Arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Datuk Abu Hasan Sarif hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang dijadualkan Selasa ini disifatkan sebagai tidak mengormati undang-undang.
Demikian komen Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail yang diminta mengulas kenyataan Muhyiddin ketika lawatannya ke Kedah, Khamis lalu dan disiarkan media-media perdana.
"Muhyiddin boleh kata apa saja yang dia nak kata, Perkara 51 ni dah lama wujud bukannya baru buat, kuatkuasa peraturan dewan kerja Speaker, bukan kerja SPR," katanya.
"Dalam dewan Speaker yang berkuasa, pihak lain tak ada kuasa. Bila dia (Abu Hasan) langgar peraturan dewan, tak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut, kuasa siapa nak tentukan kedudukan dia?" soalnya.
Dr Abdul Isa mengulangi pendiriannya tidak mengiktiraf Abu Hasan sebagai Adun Kota Siputeh selagi permohonannya mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum diputuskan mahkamah.Katanya,
Abu Hasan hilang kelayakan sejak 17 Ogos lepas setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).
"Jangan ingat dia (Muhyiddin) orang besar, dia boleh buat apa saja. Dewan tak perlu tunduk kepada sesiapa pun," tegasnya lagi.
Dr Abdul Isa turut meminta pihak yang tidak berkenaan agar tidak mencampuri urusan sidang DUN Kedah yang akan berlangsung pada Selasa ini.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang semalam, menetapkan Isnin (16 November) ini untuk membuat keputusan status kerusi DUN Kota Siputeh selepas mendengar penghujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Dr Abdul Isa.

1 comment:
Pucuk tidak akan sentiasa berada d tengah2 sahaja...Itu hukum alam..Begitu juga Hukum Alam yg lain...Tidak akan ada Pemerintahan yg akan kekal d dalam Dunia ini...Janganlah Khawatir dengan kemenangan BN berterusan sampai hari Qiamat nanti.......!!!
Post a Comment