27 August 2018

SIAPA KATA BRIM BERTUJUAN POLITIK?

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dipekenalkan pada tahun 2012, adalah sebagai jawapan kepada rasionalisasi subsidi bahan api minyak. Sesuai dengan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu, maka penjimatan daripadanya dikembalikan kepada kumpulan sasar, khususnya golongan B40.

BRIM adalah cadangan Bank Negara, yang dipersetujui oleh kerajaan.

Jika betul lah BR1M untuk mendapatkan sokongan rakyat, maka seharusnya Bn tidak kehilangan 7 kerusi Parlimen pada PRU-13 (tahun 2013). 

Seperti mana rekod BR1M yang bermula daripada RM500, kemudiannya dinaikkan sehingga RM1,200, malah jika Bn menang pada PRU-14 jumlah itu menjadi RM2,000, namun ianya tidak membuktikan bahawa skim bantuan kerajaan itu berunsur politik, atau dengan kata lain membeli undi, kerana terbukti pada PRU-14, Bn hanya menang 79 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, dan seterusnya gagal mempertahankan kerajaan Bn selepas menjadi kerajaan hampir 61 tahun.

Dakwaan Tun Dr Mahathir berserta para pemimpin Pakatan Harapan, bahawa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan bertujuan politik, sebenarnya hanya helah untuk mengaburi rakyat, supaya dana untuk BR1M dapat dialihkan dalam bentuk projek yang menguntungkan para kroni.

Jumlah bayaran BR1M yang hampir RM7bilion bukanlah sedikit, dan jika dana itu sebagai kos untuk sesebuah projek, maka kickback 10% berjumlah RM700juta, dan jumlah hanya dimiliki beberapa individu, berbeza dengan BR1M hampir 7 juta rakyat.

Kebaikan BR1M bagi negara adalah memperancak perniagaan peruncitan dalam negara, namun tidak baik bagi mereka yang berstatus kaya, kerana mereka ini kehilangan peluang berbelanja, bercuti di London, Paris, Tokyo atau Argentina.

Bagi Tun Dr Mahathir, membantu orang susah bukan lah keutamaan beliau, kerana rekod beliau selama 22 tahun semasa menjadi Perdana Menteri ke-4 memangpun demikian.

Sebagai rakyat Malaysia, jika benarlah Tun Dr Mahathir dan Kerajaan Pakatan Harapan, anti sangat dengan pemberian bantuan kepada rakyat, maka bermula tahun ini, hentikan sebarang bantuan, kepada sesiapapun, termasuk pemberian bonus kepada kakitangan awam.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels