29 April 2010

Penjana Ekonomi Kota Belud Bersumber Daripada Mana??

Kata peribasa di mana ada semut di situ ada gula. Dahulu Kota Belud terkenal dengan sebutan cowboy town of the east. Kenapa sebutan itu sinonim dengan Kota Belud? sebabnya masa orang putih datang melawat mereka biasanya ternampak orang-orang menunggang kuda.

Jarang ada tulisan lain mengenai Kota Belud, apa kah berasaskan keindahan semula jadi, sumber ekonomi atau semacamnya.

Apabila Kota Belud dijadikan sebagai pusat latihan askar pada tahun 70-an, maka nama Kota Belud mulai diperkatakan. Siapa yang memperkatakan? Mereka itu adalah keluarga-keluarga askar di mana anak, abang atau adik di tempatkan di kem Sorob, kini di sebut Kem Paradise. Punca nama Paradise, tidak pasti.. mungkin ada kaitan dengan panorama kg Sorob di mana kem tersebut terletak.

Sebelum kem Sorob dibangun dan dihuni, maka masa itu sumber kewangan yang berputar-putar di Kota Belud adalah daripada Beruni, atau daerah-daerah sekitar. Kenapa wang itu berpindah ke Kota Belud? Sebabnya adalah mereka datang hanya membeli kerbau untuk tujuan dipotong.

Wang masa itu di Kota Belud sukar didapat, atas sebab itu lah pada hari Ahad.. musim padiaan atau semiyu, ramai pedagang yang terdiri daripada petani dan nelayan akan pulang bersama-sama dengan berbagai jenis barangan, yang sebelumnya juga mereka datang dengan berbagai jenis barangan. Kenapa demikian? sebab masa itu sistem barter masih berjalan.

Setelah ada kem sorob, pemebesaran sekolah-sekolah terutama SMK Kota Belud, sekarang ini dikenal dengan SM Arshad Kota Belud, maka selain askar-askar yang berbelanja di pekan, juga guru-guru.

Masa itu dibukalah kedai Jahit Singpore; Kedai jual pakaian berjenama seperti Gunda, Texan, textwwod, Lee, adidas dan puma.

Apabila jumlah pelanggan bertambah, maka ada impak kepada harga barang. Jika sebelum kedatangan para penduduk luar ini, harga beras segantang adalah 60 sen, kemudian naik dan terus naik.

Harga ikan sekati 50sen terus naik dan naik.

Disebabkan sumbangan penduduk luar ini, maka ekonomi Kota Belud mula berkembang. Selain wang yang masuk disebabkan oleh projek-projek kerajaan, juga di sumbangkan oleh kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Belud.

Namun pada masa kini, penyumbang terbesar kepada perekonomian Kota Belud berpunca daripada hasil pertanian. Hasil pertanian tahunan kah, dwi tahunan kah atau bermusim.

Saban hari kita akan dapat menyaksikan, pickup atau lori kecil bermuatan kelapa, tebu, pisang dan semacamnya belegar-legar di jalan Kota Belud Kota kinabalu untuk pasaran Kota Kinabalu.

Kita juga menyaksikan berberapa kilang Padi telah beroprasi, atas sebab banyaknya hasil padi.

Ekoran kepada perkembangan ini, maka Kota Belud sekarang bukan lagi Kota Belud dahulu. Pekan Kota Belud sekarang adalah pekan yang sibuk. Selain di sibukkan dengan orang tetapi juga oleh kenderaan.

Tempat meletak kereta terlalu sukar di perolehi lagi di Pekan, boleh di katakan saban hari.

Jika hujung bulan, jangan cuba-cuba ke Bank untuk ambil wang, bank penuh sesak, malah penguna ATM, terpaksa berbaris panjang dari pagi.

Rancangan kerjaan Persekutuan dan Negeri untuk mengwujudkan jelapang Padi di Kota Belud, akan merancakkan lagi perekonomian Kota Belud.

Perancakan ekonomi ini adalah sumbangan kerajaan yang stabil terutama oleh kerajaan BN yang ditunjang oleh Umno.

Para pemimpin yang mewakili BN sejak tahun 1994, telah berusaha semaksima mungkin untuk memajukan daerah yang kononnya adalah daerah termiskin di Malaysia.

Kemiskinan dikaitkan dengan sumber kewangan. Walaupun di atas telah disebutkan bahawa Kota Belud sudah mengalami perubahan yang sangat ketara, namun sumber kewangan atau wang yang beredar masih rendah. Perkara ini, dapat dibuktikan dengan sedikitnya wang daripada pengguna berpindah kepada pemeberi perkhidmatan seperti restoran-restoran dan kedai-kedai kopi, keculai GUI Brothers, yang dikhabarkan mempunyai TURNOVER 500,000 ringgit sehari.

Kepada para pemimpin daerah.. buat lah sesuatu untuk membawa masuk wang daripada luar umpamanya sektor pelancongan. Kontrak yang berbentuk kemudahan seperti pembinaan tidak menyumbang kepada peredaran wang di daerah ini, kerana wang itu adalah kepunyaan kontraktor. kontraktor berbelanja di kota-kota besar seperti Kota kinabalu, Kuala Lumpur atau Singapura malah Hong Kong dan Macau?? Ada apa di sana?

28 April 2010

Sabtu Ini Cawangan UMNO Seluruh Negara Mula Bermesyuarat Agung

Semua cawangan UMNO di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing dalam tempoh bermula Sabtu ini dan berakhir 15 Jun.

Mesyuarat itu dijangka menggunakan senarai anggota yang terkini selepas proses pemutihan senarai itu selesai dijalankan, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Mengikut data, bilangan anggota UMNO di 19,235 cawangan sehingga Oktober lepas ialah 3,478,393 orang.

Abdul Rauf berkata setiap cawangan dan bahagian telah diarah mengadakan proses pemutihan dan menggugurkan nama ahli yang telah meninggal dunia atau yang tidak lagi menyokong parti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula meminta semua ketua cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian yang akan merasmi dan memantau mesyuarat-mesyuarat cawangan kelak supaya menjelaskan isu-isu semasa berkaitan kerajaan dan parti itu.

"Saya minta mereka juga dapat memberi penjelasan mengenai Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, program-transformasi kerajaan di samping betapa UMNO serius untuk melakukan pembaharuan termasuk dengan melaksanakan program Juara Rakyat," katanya.

Beliau juga berharap mesyuarat di peringkat cawangan itu akan membincangkan mengenai cara menangani tohmahan pembangkang selain mengatur program penerangan yang lebih bersepadu untuk memberi penjelasan terbaik bagi isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Saya cadangkan Biro Penerangan setiap bahagian, selepas ceramah pembangkang, adakan pula ceramah berhampiran tempat itu untuk menjelaskan balik isu-isu yang dibangkitkan mereka. Kalau tidak orang di kawasan itu akan sangka apa yang disebut pembangkang itu adalah benar," katanya.

Mesyuarat peringkat cawangan akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 28 hingga 30 Okt nanti.

27 April 2010

Kekurangan Bekalan Tenaga Letrik: Masalah Sabah Kini

Baru sebentar isteri saya membuat panggilan. Hari ini sahaja telah tiga kali bekalan letrik terputus.

Kalau waktu malam, bekalan terputus merupakan perkara biasa. Bekalan terputus, bukan 10 minit, namun berjam-jam.

Salah siapa kah bekalan letrik negeri kurang? Salah SESB kah? Seingat penulis, SESB dahulu dikenali sebagai Lembaga lietrik Sabah (LLS atau SEB). Pada masa itu, LLS dikritik habis, kerana masalah bekalan. Kerajaan mencari jalan keluar untuk mengatasi bekalan ini. Caranya menswastakan SEB atau LLS. Cadangan SESB masa itu cukup cantik, kononnya apabila LLS menjadi syarikat swasta maka pengurusannya akan menjadi cekap, efisien dan mampu menyelesaikan bekalan letrik.

Namun, apa yang orang Sabah tahu, masalah bekalan letrik hingga kini belum ada penyelesaiannya. Malah semakin meruncingkan.

Cadangan SESB untuk memenuhi bekalan letrik Sabah melalui pembinaan janakuasa yang menggunakan arang batu ditentang habis-habisan oleh pihak NGO dan pihak pembangkang. Namun, tantangan NGO dan pembangkang itu, hanya tantangan tanpa alternatif.

Ada yang mencadangkan menggunakan BIOgas untuk menjana janakuasa pembekal letrik, dikatakan tidak berbaloi jika dikaitkan dengan kos.

Demi pendekatan menang-menang, dalam hal ini pembekal tenaga (SESB) dan pengguna, maka janakuasa menggunakan arang batu adalah pendekatan yang terbaik.

Ekoran daripada itu, Penasihat Sains dan Tekonologi Sabah, Datuk Salleh Said meminta penduduk Sabah supaya memahami rasional di sebalik cadangan kerajaan Persekutuan untuk membina loji janakuasa arang batu di Lahad Datu.

Salleh dipetik sebagai berkata; kerajaan negeri tetap mengambil kira pandangan semua pihak termasuk laporan penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum projek itu dilaksanakan.

Kerajaan negeri Sabah tidak akan melaksanakan projek ini tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat dan peraturan sedia ada termasuk peraturan alam sekitar.

Impak Jelapang Padi Di Tunggu-Tunggu? Kapan Kah? Hasilnya?

Datuk Rohani Semasa Melawat Jelapang Padi Kota Belud
Jelapang padi baru akan dibuka di Kota Belud, Sabah dan Lingga Banting, Sarawak pada tahun depan bagi memastikan bekalan makanan dalam negara terus terjamin, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata projek kementerian itu akan menyaksikan jelapang seluas 8,000 hektar dilaksanakan di Kota Belud manakala seluas 5,000 hektar lagi di Lingga Banting.

Menurutnya projek itu penting untuk menampung keperluan terutamanya di kedua-dua negeri itu yang kini mendapat kira-kira 70 peratus beras import.

"Pembukaan jelapang padi ini dijangka dapat mengurangkan import beras ke negeri-negeri berkenaan," katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Perhubungan Pertanian Negeri Sabah dan Sarawak di Cameron Highland, Pahang pada 18 April lalu.

Seramai 100 anggota delegasi dari Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak menghadiri mesyuarat itu.

Rohani berkata selaras dengan pembukaan jelapang padi baru itu, sebuah badan kerajaan akan ditubuhkan untuk menjalankan dan mentadbir pengurusan projek itu.

Walaupun perkembangan pertanian di Sabah dan Sarawak berjalan lancar,pengeluaran padi di kedua-dua negeri itu amat diperlukan berikutan krisis makanan yang berlaku pada tahun 2008, katanya yang turut mengadakan lawatan kerja di sekitar Cameron Highlands selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi) Sarawak Datuk Peter Nyarok Entrie berkata beliau tidak mahu negeri itu melalui krisis kekurangan beras seperti yang berlaku pada 2008 dan berharap projek itu akan menjadi permulaan bagi Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan padi secara besar-besaran.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kos pembukaan kedua-dua jelapang padi tersebut tetapi mengakui bahawa jumlahnya adalah besar.

Tahun lepas Datuk Noh Omar semasa lawatan ke Sabah, telah mengumumkan bahawa kos Jelapang Padi untuk daerah Kota Belud mencecah 1 billion ringgit.

Akan bilakah projek jelapang ini akan siap? Penyiapan projek ini sangat ditunggu oleh rakyat Kota Belud, agar impaknya kepada pendapatan rakyat daerah dapat dinikmati.

26 April 2010

Jika Kaum Cina Masih Menolak BN Di Semenanjung: Di Kota Belud Hati-Hati Dengan KDM?

Jangan salah menenalaah. Sebelum tahun 1976, kaum KDM nampak sangat menyokong Usno. Namun pada pilihanraya umum negeri Sabah masa itu, Usno kecundang, Berjaya menang bergaya. Berjaya memerintah hingga tahun 1985, kerana sokongan KDM. Apabila KDM menolak Berjaya pada pilihanraya 1985, maka parti bersatu sabah (PBS) parti KDM menang. PBS memerintah negeri di bawah bayu ini sehingga tahun 1994. Pada pilihanraya negeri 1994 PBS tidak kalah, namun disebabkan keluarnya seorang wakil rakyat KDM Rubin Balang dan pemimpin bisaya Lajim Ukin, maka PBS rebah.

Kerajaan BN ditubuhkan pada tahun 1994 dan seterusnya hingga kini.

Kekuatan kerajaan BN negeri kerana masih mendapat sokongan KDM terutamanya daripada Pairin Kitingan.

Namun jangan terlalu selesa dengan sokongan ini, berasaskan analisis blog dan FB, sejak setahun lalu, terlalu ramai kaum KDM yang berpendidikan telah meninggalkan Pairin dan mereka lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang.

Berasaskan kepada keadaan ini, ada kemungkinan jika kaum KDM mendapat pemimpin yang boleh dihandalkan, ada kemungkinan mereka mengenepikan BN.

Faktor-faktor ke arah itu cukup namun ibarat kata orang.. asap masih dalam sekam.

Bagi daerah Kota Belud, pada ketika ini, kaum KDM hanya bersandar pada Herbert Timbun Lagadan, pembantu menteri Kebajikan negeri.

Ahli parlimen Kota Belud Rahman Dahalan kelihatan lebih cenderung membangun kawasan-kawasan KDM, namun impaknya pula kepada kawasan kaum Sama dan Iranun agak besar.

Pembantu menteri pertanian dan asas tani Musbah Jamli kelihatan pembangunan kawasan Tempasuk di mana wakil rakyat ini adalah wakil rakyat N.6 tempasuk. Sementara itu, Japlin Akim hanya tertumpu pada kawasan Usukan.

Salleh Said yang juga merupakan pemimpin daerah ini hanya tertumpu kepada aktiviti parti, selain sebagai Ketua Umno Bahagian, juga penyelaras BN Daerah dan Timbalan Pegerusi Umno negeri.

Pandikar Amin Haji Mulia, hanya tertumpu pada dewan rakyat satu kerja yang sangat mencabar pada masa ini.

Berasaskan kepada keadaan ini, untuk mempertahankan sokongan KDM kepada BN hanya tertumpu pada Salleh sebagai penyelaras BN daerah dan Herbert Timbun Lagadan.Dari segi politik,nampaknya mereka mampu, namun faktor politik tidak menjamin sokongan. Peluang mesti disediakan, samada peluang pekerjaan juga peluang berniaga. Pendek kata mengisi perut juga menjadi sasaran akhir. Sama lah dengan sokongan Cina kepada DAP di semenanjung, kerana kaum cina di Semenanjung tahu, jika mereka menolak BN, maka pembangunan dan peluang perniagaan akan bertambah kepada kaum ini, kerana BN akan wujudkan demi menarik sokongan. Semakin banyak peluang dan tamburan pelaburan daripada BN, maka semakin ramai kaum cina menolak BN... satu faktor yang menjadi iktibar kepada pemimpin politik Kota belud.

22 April 2010

Makan Gaji Dengan Kerajaan Tapi Tidak Sokong Kerajaan

Ini bukan cerita kosong, tetapi cerita berasaskan analisis percakapan dan perbualan mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Misalnya komen percakapan atau perbualan mengenai PRK HUlu Selangor, daripada 10 orang yang berkhidmat dengan kerajaan, 8 daripada mereka lebih suka kalau PKR menang.

Kenapa ini semua boleh terjadi? Seharusnya kakitangan kerajaan adalah penyokong Government of the day, ertinya parti mana sahaja yang memerintah adalah disokong, namanya juga kakitangan kerajaan. Namun ini tidak, mereka lebih condong kepada parti yang membangkang kerajaan.

Betul lah, jika kakitangan kerajaan tidak menyokong kerjaan OF THE Day, maka semua polisi-polisi atau perancangan kerajaan akan terbantut atau dibantutkan. Akhirnya, kerajaan atau parti politik lah yang dipersalahkan. Apabila semua ini berlaku, maka apabila tiba pilihanraya umum, maka rakyat yang kononnya tidak terbela, melampiaskan kemarahan mereka kepada parti pemerintah.

Para kakitangan kerajaan, beri lah sokongan kepada majikan anda, jangan lah menjadi petualang, kerana majikan anda memerlukan sokongan anda untuk terus memerintah. Sampaikan polisi-polisi kerajaan kepada rakyat, kerana itu lah tanda terima kasih anda kepada majikan anda.

20 April 2010

Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Masuk Kampung Di Kota Belud

Baru baru ini ada beberapa mahasiswa UIA masuk kampung di daerah Kota Belud,khususnya Kg Taun gusi dan Jawi-jawi. Tujuan mahasiswa ini adalah untuk mendekatkan kampus dengan masyarakat.

Semasa belajar di Indonesia pada tahun 80-an, penulis juga pernah mengalami hal yang sama. Namun bagi mahasiswa Indonesia, dalam hal ini mahasiswa Institut Pertanian Bogor, mahasiswa tinggal di desa atau kampung adalah keperluan wajib untuk lulus. Tanpa itu, maka sijil yang diperlukan tidak mungkin dapat di genggam. Mahasiswa masuk desa atau kampung, adalah mahasiswa tahun akhir, di mana hanya keperluan KKN itu sahaja yang ditunggu untuk mendapatkan sarjana atau PhD.

Di Indonesia, mahasiswa masuk kampung atau desa disebut sebagai Kuliah Kerja nyata (KKN) dan memerlukan masa yang panjang, sekurang-kurangnya 6 bulan.

Pada masa itu, sebelum seseorang mahasiswa masuk desa, satu cadangan wajib dikemukakan kepada pihak universiti, dan cadangan itu perlukan cadangan yang original, yakni belum ada sesiapa yang pernah membuatnya. Bentuk cadangannya seperti cadangan membuat desertasi atau tesis. Apabila cadangan itu diterima, maka baru lah seseorang mahasiswa dilepaskan untuk masuk desa atau kampung.

Hal hasilnya selepas mahasiswa itu masuk desa atau kampung adalah satu kajian yang menyeluruh yang biasanya akan digunakan pemimpin setempat untuk merancang dan membangun desa atau kampung itu.

Penulis tidak tahu pula, maksud dan tujuan mahasiswa masa kini yang kononnya masuk desa atau kampung hanya untuk mendekatkan kampusnya dengan masyarkat di mana mereka di tempatkan.

Masa kini ada lah zaman teknologi. Boleh dikatakan jarang sudah masyarakat yang tidak tahu peranan universiti atau institusi pengajian tinggi. Rata-rata masyarkat sudah mengenal apa itu pendidikan, perlunya pendidikan dan semacamnya.

Jika mahasiswa masuk kampung ini menukar arah dan kebilat mereka untuk membuat kajian mengenai potensi dan advantange sesebuah kampung itu, alang kah eloknya.

Baru-baru ini ADUN Tempasuk kebetulan singgah di restoran Cita Rasa Kota Belud untuk makan tengah hari dalam perjalanan pulang selepas menerima anak-anak angkat universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

19 April 2010

Kemarau Di Sabah Mengakibatkan Petani, Pekebun Rugi Besar

Kemarau di Sabah pada awal tahun ini mengakibatkan kerosakan tanaman dianggarkan bernilai RM5.5 juta yang membabitkan 2,371 orang petani, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata jenis tanaman yang mengalami kemusnahan ialah buah-buahan, padi sawah dan padi bukit di kawasan seluas 7,700 hektar yang kebanyakannya di daerah Nabawan, Lahad Datu, Kinabatangan, Tenom, Semporna, Beaufort dan Pitas.

Kerosakan akibat kebakaran yang melibatkan 43 hektar di Beaufort, Nabawan, Pitas dan Sandakan pula dianggarkan bernilai RM66,000 yang melibatkan 309 petani, katanya ketika menjawab soalan Kamarlin Ombi (BN-Lumadan) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini Isnin.

Yahya berkata menurut sumber Jabatan Meterologi, kebiasaannya cuaca akan menjadi kering pada fasa akhir musim monsun timur, Februari hingga April.

Bagaimanapun, katanya pada tahun ini keadaan diburukkan lagi dengan berlakunya fenomena El-Nino sederhana sejak Jun tahun lepas di tengah Lautan Pasifik yang menyebabkan kebanyakan hujan turun di kawasan tersebut, sekaligus mengakibatkan kekurangan hujan di Sabah.

Beliau berkata Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dalam bentuk tanaman bagi membantu para petani yang mana tanaman mereka musnah akibat bencana alam dan serangan serangga perosak.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Bolkiah Ismail berkata kementerian itu belum berhasrat untuk mengkaji semula kadar bayaran mendaki Gunung Kinabalu.

Katanya kadar bayaran permit mendaki Gunung Kinabalu adalah antara yang terendah iaitu pendaki berumur 18 tahun ke atas hanya perlu membayar RM30 bagi orang tempatan dan RM100 untuk orang asing.

Mereka yang berumur 18 tahun ke bawah hanya perlu membayar RM12 bagi orang tempatan dan RM40 untuk orang asing, katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (BN-Membakut).

Bolkiah berkata jumlah pendaki Gunung Kinabalu pada tahun lepas ialah seramai 47,564 termasuk 28,201 orang pendaki dari luar negara.

Ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.6 peratus berbanding 47,848 pendaki pada tahun sebelumnya, katanya.

16 April 2010

BN Kota Belud Jangan Terlalu Seronok

Tahun 1985 semasa puncaknya kekuatan Kerajaan Berjaya di bawah pimpinan Datuk Harris Salleh, terlalu ramai pemimpin parti Berjaya pada masa itu terlalu yakin apabila ada pilihanraya umum, pasti Parti Rakyat Jelata Sabah itu akan menang.

Para pemimpin Parti Berjaya termasuklah wakil-wakil rakyatnya bagi daerah Kota Belud, terlalu yakin akan terus berkuasa.

Ekoran kekalahan Parti Berjaya pada PRK Tambunan pada tahun 1984, Datuk Harris Salleh merasa tercabar, kerana itu pada tahun 1985, Harris membubarkan dewan undangan negeri untuk membolehkan pilihanraya negeri dilaksanakan.

Semua kita tahu, bahawa pada PRU Negeri itu, Parti Berjaya kecundang dan hanya memang 6 kerusi, termasuk kekalahan Harris kepada Kadoh Agondung di DUN Tenom.

Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawa pimpinan Datuk Pairin Kitingan, walaupun hanya ditubuhkan tidak sampai 6 bulan, mampu menumbangkan parti Berjaya yang telah berkuasa sejak tahun 1976.

Parti Berjaya ditubuhkan oleh para pemimpin Usno termasuk Harris Salleh dengan tujuan menghilangkan kuasa Tun Mustapaha, dimana pada masa itu, Tun Mustapaha kelihatan terlalu berkuasa oleh pihak Kuala Lumpur.

Keadaan tahun 80-an itu kini melanda semula. Bukan sahaja bagi daerah Kota Belud tetapi di seluruh negeri.

Para pemimpin negeri kini kelihatan terlalu berkuasa, sehinggakan matalamat utamanya untuk membela seluruh lapiasan rakyat nampaknya telah terlupakan.

Para pemimpin negeri terutama yang mempunyai jawatan walaupun sering turun padang, namun prioriti mereka hanya kepada lapisan masyarakat yang berada dalam epsilon ke-2 yakni lapisan masyarakat yang berpenghidupan agak selesa.

Para pemimpin yang mempunyai kuasa kini sering menonjolkan kejayaan mereka terutama dari segi material dan kebendaan. Aktiviti-aktivti mereka pun sering dikaitkan dengan kebendaan dan nampak mewah, seperti majlis makan malam atau majlis hiburan.

Jarang sekali aktivti para pemimpin yang melibatkan lapisan masyarkat yang terbelakang dari semua segi, apa kah ekonomi atau latar belakang masyarakat itu sendiri.

Sebenarnya bagi daerah Kota Belud terlalu banyak latarbelakang masyrakat yang boleh di tonjolkan di peringkat negeri mahupun nasional. Bagi wakil-wakil rakyat baik di dewan undangan negeri atau parlimen, jangan lah malu mendedahkan latar belakang rakyat yang miskin, keadaan infrastruktur yang daif dan sebagainya, kerana melalui pendedahan ini lah, perancangan yang jitu dapat dilaksanakan untuk mengeluarkan mereka daripada keadaan itu.

Isu seperti masalah LETAK KERETA di parlimen kerana seorang ahli parlimen susah mendapat letak kereta tidak sepatutnya mengisi masa dalam sesi perbahasan. Masih banyak isu yang perlu dibentangkan terutama pembasmian kemiskinan rakyat yang diwakili.

Isu remeh seperti Letak kereta adalah contoh bahawa wakil rakyat BN merasa telah seronok,kerana bagi mereka MUNGKIN tiada isu yang perlu diketengahkan di Parlimen, kerana itu perkara remehpun di bawa dalam perbahasan demi mengisi masa yang disediakan.

Pengalaman Penulis, keadaan tahun 80-an kini melanda Kota Belud, sayang parti pembangkang tidak dapat memanfaatkan keadaan ini kerana ketiadaan pemimpin yang berwibawa, namun seharusnya para pemimpin BN daerah jangan merasa terlalu seronok, kerana air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

14 April 2010

Membangun Dearah Kota Belud: Tanggungjawab Siapa??

Membangun daerah seperti Kota Belud tanggungjawab siapa? Ada 3 faktor yang boleh membangun daerah termiskin di Malaysia ini. Pertama melalui penduduknya. Secara Kun Fayakun.. penduduk Kota Belud mendapat ilham, kudrat dan sumber kewangan untuk membangun daerah ini. Kedua, orang asing yang berduit datang mencurahkan dan melaburkan wangnya membangun daerah ini, dan ketiga melalui kerajaan.

Namun yang paling dekat adalah melalui kerajaan. Jentera kerajaan cukup lengkap. Kerajaan mempunyai sumber kewangan. Kerajaan mempunyai kakitangan yang cukup dan juga kerajaan diwakili oleh wakil-wakil rakyat dan para pemimpin parti yang ada kaitan dengan kerajaan.

Membangun sesebuah daerah miskin, perlu komitmen penuh baik daripada ahli-ahli politik, penjawat awam dan wakil-wakil rakyat yang mewakilinya.

Perancangan kerajaan biasanya sangat ditentukan oleh wakil-wakil rakyat. Tanpa perancangan dan cadangan daripada wakil-wakil rakyat, maka pembangunan sesebuah daerah itu akan senantiasa mandek dan jam, kerana kakitangan kerajaan tidak dapat melaksanakan apa-apa pembangunan, sebelum dasar atau polisi diluluskan oleh para ekeskutif diperingkat pengumbal dasar. Pengumbal dasar adalah wakil-wakil rakyat.

Kota Belud sejak negari ini meredeka melalui Malaysia pada 16 September 1963 telah diwakili oleh kerajaan yang memerintah, namun pembangunannya cukup perlahan.

Salah siapa kah pembangunan Kota Belud lambat? Apa kah kerajaan yang memerintah menganak tirikan pembangunan daerah ini? atau kah para wakil rakyat sebelumnya membuat perancangan yang kurang mendapat perhatian daripada para pengumbal dasar. Atau kah para wakil rakyat daerah ini kurang net working, sehingga tidak mendapat sokongan daripada para pelobi di peringkat pengumbal dasar.

Atau kah para wakil rakyat yang pernah mewakili daerah ini kurang mendapat kerjasama daripada penjawat awam daerah, sehingga data yang digunakan adalah data yang tidak bernilai. Dalam bahasa komputer "if you put rubbish, the result will be rubbish" Apa kah ini yang dialami oleh para wakil rakyat, sehinggakan mereka gagal membangun daerah ini?

Atau kah daerah Kota Belud hanya dipenuhi oleh kakitangan awam, yang hanya tahu mengambil gaji dihujung bulan dan sangat terikat dengan perintah am dan surat pekeliling daripada setiausaha kerajaan negeri atau kementerian-kementerian tertentu dalam negeri ini?

Di peringkat daerah misalnya, pejabat daerah pun masih mengamalkan sistem pentadbiran lama, yakni sistem "mencari file yang tebal-tebal".. Penggunaan komputer di negeri ini telah bermula pada tahun 1978, namun bagi pejabat Daerah Kota Belud, sistem itu belum diguna pakai.

Sistem permohonan tanah misalnya masih menggunakan sistem zaman British, kerana itulah bagi mereka yang menjadi petualang-petulang jual beli tanah, menjadi bermaharajarela. Namun bagi mereka yang buta sistem permohonan tanah ini, ada yang telah membuat permohonan tanah 30-40 tahun lalu, pun demikian permohonan tanah mereka tidak dapat diluluskan kerana kononnya terdapat pertindihan permohonan. Bagaimana tidaknya terjadi pertindihan, kalau sistem tidak ada! yang ada hanya merekod dan merekod permohonan.

Berasaskan kepada kelemahan yang di peringkat daerah yang pada masa kini? pada peringkat apa kah masalah ini dapat diselesaikan? Pada peringkat pegawai daerah tidak mungkin! pada peringkat wakil rakyat tidak mungkin! pada peringkat kementerian juga tidak mungkin! masalah ini hanya boleh diselesaikan pada pada peringkat dewan undangan negeri atau pada Jawatan Ketua Menteri.

Berbalik kepada cara penyelesaian daerah ini, bahawa hanya di peringkat DUN atau Jawatan Ketua Menteri sahaja yang boleh membuat penyelesaian. Ini bermakna, daerah Kota Belud memerlukan agar salah seorang wakil rakyat perlu menjadi ketua Menteri, kerana melalui jawatan ketua menteri sahaja lah seseorang wakil rakyat itu mampu menguasai dewan undangan negeri.

Berasaskan kepada senerio itu, di antara wakil-wakil rakyat yang ada siapa kah yang boleh dihandalkan menjadi Ketua menteri?

Melalui sistem parti, sesiapa yang mejadi pengerusi Umno atau BN negeri, itulah bakal dilantik sebagai Ketua Menteri selepas sahaja sesuatu pilahanraya umum dilangsungkan. Demikian lah mengikut sistem barisan nasional.

Di Sabah kini, pengerusi Umno dan Bn Negeri adalag Datuk Seri Musa Aman dan Timbalannya adalah Datuk Salleh Said Keruak. Jika pada PRU-13 akan datang, Musa Aman masih mengetuai BN atau Umno, maka secara automatik, Musa Aman akan tetap dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, jika sekiranya Musa Aman berundur dan memberi peluang kepada Timbalannya, yakni Salleh Said, maka jika Umno dan BN Menang, maka secara automatik Salleh akan dilantik Ketua Menteri.

Kembali kepada pemasalahan daerah Kota Belud tadi, jika Salleh Said dilantik sebagai Ketua Menteri untuk yang ke-2 kalinya, ada kemungkinankah Salleh memberi prioriti menyelesaikan pemasalahan daerah ini? kerana masa itu, sebagai ketua menteri Salleh akan berdalih, bahawa beliau mesti berlaku adil, yakni membangun seluruh Sabah secara seimbang.

Memandangkan daerah Kota Belud adalah daerah termiskin, mampu kah Salleh convince dewan undangan negeri agar prioriti membangun daerah Kota Belud akan menjadi dasar atau polisi halatuju pembangunan negeri?

Perlu diingat secara pembangunan, jika Kota Belud MAJU, daerah-daerah seperti Kudat, Pitas, Kota Marudu, Tamparuli akan juga ikut maju. Perkara ini di sebabkan, daerah-daerah ini berada dalam segi-tiga utara. Plan pembangunan boleh dinamakan Plan Pembangunan Tiga-Segi Utara boleh diwujudkan.

Potensi daerah-daerah ini adalah tanah dan laut. Projek seperti jelapang Padi dan agropolitan dan semacamnya akan ikut berkembang, dan pada gilirannya sumber pendapatan penduduk bertambah, apabila pendapatan bertambah, maka status miskin daerah ini akan bertukar. BOLEH KAH???????

Tan Sri Isa Samad Akan Menikah

Gambar Bibi Pilihan Tan Sri Isa Samad
Isa Samad dikhabarkan akan menikah untuk ke dua kalinya.

Isa yang juga merupakan seorang duda kerana kematian isterinya 5 tahun lalu akibat kanser adalah ahli dewan undangan negeri Bagan pinang, yang telah beliau rampaspada Oktober tahun lalu melalui kemenangan yang cukup besar dan rekod tersendiri bagai kawasan tersebut.

Isa akan mengawini ahli Dun Paroi yang juga mantan timbalan setiausaha pergerakan Puteri dan calon Naib ketua puteri namun tewas.

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohamad Isa Samad akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya yang juga bekas Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohamad Isa yang kehilangan isteri tercinta akibat kanser lima tahun lalu akan melangsungkan pernikahan dengan bakal surinya di rumah datuk Bibi Sharliza, 40, di Gentam, Kuala Pilah dekat sini esok pukul 3 petang.

12 April 2010

Apa Itu Skuad P-169 Kota Belud

Semalam saya sempat borak-borak dengan Idris Nanti Pegawai Perhubungan Khas Parlimen Kota Belud di Restoran Cita Rasa Kota Belud.

Melalui perbualan itu Idris menjelasankan serba sedikit mengenai peranan S-P169.

Latarbelakang kewujudan S- P169 Kota Belud adalah berpunca daripada saranan Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen dalam program cari. Apa yang dicari adalah.. rakyat yang masih miskin.

Ekoran daripada itu, maka MP Kota Belud memperkenalkan Skuad P-169 yang bermatalamatkan RAKAN INFO.

Menurut Idris nanti, Skuad P-169 ini dianggotai oleh para sukarelawan yang terdiri daripada para pemuda berbagai suku kaum dan mereka yang tidak berafiliasi dengan mana-mana parti.

Pengelibatan para pemuda yang tidak berafiliasi ini menurut Idris perlu dimanafaatkan kononnya agar mereka tidak terjerumus dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.

Skuad P-169 kononnya melibatkan akitiviti yang berlainan dengan aktiviti yang biasa diketahui oleh para belia,misalnya permainan sukan. Namun melalui Skuad P-169, para belia ini akan didedahkan kepada aktiviti yang bersifat ekstrim, misalnya XPDC membersih sungai, membersih kampung, perkemahan di perkampungan dan melibatkan para warga kampung.

Kononya Skuad P-169 Kota Belud ini tidak bersifat politik, tetapi hanya sebagai wadah berkumpulnya para belia atau pemuda yang mempunyai kecenderungan lasak.

Walaupun kelihatannya skuad ini bersifat sebagai RAKAN INFO bagi para penduduk yang buta info, berisfat sukarelawan, namun kelihatannya skuad ini bersifat PADAT MODAL, kerana tanpa modal kewangan adalah tidak mungkin, skuad ini dapat bergerak seperimana impian pencetusnya.

Manusia dalam kehidupan seharian perlu minum, perlu makan. Demikian juga anggota skuad ini. Keperluan lain perlu juga diambil kira, misalnya keperluan pengakutan dan keperluan kenderaan itu sendiri.

Bagaimana kah.. kelanjutan kepada skuad ini? dan apa kah peranan dan tujuannya akan terasa oleh penduduk sasaran mereka? sama-sama kita tunggu!!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels