13 November 2009

Nizar News:Keputusan kes Anwar saman NST diketahui 25 November

Kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) ekoran penerbitan artikel yang didakwa mengaitkannya sebagai ejen Amerika Syarikat (AS), akan diketahui kesudahannya pada 25 November ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Harmindar Singh Dhaliwal menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah peguam Karpal Singh yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif dan peguam Nad Segaram bagi pihak NSTP.

Nad dalam hujahnya menegaskan, artikel bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist'(Hubungan Anwar dengan pelobi Amerika) tidak memfitnah plaintif dan pembelaan NSTP selaku defendan adalah bersandarkan kepada perlindungan bersyarat.

Menurut beliau, plaintif mendakwa artikel yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) itu memberi gambaran beliau pemimpin yang tiada integriti, tidak boleh dipercayai, tidak amanah, terlibat dalam rasuah dan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan ejen AS.

Namun Nad berhujah, perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut langsung tidak memfitnah Anwar, 62, dalam maksud dan pengertian biasa. Malah beliau berkata, artikel itu ditulis secara neutral demi kepentingan awam dan merupakan susulan yang dibuat oleh penulis berdasarkan artikel yang disiarkan dalam majalah The New Republic.

Media tempatan juga menurut Nad telah memberikan liputan meluas terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pengakuan bersumpah yang dibuatnya. Abdul Murad pada 26 Oktober 1999 dalam akuan berkanunnya mendedahkan bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Pada tahun 2003, Abdul Murad bagaimanapun telah menafikan memberi persetujuan terbuka berhubung pengakuan bersumpah yang dibuatnya itu. Justeru, Nad menolak dakwaan bahawa defendan berniat jahat ketika menyiarkan artikel itu pada 2 Mac 2002.

Karpal pula ketika membalas hujah berkata, berdasarkan keterangan yang dikemukakan semalam adalah jelas defendan tidak mempraktikkan laporan yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu pembelaan bersandarkan perlindungan bersyarat tidak boleh digunakan, ujar Karpal. Lebih-lebih lagi menurut Karpal, penulis artikel itu, Datin Rose Ismail, 54, (kini tidak lagi bertugas di NSTP) ketika disoal balas oleh beliau mengakui semua dakwaan dalam artikel tersebut adalah serius.

Berikutan itu, menurut Karpal, plaintif berhak mendapat ganti rugi. Dalam saman yang menamakan NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad selaku pihak defendan, Anwar mendakwa artikel tersebut telah merosakkan nama baiknya. Anwar turut diwakili peguam Sankara Nair dan Sangeet Kaur Deo.

1 comment:

CT Farhana Wee said...

Hello kanda Musram... jangan marahkan Siti ya... good luck

Abang tariklah balik penghinaan terhadap kaum Bajau, Cina dan penduduk Kampung Labuan dan Wakap dalam penyamaran kanda sebagai Dayang Wulan dan Kelapa Mawar..

Juga sebagai Radiamoda ketika menghina bloggers seliu-liu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels