26 July 2018

SELAGI TUN DR MAHATHIR SIHAT- ANWAR TIDAK BAKAL JADI PM

Tun Dr Mahathir telah memberi isyarat, isu Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun, sudah tidak penting sekarang, kerana ianya terletak kepada permintaan dan kemahuan rakyat.

PM ke-7 itu membayangkan akan kekal pada jawatan itu melangkaui masa yang dicadangkan, iaitu dua tahun.

Isyarat bahawa Tun Dr Mahathir akan kekal pada jawatan Perdana Menteri, tercermin pada wawancara PM ke-7 itu dengan CNN yang disiarkan pada hari ini.

Nampak gayanya, Dato Seri Anwar mengalami keadaan dipatok ular pada lubang yang sama.

Untuk rekod, sebelum Dato Seri Anwar dipecat pada September 1998 daripada jawatan TPM dan Timbalan Presiden Umno, beliau juga pada masa itu adalah PM in waiting, seperti mana sekarang.

Penulis yakin, Dato Seri Anwar maklum berkaitan keadaan ini, dan kemungkinan besar kesediaan beliau bertanding Presiden PKR pada pemilihan bulan depan ada hubungkait dengan masalah dalaman Pakatan Harapan, khususnya keenggan Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Apa kah akan berlaku perubahan lanskap politik selepas Anwar menjadi Presiden PKR?

Penulis yakin, Ketua Umum PKR itu tidak selesa dengan keadaan pemerintahan sekarang, walaupun asas reforamsi yang beliau perjuangkan adalah keadilan untuk semua, tidaklah sedemikian rupa sehinggakan mengabaikan kaum melayu/bumiputera serta agama islam, termasuk tidak menghormati raja-raja melayu.

20 Peratus Royalti Minyak- Hanya Yang #Uneducated Percaya

Kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman sudah memperkirakan, bahawa bayaran 20% daripada perolehan Petronas tidak bakal dipenuhi oleh Petronas, kerana jika diberikan, syarikat minyak negara itu akan kehilangan daya saing, malah boleh jatuh muflis. Namun, pembangkang pada masa itu, baik daripada Parti Warisan Sabah mahupun Pakatan Harapan bersungguh-sungguh sangat akan memberikan kadar itu kepada negeri-negeri pengeluar jika dapat merampas Putrajaya. Kini, terbukti, bahawa memang kadar itu tidak dapat diberikan, malah untuk kekal menyebut angka 20%, maka bayaran hendaklah didasarkan kepada keuntungan bersih. 

Menerusi keuntungan bersih, selain boleh dimanipulasi, juga jumlahnya akan sentiasa di bawah 5% daripada perolehan kasar. Keuntungan bersih sama dengan kosongpun, merupakan satu angka, kerana keadaan demikian, adalah satu keadaan operasi syarikat berada dalam keadaan “break-even”. Dalam segi operasi syarikat, ianya masih berbaloi, kerana dapat menutup kos operasi termasuk bayaran gaji kepada kakitangan, bayaran utliti selain bayaran-bayaran kepada pinjaman-pinjaman dan obligasi kewangan lain. Pada keadaan operasi Petronas “break-even” di kawasan di mana minyak dan digali, maka negeri-negeri berkenaan akan mendapat kosong bayaran. 

Kerajaan Sabah semasa diterajui Tan Sri Musa, untuk mendapat bahagian daripada hasil minyak & gas yang dikeluarkan daripada Sabah, maka Sabah menubuhkan syarikat minyak sendiri, kerana menerusi penubuhan syarikat minyak sendiri, selain mendapat keuntungan daripada segi operasi, juga akan mendapat keuntungan daripada produk-produk hiliran selain membuka peluang-peluang pekerajaan dan perniagaan. 

Manakala Pakatan Harapan dan Parti warisan sabah menekankan kepada bayaran 20%, semata-mata untuk memancing dan mempengaruhi pengundi yang #uneducated. Apabila mereka yang #uneducated ini memberikan undi sehingga dapat membentuk kerajaan ( Di Sabah tidak berlaku, kerana PWS tidak diberikan undi untuk membentuk kerajaan, melainkan kerajaan sementara yang ada, adalah hasil daripada tindakan khianat daripada para KATAK).

Kini, apa yang berlaku???? 20% royalti minyak akan hanya jadi igauan,,, 

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN- KERAJAAN TIPU HELAH

75 peratus kaum melayu/bumiputera tersentak, apabila Kerajaan Pakatan Harapan merupakan kerajaan yang bukan bernadikan penduduk majoriti dalam negara ini.

Selepas 61 tahun, pertamakalinya, kaum melayu/bumiputera bukan lagi tunggak kepada pemerintahan negara.

Jawatan-jawatan penting baik kementerian mahupun syarikat-syarikat kerajaan bukan lagi diterajui kaum melayu/bumiputera, melainkan oleh orang lain. Kalau adapun kaum melayu/bumiputera dipilih atau dilantik, ianya hanya sebagai pelengkap, atau melukut ditepi gantang.

Kaum melayu/bumiputera seperti nelayan, penoreh, pesawah, peneroka dan mereka yang berada di bawah kelompok B-40, dipinggirkan, dimansuhkan bantuan-bantuan, dikurangkan jumlah yang dibantu, misalnya penerima (BRIM) yang diganti istilah daripada 7 juta penerima kepada hanya 2 juta penerima.

Dengan pemansuhan berbagai bantuan kepada kelompok sasar, berhadapan dengan kenaikkan harga barang keperluan harian yang terus menanjak, meskipun harga ikan kembong menurut menteri yang menjaga ikan, tidak akan naik kerana di laut terdapatnya 3bilion ikan itu, namun hakikatnya harga ikan terus meningkat. Demikian juga jaminan menteri pertanian dan asas tani- bahawa harga daging tidak akan naik, sebab kementerian itu sedang memelihara 7 ekor lembu.

Keceluparan dan manipulasi hutang negara dengan mengganti piawaian perakunan antarabangsa, dan menukar jumlah hutang negara menjadikan pasaran saham negara menjunam, nilai ringgit menjunam, devisa negara menjunam, menyebabkan dalam tempoh kurang 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan, negara kerugian tidak kurang RM40 bilion. Kerunggian sejumlah itu, kononnya bakal ditutup oleh Tabung Pakatan Harapan, yang sehingga kini, tidak sampaipun RM170juta.

Mana-mana ekonomi sesebuah negara, perbelanjaan negara, merupakan enjin kepada perttumbuhan ekonomi sesebuah negara, tanpa negara berbelanja, maka perekonomian akan menguncup malah akan beku atau terhenti. Kini, kerana negara banyak kehilangan wang, baik kerana disebabkan penurunan devisa, pasaran saham yang menurun, nilai ringgit yang menjunam, kehilangan pendapatan daripada kutipan cukai, maka perbelanjaan negara, akan juga turut menurun atau berkurang. Akibatnya, perekonomian menurun, dan seterusnya akan berimpak kepada rakyat biasa. Penyelenggaran jalanraya bakal dukurangkan, perkhidmatan kesihatan bakal dikurangkan, perkhidmatan pendidikan bakal dikurangkan, malah golongan yang dengan segera yang mendapat impak adalah kelompok sasar seperti OKU, ibu tunggal, rakyat miskin di luar bandar dan sebagainya.

Para pemimpin Pakatan Harapan sejak 3 tahun lalu mendakwa bahawa 1MDB kehilangan RM42bilion, namun sehingga kini, tiada bukti-bukti bahawa syarikat itu kehilangan sejumlah itu. Apa yang ada hanya cerita dongeng tanpa fakta. Oleh kerana cerita dongeng dan fitnah itu, maka dikabulkan doa mereka, apabila kerajaan yang mereka terajui, kurang daripada 100 hari kehilangan wang hampir sama dengan dakwaan mereka. Selain itu, negara juga kehilangan pendapatan menerusi penjualan kelapa sawit kepada negara China, kerana negara itu beralih kepada Indonesia.

Kerajaan tipu helah, akan menerima tunai, berkaitan tipu hela mereka, seperti mana Doa Allahyarham Datuk Fadzil Nor, agar Tun Dr Mahathir dipanjangkan usia untuk melihat sendiri kerosakan yang beliau bina.

24 July 2018

TUN DR MAHATHIR BERI PELAJARAN PADA KAUM MELAYU/BUMIPUTERA

Sebelum Tun Dr Mahathir menutup mata, beliau memberi pengajaran sangat berharga kepada kaum melayu/bumiputera, bahawa tanah air yang dipijak akan menjadi milik orang, jika kaum itu bercerai berai.

Tun Dr Mahathir buktikan, bahawa hanya kerana 25% kaum itu lari daripada Jemaah, maka menyebabkan 75% yang lain menanggung padah. 

Tiada yang boleh dilakukan, apabila masih menggunapakai demokrasi, seperti mana keputusan PRU-14, apabila Pakatan Harapan yang disokong sepenuhnya oleh kaum cina dan india bersama dengan 25% kaum melayu/bumiputera mendapat 121 kerusi parlimen daripada 222. 

Meskipun Tun Dr Mahathir mempergunakan “kuasa” bagi menggambarkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan masih didominasi kaum melayu/bumiputera dengan melantik seramai mungkin daripada kaum itu ke dalam kabinet bagi menepis ramalan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, bahawa jika Umno kehilangan kuasa, maka Malaysia akan diperintah Singapura menerusi parti DAP. 

Memang benar, bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana adalah daripada kaum melayu/bumiputera, namun jika dilihat dariada senarai Menteri utama PH, daripada 12, hanya 4 diwakili melayu/bumiputera atau 33.33%, sedangkan komposisi kaum itu adalah 70% daripada keseluruhan rakyat negara ini. 

Kaum melayu/bumiputera juga selepas awal kemerdekaan, menyaksikan semula, bahawa kementerian-kementerian penting, seperti kewangan, pengangkutan, sumber manusia, Komunikasi & multimedia, air dan galian dikuasai kaum lain. Selain itu, jawatan Peguam negara juga terlepas daripada kaum itu. 

Apa yang paling menyedihkan, bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA), satu agensi khusus untuk melayu/bumiputera, kini diurus oleh kaum lain, ertinya agensi itu akan dibuka kepada kaum-kaum lain, termasuklah UITM. 

Tun Dr Mahathir memberi pengajaran kepada kepimpinan melayu/bumiputera, bahawa jika kuasa yang ada ditangan, tidak digunakan sebaik mungkin, maka padahnya, kuasa itu akan hilang. 

Datuk Seri Najib Razak semasa berkuasa, mahu menunjukkan, bahawa kematangan politik negara ini sudah tercapai, sebab itu beliau menggunakan pendekatan keadilan pada semua pihak, dengan mengabilkira, bahawa golongan yang terbanyak, juga akan menguasai kek ekonomi, bukannya terletak pada kumpulan minoriti. Menerusi pengwujudan 1MDB yang membolehkan pemilikan syarikat-syarikat yang dimiliki kaum minoriti seperti IPP, difikirkan menjadi pendorong kepada kaum majoriti menyokong beliau, namun kekuatan kewangan daripada mereka yang kehilangan penguasaan perniagaan, mampu mempergunakan Tun Dr Mahathir bagi mempengaruhi 25% daripada kaum itu.

Kekuatan kewangan daripada mereka yang kehilangan perniagaan, bukanlah digunakan untuk membeli undi, akan tetapi digunakan untuk membayar propagandis termasuk media-media antarabangsa. Media massa, termasuk media alternatif digerakan sedemikian rupa bagi mengumpul persepsi, dengan mempergunakan 1MDB dan derma RM2.6bilion sebagai KAMBING HITAM. Semua jajaran mengarah kepada DS Najib Razak, kerana mereka mempergunakan prinsip pembusukan ikan yang bermula daripada kepala.

Selain itu, Tun Dr Mahathir juga memberi pengajaran kepada kaum melayu/bumiputera, bahawa masih terdapatnya daripada kaum itu tidak menggunakan akal dan fikiran, walaupun mempunyai pendidikan, sehinggakan mereka itu dikategorikan sebagai #uneducated!!!!

Melihat kepada tindak tanduk Kerajaan PH dalam tempoh 100 hari berkuasa, jika kaum melayu/bumiputera tidak sedar lagi, maka tidak mustahil, keadaan HILANGNYA KERAJAAN MELAYU MELAKA akan berulang.

23 July 2018

SENARIO POLITIK SABAH SELEPAS PRU-14

Berdegar-degar Sabah for Sabahan. Harta karun Sabah diurus sendiri. Memimpin Sabah tidak perlu rujuk pemimpin Malaya. Itulah slogan parti Warisan Sabah. Kini, apa yang berlaku... hasil minyak dan gas, sama seperti dulu, malah terpaksa minta penjelasan, berkaitan pengertian 20% daripada net profit, seolah-olah piawaian berkaitan net profit tidak sama dengan definasi perakaunan seperti yang diamalkan, dipelajari di bangku-bangku kuliah. Mungkin juga definasi net profit bagi Malaysia baharu, sama dengan mengubah pengertian berkaitan hutang, yang mana di Malaysia sahaja di dunia ini menggunapakai perkataan jaminan sebagai hutang.

Mana janji, jika kerajaan Bn tumbang, maka harga barang turun, kalau tidak turun, maka kerajaan beri subsidi besar-besaran, supaya rakyat Sabah dapat berkongsi kekayaan negeri. Mana janji turunkan harga minyak masak, kerana janji harga minyak masak diturunkan, kerana Sabah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dalam negara. Janji turunkan minyak kereta, kerana Sabah pengeluar minyak.

Harga makanan laut diturunkan, kerana Sabah pengeluar ikan.

Bagi kepentingan penoreh getah, maka harga getah dinaikkan, bagi kepentingan pesawah, maka harga padi dinaikkan, bagi kepentingan pekebun sayur, maka harga sayur dinaikkan. Bagi kepentingan pengguna berdepan dengan situasi demikian, subsidi diberikan secara menyeluruh.

Pnulis perhatikan dalam tempoh 100 hari selepas PRU-14, keputusan kerajaan hanya berkiblat kepada bukan warga negara, kepada rumah-rumah setinggan warga asing. Bagi kesejahteraan warga asing, maka selain diberikan PAS KHAS, keluarga mereka juga turut diberikan; bagi kepentingan penduduk setinggan yang kebanyakan warga asing, maka akan dibuka tanah-tanah kerajaan bagi penempatan baharu.

Memang Parti Warisan Sabah tahu, penyebab utama tsunami di kawasan Pantai Timur yang menyebabkan Bn kalah ekoran penubuhan RCI PATI Sabah, kemudiannya tindakan kerajaan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI. Tindakan kerajaan terdahulu TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) merupakan pembangkit kebencian para pengundi di kawasan-kawasan yang dimenangi PWS. Sebagai contoh mengapa Parlimen Sepanggar dan DUN Karambunai, calon Umno kalah teruk, sebab di kawasan itulah berlakunya THTO. Demikian juga Parlimen Putatan, Dun Petagas dan Dun Tanjong Aru.

Datuk Shafie tahu betul, di mana kekuatan Umno, sebab itu beliau mensasarkan apa kemahuan mereka itu. Di lain pihak pula, Umno terlupa di mana kekuatan sebenar parti itu, sebaliknya menumpukan kepada strategi bukan "hard-core".

Kini, Umno tidak boleh lagi merujuk kepada kekuatan masa lalu, kerana "hard-core" telah terluka dan disakiti, dan mereka itu telah menjadi "hard-core" parti Warisan Sabah.

Selain itu, Umno Sabah tidak mempunyai kekuatan daripada segi kepimpinan, kerana pemimpin yang ada, hanya berpaksi kepada nostalgia, bukannya pencetus perjuangan. Merit pada mereka hanya pada kesetiaan. Kesetiaan tanpa keupayaan pengempur, ibarat singa tua yang hanya menunggu mangsa dalam gua.

22 July 2018

DISEBALIK KELENTONG-KELENTONG DATUK SHAFIE APDAL

Sebaik sahaja menubuhkan Parti Warisan Sabah (PWS) pada Oktober 2016, Shafie dengan lantang menyatakan, bahawa PARTI beliau tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti baik yang didaftar di Sabah mahupun Semenanjung. Alasan yang diberi, beliau tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak untuk menentukan halatuju Sabah, jika sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Ingkar janji pertama Shafie, apabila menjelang PRU-14 berkolaborasi dengan DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

Ingkar janji kedua, apabila menerima kerjasama dengan UPKO selepas PRU-14, sehinggakan tertubuhnya KERAJAAN KATAK negeri.

Kini, membuat keputusan lagi, melarang ekpsort kayu bulat daripada Sabah. Ekoran larangan itu, ditubuhkan pasukan khas mencari syarikat-syarikat yang diberi konsensi menebang kayu, dan didapati ada syarikat yang dilesenkan menerusi FMU dikatakan melanggar lesen, kerana menebang kayu di kawasan larangan, malah dikatakan belum membayar royalti yang dianggarkan sebanyak RM1juta (menurut Shafie) dan seterusnya 40,461 batang kayu bulat yang dirampas dikatakan bernilai lebih RM60juta (juga menurut Shafie).

Kini, Shafie mempergunakan isu kayu balak sebagai pembakar emosi rakyat, untuk terus menjustifikasikan kerajaan Katak beliau untuk diteruskan, dengan dakwaan, bahawa kerajaan terdahulu adalah PENCURI.

Penulis teringat, dakyah para Pemimpin Berjaya tahun 1975, apabila melawan kerajaan Parti Usno yang diterajui Tun Mustapha Datu Harun. Semua pemimpin Berjaya masa itu, membuat dakwaan bahawa hasil kayu balak Sabah dibolot oleh Tun Mustapha bersama Syed Kechik. Atas sebab dakwaan itu, pada PRN tahun 1976, kerajaan Usno tumbang. Pada tahun 1984, apabila Datuk Pairin dipecat, dakwaan yang sama dibuat, termasuk penyerahan Pulau Labuan, selain isu-isu minyak dan gas. Namun akhirnya, apabila parti Berjaya dan PBS memerintah kawasan kayu balak Sabah ditebang tanpa had. Untuk rekod, pada tahun 2002, keluasan hutan Sabah hanya berbaki 838ribu hektar. 

Kerajaan Sabah yang diterajui Musa bermula tahun 2003, memperkenalkan penebangan kayu terpilih sesuai dengan piawaian antarabangsa, selain menghadkan pemotongan, sebab itu, pada tahun 2017, keluasan hutan bertambah kepada 1.83juta hektar. Jika benar dakwaan Shafie, bahawa kerajaan terdahulu sebagai pencuri, bagai mana keluasan hutan bertambah? Penulis yakin, Shafie akan terperangkap lagi dengan pembohongan, seperti mana pembohongan beliau berkaitan simpanan Kewangan Negeri, yang akhirnya beliau sendiri mengumumkan, bahawa simpanan kewangan negeri setakat Jun,2018 berjumlah RM3.4bilion, sedangkan pada Mei, beliau menyatakan bahwa kerajaan beroperasi dalam keadaan negatif, kerana tiada simpanan.

Shafie, adalah pemimpin yang mempunyai sifat, hentam kerumu, dan membuat kenyataan tidak berasas fakta, kemudiannya, apabila kelibatnya didedah, maka cepat-cepat membuat PUSINGAN U. Sebagai contoh, kenyataan beliau berkaitan bayaran Petronas kepada Sabah berasaskan 20% daripada keuntungan bersih, beliau cepat menyambut baik keputusan itu, namun selepas didedahkan kebodohan beliau, kini dengan berbagai alasan, cuba memperbetulkan kebodohan beliau itu.

Rakyat Sabah jangan sama sekali, terperangkap dengan istilah PENCURI yang dijadikan sebagai pembangkit emosi, kerana disebalik tindakan itu, ada maksud lain. Shafie cuba mengwujudkan suasana negatif, sebagai usaha untuk membolot syarikat-syarikat menebang kayu, bukan itu sahaja, rakyat juga kena ingat berkaitan dengan tindakan pemberian PAS KHAS kepada PATI/PTI, kerana tindakan itu merupakan lombong emas. Cuba bayangkan keuntungan bagi setiap PATI/PTI sebanyak RM600, kalau 800,000 orang, tekan kalkulator!!!!, jumlah ini lah yang bakal dikaut oleh pencacai Shafie yang terlibat dengan pengurusan PATI/PTI. Nampak gaya, akan muncul jutawan-jutawan baru, yang terlibat dengan perdagangan manusia, seperti ungkapan Husin Lempoyang dalam Filem 3 Abdul, meniaga manusia lebih untung berbanding berniaga unta!!!

21 July 2018

BAYARAN PETRONAS: SHAFIE MINAT KOTAK BERBANDING ISI

Kalau seseorang TIDAK menggunakan akal, maka lebih cenderung memilih pada KUANTITI berbanding KUALITI. Sebab itu, apabila Tun Dr Mahathir bersetuju agar Petronas membayar 20% daripada keuntungan bersih daripada minyak dan gas yang dihasilkan daripada Sabah, Presiden parti Warisan Sabah Datuk Shafie Apdal tanpa fikir panjang terus mengucapkan terima kasih, malah beliau menyatakan persetujuan Tun Dr Mahathir itu sebagai penghargaan kepada rakyat Sabah.

ADUN Senallang itu, lupa, jika berasaskan keuntungan bersih, kerbarangkalian Sabah mendapat sedikit daripada 5% royalti berasaskan penjualan kasar, malah boleh mendapat kosong. Bayaran kepada Sabah boleh kosong, apabila operasi Petronas di wilayah Sabah hanya dalam keadaan Break-Even/pulang pokok/go home tree. Lagi pun bayaran berasaskan keuntungan bersih, mengenepikan hak-hak Sabah berkaitan minyak dan gas itu sendiri, kerana menghilangkan perkataan royati.

Sebagai rekod tahun 2017, Sabah menerima RM1.214bilion, dan tahun ini dianggarkan RM1.318bilion berasaskan 5% daripada jualan kasar.

Akan diketahui, berapa jumlah Sabah akan perolehi, apabila 20% daripada keuntungan bersih dikuatkuasakan.

Shafie benar-benar tidak menggunakan pengalaman syarikat-syarikat yang beroperasi, meskipun keuntungan negatif atau dalam kedudukan Break-Even. Inilah masalahnya, kalau pemimpin seperti kera mendapat bunga, berbeza dengan pemimpin Sarawak, yang terus menolak keputusan berkaitan 20% base on net profit, kerana pemimpin negeri jiran itu, lebih mengutamakan KUALITI berbanding KUANTITI.

Rakyat Sabah kena ingat, Sabah menjadi negeri mundur dan rakyatnya jatuh miskin semasa ERA Tun Dr Mahathir.

PEMIMPIN UMNO SABAH KETIADAAN PEMIMPIN PENGEMPUR

Hakikat yang perlu diterima, bahawa para pemimpin Umno Sabah yang ada dikategorikan sebagai jaguh kampung, kerana mereka itu hanya kuat di kawasan masing-masing.

Sabah yang mempunyai 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan Dun, memerlukan pemimpin yang mampu mendobrak sebahagian besar kawasan, khususnya kawasan-kawasan yang dikuasai parti Warisan Sabah, DAP dan PKR.

Para pemimpin Umno Sabah yang ada, memang diakaui kesetiaan dan perjuangan mereka, namun ianya tidak cukup untuk mengetuk hati sebahagian rakyat yang menolak parti.

Kepimpinan Umno negeri, perlu seorang figura yang mampu bersaing dengan kepimpinan Datuk Shafie Apdal. Jika tidak, keupayaan Umno akan hanya setakat pencapaian Parti Usno setiap pilihanraya, sebelum parti itu dibubarkan.

Ketiadaan Tan Sri Musa Aman sebagai pemimpin utama Umno Sabah, semacam berlaku kelompangan terhadap kepimpinan Umno negeri.

Dalam keadaan bahawa Umno sebagai parti pembangkang, maka memerlukan para pemimpin yang mempuyai pendekatan sebagai pengempur, bukan berasaskan kepada cerita-cerita nostalgia.

Bagi pandangan penulis, sifat pengempur untuk masa ini, hanya ada pada MP Kinabatangan- Datuk Bung Moktar Radin, dan kebetulan beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Bung Moktar dengan sifat semulajadi beliau sebagai "pemberani" jika menumpukan masa sepenuhnya di Sabah dan menjelajah negeri, mampu membangkitkan semula semangat ahli dan penyokong parti yang tengah 'down".

Para pemimpin Umno pada masa ini, perlu menyusun strtategi, dan menyimpulkan 2-3 isu muktabar sebagai pemangkin untuk menggamit semula sokongan rakyat. Fikir-Fikirkan Lah.

PRK SUNGAI KANDIS- PENANDA ARAS PENERIMAAN TERHADAP UMNO/BN

Apa kah lebih 51ribu pengundi Sungai Kandis mengambil iktibar bagai mana Pakatan Harapan mempermainkan rakyat, apabila TIDAK menunaikan akujanji mereka yang dituangkan menerusi Manifesto mereka pada PRU-14.

Apa kah pengundi Dun Sungai Kandis akan menggunakan naluri kemanusian mereka, bagi mengajar Pakatan Harapan yang hanya mempergunakan rakyat untuk mendapat kuasa.

Menerusi PRK ini, akan diketahui, apa kah para pengundi mengundi secara rasional, atau masih terbawa-bawa dengan emosi akibat pembohongan, fitnah yang ditaburkan pemimpin Pakatan Harapan.

Pengundi Sungai Kandis, setidak-tidaknya memberi isyarat kepada Pakatan Harapan, bahawa bohong dan fitnah tidak selamanya mendapat tempat di hati rakyat. Pembohongan dan fitnah ada hadnya.

Manusia diikat pada janjinya. Jika manusia tidak menunaikan janji, maka mereka itu tergolong dalam ciri-ciri munafiq. 

Jangan kerana kepintaran menggunakan akal, maka manifesto dikatakan bukan kitab, maka tidak perlu ditunaikan, sedangkan kerana manifestolah rakyat menyokong. 

Apa yang diharapkan menerusi PRK ini, pengundi kawasan itu, perlu mewakili aspirasi rakyat secara umum yang tertipu kerana akujanji pada PRU-14.

20 July 2018

PRK SUNGAI KANDIS- UJIAN TERHADAP UMNO SELEPAS PRU-14

PRK Sungai Kandis adalah ujian pertama bagi parti Umno selepas PRU-14. Meskipun di atas kertas, peluang Umno amat tipis, namun, berasaskan senario politik semasa, yang mana rakyat menyaksikan, bahawa Pakatan Harapan diselubungi dengan tidak menunaikan janji-janji pilihanraya, PRK kali ini boleh dikatakan sebagai refrendum kepada Kerajaan yang menerajui Putrajaya itu.

Pada PRU-14, Dun tersebut dimenangi oleh Allahyarham Suhaimi Shafie (Adun tiga penggal sejak tahun 2008) apabila memperolehi undi sebanyak 23,998 dengan majoriti 12,480, mengatasi calon Bn Kamaruzzaman bin Johari (11,518 undi), calon Pas Mohd Yusof (7573 undi) dan calon PRM Hanafiah bin Husin (76 undi).

Pada PRK kali ini, parti PAS dikhabarkan tidak meletakkan calon. Jika diandaikan, calon Umno menerusi Datuk Loman Noor Adam boleh mendapat undi Pas, namun masih kurang hampir 5,000 untuk mencapai undi Allahyarham Suhaimi.

Apa yang pasti keputusan PRK Sungai Kandis, akan menjadi penanda aras keupayan Umno dalam usaha parti itu untuk bangkit semula selepas kehilangan kuasa julung kalinya dalam tempoh 61 tahun.

Pada PRK kali ini juga akan dilihat bagai mana keampuhan saf kepimpinan baru Umno yang diterajui Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersama Timbalan beliau- Datuk Mohammad Hassan.


MANIFESTO: HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH

Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. Maksud peribahasa ini dapat dijelaskan dengan cerita yang dapat menggambarkan keinginan seseorang yang melakukan sesuatu dengan segala keupayaannya dan demikian juga sebaliknya.

Dalam sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri iaitu Pak Cik Dasuki dan Mak Cik Timah. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Anak lelaki yang sulung bernama Mahathir manakala yang bongsu bernama Rafizi. kedua-dua orang anak mereka mempunyai sikap yang amat berbeza. Rafizi merupakan seorang pelajar yang rajin berusaha dan mendengar kata kedua-dua ibu bapanya. Tidak seperti adiknya, Mahathir pula bersikap sebaliknya. Jika disuruh oleh ibu bapanya, ada-ada sahaja alasan yang diberikan oleh Mahathir untuk mengelakkan diri daripada melakukan kerja berkenaan.

Kedua-dua orang anak Pak Cik Dasuki dan Mak Cik Timah akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Mahathir akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, manakala adiknya pula akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pak Cik Dasuki selalu menasihati kedua-dua orang anaknya agar gigih berusaha supaya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

Setiap petang sekembalinya dari sekolah, selepas makan tengah hari Rafizi akan berehat sebentar sebelum membantu ibu bapanya di warung di hadapan rumah mereka. Mahathir pula hanya sekali sekala membantu ibu bapanya. Sekiranya disuruh, Mahathir akan memberikan alasan bahawa dia penat kerana baru kembali dari sekolah. Ada kalanya, dia akan memberitahu ibu bapanya bahawa dia perlu menyiapkan kerja sekolahnya. Namun hakikatnya, dia hanya ‘melepak’ di rumah atau tidur sepanjang petang.

Setiap malam, selepas makan malam, walaupun agak letih kerana membantu ibu bapanya di warung, Rafizi akan mengulang kaji pelajarannya ataupun menyiapkan kerja sekolahnya. Dia tidak bertangguh untuk menyiapkan kerja rumahnya. Sekiranya tidak faham akan pelajaran yang diulang kaji, Rafizi akan cuba merujuk kepada Mahathir. Namun Mahathir kerap memberikan alasan bahawa dia tidak tahu ataupun tidak ingat lagi akan pelajaran tersebut. Maka terpaksalah Rafizi pergi ke rumah Cikgu Anwar disebelah rumah mereka untuk menyelesaikan masalahnya. Begitulah yang kerap dilakukan oleh Rafizi. Dia berusaha dengan pelbagai cara bagi memastikan hajatnya tercapai.

Di sekolah, Mahathir memiliki satu sikap yang kurang digemari oleh rakan-rakan dan gurunya. Sekiranya gagal memperoleh markah yang baik dalam sesuatu mata pelajaran, dia akan menyalahkan gurunya dengan alasan guru mata pelajaran berkenaan kurang berkesan dalam pengajarannya. Dia tidak akan menyalahkan dirinya sendiri yang kurang mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berbeza dengan adiknya Rafizi yang akan mengenal pasti kelemahannya sendiri dalam mengulang kaji pelajaran sekiranya dia memperoleh markah yang rendah dalam sesuatu ujian. dengan demikian, Rafizi sentiasa dapat membaiki pencapaiannya dalam pelajaran dari semasa ke semasa.

Akhirnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang diduduki oleh Rafizi, dia berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke sebuah sekolah berasrama penuh. Mahathir pula memperoleh keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaannya. Dia juga gagal melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Dia terpaksa duduk di kampung membantu ibu bapanya berniaga di warung.

Daripada cerita itu, dapatlah kita membuat penilaian bahawa untuk mencapai keinginan kita, kita perlu berusaha dengan gigih lagi bagi mencapainya bukannya memberikan pelbagai alasan sekiranya kita mengalami kegagalan. begitulah yang dikatakan orang ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’


Nota: nama-nama tiada hubungkait samaada yang hidup atau yang mati.

17 July 2018

DALAM POLITIK YANG KUAT ITU SUARA, DALAM DEWAN RAKYAT YANG KUAT ITU KERUSI

Sistem demokrasi negara, suara kuat bagi sesebuah parti politik apabila mempunyai jumlah kerusi mudah, sebagai contoh Dewan Rakyat, maka parti atau parti-parti yang mempunyai 112 atau lebih daripada 222, maka dianggap mempunyai suara kuat. 

Bagi parti atau parti-parti yang tidak mencapai jumlah itu, bertempik bersorak, stage out, hanya jadi tontonan, kerana "at end of the day" "the government of day" jua yang melaksanakan semua polisi kerajaan semasa. Pihak yang melawan, hanya mampu berhujah dan berhujah, tidak semestinya didengar oleh pihak kerajaan. Mengapa? belum tiba masanya di negara ini menghormati pendapat parti yang membangkang kerajaan, sebab itu, apabila lebih 50 wakil rakyat (daripada Umno dan Pas) protes berkaitan tatacara perlantikan Speaker Dewan Rakyat, kerana tidak mengikut peraturan perlantikan, maka suara majoriti yang tetap menang. Mungkin perkiraan inilah yang digunapakai oleh Wakil Kimanis dan Rembau, untuk tidak ikut "stage out", kerana "stage out" hanya perbuatan sia-sia dan buang masa, kerana tidak akan mengubah keputusan.

Bagi parti yang mempunyai kerusi majoriti, apa kah tindakan kenampakan melanggar undang-undang, ianya boleh difaktakan sebagai tidak melanggar undang-undang. Sebagai contoh berkaitan nama calon Speaker Dewan Rakyat, Sekteriat Dewan Rakyat sendiri mengesahkan telah menerima nama pada 2 Julai, walaupun cerita-cerita berkaitan nama calon itu hanya dimuktamadkan pada 15 julai, sebabnya sebelum pemuktamadan itu, telah muncul dua nama untuk dilantik, malah salah seorang sempat menolak kerana tidak mahu mengosongkan kerusi DUN. Makna kata, nama calon memang belum dimuktamadkan akan tetapi disenarai pendekkan, ertinya pada 2 julai, memangpun nama-nama telah dihantar ke sekteriat Dewan Rakyat, hanya pada 15 Julai dimuktamadkan salah seorang. Tidak pastilah, apa kah cara ini menyalahi peraturan? Jangan lupa bahawa yang dilantik itu adalah mantan Hakim Mahkamah Rayuan, tak kan lah, beliau sanggup melanggar peraturan? kerana tindakan itu boleh membawa imej negatif kepada kerjaya beliau sebagai mantan hakim.

Walaupun apapun, kekecohan semalam di Dewan Rakyat hanya pemanas badan, bagi wakil rakyat pembangkang, kerana mereka itu julung kali jadi pembangkang.

Bermula daripada esok, sebagai pembangkang, lengkapi diri anda dengan sebanyak mungkin fakta lapangan, berkaitan rakyat. Grill lah para menteri kerajaan, khususnya berkaitan sara hidup rakyat. Grill lah Lim Guan Eng berkaitan istilah baru perakaunan negara, kerana istilah yang digunakan berkaitan hutang negara, hanya di Malaysia sahaja digunakan.

Kongsilah pertanyaan anda di laman-laman sosial, supaya rakyat dapat mengetahui, soalan-soalan atau isu-isu yang di bawa, supaya rakyat tahu, mana pihak yang berjuang untuk rakyat. Jangan hadir di Dewan Rakyat sebagai pelengkap. Anda hadir untuk membangkitkan isu-isu rakyat, walaupun "government of the day" tiada obligasi mematuhinya, tetapi anda kena yakin, bahawa tujuan anda agar PARA HAKIM i.e. rakyat berpihak pada anda, kerana para hakim inilah yang menentukan masa depan parti pada PRU-15.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels