24 July 2018

TUN DR MAHATHIR BERI PELAJARAN PADA KAUM MELAYU/BUMIPUTERA

Sebelum Tun Dr Mahathir menutup mata, beliau memberi pengajaran sangat berharga kepada kaum melayu/bumiputera, bahawa tanah air yang dipijak akan menjadi milik orang, jika kaum itu bercerai berai.

Tun Dr Mahathir buktikan, bahawa hanya kerana 25% kaum itu lari daripada Jemaah, maka menyebabkan 75% yang lain menanggung padah. 

Tiada yang boleh dilakukan, apabila masih menggunapakai demokrasi, seperti mana keputusan PRU-14, apabila Pakatan Harapan yang disokong sepenuhnya oleh kaum cina dan india bersama dengan 25% kaum melayu/bumiputera mendapat 121 kerusi parlimen daripada 222. 

Meskipun Tun Dr Mahathir mempergunakan “kuasa” bagi menggambarkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan masih didominasi kaum melayu/bumiputera dengan melantik seramai mungkin daripada kaum itu ke dalam kabinet bagi menepis ramalan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, bahawa jika Umno kehilangan kuasa, maka Malaysia akan diperintah Singapura menerusi parti DAP. 

Memang benar, bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana adalah daripada kaum melayu/bumiputera, namun jika dilihat dariada senarai Menteri utama PH, daripada 12, hanya 4 diwakili melayu/bumiputera atau 33.33%, sedangkan komposisi kaum itu adalah 70% daripada keseluruhan rakyat negara ini. 

Kaum melayu/bumiputera juga selepas awal kemerdekaan, menyaksikan semula, bahawa kementerian-kementerian penting, seperti kewangan, pengangkutan, sumber manusia, Komunikasi & multimedia, air dan galian dikuasai kaum lain. Selain itu, jawatan Peguam negara juga terlepas daripada kaum itu. 

Apa yang paling menyedihkan, bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA), satu agensi khusus untuk melayu/bumiputera, kini diurus oleh kaum lain, ertinya agensi itu akan dibuka kepada kaum-kaum lain, termasuklah UITM. 

Tun Dr Mahathir memberi pengajaran kepada kepimpinan melayu/bumiputera, bahawa jika kuasa yang ada ditangan, tidak digunakan sebaik mungkin, maka padahnya, kuasa itu akan hilang. 

Datuk Seri Najib Razak semasa berkuasa, mahu menunjukkan, bahawa kematangan politik negara ini sudah tercapai, sebab itu beliau menggunakan pendekatan keadilan pada semua pihak, dengan mengabilkira, bahawa golongan yang terbanyak, juga akan menguasai kek ekonomi, bukannya terletak pada kumpulan minoriti. Menerusi pengwujudan 1MDB yang membolehkan pemilikan syarikat-syarikat yang dimiliki kaum minoriti seperti IPP, difikirkan menjadi pendorong kepada kaum majoriti menyokong beliau, namun kekuatan kewangan daripada mereka yang kehilangan penguasaan perniagaan, mampu mempergunakan Tun Dr Mahathir bagi mempengaruhi 25% daripada kaum itu.

Kekuatan kewangan daripada mereka yang kehilangan perniagaan, bukanlah digunakan untuk membeli undi, akan tetapi digunakan untuk membayar propagandis termasuk media-media antarabangsa. Media massa, termasuk media alternatif digerakan sedemikian rupa bagi mengumpul persepsi, dengan mempergunakan 1MDB dan derma RM2.6bilion sebagai KAMBING HITAM. Semua jajaran mengarah kepada DS Najib Razak, kerana mereka mempergunakan prinsip pembusukan ikan yang bermula daripada kepala.

Selain itu, Tun Dr Mahathir juga memberi pengajaran kepada kaum melayu/bumiputera, bahawa masih terdapatnya daripada kaum itu tidak menggunakan akal dan fikiran, walaupun mempunyai pendidikan, sehinggakan mereka itu dikategorikan sebagai #uneducated!!!!

Melihat kepada tindak tanduk Kerajaan PH dalam tempoh 100 hari berkuasa, jika kaum melayu/bumiputera tidak sedar lagi, maka tidak mustahil, keadaan HILANGNYA KERAJAAN MELAYU MELAKA akan berulang.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels