29 April 2013

PRU-13: Parlimen Kota Belud milik siapa?

Sebagai perai undi BN bagi kawasan Kota Belud, penulis agak bimbang berkiatan parlimen Kota Belud. Para pengundi bukan melihat soal parti, melainkan calon. Bermacam-macam alsaan diberikan.para pengundi yang ditemui. 

Apa yang pelik, mereka setia pada BN, tapi tidak suka kepada calon. Kalaulah dipaparkan alasan yang diberikan, hingga esokpun artikel ini tidak dapat disiarkan.

Maklumat seperti ini, sudahpun diberikan kepada jentera BN, agar usaha pemutihan dapat dilakukan sebelum pembuangan undi pada 5 Mei.

Parlimen Kota Belud mempunyai tiga Dun- Dun Tempasuk, Dun Usukan dan Dun Kedamian. Pengundi berdaftar 51,467.

Penulis pernah melakukan analisis keputusan awal, selepas tempoh berkempen masuk hari ke-5. Pada analisis itu, calon BN bagi kawasan Parlimen, Datuk Rahman Dahalan, akan mengekalkkn kawasan tersebut sekurang-kurangnya dengan majoriti 7,000. Namun sehingga semalam, selepas kempen berjalan rancak,  nampaknya analisis itu jauh meleset.

Trend pengundian, antara DUN dan Parlimen, berbeza. Enam puluh peratus pengundi menyatakan akan mengundi calon Bn bagi Dun, namun tidak bagi parlimen.

Jika trend ini berkekalan sehingga pembuangan undi, dikhuatirkan kawasan parlimen Kota Belud dalam bahaya.

Belum terlambat bagi jentera Bn terutama calonnya sendiri memperbaiki kencenderungan ini. Masih ada peluang. Pertingkat gerakan agar, trend ini berubah pada 5 Mei.

28 April 2013

Salleh tidak jangka cabaran kuat di Usukan

Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said kembali ke arena politik dengan bertanding di kerusi Usukan, iaitu kubu kuatnya.

Berdepan dengan dua calon yang tidak dikenali dari PKR dan Star, Salleh yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud selama tiga penggal, dijanga akan menang mudah walaupun adanya "desas desus" perubahan di Kota Belud".

Selepas seminggu berkempen, nampaknya sambutan terhadap kempen-kempen BN sangat memberangsangkan, bukan sahaja di kawasan Usukan, akan tetapi juga di dua kawasan lain.

Semalam, di Kg Tambulion Kota Belud, semasa siri kempen Anwar Ibrahim di Sabah, kehadiran rakyat mencerimankan, bahawa calon-calon daripada PKR tiada impak terhadap kemenangan calon-calon BN.

Berbeza dengan sambutan rakyat Kota Belud pada ceramah Anwar sebelum pembubaran Dewan Rakyat, semalam ceramah Anwar hanya dihadiri kira-kira 600 orang. Kota Belud mempunyai pengundi berdaftar 51,467 bagi PRU-13 ini.

Usukan yang mempunyai 18,698 pengundi yang majoriti daripada kaum bajau dijangka akan memberi sokongan kepada Speaker dewan negeri Sabah itu.

Pada PRU-12, Dun Usukan dimenangi oleh calon BN Datuk Japlin Akim dengan mengalahkan calon PKR Abdul Shukor Mumin. Shukor pada PRU-13 berkempen hanya untuk Salleh, atas kapasitinya sebagai pemimpin Usbo.

26 April 2013

PRU-13 Kota Belud: Menepati Janji Membawa Harapan, Mencapai Harapan

SEBENARNYA tiada keraguan terhadap Bn. Sebenarnya tiada keraguan berkaitan calon-calon. Semua calon merupakan individu yang menenpati JANJI, MEMBAWA HARAPAN, MENCAPAI HARAPAN.

PRU-13 Kota Belud: Spin doctor di kampung

SELEPAS enam hari berkempen- Didapati Hujah Pembangkang Cukup lucu. Antara hujah calon Pembangkang- SELAMA 49 TAHUN SABAH MERDEKA MELALUI MALAYSIA, TIADA PEMBANGUNAN YANG BERJAYA DI BAWA OLEH KERAJAAN KE DAERAH KOTA BELUD.

Berasaskan hujah itu- fakta nyata bahawa calon-calon Pembangkang itu- TIDAK PERNAH TURUN PADANG. TIDAK PERNAH MENGIKUTI PERKEMBANGKAN KAMPUNG. TIADA TAHU LANGSUNG APA YANG BERLAKU DI KAMPUNG. TIDAK TAHU LANGSUNG APA YANG DICAKAP.

KESIMPULAN: CALON-CALON PEMBANGKANG INI HANYA PULANG KAMPUNG SEMATA-MATA UNTUK MENJADI CALON DAN MAHU MENDAPAT GELAR YANG BERHORMAT.

KALAU SAYA BOLEH MENGWAKILI SELURUH PENGUNDI..PASTI KOSONG UNDI UNTUK MEREKA.

25 April 2013

PRU-13: Analisis Awal Keputusan Kawasan Kota Belud


SELEPAS 5 hari berkempen, nampaknya calon-calon BN Kota Belud diperkirakan akan mempertahan 2 Dun dan satu Parlimen, kecuali Dun Kedamaian yang masih dinggap kelabu bagi calon BN Datuk Hebert Timbon Lagadan. Kemasukan  Ketua Cabang PKR Kota Belud Saidil Semoi  ke dalam Umno pagi tadi tidak memberikan sebarang impak kepada calon Bn itu.

Khabar gembira juga, apabila semua pemimpin Kota Belud turun padang termasuk Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan mantan ADUN Usukan Datuk Japlin Akim.

Walaupun Tan Sri Pandikar tidak secara terang terangan berkempen, namun kehadirannya di kawasan Kota Belud memberi semangat kepada jentera BN terutama bagi Pusat Daerah Mengundi Iranun.

Sebagai catitan sejarah, pada PRU-12 lalu, semua peti undi kaum iranun, PDM Rampayan Ulu dan Laut, PDM Tamau, PDM Merabau dan PDM Peladok, semua calon-calon Bn kalah di peti-peti undi tersebut.

Melihat perjalanan kempen selama 5 hari, nampaknya memontum di pihak BN senantiasa tinggi, dengan pengelibatan semua calon-calon bertali arus mengadakan perjumpaan di berbagai markas, dari pagi hingga ke malam.

Apa yang dapat dilihat oleh penulis selama lima hari berada di Kota Belud, gerakan calon-calon pembangkang masih kaku dan perlahan. Mereka mengadakan perjumpaan secara kecil-kecilan yang meliputi orang-orang tertentu sahaja. Perjumpaan pembangkang hanya disertai penyokong bergerak mereka dari satu tempat ke satu tempat.

Di atas kertas, suasana kempen di Kota Belud tidak hangat seperti PRU-PRU lalu, kemungkinannya, adalah disebabkan calon-calon pembangkang yang tiada pengalaman bedepan dengan pilihanraya.

Di antara calon-calon Pembangkang hanya Peter Marajim daripada SAPP di Kedamaian dan Suwah Buleh daripada STAR di Tempasuk yang menampakan cara berkempen sesuai dengan suasana pilihanraya, manakala calon-calon PKR nampak kaku terutama calon PKR di peringkat Parlimen Munirah Majalis.

Nampaknya calon-calon pembangkang berdepan dengan ranjau-ranjau yang tebal untuk bersiang dengan calon-calon BN.

Di kawasan Tempasuk, calon PAS Laiman Ikin, penampilan keduanya dalam pilihanraya, sukar untuk mendapatkan semula undi yang diperolehinya pada PRU-12 yang menggunakan lambang PKR.

Assessment Penulis di kawasan Tempasuk misalnya, bagi pengundi kaum KDM, daripada 10 pengundi 6 memilih BN sementara 4 lagi terbagi untuk calon-calon pembangkang. Manakala daripada kaum bajau, daripada 10 pengundi, 7 memilih BN, manakala 3 lagi samada pembangkang atau bebas.

Manakala bagi suku iranun, di Usukan, daripada 10 pengundi, 7 memilih BN, manakala 3 lagi tidak menentu. Sementara di Tempasuk, daripada 10 pengundi iranun, 5 memilih BN, manakala 5 lagi akan memangkah calon Pas, bebas atau parti pembangkang lain.

Keadaan ini mungkin berubah menjelang 2 hari sebelum pembuangan undi. Namun diperkirakan perubahan itu tidak jauh daripada assessment awal penulis.

Jika berasaskan perkiraan rambang, di Usukan misalnya, daripada 18,698 pengundi, jika 80 peratus turun mengundi atau 14,958 orang, maka calon Bn akan mendapat undi 10,470 dan perkiraan majoriti bagi calon BN Datuk Dr Salleh Tun Said diperkirakan melebihi angka 4 ribu, ini kerana undi terdekat akan diperoleh calon PKR antara 2,800-3,400.

Manakala di Tempasuk daripada 16,866, jika 80 peratus yang turun mengundi atau 13,490, maka calon Bn akan mendapat undi 8770 dan diperkirakan majoriti juga akan meningkat berbanding PRU-12 lalu. Pada PRU-12, calon BN bagi kawasan Tempasuk Datuk Musbah Jamli menang dengan majoriti 2.432 undi.

Sementara di P169 Parlimen Kota Belud, daripada 51.467 pengundi, diperkirakan peratusan yang turun mengundi adalah 79 peratus atau 40,800 orang. Daripada jumlah ini calon Bn akan mendapat 23,600 undi dan calon terdekat yang mendapat undi terbanyak adalah PKR dengan jumlah 15,800 dan selebihnya diperoleh oleh calon-calon lain. Berasaskan perkiraan awal ini, calon BN Parlimen Kota Belud akan menang dengan majoriti antara 7,000-8,000 undi dan ini merupakan satu penigkatan.

Perlu diketahui bahawa trend pengundian antara DUN dan Parlimen tidak selari disebabkan berbagai faktor.

Sementara di Kedamaian, penulis belum sempat ke kawasan itu, namun berasaskan assessment Setiausaha Bahagian PBS Daimin Sulukan daripada 15,903 pengundi keseluruhan, diperkirakan 78 peratus akan turun mengundi atau 12,404 orang dan daripada jumlah ini 5,190 akan memilih BN. Jika calon Star dan SAPP boleh memperoleh undi di atas 1,800, ada kemungkinan calon BN akan menang, jika tidak, maka Dun Kedamaian bakal mendapat Wakil Rakyat yang baru daripada PKR saudara Ukuh.

24 April 2013

Lawatan PM Terpaksa Dibatal Kerana Cuaca Buruk

Datuk Salleh Ketika Mengumumkan Pembatalan Kedatangan PM
Manusia merancang Tuhan menentukan,’ Barangkali itulah ungkapan tepat untuk mengubati kekecewaan lebih kurang sepuluh ribu penyokong Barisan Nasional, apabila Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak terpaksa membatalkan  lawatannya ke Kota Belud petang tadi kerana faktor cuaca.

Penyokong BN yang datangnya dari jauh dan dekat itu seawal jam sebelas pagi lagi itu,merasa hampa sekali kerana mereka datang semata-mata mahu mendengar amanat penting daripada pemimpin No 1 negara. 

Kehangatan Pilihan Raya Umum ke 13 yang sedang berjalan ini, amanat dari ketua pemimpin negara dan ketua parti Barisan Nasional amat dialu-alukan oleh semua lapisan rakyat tidak mengira apa fahaman siasah. 

Markas utama Barisan Nasional(BN), N6 Tempasuk yang ditempatkan di Dewan Terbuka Datuk Musbah, telah dibanjiri orang ramai dari pelbagai kaum. 

Untuk meredakan rasa terkilan dan rasa kekecewaan para penyokong BN, Datuk Najib Abdul Razak telah memohon kemaafan dan memberi kata-kata semangat kepada calon-calon BN supaya berkerja keras untuk mempastikan kemenangan BN dalam PRU 13 menerusi perbualan langsung dari telefon bimbitnya jam 4 petang.

Pembatalan lawatan Perdana Menteri ke daerah Kota Belud, mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat setempat. Bagi penyokong BN, mereka mudah menerima kemaafan dari Datuk Najib seiklasnya, tapi  daripada penyokong pembangkang mereka mempergunakan pembatalan dengan mendakwa  Datuk Najib takut datang ke Kota Belud. Penyokong pembangkang berandaian kononnya, itu petanda parti pembangkang semakin mendapat sokongan dari rakyat.

22 April 2013

PRU-13 Kota Belud: Lamsil Pemusnah Atau Mempermudah?

Kencenderungan pengundi melihat calon serba sedikit mempengaruhi keputusan bagi kawasan Kota Belud. Lawan Datuk Rahman bagi kawasan P.169 Kota Belud adalah mereka yang tidak mempunyai nama, ertinya pengundi sedikit mengetahui latar belakang mereka, kecuali calon Bebas mantan ahli Umno Lamsil Hamidsor( Foto).

Abdul Rahman menghadapi persaingan lima penjuru dengan Isnaraissah Munirah Majilis (PR), Jalumin Bayugoh (STAR) dan Kanul Gindol (Bebas) selain Lamsil.

Lawan Rahman tiada yang perlu diperkatakan, ertinya zero defect. Manakala Rahman banyak sekali disebut, kerana merupakan penyandang bagi Parlimen Kota Belud.

Jika semuanya berfikiran terbuka, maka sepatutnya calon BN itu mempunyai kelebihan daripada semua segi, baik pengalaman, jumlah peruntukan yang berjaya di bawah ke Kota Belud, mahupun daripada segi jalinan dengan rakyat.

Dari jenama atau trade mark, Rahman mengatasi semua calon.

Namun, yang mencercatkan jenama Rahman adalah daripada segi persepsi. Persepsi yang terbina sejak lima tahun lalu, yang dipermudah oleh beliau sendiri.

Sebenarnya jenama Rahman itu cukup baik, namun kealfaan di peringkat awal yang tercipta kerana mainan politik yang tidak sempat dirungkai dan diatasi menyebabkan nama Rahman seolah-olah merupakan liabiliti.

Isu-isu yang dispin yang pada awalnya kecil, namun dibiarkan merebak sehingga menggunung, sehingga menjadi halangan kepada jenama Rahman untuk melangkah. Bebanan yang berat itu, mempengaruhi "speed"nya untuk mencapai penamat, meskipun tiada manusia lagi berada di depannya.

Bernasib baiklah Rahman, kerana Kota Belud merupakan kubu kuat BN. Apapun onek-onek pengundi, namun akhirnya akan memangkah juga, kerana lambang bersama Rahman adalah lambang BN.

Bagi mereka yang terlajak, kini ada pilihan, yakni memangkah Lamsil, tidak sama seperti PRU-12, di mana tiada calon yang boleh dipangkah melainkan calon PKR. Atas sebab itu, pada PRU-12, undi yang diperolehi calon PKR begitu tinggi. Keadaan juga berlaku di Tempasuk, tetapi tidak di Usukan.

Suara Rakyat menafsir, pencalonan Lamsil merupakan hikmah kepada calon BN, kerana melalui cara ini, kemungkinan majoriti BN bagi Parlimen Kota Belud akan meningkat.

Berasaskan pirasat Suara Rakyat, keputusan PRU-13 bagi kawasan Parlimen Kota Belud akan mengulangi keputusan PRU-2004, di mana Datuk Dr Salleh Tun Said merupakan calon.

Pada kali ini, Salleh merupakan Ketua Jentera BN kawasan Kota Belud. Suara Rakyat yakin, berasaskan prestasi Salleh yang lalu, semua kawasan di Kota Belud akan mengalami pertambahan majoriti; walaupun pada keadaan awal kempin ini, sikap sebenar para pengundi belum membayangkan diri.

Sikap Pengundi Sabah: Pengundi Luar Bandar Lebih Cenderung Kepada Personaliti Yang Bertanding

ADA kebenaran bahawa percaturan memilih calon mempunyai pengaruh kuat terhadap kemenangan. Sejak penamaan calon Suara Rakyat turun padang, dan fakta yang ditemui, rata-rata pengundi lebih suka bercakap soal-soal personaliti calon berbanding parti yang diwakili.

Pada PRU-PRU lalu, kebanyakan pengundi kurang memberi perhatian kepada personaliti, namun pada PRU-13 ini, personaliti lebih dominan berbanding parti yang diwakili.

Bagi kawasan Kota Belud misalnya; para pengundi bukan bercakap soal parti tetapi bercakap soal calon. Selepas bercakap soal calon kemudian merebak kepada kaum. Situasi ini berlainan dengan PRU-PRU lalu. 

Kalau pengundi bercakap soal parti, maka mudah untuk mematahkannya, namun apabila bercakap soal personaliti calon kemudian diikuti dengan kaum, maka sukar untuk membuat hujah.

Namun, bagi peraih undi BN, terpaksa perpaksi kepada parti. Dengan mengunakan parti sebagai media untuk menggamit sokongan agak mudah untuk berhujah. Atas sebab itu, kempen pada kali ini, tidak akan memberi kesan yang besar kalau melalui kempen secara perjumpaan melalui majlis. Pendekatan yang jitu adalah secara berkelompok, kerana sasaran yang berbagai.

Setidak-tidaknya ini lah intipati temuan Suara Rakyat semenjak penamaan calon.

PRU-13: Terkini Kawasan Kota Belud

SUARA Rakyat cuba mencari fakta secara rambang berasaskan lokasi yang tertumpu pada kawasan Usukan dan Tempasuk. Untuk sementara berlegar-legar di kawasan bajau dan iranun.

Walaupun reaksi para pengundi masih samar-samar, namun nampaknya rata-rata pengundi yang ditanya, dikuasai  isu retorik pembangkang melangkaui usaha BN selama lima tahun.

Spin pembangkang lebih mereka ingat, berbanding usaha-usaha pembangunan kerajaan termasuk pemberian bantuan seperti BR1M atau bantuan-bantuan lain.

Disebabkan, sample berasaskan rambang, mungkin secara kebetulan penulis terjumpa mereka yang memang hardcore pembangkang atau mereka yang masih atas pagar.

Penulis sengaja tidak mencatat nama, kerana penulis hanya mahu jawapan daripada mereka, berkaitan dengan trend pilihan mereka.

Apabila ditanya berkaitan calon BN, masih ada berbelah bagi, walaupun rata-rata menjawab bahawa kemunculan semula Datuk Dr Salleh Tun Said memang ditunggu-tunggu.

Apa yang pelik, jika pada PRU-PRU lalu, penulis juga menggunakan kaedah yang sama. Pada masa lalu, penulis mendapat jawaban pasti, samada menyokong BN ataupun tidak. Namun pada kali ini, belum ada jawapan pasti, selain undi itu rahsia.

Penulis berpakian lengkap, vest BN Topi BN, ertinya penulis tidak perlu memperkenalkan diri, kerana daripada pakaian sahaja responden tahu bahawa penulis adalah kempener BN.

Melegakan juga, mereka yang kenal penulis, mereka menjawab apabila penulis mengucapkan TATAP maka di sambung BN.

Mungkin masa kempen belum rancak, sehingga emosi pengundi belum tiba. Apabila nanti, suasana kempen memanas, maka di situ baharu jelas, sikap mereka yang sebenarnya.

Penulis setakat malam Sabtu dan seharian Ahad, belum dapat membaca sikap sebenar pengundi, kerana mereka masih "malu-malu". Keadaan ini memang senantiasa berlaku, setiap pilihanraya umum.

Isu calon dikalangan kaum bajau tidak sangat menjadi perhatian, namun di lokasi kaum iranun, nampaknya isu calon menjadi pertimbangan mereka.

Penulis yakin, para calon yang dikemudi oleh Pengerusi BN Kawasan Kota Belud yang juga calon Dun Usukan, telah meramu jawapan dan strategi yang akan dijalankan oleh jentera BN bagi menepis dan seterusnya menggamit hati pengundi agar menyokong calon-calon Bn.

Penulis bukanlah jentera parti, melainkan hanya sukarelawan yang membantu calon-calon Bn setakat yang termampu.

Esok penulis akan menyambung kerja lagi dan akan ke kawasan KDM, kawasan Tempasuk.

21 April 2013

Perdana Menteri Ke Kota Belud Selasa Depan

Calon-calon BN Kota Belud akan mendapat suntikan semangat daripada Perdana Menteri pada Selasa depan, apabila beliau melawat  Kota Belud dalam acara kempen Pilihanraya.

Bertempat di Dewan Datuk Musbah Kg Taun Gusi, jam 3.30 petang dijadualkan Perdana Menteri akan tiba. 

Selama 1jam setengah Perdana Menteri bersama-sama dengan pengundi Kota Belud berama mesra. Situasi ini akan menambah lagi peluang calon-calon Bn menang dengan cemerlang dalam PRU-13 ini.

Calon BN untuk P.169 Parlimen Datuk Rahman Dahlan, Bagi Dun N.8 Usukan Datuk Dr Salleh Tun Said, Dun N.6 Tempasuk Datuk Musbah Jamli dan N.7 Kedamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan.

Kawasan Kota Belud adalah Wilayah BN dan dijangka akan tetap wilayah BN selepas 5 Mei 2013.

Keahlian Lamsil Hamidsor daripada Umno Terlucut: Salleh Said

KOTA BELUD: Ahli Umno Lamsil Hamidsor, yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kota Belud terlucut keahliannya secara automatik daripada parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata perlembagaan parti jelas menyediakan peruntukan kelucutan keanggotaan terhadap mana-mana ahli parti yang bertindak menentang parti, termasuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sehubungan itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud menyeru ahli dan penyokong parti supaya memberikan sokongan kepada penyandang, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipilih mempertahankan semula kerusi berkenaan.

Beliau berucap pada perjumpaan bersama jentera Barisan Nasional (BN) di Kampung Sembirai, di sini Ahad.

Abdul Rahman menghadapi persaingan lima penjuru dengan Isnaraissah Munirah Majilis (PR), Jalumin Bayugoh (STAR) dan Kanul Gindol (Bebas) selain Lamsil.

Salleh yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah pembangkang.

"Kita perlu memberi kemenangan besar kepada BN bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat...kerajaan yang kuat saja mampu membawa kestabilan politik," katanya. 

Calon Belot Umno Tidak Akan Dapat Undi - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) yang belot kepada parti apabila bertanding sebagai calon Bebas tidak akan dipilih oleh rakyat.

Menurutnya rakyat tidak akan memberi undi mereka kepada calon individu yang tidak berupaya membawa perubahan kepada nasib mereka.

"Saya percaya orang Umno, BN tak akan ikut calon Bebas, mereka akan bagi undi mereka kepada parti.

"Kerana mereka tahu yang bertanding adalah parti, kalau parti tak menang tak guna," katanya pada sidang media selepas berceramah di Rali Pemuda BN bagi Parlimen Alor Setar di sini, Sabtu malam.

Selain itu Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan pemimpin dan ahli Umno yang bertanding atas tikes Bebas merupakan tindakan sia-sia.

"Pilihan raya bukan sebab nak jadikan orang itu YB (Yang Berhormat) . Kita nak cukup kerusi intuk bentuk kerajaan, kalau dia menang sorang-sorang kerusi...dia nak buat apa?

"Dia tak boleh buat apa, nanti kena minta dengan kerajaan juga," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan beberapa ahli Umno yang membelakangi keputusan parti untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Antararanya Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Tasek Gelugor.

Diminta mengulas sama ada keputusan mereraka bertanding Bebas mencerminkan kelemahan kepimpinan parti memilih calon terbaik, Dr Mahathir berkata ia berkemungkinan didorong oleh sikap tamakkan kuasa dan pangkat.

"Makin ramai percaya mereka patut dipilih. Terutama kalau dia nampak nak menang, dia nak la jadi calon sebab dia nampak nikmat...bukan sebab nak berkhidmat.

"Ramai yang rasa dia adalah winable candidate atau calon boleh menang. Atau mungkin dia ingat dia win-cable candidate, bila tak dapat dia kecewa...orang macam ni tak boleh jadi pemimpin," katanya.

PRU-13: Nampak Gayanya SABAH TATAP BN

Datuk Musa Semasa Penamaan Calon Semalam
 SATU keadaan yang dapat dinilai dengan kepala mata adalah sambutan terhadap calon-calon selepas diumumkan sebagai calon.

Melihat kepada keadaan itu, tidak syak lagi calon-calon BN merupakan pilihan. 

Di merata tempat daripada Sungai Sibuga, Apas, Kimanis, Beaufort, Tuaran, Kudat dan Kota Belud, sambutan rakyat terhadap calon-calon Bn sungguh luar biasa.
Datuk Dr Salleh Datuk Musbah Datuk Rahman Datuk Herbert Timbon dan Datuk Japlin
Di Sandakan misalnya, Sambuatan kepada Musa baik sebelum penamaan calon mahupun selepas diumumkan sebagai calon, suara rakyat gegap gempita, menelan suara-suara sumbang daripada pembangkang. 

Dalam sistem demokrasi, yang berbicara adalah suara keramat rakyat, bukan janji-janji retorik pembangkang yang selama ini menjelajah, namun terbukti pada hari penamaan calon, suara mereka selama 5 tahun berkempen, masuk telinga kiri keluar telinga kanan rakyat.

Individu yang bertanding menentang calon-calon BN adalah para individu yang mahu mengisi tembolok dan perut sendiri, bukannya untuk rakyat.

Seorang pegawai daerah yang sempat tanda tangan SURAT KANUN BERSUMPAH DARIPADA calon-calon yang ingin bertanding, apabila ditanya YAKIN KAH MENANG? APA JAWPAN MEREKA..CARI MAKAN BAH TUAN.

20 April 2013

PRU-13 Sabah: Tiada calon Menang Tanpa Tanding- Musa Aman Berdepan lima Penjuru Salleh Said Tiga Penjuru

Kerusi DUN Sungai Sibuga yang disandang Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman akan menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan calon Bebas, SAPP, STAR dan PKR. 

Musa yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,657 undi akan ditentang calon Bebas, Mohd Arshad Abdul, A.M. Jafar @ Damaid Juana (SAPP), Mohd Roslan Yussof (STAR) dan Irwanshah Mustapha Ahmad (PKR). 

Sementara itu Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said dicabar oleh dua calon lain daripada Parti Pembangkang.

Manakala Datuk Rahman Dahalan berdepan lima penjuru selain daripada parti-parti pembangkang juga oleh seorang calon bebas.

Berikut Senarai Penuh

18 April 2013

Pengerusi PKR Sabah Ahmad Thamrin Zaini Takut Bertanding di DUN Sibuga

Calon BN Dun Sungai Sibuga
Pengerusi PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini mengelak bertanding di kawasan DUN Sibuga, sebaliknya bertanding di Dun Gum-Gum pada PRU-13 ini.

Kawasan Sibuga diberikan kepada pendatang baru yang kurang dikenali Irwansyhah Bin Mustafa.

Pada PRU-12 lalu Thamrin bertanding di Dun Sibuga dan hanya mendapat undi 2,913 berbanding calon Bn yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman 10,570 undi. Majoriti Musa, bertambah dibanding PRU 2004. Pada PRU-12 lalu Musa mendapat majoriti 7,657 undi berbanding tahun 2004 6,670 undi.

Apa yang pelik, Dun Gum-Gum pada PRU lalu dimenangi tanpa tanding oleh calon Bn Zakaria Mohd Edris.

Pada PRU-13 ini, seperti biasa BN mempertaruhkan kawasan Sungai Sibuga kepada Pengerusi Umno Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

PRU-13: Penampilan Semula Datuk Salleh Tun Said

Tahun 1994 Datuk Salleh Tun Said  merupakan ADUN kedua Umno di Dun Usukan selepas Tun Datu Mustapha Datu Harun. 

Datuk Salleh mempertahankan kawasan tersebut sehingga PRU-2004, selepas beliau hanya memilih bertanding Parlimen Kota Belud pada PRU-2004.

Pada PRU-2008, Datuk Salleh tidak bertanding sebarang kerusi, namun masih berperanaan di peringkat kepimpinan negeri.

Selepas sahaja PRU-12, Datuk Salleh dilantik sebagai Pengerusi kraft Tangan Malaysia, kemudian dilantik sebagai Penasihat Sains dan Teknologi Kepada Ketua Menteri Sabah bertaraf Menteri. Selepas kedudukan itu, beliau dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.

Pada 16 April lalu, bertempat di Bangunan Umno Sabah, Pengerusi Umno Sabah menamakan Datuk Salleh Tun Said sebagai calon bagi Dun Usukan Kota belud, selepas penyandang Dun tersebut Datuk Japlin Akim digugurkan.

Kawasan Dun Usukan adalah kawasan majoriti kaum Bajau, sedikit KDM, Iranun dan cina.

Pada PRU-12, calon BN Datuk Japlin berjaya mempertahankan kawasan tersebut dengan majoriti 4,023 undi daripada 15,816 jumlah pengundi.

Kawasan Usukan adalah kawasan tradisi Bn sejak Sabah mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963. Setakat ini, tiada parti lain yang pernah menang di kawasan tersebut selain Usno dan kini Umno.

Boleh dikatakan siapa sahaja dicalonkan oleh pihak Bn di kawasan itu "sure" menang, demikian juga penampilan semula Datuk Salleh Tun Said ketika ini, "sure" satu kerusi Dun bagi BN Sabah telah dalam genggaman.

Pada PRU-13 kali ini, Datuk Salleh berdepan dengan pendatang baru daripada PKR Mustafa Sa'mud.

Penamaan calon Pada Sabtu 20 April, dan hari pengundian pada Ahad 5 Mei 2013.

Di atas kertas, keunikan kawasan Usukan, bahawa stok pengundi Bn adalah antara 4-5 ribu, manakala pembangkang antara 1-2.5 ribu orang.

Yang paling mendapat perhatian pada PRU-13 ini, di kawasan Usukan, adalah jumlah majoriti calon Bn, apakah akan meningkat atau menurun.

Sitausi politik tanah air yang tidak menentu sejak tahun 2008, akibat tsunami politik terhadap Bn di Semenanjung yang tidak sampai di Sabah pada tahun itu, namun terasa getarannya di PRN Sarawak pada April 2011.

Apakah getaran tsunami politik itu hanya akan terasa di Sabah pada PRU-13 ini? Namun, berasaskan pengamatan Suara Rakyat, memang getaran tsunami itu menyebar ke Sabah, namun bahangnya tidaklah panas sangat sehingga mampu menganggu gugat kedudukan Bn.

Apapun, Usukan TATAP BN.

15 April 2013

Parlimen Sepanggar: Kawasan Rebutan

KAWASAN Sepanggar dahulunya ditandingi parti SAPP melalui Eric Majimbun selama dua penggal, ketika parti itu masih bersama BN.

Selama dua penggal, tidak timbulpun perebutan di kalangan parti komponen BN siapa yang mahu bertanding, demikian juga antara pemimpin tertentu. Malah semua peringkat menerima keputusan pucuk pimpinan, bahawa kawasan tersebut ditandingi SAPP.

Namun selepas SAPP keluar daripada BN, maka mengakibatkan kawasan tersebut tersedia bagi komponen BN termasuklah para pemimpinnya.

Seharusnya, peluang yang ada itu dimanafaatkan sebesar-besarnya untuk merampas kawasan itu, bukan bertelagah sesama sendiri, dalam soal-soal perebutan calon; kerana melalui tindakan itu, akan melemahkan kawasan itu untuk dirampas.

Sebelumnya tidak timbulpun bahawa Ketua Bahagian Umno Sepanggar Jumaat Idris adalah salah seorang yang winnable candidate, walaupun Ketua Bahagian sepenggal itu berjaya merebut jawatan itu daripada Uzair Yahya pada tahun 2008.

Sebelumnya tidak timbulpun bahawa kawasan tersebut perlu ditandingi Ketua Bahagian Umno atau pemimpin Umno daripada bahagian itu, kerana kawasan tersebut telah dialokasikan kepada parti komponen.

Sebenarnya siapapun yang dipilih bertanding di kawasan tersebut, maka bahagian Umno Sepanggar perlu memastikan sokongan, seolah-olah kawasan tersebut ditandingi oleh calon daripada parti komponen.

Konsesus seperti terdahulu perlu digunapakai, kerana kalau tidak seolah-olah bahagian Umno kawasan itu telah lama berdoa agar parti SAPP sebagai komponen BN perlu keluar daripada BN, agar supaya Jumaat Idris dapat bertanding sepertimana dakwaan pengikutnya sambil melakukan ugutan kepada pucuk pimpinan bahawa mereka akan letak jawatan kalau ketua bahagian mereka tidak dicalonkan.

Tindakan mereka itu, sebenarnya keluar daripada landasan yang telah disepekati sebelum ini. Mengapa pengikut Jumaat Idris itu tidak mengancam meletakan jawatan, pada dua penggal yang lalu? kenapa mesti sekarang, dikala kawasan itu ada kemungkinan ditandingi Umno?

Jangan kerana ketamakan, maka kawasan yang dapat dirai akan terlepas begitu sahaja. Janganlah kerana keegoan sendiri, maka kawasan yang sepatutnya untuk parti akan hilang begitu sahaja. Fikir-fikirkan lah.

13 April 2013

PRU-13 Sabah: Bakal Calon Kota Belud masih menunggu

HANYA calon-calon Umno yang masih ternanti-nanti. Untuk kawasan DUN Kedamaian, sudah pasti Datuk Hebert Timbon Lagadan.

Bagi DUN Tempasuk, nampaknya mantan ADUN Kawasan tersebut Datuk Musbah Haji Jamli sudah melakukan persiapan rapi, termasuk menggerakkan Pusat Operasi di Kampung Taun Gusi.

Bagi kawasan Usukan dan Parlimen, nampaknya masih menunggu pengumuman calon, walaupun Bahagian Umno Kota Belud, sudah menggerakan Jentera Umno/BN yang berpusat di Pejabat Bahagian Umno Kota Belud.

Ketua Bahagian Umno merangkap pengerusi BN kawasan yang juga ketua jentera BN- Datuk Dr Salleh Tun Said sudah sekian lama menggerakan jentera bagi berhadapan dengan PRU-13.

Sebenarnya, hingga setakat ini belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak siapa bakal-bakal calon Umno di Kota Belud, walaupun secara tradisi mantan penyandang adalah keutamaan.

Mantan penyandang bagi kawasan Parliemn Kota Belud adalah Datuk Rahman Dahalan, bagi Dun Usukan adalah Datuk Japlin Akim, sementara Dun Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Pada PRU-12 lalu, semua kawasan yang dipertandingkan dimenangi calon-calon BN.

Namun berasaskan persepsi diperingat akar umbi dan pemimpin tempatan mungkin ada perubahan calon-calon; namun semuanya itu hanya cakap-cakap. 

Hanya minggu depan kemungkinan pada Selasa, akan diketahui bakal-bakal calon, kerana inilah pertama kalinya BN akan mengumumkan senarai calon-calon yang dipilih seminggu sebelum penamaan calon.

Penamaan calon telah ditetapkan pada Sabtu 20 April, sementara pengundian pada Ahad 5 Mei 2013.

Bagi Suara Rakyat, siapapun bakal calon yang dipilih BN, calon-calon itu mestilah daripada mereka yang sudah berkhidmat dengan rakyat dan mempunyai sumbangan yang ketara.

Elaklah calon payung terjun, kerana bukan sahaja mencerancatkan kempen, malah boleh mengundang berbagai masalah, yang boleh menjurus kepada kekalahan.

Pada PRU ini, jangan cuba-cuba ambil mudah kecenderungan rakyat, kerana sentimen kini sungguh berbeza dengan PRU-PRU lalu.

Suara Rakyat hanya mampu berhujah namun keputusan ditangan pucuk pimpinan. Bagi Suara Rakyat, utamakanlah Parti, kerana partilah yang membentuk kerajaan.

Bagaimanapun sayangnya kita pada seseorang pemimpin dan kita berkehendakkan pemimpin itu betanding namun keputusan pucuk pimpinan kena diterima oleh semua.

Tugas kita pada PRU-13 adalah mengundi, dan memastikan undi kita HANYA PADA LAMBANG DACING. TATAP BN BAH.

Datuk Rahman Dahalan: Jika Dipilih-Pilihan Utama adalah Kota Belud


: MP KB ke Sepanggar ke atau stay back KB?” If selected first choice is definitely Kota Belud.

: sapa lwn d kb?” Munirah. Tak kenal? Jun bimbang. Orang KB pun tak berapa kenal.

12 April 2013

TATAP BN BAH: Tema Gelombang BIRU BN Sabah

Datuk Musa setibanya di KDCA semalam
Bertempat di KDCA Penampang semalam, meskipun kurang publisiti pelancaran Gelombang Biru BN yang bertemakan TATAP BN BAH mendapat sambutan puluhan ribu.

Majlis pelancaran itu dihadiri semua Presiden Komponen BN Sabah termasuk Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Dalam ucapan pelancarannya Datuk Musa berkata, rakyat Sabah perlu menyokong BN kerana gabungan berbagai parti itu telah menunaikan tanggugjawabnya sebagai sebagai parti yang membentuk kerajaan lebih setengah abad di negara ini.

BN yang memerintah negara ini melalui sokongan rakyat telah meletakan asas kepada pembangunan negara, dan mengisi asas itu untuk menjadikan negara maju pada tahun 2020.

Membangun sesebuah negara bukan mudah, kerana latar belakang negara daripada negara dijajah, yang tidak mempunyai kepakaran dalam teknologi pada awal kemerdekaan, dan merupakan negara agraria. Disebabkan ketekunan dan diterminasi kepimpinan negara, maka negara berjaya menjadi negara industri yang pesat membangun.

Di samping itu, akibat perancangan dan kebijaksanaan para pemimpin negara, maka sumber pertanian seperti kelapa sawit yang pada mulanya tiada pasaran di luar negara, malah ditentang habis-habisan oleh negara maju, kerana bersaing dengan minyak soya, tetapi kini menjadi komoditi primadona negara.

Sabah dengan dengan keluasan tanahnya, menjadi penyumbang terbesar pengeluaran minyak Sawit negara. Sumber daripada kelapa sawit telah menggantikan kayu-kayan di mana satu ketika merupakan sumber utama negeri di bawah bayu itu.

Selain itu, berbagai industri dan penjanaan ekonomi, dan kemampuan Datuk Musa Aman mengurus negeri sejak tahun 2003, telah membuat rekod apabila bajet negeri Sabah melepasi RM4 bilion setahun. Rekod ini dibuat dikala Sabah tidak mempunyai kekayaan semulajadi lagi seperti kayu.

Sabah di bawah BN, untuk 5 tahun yang lepas, telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun 2012. Kadar kemiskinan ini akan terus menurun apabila berbagai projek luar bandar seperti agropolitan, POIC di Lahad Datu berjalan sepenuhnya.

BN apabila membuat janji maka ditunaikan. Sebelum pemberian BR1M, bantuan pra persekolahan, pembangkang memandang sinis janji itu, namun selepas dua tahun diberikan berturut-turut; pembangkang pula gusar, sehingga mereka mengemukakan berbagai teori tidak berasas berkaitan bantuan kepada rakyat itu.

Kini BR1M dijadikan acara tahunan sebagai bonus kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan tahun depan jumlahnya menjadi RM1200 naik RM700 daripada jumlah asal RM500.

Sebenarnya banyak lagi faedah kepada rakyat akan mengalir jika BN meneruskan pemerintahan. Sebenarnya BN mengetahui kemahuan rakyat dan tahu apa keperluan rakyat dan negara.

Untuk itu, sebagai pengundi, berilah sokongan tidak berbelah bagi kepada BN untuk masa depan negara dan rakyat. SABAH TATAP BN BAH.

11 April 2013

PRU-13: Siapa Calon-calon Kawasan Kota Belud?

KECUALI calon PBS bagai DUN Kedamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan, bagi calon-calon Umno masih menunggu pengumuman Presiden parti,yang seharusnya diketahui semalam, namun ditangguhkan 2-3 hari lagi.

Nama-nama pemimpin seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Musbah Jamli dan Datu Japlin Akim merupakan calon-calon yang bakal diumumkan.

Di antara nama-nama itu, Datuk Musbah Jamli dikatakan nama yang paling pasti diumumkan sebagai calon Tempasuk, kerana saingan utamanya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, sudah awal-awal lagi memberi tindak balas tidak akan menyertai pilihanraya.

Spekulasi bahawa Datuk Rahman Dahalan akan dipilih bertanding di Parlimen Sepanggar, kawasan pembangkang semakin kencang bertiup, malah sebuah surat khabar tempatan menyiarkannya awal minggu ini.

Berasaskan situasi yang ada, maka samada Datuk Dr Salleh Tun Said kembali ke Dun Usukan, dan Datuk Japlin pula menggalas tugas di peringkat parlimen atau sebaliknya, keputusan mengenainya berdebar-debar untuk ditunggu.

Apa yang menarik untuk dipaparkan, bahawa semua pemimpin Umno yang disebutkan telah awal-awal lagi menyatakan akan terus setia dan membantu kemenangan BN meskipun di antara mereka tidak terpilih. Jiwa besar yang mereka tunjukkan dari awal-awal lagi merupakan faktor kekompakan jentera Bn Kota Belud yang diketuai oleh Dr Salleh sendiri.

Siapapun yang bakal terpilih yang pasti mereka akan berkerja sebagai satu pasukan untuk satu matalamat yakni kemenangan.

10 April 2013

PRU-13: Senarai calon-calon BN- Petang ini akan diketahui?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini tepat jam 12.15 tengah hari ini bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama Pengerusi BN negeri. Dan selepas itu, beliau dijangka mengumumkan senarai calon-calon BN.

Jika berlaku pengumuman awal calon-calon BN, maka untuk pertama kalinya berlaku.

Najib banyak melakukan perubahan semenjak menjadi Perdana Menteri. Salah satu perubahan itu, apabila membiarkan salah satu negeri di mana DUNnya terbubar dengan sendirinya.

Najib membuat perubahan apabila tempoh wakil rakyat melebih lima tahun, kerana pembubaran dewan rakyat hanya dilakukan pada 3 April, manakala tempoh wakil rakyat genap 5 tahun adalah 8 Mac.

Penamaan calon bagi PRU-13 adalah 20 April, manakala Hari Pengundian 5 Mei 2013, demikian diumumkan oleh SPR pagi tadi.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada PRU-13 berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan esok (11 April), kata Pengerusi SPR

PRU-13: Apa kata kaum cina?

Seorang individu cina yang bernama Thomas Lee, 66 asal Karamunting Sandakan, terdaftar mngundi di tempat yang sama, namun kini menetap di Kota Kinabalu. 

Penulis sempat berjumpa denga beliau semalam, dalam acara ngambi di sebuah restoran di Luyang Kota Kinabalu. 

Mr Lee memberitahu saya, minggu lepas, beliau dan isterinya pulang ke Sandakan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga, selepas 13 tahun tidak pernah pulang ke tempat kelahirannya. 

Wooo katanya, keadaan Sandakan tidak seperti yang beliau bayangkan. Sandakan begitu maju. Beliau terperanjat dengan jalanraya berkembar daripada lapangan terbang ke Bandar. Selain itu, kadar pembangunan, katanya sungguh di luar dugaan, sehingga beliau tersesat jalan, kerana tidak biasa lagi dengan suasana. 

Taman-taman perumahan dan kawasan rumah-rumah kedai baru telah tumbuh bagaikan cendawan. 

Tetapi yang paling mustahak adalah komennya berkaitan pilihanraya ke-13. Karamunting katanya akan mendapat calon baru, seorang akauntan daripada LDP. Calon itu bernama Pang juga, kerana anak kepada abang kepada Peter Pang, mantan ADUN Karamunting yang tidak dapat mempertahankan kerusi tersebut, kerana bertukar parti. 

Dun Karamunting adalah kawasan LDP, atas sebab itu, pada PRU-13 ini, parti komponen BN itu mempertahankan kerusi itu bagi pihak BN. 

Apabila ditanya peluang BN mempertahankan kawasan Sandakan, semua kawasan kata Thomas Lee akan dimenangi BN, kecuali Tanjong Papat jika Datuk Raymond Tan masih bertanding di kawasan itu. Mr Lee tidak memberi sebab-sebab yang jitu, mengapa menyebut secara khusus nama Raymond Tan. Malah beliau secara berseloroh, kalau beliau bertanding, boleh mengalahkan mantan DUN Tanjong Papat itu. 

Calon-calon lain kata beliau akan menang, termasuk Datuk VKLiew di Parlimen Sandakan tetapi calon BN itu perlu berkerja keras. VK Liew kemungkinan akan berdepan dengan calon DAP Wong Thien Fatt 52, nama baru dalam dalam arena politik. 

Menurut Thomas Lee, rata-rata kaum cina berpuashati dengan kerajaan, terutama pengwujudan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Kaum cina merasa aman dengan terwujudkan agensi kerajaan itu. 

Selama di Sandakan, ramai kaum cina bercakap dengan kadar pembangunan Sandakan, termasuk “upgrading” Lapangan Terbang Sandakan. Mereka melihat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman yang merupakan mantan ADUN Sibuga, memang banyak membawa pembangunan di Sandakan dan mencipta alam perniagaan untuk semua. Kaum cina menghargainya, demikian kata Mr Lee. 

Sambung Mr Lee, apa yang kaum cina mahu dengan komposisi kerusi DUN yang ada sekarang? 32 DUN bumiputra islam, 20 DUN bumiputra bukan islam dan 8 kaum cina. Kaum cina perlu berpihak kepada majoriti. 

Kaum cina Sabah kata beliau, tidak perlu terikut-ikut kaum cina Semenanjung, kerana keadaan yang berbeza. Di Sabah katanya, kaum cina perlu berafiliasi dengan kaum majoriti.

9 April 2013

PRU-13: Siapa Calon- Calon BN Kota Belud?

SEBENARNYA Jentera Barisan Nasional Kota Belud lama sudah bersedia berdepan dengan PRU-13. 

Pengerusi BN Kawasan Kota Belud Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Ketua Umno Bahagian sejak awal tahun ini menggerakan sepenuhnya Jentera BN melalui pengaktifan seluruh Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Suara Rakyat telah beberapa kali bertanya daripada pihak BN Kota Belud berapa jumlah PDM yang aktif beroperasi, namun setakat ini, jumlah itu belum diperolehi. Oleh kerana Suara Rakyat adalah pengundi Dun Tempasuk, maka mudahlah memaparkan jumlah PDM bagi kawasan Tempasuk. (Tempasuk mempunyai 19 PDM).

Bagi mengaktifkan dan meneruskan memontem pilihanraya, maka taklimat, mesyuarat sering dijalankan oleh pemimpin Kota belud, terutama oleh Datuk Salleh.

Semalam, satu taklimat bagi Jentera Pilihanraya DUN Kedamaian, telah diadakan. Pemudahcara taklimat adalah Datuk Salleh sendiri, dibantu oleh Datuk Rahman dan Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Penamaan calon dan hari pengundi bagi PRU-13 belum ditentukan. SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan dua tarikh tersebut.

Sementara bahang PRU-13 semakin hangat di Kota Belud, persoalan yang sering ditimbulkan adalah apa kah ada perubahan calon-calon bagi BN di kawasan Kota Belud? Di pihak PBS, Datuk Herbert Timbun Lagadan disahkan mempertahankan DUN Kedamaian, sementara di pihak Umno belum ada kepastian, samada mantan-mantan wakilnya yang baru sahaja melepaskan jawatan itu pada 3 April, akan dicalonkan semula.

Apa yang pasti, setakat ini semua pemimpin Kota Belud begitu aktif sekali, nyata belum ada seorangpun diantara mereka kendur dari segi kuantiti dan kualiti kerja.

Jentera BN Kota Belud sudah siap sedia, hanya menunggu pengumuman calon-calon.

8 April 2013

PRU-13 Sabah: Haji Nizam Abu Bakar Titingan-Antara muka Baru BN Sabah

SUDAH tiba masanya pemimpin pelapis seperti Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan menggalas tugas sebagai wakil rakyat.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah itu, telah melalui liku-liku politik daripada peringkat bawah, sehingga pernah menduduki sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah, meangkap Ketua Pemuda BN Sabah, pernah menjadi exco pemuda Malaysia.

Kini, Nizam merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau.

Satu kesepakatan yang tidak tertulis, sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selama sepenggal, maka pada penggal berikutnya akan diberi peluang sebagai calon dalam pilihanraya.

Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, sebelum menjadi wakil rakyat, juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Ada desas desus yang bertiup kencang, bahawa Tuan Haji Nizam bakal dicalonkan mewakili BN dalam PRU-13, namun kerusi mana beliau diberikan amanah untuk menggalas tugas itu belum dipastikan; samada  diperingkat DUN ataupun Parlimen.

Tawau mempunyai dua kawasan Parlimen, Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan. Parlimen Tawau sebelum ini dimenangi calon SAPP ketika mewakili BN. Pada PRU-13 ini parlimen Tawau akan mendapat calon baru dan parti komponen BN mana yang bakal menggalas tugas akan diketahui seminggu sebelum penamaan calon.

Bagi kawasan DUN di Kawasan Tawau, dua kawasan DUN yang hangat diperkatakan bakal mendapat calon baru, dun tersebut adalah DUN Tanjung Batu dan DUN Sebatik, selain DUN Sri Tanjong.

Di peringkat mana Nizam bakal ditugaskan sebagai calon, juga akan diketahui seminggu sebelum penamaan calon.

SPR akan bermesyuarat pada 10 April untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. 

Calon-calon BN akan diketahui selewat-selawatnya minggu kedua bulan April, dengan ramalan itu, maka kemungkinan besar hari mengundi jatuh pada 28 April, 2013.

PRU-13: Apa Yang Orang Iranun dapat lakukan?

AWAL-AWAL lagi Perdana Menteri menekankan, bahawa kriteria calon-calon BN adalah "winnable candidate" ertinya calon-calon itu selain diterima rakyat juga merupakan pemimpin akar umbi pada satu-satu kawasan.

Winnable candidate adalah seseorang pemimpin yang berjasa kepada rakyat secara amnya dan khususnya akar umbi, selain dekat dengan rakyat.

To the point sahaja.. untuk sementara adakah kalangan kaum iranun memenuhi kriteria itu? Setahu penulis individu yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik adalah Tan Sri Pandikar, pun demikian, pada PRU-13 ini, Speaker Dewan Rakyat itu telah membayangkan tidak akan menyertainya.

Memang ramai kalangan kaum iranun yang suka dan berminat dalam politik, namun kaki mereka tidak sepenuhnya dalam politik, kaki mereka sebahagian terikat dengan majikan. Mereka rata-ratanya bukan ahli politik tetapi berminat bermain politik.

Bagaimana kah rakyat dapat menilai mereka? sedangkan kalau adapun sumbangan kepada rakyat, bukannya berpunca daripada kerjaya politik, tetapi iksan daripada majikan, atas sebab mereka menggunakan kedudukan jawatan mereka untuk berpolitik.

Penulis bukannya merendahkan keupayaan suku iranun, kerana penulis juga daripada suku itu, tetapi penulis kena mengukur baju di badan sendiri.

Penulis yakin, dalam sanubari suku iranun, berkecamuk apa yang penulis tulis, kerana mereka juga tidak dapat lari daripada kenyataan ini.

Senario di atas adalah jika dalam barisan nasional, akan tetapi jika bercakap di pihak pakatan, maka terdapat beberapa orang yang benar-benar berkecimpung dalam politik sepenuh masa. Dalam pakatan tidak timbul rayuan agar suku iranun perlu dicalonkan, kerana memangpun salah satu pemimpin iranun itu adalah pilihan utama untuk bertanding. Ambil contoh Setiausaha PAS Sabah- Saudara Laiman Haji Ikin, sudah pasti beliau akan menjadi pilihan partinya bertanding; demikian juga Saudara Safian Saluddin Timbalan bendahari PKR Sabah, merupakan pilihan partinya untuk bertanding.

Di pihak BN, setakat ini hanya ada Datuk Almudin Kaida yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, namun disebabkan beliau mewakili  parti komponen yang dianggap daripada KDM, maka sukar baginya dipilih bagi kawasan yang bukan bermajoriti kaum KDM.

Berasaskan kepada ulasan di atas, apapun desakan kaum iranun, untuk sementara belum dapat dilayan, kerana belum ditemuinya individu iranun yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, dan juga  mempunyai sumbangan dan jasa kepada rakyat. 

Pemilihan calon daripada suku iranun, tidak boleh menggunapakai  slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan sepertimana ungkapan WARIS yang baru ditubuhkan.Fikir-fikirkan lah

7 April 2013

PRU-13: Kerusi Beaufort Paling Panas Di Sabah

ADA yang kata, samada calon BN atau Pakatan, kedudukan masing-masing adalah "sailang", ertinya ke dua belah pihak akan bermati-matian merampas kerusi itu.

Walaupun rekod BN sungguh hebat pada PRU-12 lalu, apabila calon BN menang dengan majoriti 14,870 undi berbanding lawan, namun pada kali ini individu yang dicalonkan itu, bertanding bukan atas tikit BN lagi, melainkan tikit pembangkang.

Parlimen Beaufort sebenarnya wilayah BN, kerana sejak tahun 1994, kawasan tersebut terus dimenangi BN. Tiga pemimpin BN yang pernah memenagi Beaufort, Datuk Anifah Aman, Datuk Azizah Dun Banir dan Datuk Lajim Ukin. Lajim merupakan calon BN pada PRU-2008.

Di atas kertas BN mempunyai peluang yang baik, namun rekod Lajim yang belum terkalahkan di kawasan itu sejak tahun 1985, merupakan rekod yang mengerunkan.

Datuk Azizah yang akan berdepan dengan Lajim mungkin dapat bersaing, namun rekod antara dua mereka, nampaknya Lajim lebih menyerlah. Azizah pernah melawan Lajim merebut Ketua Bahagian Beaufort, namun Lajim keluar sebagai pemenang.

Sementara itu rekod Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Aliansah juga mempunyai rekod tersendiri melawan Lajim. Pertembungan mereka adalah melalui Persatuan Bisaya, namun untuk rekod Lajim mengalahkan Isnin dengan teruk sekali.

Beaufort adalah wilayah kaum Bisaya, di mana Lajim adalah Janang Gayuhnya (pemimpin agung bisaya); atas sebab itu, pada PRU-13 ini, ada yang mengatakan bahawa kaum bisaya tidak sanggup mengorbankan pemimpin agung mereka. Faktor ini yang kelihatan, mengapa kawasan Parlimen Beaufort merupakan kawasan terpanas di Sabah.

Walau bagaimanapun Azizah dan Isnin akan dibantu oleh komitmen barisan nasional terhadap penduduk Beaufort. Kerajaan BN pada Februari lalu melalui pengumunan Perdana Menteri akan membina Loji Bekalan Air Luar Bandar yang berharga RM226 juta, selain Projek Kolej Islam Beufort dan sekolah kaum cina bagi memenuhi keperluan rakyat kawasan itu.

Komitmen pemimpin utama Sabah Datuk Seri Musa Aman yang merupakan anak kelahiran Beaufort juga membantu calon-calon BN. Dengan keadaan ini, pengundi Beaufort, perlu menilai apakah kemajuan untuk segenap rakyat atau memilih seseorang kerana hanya asas gelaran?

Nampaknya, pilihanraya kawasan Beaufort akan menjadi kawasan terpanas sepanjang PRU-13 ini. 

Manifesto BN: Bukan Memperdaya Pengundi- Tapi Sebagai AKUJANJI


Mulai pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.

Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.

Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.

Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.

Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.

Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat “rakyat Malaysia yang dikasihi”.

“Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.

“Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, ‘Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya’.

“Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat,” kata Najib.

Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.

Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

“Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.

“Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa,” kata beliau.

Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.

Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.

Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.

Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.

Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.

Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.

Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.

Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: “Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap.”

Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.

Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.

Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.

Dalam manifesto BN, Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.

Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Kenapa mandat besar diperlukan?

Najib menulis dalam manifesto BN: “Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

“Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!”

Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. — Baharom Mahusin Mingguan Malaysia

PRU-13: Intipati Manifesto Barisan Nasional

Najib semasa melancarkan Manifesto BN bagi PRU-13
Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri .

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program 'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal. 

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels