23 August 2018

TANDA-TANDA PEMIMPIN ZALIM ADA PADA SHAFIE

Tanda-tanda pemimpin ZALIM apabila seseorang pemimpin yang bercakap atau bertindak di luar bidang kuasanya.

Kenyataan Shafie berkaitan Tan Sri Musa Aman yang meragui bahawa Ketua Menteri Sabah yang sah itu sedang sakit, kerana tidak beruban, adalah diluar kawalan manusia, kerana sakit, tua, beruban adalah kuasa Tuhan.

Selain itu, kenyataan Shafie berkaitan angkat sumpah sebagai ADUN, bukan dibidang kuasa beliau kerana kuasa itu adalah bidang kuasa Speaker DUN Sabah. Selain itu, kuasa menentukan sesebuah kawasan kosong atau tidak juga terletak pada bidang kuasa Speaker dan SPR bukannya dalam bidang kuasa beliau.

Kalau lah Shafie kemaruk sangat dengan perlembangaan negeri dan kuasa rakyat, seharusnya beliau bercermin dan melihat muka sendiri. 

Rakyat Sabah tahu, bahawa parti beliau tidak menang dan tidak diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerajaan yang beliau tubuhkan adalah kerajaan berpunca daripada pengkhiantan UPKO dan 4 ADUN Umno. 

Shafie tahu bahawa pada 10 Mei, 2018 Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri kerana mempunyai majoriti mudah di DUN Sabah sesuai dengan keputusan rakyat pada PRU-14. Namun, akibat khianat beberapa ADUN (walaupun mereka itu telah menandatangi surat sokongan- dan surat sokongan ini akan diputuskan oleh mahkamah pada 3 September,2018 sah atau tidak dan seterusnya memutuskan Ketua Menteri yang sah bagi Sabah).

Jika Musa diputuskan sebagai Ketua Menteri yang sah, maka TYT Sabah perlu menjalankan nasihat Ketua Menteri, sesuai dengan perlembagaan negeri). Pilihan Musa adalah membuarkan DUN Sabah bagi memberi peluang pilihan raya negeri.

Jika pun Shafie dihantui keputusan Mahkmah yang menidakkan pelantikan beliau pada malam 12 Mei,2018, kerana semasa beliau membaca watikah pelantikan Ketua Menteri, Musa masih Ketua Menteri yang sah, kerana belum melepaskan jawatan.

Dalam segi perlembangaan negeri Sabah, Shafie yang "menjalankan tugas" sebagai "Ketua Menteri" hanya bersifat "caretaker" bukan Ketua Menteri yang sah, pun demikian, beliau sudah menunjukkan sifat-sifat sebagai pemimpin ZALIM.

12 comments:

Karma Cinta said...

bro tau ka apa maksud tu perkataan "zalim"? guna ayat zalim utk tajuk artikel ko ni x sesuai.. kalau zalim tu contoh mcm menindas rakyat dengan kejahatan nyata.. nanti rakyat tmbah benci dgn provok ayat2 mcm ko guna ni..

Semuanya ada disini said...

Zalim betul lah

Unknown said...

Zalim.... apa punya kenyataan di atas ni x berani terima hakikat k?

Unknown said...

Kita tunggu ja 13hb ni......kita mahu mahkamah tinggi jalan kan pengadilan yang saksama dan berpandukan kepada perlembagaan yang ada.Mudah-mudahan DUN bubar dan kita mengundi semula.

Unknown said...

Mudah mudahan dewan dibubar rakyat akan bagi mandat baru

Unknown said...

klu kalah 2 kalah la jgn mau buat2 cerita fitnah..

Unknown said...

berapa duit jga kau kena bayar utk fitnah shafie.. huhu mesti org musa ni kan

Unknown said...

Ya sy skokong 100%

Unknown said...

Dan kau pula org safi huhu

Allvon Sotivun said...

Kita bersatu selamatkan sabah yang sudah dijajah hari demi hari oleh persekutuan. Ayuh pemimpin sabah bangkit berseru.. Kami menyeru. Salam damai

Unknown said...

Aku tdk sokong jga ni sapi tdk rela d korban..

Unknown said...

Aku tdk sokong jga ni sapi tdk rela d korban..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels