30 August 2018

TAN SRI MUSA AMAN MASIH KETUA MENTERI SABAH

Secara praktikalnya, Tan Sri Musa Aman tidak menjalankan tugas Ketua Menteri Sabah, namun berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah, beliau adalah Ketua Menteri yang sah.

Musa tidak dapat melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri, kerana "pihak berkuasa" tidak berpihak pada beliau. 

Pejabat Ketua Menteri telah dicseroboh pada 14 Mei, 2018 seawal pukul 6 pagi, sehinggakan memaksa pasukan keselamatan hadir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Malah dalam perkembangan yang sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffery Kitingan yang melapor diri di Kementerian Pertanian dan Industri makanan dihalang memasuki pejabat menteri.

Mengapa Musa masih Ketua Menteri Sabah? Selepas PRU-14, jumlah ADUN yang menyokong beliau adalah 31 daripada 60. Menerusi jumlah itu, maka beliau dan kabinet mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei, 2018 dan seterusnya mengadakan Mesyuarat Kabinet Pertama pada 12 Mei, 2018.

Tiada kaedah lain dalam Perlembagaan Negeri dapat melucutkan jawatan Ketua Menteri, kecuali dua cara iaitu melalui undi tidak percaya di DUN atau meletakkan jawatan. Berasaskan kepada fakta ini, maka jika berlaku "perlantikan" Ketua Menteri sedangkan Ketua Menteri yang sah masih berkuatkuasa, maka perlantikan itu adalah Null and Void.

Musa telah terperangkap dengan keadaan, kerana Kerajaan Persekutuan tidak berpihak kepada situasi dan kondisi beliau, walaupun Perlembagaan Negeri menyebelahi beliau.

Mengapa berlaku kemelut jawatan Ketua Menteri Sabah? Sebabnya kerana tindakan pengkhianat demokrasi pada 11 Mei, 2018. Pada tarikh itu, 6 ADUN BN berpaling tadah menyokong lawan. Mereka itu adalah 4 ADUN Umno (ADUN Balung, ADUN Tanjung Batu, ADUN Sebatik dan ADUN Kemabong) dan 2 ADUN UPKO (ADUN Kedamaian dan ADUN Paginatan). Berasaskan pengkhiantan itu, maka di atas kertas (teknikal) Musa kehilangan majoriti mudah daripada 60 ADUN. Walaupun secara teknikal Musa kehilangan 6 ADUN, namun belum disahkan di DUN Sabah, kerana sehingga kini, walaupun DUN Sabah telah "bersidang" sebanyak 3 kali, TIADA USUL undi TIDAK PERCAYA kepada Musa. Lagipun dalam Perlembagaan Sabah, Musa yang sepatutnya memanggil persidangan, bukannya pihak lain. Keadaan ini lah yang akan diputuskan mahkamah, pada 26 Oktober, 2018, bagi menjawab saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal.

Jika keputusan mahkamah berasaskan Perlembagaan Negeri, maka sudah tentunya, kedudukan Musa adalah Ketua Menteri sah. Namun, berasaskan senario semasa, beliau hanya boleh menasihatkan TYT untuk membubarkan DUN bagi membuka jalan pilihanraya baru, kerana jika beliau kembali ke DUN Sabah untuk mendapatkan sokongan undi, beliau akan kalah, kerana 10 ADUN sebelum ini menyokong beliau telah menjadi katak.

29 August 2018

PENYELEWENGAN DANA RM1.5BILION KKLW UNTUK SABAH: RUPANYA CERITA DALAM FILEM

Poster Filem
Rupanya tindakan SPRM menangkap beberapa individu pada tahun 2017 berkaitan "Penyelewengan dana KKLW sebesar RM1.5bilion) sebahagian daripada babak-babak dalam filem. Sebab itu lah, pengelibatan Datuk Shafie Apdal berkaitan kehilangan dana KKLW RM1.5bilion, dijawab dengan TIADA TINDAKAN LANJUT. Bagaimana ada Tindakan lanjut, jika ianya cerita sebuah filem.

Bersandar lepada jawapan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Liew Vui Keong, maka bermula daripada sekarang, jangan ada sesiapa lagi bertanya berkaitan kehilangan dana RM1.5bilion!!!

Rakyat perlu faham, cerita filem itu sangat panjang, kerana membabitkan 350 projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sembilan daerah di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan dan membabitkan 260 syarikat pelaksana.

Para pelakon daripada SPRM memerlukan masa yang panjang bagi melangsaikan filem itu, kerana membabitkan kos yang cukup besar, iaitu RM7.5bilion menerusi pecahan -projek bekalan air, sebanyak 170 projek ditawarkan membabitkan kos RM2 bilion, manakala 163 projek lagi membabitkan kerja infrastruktur jalan raya (RM3.2 bilion) dan 17 projek bekalan elektrik (RM2.19 bilion).

Perlu diketahui juga semasa pembuatan filem itu, rakyat kelompok sasar dan para wakil rakyat juga turun berlakon, seolah-olah mereka tidak mendapat mendapat kemudahan daripada projek-projek yang dilaksanakan, kerana cara itu merupakan polimek daripada filem itu.

Kini, rakyat di mana projek-projek itu dibina tiada masalah lagi, termasuk mereka yang mendapat bekalan air daripada Loji Air Sungai Intan, Semporna. Lawatan Bekas Pesurujaya SPRM di loji itu pada hujung tahun 2017, adalah sebahagian daripada babak-babak filem.

KERAJAAN SABAH: PENCURI MENGAKU MANGSA CURI

Kalau rakyat mengadili seseorang pemimpin berasaskan pencapaian, maka pengadilan itu meskipun tidak sempurna, akan tetapi boleh menggambarkan kebenaran.

Mari kita lihat pencapaian pemimpin atau kerajaan Bn sejak tahun 1994 sehingga 9 Mei 2018.

Rekod kewangan negeri negatif sehingga tahun 2000. Mengapa rekod negatif, sebabnya kerajaan Bn mewarisi kerajaan yang hampir muflis. Tahun 2003, rekod kewangan negeri hanya RM184juta, selepas itu pada Mei, 2018 rekod kewangan negeri lebih RM3.4bilion.

Rekod keluasan hutan Sabah tahun 2002 hanya 838ribu hektar, tahun 2018 seluas 1.87juta hektar, peningkatan lebih 1juta hektar.

Rekod permindahan geran tanah individual, pada tahun 2003, sejumlah 1.4juta hektar tanah geran individual bertukar tangan, sebab itu lah kerajaan Bn melaksanakan Geran Komunal, supaya rakyat tidak boleh menjual tanah yang diberikan sebaliknya boleh diwarisi. Beribu tanah geran komunal diberikan kepada rakyat yang layak yang tersebar di pelosok Sabah, termasuk lah di Semporna.

Kadar kemiskinan hampir 30% apabila Bn mengambil alih kerajaan negeri, berjaya diturunkan sehingga 4% pada tahun 2016.

Daripada segi bajet pula, beberapa kali kerajaan negeri membentang bajetkan bajet di atas RM4bilion setahun, yang mana bajet itu merupakan rekod bagi negeri sejak merdeka.

Jika benarlah bahawa para pemimpin Bn tidak amanah, bagai mana simpanan kewangan negeri meningkat? jika para pemimpin Bn menebang hutan bagai mana keluasan hutan terus bertambah?

Jika kerajaan Bn tidak melaksanakan pembangunan dan aktiviti ekonomi yang menjurus kepada rakyat, mengapa kadar kemiskinan menurun?

Kalau lah semasa kerajaan Bn, dana daripada Persekutuan yang disalurkan menerusi KKLW digunakan secara tersasar dan sesuai dengan keperluan rakyat, maka kadar pembangunan Sabah tentu semakin rancak, malah kemudahan asas rakyat luar bandar telah di atasi.

Bayangkan dana KKLW bermula tahun 2009-2015 untuk Sabah berjumlah RM7.5bilion, tidak ternampak kesannya di lapangan, apa yang ternampak adalah projek-projek gajah putih, pun demikian, kerajaan hari ini tidak nampak sebarang kesilapan berkaitan projek-projek itu, akan tetapi cuba mengabui mata rakyat, kononnya akan mendedah LEBIH BANYAK SALAH GUNA kerajaan Bn. Penulis tertanya-tanya, kerana pendekatan ini merupakan cara pencuri berteriak pencuri.

27 August 2018

SIAPA KATA BRIM BERTUJUAN POLITIK?

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dipekenalkan pada tahun 2012, adalah sebagai jawapan kepada rasionalisasi subsidi bahan api minyak. Sesuai dengan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu, maka penjimatan daripadanya dikembalikan kepada kumpulan sasar, khususnya golongan B40.

BRIM adalah cadangan Bank Negara, yang dipersetujui oleh kerajaan.

Jika betul lah BR1M untuk mendapatkan sokongan rakyat, maka seharusnya Bn tidak kehilangan 7 kerusi Parlimen pada PRU-13 (tahun 2013). 

Seperti mana rekod BR1M yang bermula daripada RM500, kemudiannya dinaikkan sehingga RM1,200, malah jika Bn menang pada PRU-14 jumlah itu menjadi RM2,000, namun ianya tidak membuktikan bahawa skim bantuan kerajaan itu berunsur politik, atau dengan kata lain membeli undi, kerana terbukti pada PRU-14, Bn hanya menang 79 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, dan seterusnya gagal mempertahankan kerajaan Bn selepas menjadi kerajaan hampir 61 tahun.

Dakwaan Tun Dr Mahathir berserta para pemimpin Pakatan Harapan, bahawa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan bertujuan politik, sebenarnya hanya helah untuk mengaburi rakyat, supaya dana untuk BR1M dapat dialihkan dalam bentuk projek yang menguntungkan para kroni.

Jumlah bayaran BR1M yang hampir RM7bilion bukanlah sedikit, dan jika dana itu sebagai kos untuk sesebuah projek, maka kickback 10% berjumlah RM700juta, dan jumlah hanya dimiliki beberapa individu, berbeza dengan BR1M hampir 7 juta rakyat.

Kebaikan BR1M bagi negara adalah memperancak perniagaan peruncitan dalam negara, namun tidak baik bagi mereka yang berstatus kaya, kerana mereka ini kehilangan peluang berbelanja, bercuti di London, Paris, Tokyo atau Argentina.

Bagi Tun Dr Mahathir, membantu orang susah bukan lah keutamaan beliau, kerana rekod beliau selama 22 tahun semasa menjadi Perdana Menteri ke-4 memangpun demikian.

Sebagai rakyat Malaysia, jika benarlah Tun Dr Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan, anti sangat dengan pemberian bantuan kepada rakyat, maka bermula tahun ini, hentikan sebarang bantuan, kepada sesiapapun, termasuk pemberian bonus kepada kakitangan awam.

KERAJAAN WARISAN BUKAN KERAJAAN SAH

Kerajaan Warisan Sabah berlagak seperti sudu lebih daripada kuah, sedangkan ianya bukan kerajaan yang sah.

Kedudukan Datuk Shafie Apdal sedang dicabar di mahkamah, malah tindakan beliau menggugurkan saman terhadap perlantikan beliau pada 12 Mei, 2018 ditolak oleh mahkamah dengan kos. 

Keputusan mahkamah dengan kos, menunjukkan bahawa saman terhadap beliau mempunyai merit untuk dibicarakan, selain menyalah gunakan proses mahkamah.

Selepas PRU-14, dengan jelas, bahawa DUN Sabah tergantung, kerana tiada parti yang mempunyai majoriti mudah daripada 60 ADUN. Namun, parti STAR yang mempunyai 2 ADUN menjadi KINGMAKER, telah memilih BN untuk membentuk kerajaan negeri. 

Kerjasama antara BN dan STAR menghasilkan 31 kerusi dan seterusnya jumlah itu merupakan majoriti mudah. Ekoran itu, maka Tan Sri Musa Aman bersama kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam 10 Mei, 2018 di depan TYT Sabah, disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan para kenamaan lain.

Ekoran pembentukan kerajaan negeri yang sah itu, pada 12 Mei, kabinet negeri telah mengadakan mesyuarat pertama di Bangunan Pusat Pentadibaran Negeri Sabah di Teluk Likas.

Oleh kerana tindakan pancing memancing daripada pihak Shafie, maka pada 11 Mei, 2018, Datuk Madius Tangau dijemput ke kediaman Shafie di Jalan Bundusan, Penampang. Sebaik sahaja Madius masuk ke rumah dan duduk bersama Shafie, gambar perjumpaan itu telah tular dengan caption, UPKO menyertai Warisan. Pada masa yang sama juga, 4 ADUN daripada Umno datang ke rumah Presiden Warisan itu termasuk ADUN Balung, Tawau.

Berasaskan kepada senario itu, maka Bn dan STAR secara teknikal kehilangan 6 ADUN. 

Jika berasaskan perlantikan awal Ketua Menteri Sabah, maka TYT seharusnya tidak tergesa-gesa melantik Ketua Menteri, akan tetapi menunggu nasihat daripada Ketua Menteri yang sah. Ketua Menteri yang sah pada masa itu adalah Tan Sri Musa Aman. Sesuai dengan perlembagaan negeri, Musa mempunyai tiga pilihan, memanggil Sidang DUN tergempar, membubarkan Dun atau meletakkan jawatan. Namun, semua ini tidak dilalui, sebaliknya TYT membuat keputusan diluar bidang kuasa beliau  seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Sabah. 

Sebagai rakyat Sabah, penulis berharap, mahkamah membuat keputusan sesuai dengan Perlembagaan Sabah, kerana jika tidak Perlembangaan Negeri akan menjadi bahan jenaka.

26 August 2018

DENDAM TERHADAP MUSA?

Jika diteliti, Datuk Shafie Apdal tidak perlu berdendam dengan Tan Sri Musa Aman. Sebabnya, sepanjang Shafie menjadi pemimpin Umno Sabah, beliau mendapat sokongan daripada Musa, baik dalam parti mahupun kerajaan.

Sepanjang karier Shafie bersama Umno, pemimpin Semporna itu berjaya menduduki Naib Presiden Umno kerana sokongan padu Umno Sabah, di mana Musa merupakan Pengerusi Perhubungan Umno sejak tahun 2002.

Sepanjang Musa menjadi pengerusi, kedudukan Shafie terus menyerlah, daripada Timbalan Menteri dan seterusnya menteri penuh, malah dilantik ke kementerian kanan KKLW. Selain itu, Shafie pernah meniti daripada AMT Umno sehingga ke naib Presiden dalam tempoh Musa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Kedudukan Shafie dalam Umno dan kabinet tercalar pada tahun 2015, kerana tindakan beliau sendiri yang "break the rank" di peringkat nasional, bukannya disebabkan oleh tindakan Musa.

Apa kah dendam Shafie kerana parti beliau tidak menang pada PRU-14?

25 August 2018

TUN DR MAHATHIR MALU BANTU RAKYAT MISKIN

Kerana malu membantu rakyat miskin, maka Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan bahawa BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan.

Tun Mahathir mendakwa bahawa BR1M dibayar dengan wang yang dicuri dan tujuan BR1M ialah untuk "membeli" rakyat.

Dia juga mendakwa, wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa.

Agak pelik tuduhan bahawa kerajaan BN "curi" wang untuk bagi balik kepada rakyat.

Tun Dr Mahathir enggan memberi tahu rakyat, bahawa wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang dicuri. Ia ialah dari langkah rasionalasasi subsidi dan GST.

BR1M bukan untuk tujuan politik dan kriteria menerimanya hanya berdasarkan kepada pendapatan bulanan isi keluarga - tidak kira mereka menyokong parti politik mana.

Orang yang kaya lebih banyak mendapat faedah dari subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak dari SST kerana orang kaya yang bayar lebih banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi "gelap".

Wang ini  dikembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M yang terus naik kerana kutipan GST terus naik akibat dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dulunya semakin naik.

Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh dirapatkan.

Ini jelas dari nisbah GINI yang semakin menurun sehingga terendah di bawah 0.40 untuk pertama sekali dalam sejarah pada tahun 2016.

Minggu lepas, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK (GDP) untuk suku kedua selepas mereka mengambil alih telah menurun dengan mengejutkan kepada 4.5 peratus berbanding 5.4 peratus untuk suku sebelum itu manakala kadar pengangguran sudah naik. Ada beberapa penganalisa ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal akan jatuh kepada kemelesetan ekonomi atau krisis dalam tempoh yang terdekat. Harga getah dan minyak sawit juga telah turun dengan turuk semenjak PRU14.

Ketika inilah orang miskin yang patut ditolong bukan dihukum.

Di mana salahnya kalau mengambil wang dari yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin?

Adakah PH sudah lupa bahawa mereka berjanj untuk meneruskan BR1M dalam manifesto? Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin?

Nampaknya kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan membantu golongan yang miskin.

Nampaknya pemerintahan Tun Dr Mahathir mahu menggalakkan jurang pendapatan  antara rakyat kaya dan miskin seperti mana era pemerintahan beliau selama 22 tahun.

DEMOGRAFI SABAH AKAN BERUBAH DENGAN PANTAS

Jika pendekatan Sabah berkaitan penduduk seperti mana kenyataan Datuk Shafie Apdal (caption) ianya akan mengubah demografi Sabah (kompoisi penduduk) Sabah dengan pantas.

Pada masa ini, daripada 3.3 juta rakyat Sabah, mereka yang terkategori sebagai rakyat asal berjumlah 1.6juta, sementara 1.7juta lagi kategori rakyat baharu. 

Di Sabah, penduduk selain rakyat juga PATI/PTI yang berjumlah lebih 800ribu. Secara demografinya, Sabah sekarang mempunyai 4.1juta penduduk.

Memandangkan keputusan dan pendekatan "kerajaan parti Warisan Sabah" seperti pada caption, laporan Sabah Times, maka rakyat asal Sabah kena bersiap sedia menerima rakyat baharu.

Cadangan Darell Leiking untuk mengeluarkan kad pengenalan Sabah, tidak akan menyelesaikan masalah, kerana cara itu hanya menggambarkan mana rakyat asal dan mana rakyat baharu, sedangkan daripada segi hak menerusi perlembagaan ianya akan sama kecuali mungkin dalam hukum-hukum adat tempatan Sabah.

Memperkenalkan kad pengenalan Sabah, tidak akan dapat menghalang "rakyat baharu" itu mendaftar sebagai pemilih, kerana mereka juga mempunyai hak sebagai pengundi, sesuai dengan status mereka sebagai warganegara. Jika demikian, memperkenalkan kad pengenalan Sabah tidak akan membawa impak kepada daftar pemilih, kerana tujuan pihak-pihak tertentu memperkenalkan kad pengenalan Sabah berkait rapat dengan hak sebagai pengundi.

Kerajaan Warisan Sabah memberi tumpuan kepada "pertambahan' rakyat baharu, kerana mereka dapati, golongan ini telah memberi mereka undi pada PRU-14.

Pada PRU-14, di kawasan-kawasan tumpuan rakyat baharu, seperti Sepanggar, Putatan, Silam, Semporna, Kalabakan malah kawasan Sandakan dan Batu Sapi berpihak kepada parti Warisan Sabah serta parti sekutunya.

Jangan lah kerana motif politik, demografi Sabah diubah.

24 August 2018

TAN SRI MUSA AMAN BERDEPAN TAKTIK KOTOR

Taktik pertama "government of day" apabila Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis selepas beliau melantik Datuk Shafie Apdal ke jawatan Ketua Menteri, kononya Tan Sri Musa Aman "membuat ancaman" terhadap beliau. Ancaman berbentuk apa, hanya pihak "polis" dan mahkamah dapat merungkainya?.

Taktik 'kotor" seterusnya, apabila SPRM ikut bertindak, berasaskan dakwaan, kononnya, persetujuan parti STAR membentuk kerajaan bersama BN pada 10 Mei, 2018 melibatkan rasuah (dakwaan ini telah dinafikan Presiden STAR- Datuk Dr Jeffery Kitingan, malah pejabat dan kediaman beliau diserbu SPRM, namun tidak menemukan sebarang bukti).

Taktik kotor lainnya, apabila dilaporkan secara meluas, kononnya Musa meninggalkan negara secara haram, walaupun dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Kemelut yang menyelubungi Musa apabila beliau menjadi mangsa pengkhianat politik oleh 4 ADUN Umno dan parti UPKO. 

Musa sebenarnya mempunyai sokongan 31 ADUN daripada 60 ADUN Sabah, mengangkat sumpah bersama kabinet beliau pada malam 10 Mei, 2018 di Istana Negeri Sabah di depan TYT, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Peguam Negeri Sabah dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan negeri. Malah beliau mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Negeri pada tengah hari 12 Mei, 2018.

Berikutan tindakan TYT melantik Shafie pada 12 Mei, sedangkan pada masa yang sama, Musa masih sah sebagai Ketua Menteri, kerana beliau dan kabinet beliau pada masa pelantikan itu tiada seorangpun yang meletakkan jawatan, menyebabkan beliau memfailkan saman terhadap TYT dan Shafie di Mahkamah, Kota Kinabalu, dan saman itu masih belum didengar.

Kini, bagi maksud menghalalkan "kerajaan Parti Warisan Sabah" berbagai taktik digunakan semata-mata untuk melemahkan Musa dan seterusnya mengaku kalah. 

Jika Musa berpandukan kepada keputusan PRU-14 di mana rakyat adalah hakim, maka beliau perlu melawan habis-habisan, untuk tidak membiarkan kerajaan yang dbentuk kerana khianat. 

Rakyat Sabah perlu menentukan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya.

Jika "kerajaan" yang ada merasa disokong rakyat, maka bubarkan DUN bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah menentukan hala tuju, bukannya bergayut dengan berbagai taktik KOTOR!!!

23 August 2018

TANDA-TANDA PEMIMPIN ZALIM ADA PADA SHAFIE

Tanda-tanda pemimpin ZALIM apabila seseorang pemimpin yang bercakap atau bertindak di luar bidang kuasanya.

Kenyataan Shafie berkaitan Tan Sri Musa Aman yang meragui bahawa Ketua Menteri Sabah yang sah itu sedang sakit, kerana tidak beruban, adalah diluar kawalan manusia, kerana sakit, tua, beruban adalah kuasa Tuhan.

Selain itu, kenyataan Shafie berkaitan angkat sumpah sebagai ADUN, bukan dibidang kuasa beliau kerana kuasa itu adalah bidang kuasa Speaker DUN Sabah. Selain itu, kuasa menentukan sesebuah kawasan kosong atau tidak juga terletak pada bidang kuasa Speaker dan SPR bukannya dalam bidang kuasa beliau.

Kalau lah Shafie kemaruk sangat dengan perlembangaan negeri dan kuasa rakyat, seharusnya beliau bercermin dan melihat muka sendiri. 

Rakyat Sabah tahu, bahawa parti beliau tidak menang dan tidak diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerajaan yang beliau tubuhkan adalah kerajaan berpunca daripada pengkhiantan UPKO dan 4 ADUN Umno. 

Shafie tahu bahawa pada 10 Mei, 2018 Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri kerana mempunyai majoriti mudah di DUN Sabah sesuai dengan keputusan rakyat pada PRU-14. Namun, akibat khianat beberapa ADUN (walaupun mereka itu telah menandatangi surat sokongan- dan surat sokongan ini akan diputuskan oleh mahkamah pada 3 September,2018 sah atau tidak dan seterusnya memutuskan Ketua Menteri yang sah bagi Sabah).

Jika Musa diputuskan sebagai Ketua Menteri yang sah, maka TYT Sabah perlu menjalankan nasihat Ketua Menteri, sesuai dengan perlembagaan negeri). Pilihan Musa adalah membuarkan DUN Sabah bagi memberi peluang pilihan raya negeri.

Jika pun Shafie dihantui keputusan Mahkmah yang menidakkan pelantikan beliau pada malam 12 Mei,2018, kerana semasa beliau membaca watikah pelantikan Ketua Menteri, Musa masih Ketua Menteri yang sah, kerana belum melepaskan jawatan.

Dalam segi perlembangaan negeri Sabah, Shafie yang "menjalankan tugas" sebagai "Ketua Menteri" hanya bersifat "caretaker" bukan Ketua Menteri yang sah, pun demikian, beliau sudah menunjukkan sifat-sifat sebagai pemimpin ZALIM.

22 August 2018

KERAJAAN SABAH AKAN JADIKAN HUTAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA

Berbeza dengan pendekatan Kerajaan Bn di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman, kerajaan Sabah di bawah teraju Datuk Shafie Apdal akan menumpukan menebang hutan sebagai sumber pendapatan negeri.

Isyarat yang diberikan "Ketua Menteri Sabah" itu sempena "100 hari" kerajaan Warisan Sabah, bahawa di Semenanjung pendapatan melalui sumber hutan berjumlah antara RM20-RM22bilion setahun, manakala bagi Sabah hanya berjumlah RM200-RM300 setahun selama 15 tahun.

Pendapatan negeri menerusi Yayasan Sabah itu, memgesahkan, bahawa pendapatan Sabah semasa Kerajaan Bn bukan lagi berpaksi kepada sumber hutan, sebab itu, jumlah hutan Sabah meningkat dengan drastik sekali kepada 1.87juta hektar pada tahun 2017, berbanding 838ribu hektar pada tahun 2002.

Dalam tempoh Musa sebagai Ketua Menteri hutan kekal Sabah bertambah lebih 1 juta hektar. Oleh kerana sumber pendapatan negeri menerusi konsesi hutan Yayasan Sabah bukan lagi sumber utama, makna kata, pembalakan dikurangkan dengan drastik sekali, sebab itulah mendorong peningkatan hutan kekal purata 73 ribu hektar setahun sejak 15 tahun lalu.

Jika melihat sumber pendapatan Sabah sejak awal merdeka bersumber daripada penebangan kayu balak, namun tidak pernah sekalipun Sabah membentangkan bajet perolehan melebihi RM3bilion. Malah pada tempoh masa 1985-1994 di mana sumber utama pendapatan/perolehan negeri daripada balak, kerajaan hampir muflis. Sebagai rekod, pada tahun 2003, wang simpanan Sabah hanya berjumlah RM184juta, walaupun bermula pada pertengahan tahun 1994, kerajaan dibantu oleh kerajaan Persekutuan cuba memperbetulkan akaun semasa kerajaan negeri.

Oleh kerana Kerajaan Parti Warisan Sabah pimpinan Shafie melihat, bahawa hutan kekal Sabah sudah luas dan sudah siap untuk di balak, peluang menebang kayu untuk dijadikan alasan menambah pendapatan kononnya untuk membangun negeri dan rakyat.

Menebang khazanah hutan, adalah satu cara memperkaya syarikat RM2. Kerana sebelum ini, setiap wakil rakyat dan pemimpin kerajaan akan mendapat sekurang-kurangnya 500 ekar "virgin jungle", sebelum kaedah itu dimansuhkan semasa Musa Ketua Menteri Sabah.

Nampaknya, generasi penerus tidak lagi dapat menikmati kekayaan hutan negeri, seperti mana matlamat kerajaan lalu, menjelang tahun 2025 sekurang-kurang 'land mass' Sabah 30% diselimuti hutan kekal.

21 August 2018

20% ROYALTI MINYAK UNTUK SABAH TIDAK KURANG RM4BILION SETAHUN

Apakah Sabah dibayar 20% royalti minyak berasaskan perolehan akan diketahui menerusi Bajet Sabah bagi tahun 2019 yang akan dibentangkan di DUN Sabah pada November 2018.

Walaupun pada masa ini Kerajaan Parti Warisan Sabah mengaku telah berbincang dengan Petronas dan Tun Dr Mahathir, namun untuk kepastian bayaran itu hanya akan diketahui menerusi Bajet, kerana bayaran itu akan dimasukkan sebagai perolehan negeri.

Jika bayaran 20% akan diterima, maka perolehan Sabah pada tahun 2019 akan melebihi RM8bilion.

Tambahan pendapatan RM3bilion cukup bermakna bagi pembangunan & kemajuan Sabah.

Sabah sejak Petronas ditubuhkan pada tahun 1974, hanya menerima 5% daripada perolehan syarikat itu di kawasan Sabah.

Bayaran 5% hanya dipersetujui pada tahun 1976 semasa Sabah dipimpin Datuk Harris Salleh. 

Rakyat Sabah hanya dapat menunggu tanpa kepastian, memandangkan cara Tun Dr Mahathir memerintah pada masa ini penuh dengan tipu hela dan kepalsuan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels