PERMOHONAN Datuk Salleh Said menyertai UMNO semula, adalah untuk satu pembuktian kepada satu perjuangan yang tidak pernah padam.
Perjuangan tidak bersempadan, walaupun kadangkala berlaku pasang surut.
Perjuangan kadangkala menerusi berbagai kaedah, yang paling mustahak matlamat dan tujuan tercapai.
Tiada yang menafikan, “gegaran” selepas PRU-14, tiada yang dapat meramal, hanya bertahan selama 22 bulan.
Tindakan keluar beramai-ramai pemimpin UMNO Sabah pada 12-12-2018, tidak terletak pada keputusan seseorang atau individu, tetapi ianya satu tindakan berjemaah, hanya satu tujuan, RAKYAT SABAH perlu diutamakan.
Rakyat Sabah tahu, kemajuan dan pembangunan Sabah termasuk rakyatnya sangat bergantung dengan Kerajaan Persekutuan. Sebagai bukti, semasa PKP Covid-19, Kerajaan Persekutuan lah yang membantu rakyat Sabah, berbanding kerajaan negeri.
Keputusan para pemimpin UMNO Sabah keluar parti secara berjemaah, hanya semata-mata demi rakyat dan negeri, tidak lain dan tidak bukan.
Terbukti, kerana tindakan tersebut, PH yang menang PRU-14, ternyata tumbang, hanya kerana “perjuangan” mereka yang dianggap “lari” daripada perjuangan.
Jangan hukum atau pandang sinis, pada tindakan “para” pemimpin yang berpindah, kerana ianya tindakan bermisi.
Ditakdirkan jua, kini “para” pemimpin itu, akhirnya bersama sebagai satu pasukan, pasukan Perikatan Nasional. Seharusnya, setiap ahli UMNO atau pemimpin UMNO yang kekal, perlu berbangga, perlu berterima kasih, hanya 22 bulan sebagai pembangkang, dan menjadi sebahagian kerajaan selepas itu.
Ahli-ahli UMNO, atau pemimpin Bahagian UMNO secara umumnya, perlu ikut norma baharu, kerana norma lama telah dinoktahkan pada PRU-14.
Kini norma baharu, sudahpun mula diamalkan diperingkat kepimpinan tertinggi,maka norma itu perlu diadaptasi di peringkat akar umbi. Sebagai buktinya UMNO telah membuat kenyataan dengan jelas, akan menyokong, akan mencalonkan, Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Di peringkat akar umbi, sangat berterima kasih, kerana Salleh tetap memilih UMNO sebagai landasan meneruskan PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH PADAM. Tahniah.
Penulis tahu, mengapa AJK Bahagian Kota Belud, membangkang kemasukan Salleh, hanya kerana FAKTOR calon pada pilihanraya. Mereka tahu, apabila PRU tiba, mereka tiada saingan. Parti, terpaksa bertindak, TIADA ROTAN AKARPUN BERGUNA.
Jika itu anggapan mereka, mereka SALAH. Perjuangan bukan hanya kerana menjadi calon pilihanraya. Status Salleh, samada beliau calon atau bukan, wakil rakyat atau bukan, beliau boleh berperanan dengan berbagai kapasiti. Salleh ada lah ASET, bukan liabilti!!!.