Kabang-Silam
Datuk Ulin Pamiang-Pensiangan
Akram Ismail-Kudat
Abdul Kassim Jali-Tuaran
Adrian Sikawah-Penampang
Pg Jaafar Pg Osman-Beaufort
Amir Jani-Keniangau
Juli Hussin-Tenom
Mohd Arifin Pachuk-Beluran
Pg Ruslan Pg Nasrun-Batu Sapi
Abdul Aziz Damcha-Kinabatangan
Jaujan Sambakong-Semporna

Naib Ketua Bahagian (Penyandang-Dipilih Semula)
Datuk Juil Nuatim-Papar
Datuk Japlin Akim-Kota Belud
Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor-Kota Kinabalu
Datuk Alipudin Puyon-Sandakan
Haji Nizam Abu Bakar Titingan-Tawau
Anang Bin Ating-Kota Marudu
Zaitun Datuk Mohd Kassim-Sepanggar
Michael Yahya Dunggi-Ranau
Ismail Ait-Kalabakan

Pencalonan Naib Presiden-14 Bahagian-Zahid-Hishamuddin-Shafie; 6 bahagian-Zahid-Shafie-Mukhriz; 2 bahagian-Hishamuddin-Shafie-Mukhriz; 1 bahagian-Zahid-Hishamuddin-Ali Rustam

20 October 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Ramalan Awal Juga Merupakan Kenyataan

SUDAH kerap kali OKB mengulas berhubung pemilihan Umno Kota Belud. Sejak awal, OKB tidak bersetuju dengan pertandingan bagi tiga jawatan: Ketua-Timbalan dan Naib. OKB bukannya tidak bersetuju dengan pertandingan, akan tetapi, pemimpin yang mahu mempertahankan atau yang mahu bertanding jawatan itu adalah pilihan rakyat. 

OKB berhujah, ahli Umno hanya sebahagian daripada pengundi Kota Belud. Malah OKB membandingkan dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan yang menang tanpa tanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Tuaran. Alasan OKB, sedangkan pengundi Kota Belud mempunyai keyakinan terhadap Rahman, apakan pula ahli Umno Tuaran.

Datuk Dr Salleh Tun Said yang merupakan ADUN Usukan, Datuk Musbah Jamli ADUN Tempasuk dan Datuk Japlin Akim mantan ADUN Usukan, untuk masa ini adalah pemimpin parti dan Kota Belud yang masih diperlukan khidmat mereka. Belum masanya mengganti kedudukan mereka.

Walaupun pertandingan sudah berlaku, namun kesudahannya, tidak mengubah apa-apa. Pemimpin yang diperlukan tetap menang dan mempertahankan kedudukan masing-masing.

Bagi kedudukan Ketua Bahagian misalnya, undi yang diperoleh Awadnir Matanggal, hanya mencerminkan undi pembangkang dalam parti; ertinya kawasan Kedamian telah mengukuhkan bahawa mereka adalah pembangkang dalam parti, sealiran dengan undi semasa PRU-13 lalu.

Pada pengundian semalam, daripada 1,126 perwakilan, 714 atau 63.41 peratus telah memilih Salleh, manakala Awad memperolehi 376 atau 33.39 peratus. Undi Awad itu, sebenarnya bukan kerana tidak suka kepada Salleh sebagai Ketua bahagian, akan tetapi undi yang diberikan kepada Awad itu, akan mengudi sesiapa sahaja, kerana itulah undi pembangkang dalam parti.

Elok jugalah, Awad bertanding, sekurang-kurangnya kita tahu berapa undi pembangkang dalam parti. It's a Grace to umno.

14 October 2013

Pemilihan Sayap Parti Kota Belud; Perwakilan Tidak Sanggup mengubah Status Quo

Pemilihan sayap Parti yang selesai pada Sabtu, menunjukkan bahawa hanya calon-calon yang bergiat sepenuh masa dalam parti yang berjaya menang.

Kemenangan Ketua Wanita Eyung Latun yang mempertahankan jawatan itu, merupakan petanda, bahawa perwakilan hanya mahu memilih pemimpin yang sepenuh masa dan raganya dalam parti.

Meskipun ada calon yang mencabar Eyung, namun para pencabar itu mempunyai kerjaya lain, atas sebab itu perwakilan mengerti, bahawa tumpuhan kepada parti tidak akan sepenuhnya kerana mereka itu ada kerjaya lain yang perlu digalas.

Demikian juga kemenangan Arhsad Bistrai bagi jawatan ketua pemuda, menunjukkan bahawa hanya calon yang sepenuh masa dalam politik akan diberikan mandat dalam parti.

Adalah dijangka bahawa trend ini akan berlanjutan pada pemilihan bahagian pada 19 oktober ini. Pada pemilihan itu nanti, meskipun ramai calon-calon semusim, malah ada yang bergelak Datuk atau Dato Seri, melihat kepada trend pemilihan pada sayap parti, nampaknya sebahagian besar calon akar umbi akan menang.

Perwakilan tidak akan memberikan peluang kepada pemimpin semusim, kerana mereka tahu, bahawa tujuan calon-calon itu hanya untuk mendapatkan nama dan kedudukan, bukannya perjuangan parti. Kemenangan Eyung Latun membuktikan semuanya; walaupun Ketua Wanita itu dirihatkan semasa PRU-13 disebabkan suaminya keluar parti dan bertanding atas nama calon bebas.

12 October 2013

Pemilihan Umno Kota Belud: Betapa Tebalnya Aura Salleh

SELEPAS pendaftaran calon-calon pada 21 September bagi menawarkan diri menduduki barisan kepimpinan parti di semua peringkat bagi Umno Kota Belud; dan kini sudah sampai ke garisan penamat bagi sayap wanita, pemuda dan putri, nampaknya aura Calon Ketua Bahagian yang juga penyandang jawatan itu- Datuk Dr Salleh Tun Said, mewarani calon-calon akan bakal menang.

OKB telah beberapa kali melakukan tinjauan, nampaknya, mereka yang "berpihak dan penyokong" Salleh akan menguasai barisan akan bakal menang.

Kemenangan barisan wanita, pemuda dan puteri, yang dikatakan sepasukan dengan Speaker DUN Sabah itu, akan memudahkan beliau mempertahankan Jawatan Ketua Bahagian.

Selepas tiga minggu berkempen, nampaknya kemenangan Salleh hanya menunggu untuk disahkan, manakala pengudian pada 19 Oktober ini hanya merupakan formaliti.

Namun, apa yang menarik untuk dilihat, berapa undi yang bakal diperolehi oleh pencabar terdekat beliau- Awadnir Matanggal? Kerana melalui undi itu, menunjukkan peratusan undi protes kepada kepimpinan beliau.

Dalam sistem demokrasi, apa lagi dalam satu-satu pertandingan, adalah mustahil mendapat undi 100 peratus, namun undi majoriti adalah memadai.

Kemenangan besar Salleh, bukan sahaja disumbangkan oleh ketokohan beliau, akan tetapi penyatuan dengan Musbah yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, adalah faktor yang menyumbangkan jumlah undi yang bakal diperolehi beliau nanti.

Keberadaan dalam satu pasukan antara Salleh dan Musbah akan mendorong parti bergerak serentak terutama bagi berdepan dengan PRU-14 akan datang.

OKB mengucapkan TAHNIAH.

11 October 2013

Benar Kah Hanya Pemimpin Berpengalaman Terajui Umno?

CALON Naib Presiden Datuk Shafie Apdal berkata, Umno perlu pemimpin yang berpengalaman untuk terajui Umno bagi berhadapan PRU-14. 

Beliau juga berkata perubahan dalam parti tidak semesti mengganti barisan kepimpinan parti yang ada. Kerana tanpa mengganti kepimpinanpun, menurut beliau, perubahan boleh juga berlaku.

Kalaulah demikian pendirian parti, apa ertinya pemilihan parti? Bila kah berlakunya penggantian barisan kepimpinan, kalau terus membiarkan pemimpin berpengalaman diguna pakai?

Perlu diingat, pemimpin berpengalaman, tidak selalunya boleh menang dalam pilihanraya. Banyak bukti, bahawa pemimpin berpengalaman ditolak rakyat.

Apa yang rakyat mahu adalah pendekatan pemimpin itu, apa kah pemimpin berpengalaman ataupun tidak. Contoh banyak, misalnya pada PRU-12, ramai calon-calon Pakatan Rakyat tiada pengelamanpun, malah tidak bernama, namun mampu menumbangkan para pemimpin berpengalaman.

Tahun 1999, Tan Sri Wan Mohktar Ahmad adalah pemimpin berpengalaman, namun kerana kehadirannya dalam PRU itu, Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Pada PRU-13 lalu, beberapa pemimpin berpengalaman turut kalah dalam pilihanraya. Dengan contoh-contoh itu, tidak semestinya pemimpin berpengalaman boleh menjamin kemenangan.

Dalam dunia yang cepat berubah ini, pemimpin yang boleh diterima rakyat bukan terletak kepada pengalaman, namun bagai mana pemimpin itu menyesuai dirinya kepada perubahan. 

Pengundi muda misalnya, akan cenderung memilih pemimpin muda yang mengerti kemahuan orang-orang muda, bukan itu sahaja, golongan tuapun akan memilih pemimpin muda, kerana pemimpin muda akan lebih dinamis dan proaktif.

Sebaiknya bagi Umno, adalah kombinasi antara pemimpin berpengalaman dan yang baru serta muda. Bagi kedudukan Naib Presiden misalnya, memilih Mukhriz dan Zahid adalah perlu. Mukhirz adalah pemimpin muda, manakala Zahid pula pemimpin lama namun bertindak seperti orang muda.

4 October 2013

Kenyataan Mufti Sabah Bersifat Peribadi: Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman terpaksa membuat kenyataan berhubungan dengan kenyataan MUFTI Sabah berkaitan dengan "memelayukan" rakyat Sabah yang beragama islam.

Kenyataan Mufti itu, mendapat berbagai reaksi daripada berbagai pihak termasuk pemimpin politik.

Sabah yang dihuni berbagai etnik, sebenarnya sangat sensitif berkaitan suku bangsa. Malah ada yang menganggap bahawa bangsa lebih utama daripada agama.

Berlainan dengan pendatang, mereka lebih selesa dikenali berkaitan dengan agama berbanding dengan etnik mereka.

Kegiatan pengislaman tahun 70-an semasa kerajaan USNO, masih dianggap titik sejarah hitam bagi kaum-kaum KDM. Kerajaan Usno tumbang, lebih banyak disebabkan oleh faktor itu.

Musa dalam kenyataan semalam, berkata, kenyataan Mufti Sabah Bungsu@ Aziz Jaafar baru-baru ini merupakan pendapat peribadi beliau. Kenyataan itu, tiada kaitan langsung dengan kerajaan negeri.

Musa acap kali berkata, bahawa Sabah sudah selesa dengan kepelbagaiannya. Kekuatan Sabah kerana kepelbagaian itu.

Sebenarnya, rakyat Sabah melihat kekuatan agama bukan berasaskan kesukuan. Agama adalah adalah kepercayaan seorang merentasi kesukuan. Jangan kerana istilah melayu itu di Malaysia adalah beragma islam, maka suku lain yang bukan daripada etnik itu, maka di melayukan, untuk menggambarkan dia islam.

Islam adalah agama sejagad, merentasi suku. Atas sebab itu dalam satu keluarga di Sabah terdapat berbagai macam agama, walaupun dalam etnik yang sama.

Bagi OKB pula berpendapat, belum tibanya cadangan Mufti itu dilakukan di negeri ini, memandangkan persepi rakyat, masih lagi mahu dikenali berasaskan kepada latar belakang sukunya dan tidak mahu mengaitkan agama dengan kesukuan.

Bagi Sabah, kekuatan ikatan keluargaan masih lagi terikat kepada latar belakang suku, belum lagi sampai ke tahap berasaskan agama.

Atas sebab itu, apabila sesuatu majlis anjuran bukan beragama islam, namun penghujungnya terdiri daripada berbagai agama, atas sebab mereka bukan melihat kepada agama akan tetapi latar belakang kesukuan.

Tiada jaminan, bahawa memelayukan mereka yang beragama islam, maka wujud perpaduan. Kita menyaksikan di Semenajung, walaupun ada tuga suku bangsa, Melayu, Cina dan India; perpecahan cukup ketara. 

Di Semenanjung Melayu berpecah tiga, ertinya memelayukan penganut islam di Sabah tidak semestikan mengwujudkan perpaduan.

Biarkan Sabah dengan kepelbagaian, kerana ianya boleh mendorong perpaduan.

OKB bersetuju dengan kenyataan Musa semalam. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada kenyataan itu, agar tiada siapa lagi memberi kenyataan serupa di masa akan datang.

1 October 2013

Pemilihan Umno Bahagian Kota Belud: Awadnir Gagal Baca Mesej Datuk Musbah

SAYANG Datuk Musbah Haji Jamli tidak masuk bertanding jawatan Ketua Bahagian. OKB teringat bagaimana meriahnya pemilihan Umno bahagian itu pada tahun 2008, di mana penulis juga sebahagian ahlinya.

Meskipun selepas pemilihan itu, ramai yang menanggap, bahawa Musbah akan masuk bertanding merebut jawatan itu yang terlepas di tangannya selepas kalah tipis kepada Datuk Salleh Tun Said.

Namun pada pendaftaran 21 September lalu, Musbah yang juga ADUN Tempasuk hanya mendaftar bagi kerusi Timbalan Ketua; sama dengan posisinya sebelum pemilihan tahun 2004. 

Ada yang mengatakan bahawa kemasukan Musbah bertanding jawatan Timbalan Ketua, menyebab penyandang jawatan itu Awadnir Matanggal maju setapak, dan bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Namun berasaskan kenyataan Awad selepas sahaja mendaftar untuk menawarkan diri bertanding, sebenarnya tidakannya itu adalah tindakan terpendam sejak 22 tahun lalu. Telah berulang kali beliau mahu bertanding Ketua Bahagian, namun sistem kuota pencalonan menghalang beliau berbuat demikian.

Pemiliahan pada kali ini, telah memansuhkan sistem kuota, atas sebab itu, hasrat beliau yang terpendam selama 22 tahun itu berjaya pada kali ini.

Meskipun sebarang pertandingan dalam parti merupakan proses biasa dalam demokrasi; dan juga sebarang pertandingan merupakan pertandingan kekeluargaan; namun ada pihak yang melihat bahawa pertandingan itu sebenarnya tidak perlu.

Isyarat yang diberikan oleh Musbah dengan tidak bertanding jawatan Ketua Bahagian, adalah jelas, bahawa kepimpinan Salleh diperlukan dalam bahagian.

Selain itu, kedudukan Salleh yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, merangkap Speaker DUN dan juga ADUN Usukan; seharusnya para ahli Umno perlu bangga dengan pencapaian pemimpinnya. Pencapaian itu, bukan atas kapasiti pribadinya, melainkan kapasiti kedudukannya dalam parti.

OKB sebagai salah seorang ahli, adalah bebas memperkatakan padangan berkaitan dengan parti, apatah lagi, memperkatakan bahagian di mana OKB juga merupakan ahli.

Bagi OKB, sebarang pimimpin yang mahu menerajui Bahagian, haruslah seseorang itu mempunyai kapasiti untuk membawa parti maju ke depan; kalau boleh kearah yang lebih cemerlang. Namun, jika pemimpin bahagian itu, tidak dapat memajukan parti kerana kepimpinan yang lemah; maka akan merugikan parti secara keseluruhan, OKB sebagai ahli juga akan terkena getahnya.

Apa yang mendukacitakan OKB, adalah kempen-kempen yang di bawah oleh calon-calon tertentu atau tukang kempen calon-calon tertentu yang bukan berbentuk penambahbaikan parti, akan tetapi melemahkan parti.

Kempen yang menggunakan sentimen perakuman misalnya adalah bentuk kempen yang tidak baik untuk parti.

Kempen yang tidak berasaskan fakta dengan membangitkan pencapaian seseorang yang gagal membandingkan dengan pencapaian pemimpin mana, adalah satu kempen negatif, kerana ianya boleh digunapakai oleh pihak pembangkang untuk mengecam parti.

Untuk itu, kepada perwakilan Kota Belud, bukalah minda dan mata semasa pemilihan nanti. Fikirlah untuk parti secara keseluruhan, bukannya berasaskan sentimen, atau masalah pribadi mempengarui keputusan.

Yakinlah kekuatan Parti merupakan kekuatan Barisan Nasional. Dan Kekuatan pemimpin Umno juga boleh diterjemahkan sebagai kekuatan kerajaan. Fikir-fikirkan lah.

Pemilihan Ketua Bahagian Umno Kota Belud: Peluang Datuk Salleh

PADA 7 Oktober ini, akan disahkan bakal calon yang menentang penyandang Ketua Bahagian Umno Kota Belud- Datuk Dr Salleh Tun Said.

Pada 21 September yang lalu, semasa proses pendaftaran, tiga calon mendaftar bagi menentang Salleh, namun salah seorang telah menarik diri dalam tempoh bertenang. Calon yang menarik diri tersebut adalah Mantan Ketua Penerangan Umno Bahagian- Rosmin Kasan.

Dua calon yang bakal menentang Salleh, yang menunggu untuk disahkan adalah mantan Timbalan Ketua Bahagian- Awadnir Matanggal dan seorang lagi ahli biasa Umno Amshor Haji Tuah.

Awad, selepas mendaftar calon menentang Salleh pada 21 September, menyatakan beliau telah menunggu 22 tahun untuk mendapat peluang bertanding Ketua Bahagian, selepas peluang itu senantiasa terhalang akibat sistem kuota yang diamalkan parti sebelum ini.

Disebabkan sistem baru yang tidak mengunapakai sistem pencalonan, maka Awad dapat menunaikan hasrat yang dipendam selama 22 tahun.

OKB mendapat maklumat daripada berbagai pihak, kekuatan Awad dalam pertandingan ini, hanya berasaskan kepada sentimen daripada Kaum KDM dan kaum Iranun yang dipelopiri oleh Rosmin, yang bertindak sebagai Pengurus kempen Awad.

Selain kempen, salah seorang calon Naib ketua bahagian pada pemilihan kali ini, yang membawa misi, menolak kepimpinan Salleh; adalah faktor yang diharapkan oleh Awad untuk mendapat undi.

Awad juga mengharapkan sokongan "perubahan angin" daripada perwakilan bahagian; selain sokongan perwakilan daripada cawangan-cawangan yang mengisthirkan diri sebagai cawangan-cawangan kuasa ketiga dalam bahagian. Cawangan yang dimaksudkan, adalah ketua cawangan-ketua cawangan yang baharu dipilih.

Ada beberapa pemimpin akar umbi yang berjaya OKB temui, namun enggan nama mereka disiarkan, mengatakan bahawa pertandingan kali ini, kebanyakan perwakilan memandang CARA pemilihan pada tahun 2008; jika STANDARD tidak setara dengan cara pemilihan tersebut, ada kemungkinan undi akan diberikan kepada Awad atas dasar protes, simpati dan sentimen.

Sejauh mana, anggapan itu menjadi kenyataan pada pemilihan Ketua Bahagian Umno Kota belud, mata tertumpu pada 19 Oktober ini.

Namun di atas kertas, Salleh seharusnya menang mudah memandangkan kelebihan kepada beliau. Selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, ADUN Usukan dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri, selain mantan Penyandang Bahagian itu untuk beberapa penggal, selain mantan ahli Majlis Tertinggi Umno pusat.

Pertembungan antara Salleh dan Awad, ramai yang melihatnya bukan atas dasar penambah baikkan parti, akan tetapi lebih bersifat "pribadi". Sejauh mana elemen "pribadi" mempengaruhi siapa bakal dpilih oleh perwakilan, kita hanya dapat menunggu.

28 September 2013

Ketua Bahagian Umno Kota Belud ditandingi: Apa Muslihat Sebenarnya?

OKB tidak dapat membaca daripada sudut mana Ketua Bahagian Umno Kota Belud ditandingi? Penyandang jawatan Ketua Bahagian adalah Datuk Dr Salleh Tun Said, selain boleh disifatkan sebagai mewakili golongan muda, kerana usia beliau (56 tahun) masih belum masuk umur pencen; selain itu, kedudukan beliau sebagai ADUN Usukan kerana menang pada PRU-13 lalu dan jawatan lain seperti Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dan juga Spkear Dewan Undangan Negeri Sabah.

Daripada faktor-faktor di atas, sudah jelas, bahawa Salleh masih lagi dalam lingkaran proses transformasi parti; di mana perubahan perlu berlaku dalam parti, iaitu memberi peluang kepada generasi muda membarisi kepimpinan parti.

Kalau iapun, mahukan kepemimpinan mahu digantikan, seseorang calon yang berdepan dengan beliau sekurang-kurangnya boleh menjadi pemimpin alternatif. Ertinya calon itu mempunyai kelebihan yang lebih menonjol, yang mana faktor itu boleh menambah baik perjalanan parti.

Kita ketahui, bahawa Salleh berdepan dengan mantan Timbalan Ketua Bahagian Kota Belud- Awadnir Mantanggal, dan seorang lagi yang tidak ternama.

OKB bukan memperendah mantan Timbalan Ketua Bahagian itu, namun OKB perlu melihat kepada fakta. Kelebihan Awad, hanya mungkin kepada kesetiaanya kepada parti, atas sebab sebagai mantan pemimpin Usno dan telah bersama-sama parti sejak parti bertapak di Sabah pada tahun 1991.

Namun daripada segi pencapaian, tiada trek rekod yang boleh kita tulis dan analisa yang boleh dikaut daripada beliau untuk tujuan penambahbaikan parti. Apatah lagi, parti kini mahu melaksanakan proses transformasi parti; di mana pemimpin yang dianggap sebagai transformer boleh menjadi katalis kepada game changer dalam parti; agar parti kekal relevan sepanjang masa.

Sebenarnya Awadnir gagal membaca erti transformasi parti, dan beliau juga gagal membaca mesej yang disampaikan oleh pengundi Kota Belud pada pilihanraya lalu; selain itu beliau juga gagal mengerti mesej dan tindakan ADUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli, yang bertanding Timbalan Ketua Bahagian.

Sekiranya beliau "alert" dengan mesej-mesej yang dipaparkan, sudah tentu beliau tidak akan melakukan tindakan KAMIKAZE bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Apa kah yang menyebabkan Awad bertindak tanpa perhitungan itu? Sedangkan beliau dilihat bukan boleh menjadi sebagai faktor transformasi dalam parti, apatah lagi sebagai game changer. Beliau bukan transformer parti, melainkan sebagai ahli parti yang setia, sama seperti ahli parti yang lain.

Apa kah Awad mengalami kekecewaan yang amat berat, kerana jawatannya ditandingi? atau kah sesuai dengan cakap-cakap luaran, ada DALANG atas tindakan beliau itu?

Sehingga penghujung tulisan ini, OKB belum mendapat jawapan pasti, disebalik tindakan Awadnir itu?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels