23 July 2018

SENARIO POLITIK SABAH SELEPAS PRU-14

Berdegar-degar Sabah for Sabahan. Harta karun Sabah diurus sendiri. Memimpin Sabah tidak perlu rujuk pemimpin Malaya. Itulah slogan parti Warisan Sabah. Kini, apa yang berlaku... hasil minyak dan gas, sama seperti dulu, malah terpaksa minta penjelasan, berkaitan pengertian 20% daripada net profit, seolah-olah piawaian berkaitan net profit tidak sama dengan definasi perakaunan seperti yang diamalkan, dipelajari di bangku-bangku kuliah. Mungkin juga definasi net profit bagi Malaysia baharu, sama dengan mengubah pengertian berkaitan hutang, yang mana di Malaysia sahaja di dunia ini menggunapakai perkataan jaminan sebagai hutang.

Mana janji, jika kerajaan Bn tumbang, maka harga barang turun, kalau tidak turun, maka kerajaan beri subsidi besar-besaran, supaya rakyat Sabah dapat berkongsi kekayaan negeri. Mana janji turunkan harga minyak masak, kerana janji harga minyak masak diturunkan, kerana Sabah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dalam negara. Janji turunkan minyak kereta, kerana Sabah pengeluar minyak.

Harga makanan laut diturunkan, kerana Sabah pengeluar ikan.

Bagi kepentingan penoreh getah, maka harga getah dinaikkan, bagi kepentingan pesawah, maka harga padi dinaikkan, bagi kepentingan pekebun sayur, maka harga sayur dinaikkan. Bagi kepentingan pengguna berdepan dengan situasi demikian, subsidi diberikan secara menyeluruh.

Pnulis perhatikan dalam tempoh 100 hari selepas PRU-14, keputusan kerajaan hanya berkiblat kepada bukan warga negara, kepada rumah-rumah setinggan warga asing. Bagi kesejahteraan warga asing, maka selain diberikan PAS KHAS, keluarga mereka juga turut diberikan; bagi kepentingan penduduk setinggan yang kebanyakan warga asing, maka akan dibuka tanah-tanah kerajaan bagi penempatan baharu.

Memang Parti Warisan Sabah tahu, penyebab utama tsunami di kawasan Pantai Timur yang menyebabkan Bn kalah ekoran penubuhan RCI PATI Sabah, kemudiannya tindakan kerajaan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR PULANG PATI. Tindakan kerajaan terdahulu TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) merupakan pembangkit kebencian para pengundi di kawasan-kawasan yang dimenangi PWS. Sebagai contoh mengapa Parlimen Sepanggar dan DUN Karambunai, calon Umno kalah teruk, sebab di kawasan itulah berlakunya THTO. Demikian juga Parlimen Putatan, Dun Petagas dan Dun Tanjong Aru.

Datuk Shafie tahu betul, di mana kekuatan Umno, sebab itu beliau mensasarkan apa kemahuan mereka itu. Di lain pihak pula, Umno terlupa di mana kekuatan sebenar parti itu, sebaliknya menumpukan kepada strategi bukan "hard-core".

Kini, Umno tidak boleh lagi merujuk kepada kekuatan masa lalu, kerana "hard-core" telah terluka dan disakiti, dan mereka itu telah menjadi "hard-core" parti Warisan Sabah.

Selain itu, Umno Sabah tidak mempunyai kekuatan daripada segi kepimpinan, kerana pemimpin yang ada, hanya berpaksi kepada nostalgia, bukannya pencetus perjuangan. Merit pada mereka hanya pada kesetiaan. Kesetiaan tanpa keupayaan pengempur, ibarat singa tua yang hanya menunggu mangsa dalam gua.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels