17 March 2013

BN Kota Belud Bersedia Pertahan semua Kawasan

Rahman, Dr Salleh, Musbah dan Japlin di Dewan Datuk Musbah Taun Gusi  Hari ini.
UNTUK sementara waktu, baik atas kertas mahupun lapangan, mahupun laporan risikan, tiada yang mengatakan bahawa kawasan-kawasan yang ada di Kota Belud tersenerai dalam kawasan boleh dikategorikan kawasan tidak selamat, kecuali Kedamaian, BN dikatakan walaupun menang, akan tetapi mengalami kemerosotan jumlah majoriti.

Kawasan Kedamaian- pada PRU-12, walaupun calon Bn daripada PBS menang dengan majoriti 2,473 namun kemenangan itu kerana berdepan dengan tiga penjuru. Undi yang diperolehi calon BN berjumlah 5,382 berbanding undi pembangkang 4,638 kalau dijumlahkan. Jika pada PRU-13, berlaku juga pertembungan lebih 2 penjuru, besar kemungkinan, calon Bn akan juga menang walaupun dengan majoriti yang berkurangan. Akan tetapi, jika pertembungan hanya antara BN dan Pembangkang, calon Bn boleh menang akan tetapi dengan majoriti yang amat tipis.

Bagi dua kawasan lain, Usukan dan Tempasuk, dijangka bukan sahaja mampu dipertahankan, akan tetapi akan berlaku pertambahan majoriti. Pada PRU-12, majoriti calon Bn Usukan sebanyak 4,023 undi, manakala Tempasuk 2,432 undi.

Trend pengundian Kawasan Parlimen, hanya pada PRU-12 tidak mengikut trend pengundian kawasan DUN, tetapi pada kebiasaannya, kecenderungan pengundian kawasan DUN juga berlaku pada kawasan Parlimen.

Pada PRU-13, tradisi kecenderungan pengundian kawasan Dun akan sekali lagi berlaku, atas sebab itu, Parlimen Kota Belud, masih selamat dan mampu dipertahankan.

Datuk Dr Sallah Tun Said Keruak, selaku pengerusi Bn Kota Belud, sudah tentu mempunyai strategi, bukan sahaja menambah undi majoriti, juga bagaimana mempertahankan semua kawasan yang dipertandingkan.

Pada hari ini bertempat di dewan Datuk Musbah Kg Taun Gusi, diadakan taklimat terakhir bagi semua Pusat Daerah Mengundi, ertinya Bn Kota Belud sudah berada di gear 5 dan bersedia bila-bila masa berdepan dengan PRU-13.

Di kalangan akar umbi, sejak akhir-akhir ini, jarang sudah berbicara siapa bakal calon, sebaliknya, lebih fokus kepada kemenangan Bn. Ertinya, akar umbi lebih mengutamakan kemenangan parti berbanding siapa calon-calon yang bakal diketengahkan oleh pucuk pimpinan.

Kota Belud, tidak ketandusan calon. Semua calon-calon berpontesi terutama daripada Umno rata-rata masih muda, bertenaga, berkemampuan, berkarisma dan boleh dihandalkan.

Siapa sahaja yang bakal dicalonkan pasti menang, kecualilah seseorang calon itu tidak mempunyai rekod memajukan kawasannya. Kalaulah calon itu seperti itu, bakal diterjunkan, jentera Bn perlu berkerja kuat, kerana unsur protes akan berlaku.

Mengenai siapa calon-calon Bn bakal dipilih, hanya DS Najib yang mengetahuinya setakat ini, walaupun senarai calon ramai yang mengetahuinya termasuk perhubungan negeri dan ibu pejabat umno pusat.

Bagi suara rakyat, siapapun bakal calon Bn yang dipilih pucuk pimpinan, calon itu perlu dimenangkan terlebih dahulu, kerana Bn hanya boleh membentuk kerajaan kalau mempunyai ramai calon-calon yang menang.

Di peringkat Parlimen, Bn perlu menang 112 kerusi bagi kemenangan majoriti mudah, dan 148 kerusi bagi kuasa 2/3. Sementara peringkat negeri Sabah, Bn perlu menang 31 kerusi DUN untuk majoriti mudah dan 40 kerusi bagi kuasa 2/3. Namun berasaskan rekod Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, bagi dua kali PRU, termasuk PRU-12, hanya satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen terlepas.

Walaupun, keadaan politik yang tidak menentu, adalah diramalkan Bn Sabah akan mengulangi kejayaannya sepertimana kejayaan pada tahun 2004 dan 2008.

Sabah TATAP BN BAH.

10 comments:

Teruterubozu said...

Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkongsi rahsia kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bahagian itu dengan menjadikan gerak kerja mereka sebagai satu pasukan.

Teruterubozu said...

Menurut beliau segala sengketa dan sebagainya di peringkat bahagian berkenaan diketepikan dengan mengutamakan tanggungjawab kepada parti dalam usaha meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah pemimpin yang boleh diberikan kepercayaan.

Teruterubozu said...

“Saya menyertai parti UMNO dengan niat untuk berkhidmat. Pada saya jawatan adalah perkara kedua dan bukannya perkara pokok. Yang penting apabila telah dipilih sebagai Ketua Bahagian tugas saya membina pasukan yang kuat. Apa yang saya buat di Kota Belud semua saya libatkan di dalam jentera saya dan kita bekerja sebagai satu pasukan.

Teruterubozu said...

“Lupakan sengketa dalam proses pemilihan yang lalu. Fokus kepada kerja kerana matlamat kita adalah sama. Alhamdulillah sekarang kita dapat tunjukkan kesatuan kepada masyarakat. Jika di dalam kesatuan banyak perpecahan, ianya boleh kurangkan keyakinan kepada kepimpinan kita.

Teruterubozu said...

“Kita pastikan dulu pengurusan yang baik di bahagian kita dan itu adalah kunci segala-galanya dan rakyat boleh lihat kegiatan dan kepimpinan kita. Kita kena tunjukkan kepada masyarakat bahawa yang penting ialah apabila menyertai parti ini kita korbankan segala-galanya.

Teruterubozu said...

“Sudah tentu setiap pemimpin ada kepentingan politik masing-masing dan itu tidak dapat dielakkan tetapi itu bukan perkara pokok kerana kepentingan parti yang penting,” katanya.

Teruterubozu said...

Kepentingan parti adalah perjuangannya dan parti itu tujuannya yang pertama ialah pertahankan kemerdekaan, manakala keduanya menentukan keamanan dan kestabilan negara, dan ketiganya menentukan kita menikmati hasil kemerdekaan.

Teruterubozu said...

“Ini fokus kita dan kalau ini pegangan kita tidak ada sebab kita tidak boleh bina pasukan yang kuat kerana dalam sistem UMNO ianya parti demokratik dan jelas kita sudah mengubah perlembagaan parti untuk tentukan ia lebih demokratik dan semua anggota ada peranan dalam parti.

mantera said...

Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

mantera said...

tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels