MEMANG diakui sehingga tahun 1995, kawasan Parlimen Tenom adalah kubu Parti Bersatu Sabah (PBS), namun selepas parti itu tewas pada PRU-1999, maka kawasan tersebut bukan lagi kubu kuat PBS.
PBS "meminta" semula kawasan tersebut melalui Ketua Bahagian PBS Melalap Datuk Radin Malleh semasa persidangan tahunan parti itu pada Sabtu.
Isu Parlimen Tenom dikembalikan kepada PBS sepatutnya tidak timbul, atas sebab kawasan tersebut, bukan diambil oleh Umno secara bermaufakat, sebaliknya kawasan tersebut diperolehi BN melalui pilihanraya umum.
Sewajarnya kawasan-kawasan yang dimenangi parti-parti tertentu pada PRU-1999, perlu dikekalkan status quonya, kerana itu basis awal pembahagian kerusi.
PBS sehingga tahun 2001 adalah parti pembangkang kepada BN, dan hanya pada tahun 2002 menyertai semua Barisan Nasional.
Pada PRU-2004, kerusi-kerusi PBS yang dimenangi pada tahun 1999, terus dikekalkan oleh parti itu, dan demikian juga pada tahun 2008.
Kerusi Tenom berjaya dirampas oleh BN melalui calon Umno pada PRU-1999, apabila calonnya Datuk Rizalman@Sumin bin Abdullah@ Sumbing mendapat undi 11,179 melawan calon PBS Datuk Radin Malleh yang mendapat 7,537.
Pada PRU-2004 dan 2008, kerusi Tenom terus dipertahankan oleh BN melalui calon Umno-Raine Unggi.
7 comments:
Barisan Nasional (BN) component parties have been urged to work as one big happy family instead of squabbling for seats. BN Tenom Women Division chief Datin Rahmahjan Sulaiman Khan, said they should discuss on any issues, including misunderstanding and dissatisfaction.
She said that all BN component parties are all under the same symbol, the BN’s. All component party members should work as one big happy family. There is no need to bring this matter up in the open. Umno, is willing to listen to the other parties’ needs and wants.
Datin Rahmahjan Sulaiman Khan said this during a press conference at her residence in Taman Khidmat in response to Parti Bersatu Sabah (PBS) Melalap chief Datuk Radin Malleh’s call that the Tenom parliamentary seat be returned to the party in the coming general election. Rahmahjan added that it was not wrong for Radin to voice out his views, but it was more appropriate if done internally.
kalau mahu buat tuntutan pun, tidak perlulah melalui saluran media.. buat saja perbincangan tertutup..
Semuanya terletak di tangan rakyat. kalau rakyat di Tenom tidak lagi menyokong, sia2 saja walaupun kawasan tu diberi kepada mereka.
Tidak kira siapa pun calon untuk setiap kawasan yang penting pastikan kepentingan rakyat dapat diperjuangkan.
biar rakya tentukan untuk memilih mana yang terbaik.
Post a Comment