30 August 2018

TAN SRI MUSA AMAN MASIH KETUA MENTERI SABAH

Secara praktikalnya, Tan Sri Musa Aman tidak menjalankan tugas Ketua Menteri Sabah, namun berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah, beliau adalah Ketua Menteri yang sah.

Musa tidak dapat melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri, kerana "pihak berkuasa" tidak berpihak pada beliau. 

Pejabat Ketua Menteri telah dicseroboh pada 14 Mei, 2018 seawal pukul 6 pagi, sehinggakan memaksa pasukan keselamatan hadir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Malah dalam perkembangan yang sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffery Kitingan yang melapor diri di Kementerian Pertanian dan Industri makanan dihalang memasuki pejabat menteri.

Mengapa Musa masih Ketua Menteri Sabah? Selepas PRU-14, jumlah ADUN yang menyokong beliau adalah 31 daripada 60. Menerusi jumlah itu, maka beliau dan kabinet mengangkat sumpah jawatan pada 10 Mei, 2018 dan seterusnya mengadakan Mesyuarat Kabinet Pertama pada 12 Mei, 2018.

Tiada kaedah lain dalam Perlembagaan Negeri dapat melucutkan jawatan Ketua Menteri, kecuali dua cara iaitu melalui undi tidak percaya di DUN atau meletakkan jawatan. Berasaskan kepada fakta ini, maka jika berlaku "perlantikan" Ketua Menteri sedangkan Ketua Menteri yang sah masih berkuatkuasa, maka perlantikan itu adalah Null and Void.

Musa telah terperangkap dengan keadaan, kerana Kerajaan Persekutuan tidak berpihak kepada situasi dan kondisi beliau, walaupun Perlembagaan Negeri menyebelahi beliau.

Mengapa berlaku kemelut jawatan Ketua Menteri Sabah? Sebabnya kerana tindakan pengkhianat demokrasi pada 11 Mei, 2018. Pada tarikh itu, 6 ADUN BN berpaling tadah menyokong lawan. Mereka itu adalah 4 ADUN Umno (ADUN Balung, ADUN Tanjung Batu, ADUN Sebatik dan ADUN Kemabong) dan 2 ADUN UPKO (ADUN Kedamaian dan ADUN Paginatan). Berasaskan pengkhiantan itu, maka di atas kertas (teknikal) Musa kehilangan majoriti mudah daripada 60 ADUN. Walaupun secara teknikal Musa kehilangan 6 ADUN, namun belum disahkan di DUN Sabah, kerana sehingga kini, walaupun DUN Sabah telah "bersidang" sebanyak 3 kali, TIADA USUL undi TIDAK PERCAYA kepada Musa. Lagipun dalam Perlembagaan Sabah, Musa yang sepatutnya memanggil persidangan, bukannya pihak lain. Keadaan ini lah yang akan diputuskan mahkamah, pada 26 Oktober, 2018, bagi menjawab saman Tan Sri Musa Aman terhadap TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal.

Jika keputusan mahkamah berasaskan Perlembagaan Negeri, maka sudah tentunya, kedudukan Musa adalah Ketua Menteri sah. Namun, berasaskan senario semasa, beliau hanya boleh menasihatkan TYT untuk membubarkan DUN bagi membuka jalan pilihanraya baru, kerana jika beliau kembali ke DUN Sabah untuk mendapatkan sokongan undi, beliau akan kalah, kerana 10 ADUN sebelum ini menyokong beliau telah menjadi katak.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels