11 March 2013

Impak Krisis Lahad Datu terhadap sikap pengundi Sabah

Dibenak rakyat Sabah umumnya dan pengundi khasnya, satu perkara yang terpancar adalah, kriris Lahad Datu adalah usaha terancang pihak tertentu menganggu memontum jentera piliharaya barisan nasional.

Dalang kepada krisis ini, agar para pemimpin tidak mampu berfikir, menghalang bertugas dan menghalang bersua muka dengan para pemimpin, kerana tertumpu pada krisis tersebut.

Benar juga! sejak krisis Lahad Datu yang bermula pada 12 Februari dan puncaknya pada 1 Mac, Ketua Menteri Sabah, yang juga Pengerusi Keselamatan Negeri, bersama para pemimpin lain "sleepless" malah Ketua Menteri Sabah berkampung di IPK Kepayan termasuk di Ground Zero, Felda Sahabat.

Para pemimpin lain terutama mereka yang mewakili kawasan-kawasan yang terlibat operasi memusnah pengganas sulu, juga berkampung di kawasan masing-masing, memantu, memberi semangat kepada pasukan keselamatan dan membantu logistik kepada penduduk yang terpaksa berpindah pada kawasan yang selamat.

Krisis Lahad Datu, menjadikan mobilasi ketenteraan negara ini berskala besar yang pernah dilakukan sejak negara merdeka tahun 1957.

Bermula pada 1 Mac, 7 batilion tentera di hantar ke Sabah; bukan sahaja para troopers, juga disertai dengan peralatan canggih termasuk kereta perisai, penggunaan kapal terbang canggih seperti F18.

Keselamatan rakyat di Sabah benar-benar diambil perhatian, bercanggah dengan dakwaan setengah pihak. Kesediaan kerajaan mengwujudkan Kawasan Keselamatan Khas, daripada Kudat ke Tawau, merupakan tindakan kekal kerajaan mengwujudkan suasana selamat dan terkawal di kawasan tersebut.

Sejak krisis bermula, rakyat kini menilai, bahawa kerajaan yang mereka sokong selama ini, bukan sahaja memberi pembangunan fizikal, tetapi juga memberikan keselamatan, agar suasana kehidupan seharian dapat diteruskan tanpa gangguan.

Krisis Lahad Datu, bukan sahaja menyebabkan beribu keluarga menjadi panik dan takut, malah menganggu kehidupan harian mereka.

Namun yang paling menyedihkan akbiat krisis Lahad Datu, ada anggota keselamatan yang terkorban, akibat tindakan ganas penceroboh. Apa yang tidak boleh dimaafkan, dikala pasukan keselamatan mengambil pendekatan aman, diperintah untuk tidak melepaskan tembakan, dikala itu lah mereka terbunuh.

Perancangan dalang kepada pencerobohan Lahad Datu, agar rakyat memberi tomahan kepada kerajaan, kini makan tuan. Semangat rakyat menyokong kerajaan bertambah kental, bukan sebaliknya.

Tomahan pihak pembangkang, kononya krisis Lahad Datu satu sandiwara, adalah pendekatan songsang yang mereka gunakan, kerana sebenarnya niat mereka  melakukan huru hara konon untuk mendapat sokongan, bertukar kepada kebencian.

Akibat krisis Lahad Datu yang melibatkan kaum tausog daripada Filipina, kini menjadikan kaum suluk di Sabah menjadi sasaran kecurigaan daripada rakyat lain, walaupun sebenarnya mereka tidak terlibat langsung. 

Tidak dinafikan ramai yang menjadi tali barut atau simpatisan, melalui bukti tertangkapnya lebih 97 orang keturunan Tausog/ suluk yang disyaki sebagai tali barut, bersubahat dengan pengganas.

Satu perkara yang paling mustahak yang perlu ada dikalangan semua rakyat Sabah, sokonglah kerajaan yang ada sekuat mungkin, agar kejadian seperti ini tidak akan berulang. Melalui sokongan yang padu sahaja, dalang yang mahu membuat huru hara, tidak akan sanggup berbuat angkara, kerana dia tahu, bahawa rancangannya tidak akan mendapat sokongan.

13 comments:

mantera said...

kemugkinan pilihanraya di kawasan tersebut akan ditanguhkan

Teruterubozu said...

Ini kerana katanya, keadaan di kawasan itu, khususnya Kampung Tanduo, bertambah baik dan beliau yakin situasi di situ dan kawasan sekitar akan kembali tenang dalam masa terdekat.

Teruterubozu said...

“Saya tidak akan membuat spekulasi mengenai keadaan di Lahad Datu khususnya di Tanduo dan sekitarnya, namun saya cukup yakin dengan usaha pasukan keselamatan, keadaan di situ kembali aman,” katanya

Teruterubozu said...

Menurut Abdul Aziz terdapat dua pusat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Tunku di kawasan Zon Merah yang diisytiharkan susulan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas.

Teruterubozu said...

Zon Merah terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tunku yang kini diwakili Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Mohd Suhaili Said. DUN Tunku pula terletak dalam kawasan Parlimen Silam bersama-sama DUN Lahad Datu dan Kunak.

Teruterubozu said...

Beliau juga mengesahkan Daftar Pemilih sehingga 31 Dis lepas yang diwartakan pada 22 Februari lalu akan terpakai jika Parlimen dibubar hujung bulan ini.Bagaimanapun proses pembersihan Daftar Pemilih itu masih diteruskan sehingga Parlimen dibubar, katanya.

Teruterubozu said...

Menurut Abdul Aziz, Sabah kini mempunyai 982,644 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang selain 24,497 pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Labuan.

Teruterubozu said...

Beliau berkata SPR akan menempatkan 17,615 petugas di Sabah bagi menguruskan proses pilihan raya di negeri itu yang dijangka menelan belanja RM50 juta, meliputi 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Labuan serta 60 kerusi DUN.

Teruterubozu said...

Mengenai pengangkutan udara dan air khususnya di kawasan luar bandar Sabah, Abdul Aziz berkata perkhidmatan helikopter akan diguna di 86 pusat mengundi, manakala bot pula di 55 pusat mengundi.

Teruterubozu said...

Mengenai pasukan penguat kuasa, beliau berkata lima kawasan parlimen iaitu Sepanggar, Kota Kinabalu, Batu Sapi, Sandakan dan Tawau akan dipantau dua pasukan, manakala di kawasan lain satu pasukan.

Bilangan pengundi pos berdaftar luar negara untuk Sabah ialah 65 orang setakat ini, termasuk 20 di Kota Kinabalu, sembilan masing-masing di Penampang dan Putatan serta lapan di Tawau.

Teruterubozu said...

Abdul Aziz turut mengingatkan parti politik yang akan bertanding agar berkempen secara berhemah dan bertanggungjawab tanpa membangkitkan isu sensitif terutama berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Saya yakin ‘orang-orang Sabah’ ini baik-baik belaka, tidak ada yang suka memburuk-burukkan orang lain, dan saya fikir, kalau semua pihak betul-betul berkempen (dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan) dan bertanggungjawab, pilihan raya kita akan berjalan dengan baik dan tiada masalah,” katanya.

Teruterubozu said...

“Pihak polis kita akan mengawal keadaan di semua kawasan sepanjang tempoh kempen pilihan raya, dan dalam keadaan tertentu, jika perlu, kita boleh juga meminta bantuan dari pihak tentera,” katanya.

Teruterubozu said...

Beliau turut menasihati pengundi di Sabah terutama di Lahad Datu agar menunaikan tanggungjawab mereka apabila pilihan raya diadakan.

“Jangan takut dan jangan dengar khabar angin. Keluarlah beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi,” katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels