25 August 2018

DEMOGRAFI SABAH AKAN BERUBAH DENGAN PANTAS

Jika pendekatan Sabah berkaitan penduduk seperti mana kenyataan Datuk Shafie Apdal (caption) ianya akan mengubah demografi Sabah (kompoisi penduduk) Sabah dengan pantas.

Pada masa ini, daripada 3.3 juta rakyat Sabah, mereka yang terkategori sebagai rakyat asal berjumlah 1.6juta, sementara 1.7juta lagi kategori rakyat baharu. 

Di Sabah, penduduk selain rakyat juga PATI/PTI yang berjumlah lebih 800ribu. Secara demografinya, Sabah sekarang mempunyai 4.1juta penduduk.

Memandangkan keputusan dan pendekatan "kerajaan parti Warisan Sabah" seperti pada caption, laporan Sabah Times, maka rakyat asal Sabah kena bersiap sedia menerima rakyat baharu.

Cadangan Darell Leiking untuk mengeluarkan kad pengenalan Sabah, tidak akan menyelesaikan masalah, kerana cara itu hanya menggambarkan mana rakyat asal dan mana rakyat baharu, sedangkan daripada segi hak menerusi perlembagaan ianya akan sama kecuali mungkin dalam hukum-hukum adat tempatan Sabah.

Memperkenalkan kad pengenalan Sabah, tidak akan dapat menghalang "rakyat baharu" itu mendaftar sebagai pemilih, kerana mereka juga mempunyai hak sebagai pengundi, sesuai dengan status mereka sebagai warganegara. Jika demikian, memperkenalkan kad pengenalan Sabah tidak akan membawa impak kepada daftar pemilih, kerana tujuan pihak-pihak tertentu memperkenalkan kad pengenalan Sabah berkait rapat dengan hak sebagai pengundi.

Kerajaan Warisan Sabah memberi tumpuan kepada "pertambahan' rakyat baharu, kerana mereka dapati, golongan ini telah memberi mereka undi pada PRU-14.

Pada PRU-14, di kawasan-kawasan tumpuan rakyat baharu, seperti Sepanggar, Putatan, Silam, Semporna, Kalabakan malah kawasan Sandakan dan Batu Sapi berpihak kepada parti Warisan Sabah serta parti sekutunya.

Jangan lah kerana motif politik, demografi Sabah diubah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels