PESTA DEMOKRASI dalam Pemilihan Parti bulan depan, mengundang berbagai macam calon yang turut bertanding, namun mereka GAGAL mengukur BAJU di badan sendiri.
Kelihatan ada diantara calon-calon itu, berpakaian longgar, ketat, malah kelihatan seperti baju pinjaman.
Tidak salah maju ke depan untuk bertanding, kerana amalan demokrasi dalam parti, apatah lagi perubahan sistem pemilihan parti yang memansuhkan kuota pencalonan. Namun, kena juga tanya diri sendiri, apa matalamat dan tujuan pencalonan/pertandingan itu?
Memang digalakan berlakunya transformasi dalam parti, ertinya, parti memerlukan pemimpin yang mampu membawa parti ke pucak keboleh percayaan ahli khasnya dan rakyat umumnya; namun apabila ada calon-calon yang menawarkan diri, tidak kelihatan mempunyai dimensi ke arah itu, tujuan dan visi transformasi dalam parti itu, tidak akan tercapai.
Memang sungguh menggalakkan melihat ramainya penyertaan dalam pertandingan merebut berbagai jawatan yang disediakan oleh parti baik Bahagian, Wanita, Pemuda mahupun Puteri, namun, kita perlu ingat, kualiti individu yang bertanding itu, apa kah tergolong dalam kategori "pemimpin" yang boleh memertabatkan parti?
Sayang, melihat kepada senerai mereka yang bertanding di semua peringkat, hanya satu-dua daripada calon-calon itu mempunyai itegriti, ketelusan, kemampuan, mempunyai wawasaan ke depan, namun sebahagian besarnya, adalah mereka yang 'kaki projek"; mahu mendapatkan tempat dalam parti, demi memperlancar tujuan pribadi.
Jangan lupa, rakyat majoriti melihat Umno daripada luar, jangan seperti katak bawah tempurung. Kelangsungan Umno kini dan selamanya, perlu dizahirkan melalui transformasi kepimpinan, ertinya kepimpinan yang mampu mengubah mindset ahli, rakyat baik secara mikro mahupun makro.
Kalau lah parti hanya mampu menzahirkan pemimpin yang "kaki projek" dan huluran kerajaan; perkara ini, boleh meruntuhkan parti; kerana rakyat majoriti yang menentukan sokongan pada pilihanraya umum, melihat; mengapa kita sokong mereka-mereka yang hanya punya agenda pribadi?
Tidak dinafikan, sejak sekian lama, Umno Kota Belud, hanya mahu melahirkan pemimpin-pemimpin seperti itu; dan kini, keputusannya tidak akan jauh berbeza, kerana senarai calon-calon yang mendaftar diri sebagai calon-calon, mempunyai kualti yang demikian.
Sayang mereka-mereka yang mempunyai kualti, tidak berani maju ke depan, kerana mungkin, pemimpin-pemimpin ini, memegang prinsip, memimpin tidak semestinya dikejar, memimpin perlu diberikan amanah untuk memimpin. Namun dalam senario sekarang, cara itu sudah ketinggalan zaman. Cara sekarang, adalah siapa yang berani ke depan, itulah yang dikatakan pemimpin, dengan tanpa melihat sosok tubuh seseorang itu.
Malah, menjadi pemimpin, adalah sesuatu yang boleh dibeli seperti barangan lambak di pasar-pasar raya.
Pada PRU-13 lalu, rakyat majoriti telah membuat keputusan, memberi kepercayaan kepada calon parti untuk menang dengan cemerlang; namun mengapa kita ahli Umno tidak mahu akur dengan keputusan majoriti itu? Ahli parti hanya 1/3 daripada jumlah pengundi secara keseluruhan; pun demikian, kita masih menolak pilihan majoriti; kerana mengatas namakan demokrasi, maka kita maju menentang pililhan majoriti itu, dengan "baon" tanpa mengukur baju di badan sendiri.
OKB, bukan ada kecenderungan untuk tidak melihat berlakunya pertandingan di Peringkat Tertinggi Bahagian mahupun Timbalannya; namun hakekat perlu diterima, calon-calon yang menawarkan diri itu, adalah pilihan rakyat majoriti rakyat Kota Belud.
Sebenarnya kita malu dengan penduduk Tuaran, ahli mereka yang bertanding di Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, diberi laluan Menang Tanpa Tanding bagi kedudukan Timbalan Ketua Bahagian; kerana mereka melihat, rakyat Kota Beludpun memberi kepercayaan kepada beliau, mengapa kita di Tuaran tidak pula?
Datuk Dr Salleh Tun Said dan Datuk Musbah Jamli yang menawarkan diri bertanding kedudukan Ketua Bahagian dan Timbalan, adalah pilihan rakyat majoriti Kota belud; dan itu telah disahkan melalui pilihanraya. sebaiknya, kita menghormati, keputusan majoriti; bukannya menolaknya, kerana prinsip bebas bertanding, dengan laungan demokrasi dalam parti yang amat subur.
Kita sebagai ahli parti, perlu memperluas minda, dan perlu mengambil perasaan majoriti, dalam proses demokarsi dalam parti. Rakyat majoriti sudah tentu melihat, bahawa para ahli seolah-olah memperlekeh keputusan majoriti; kerana ada ahli-ahli parti yang mengambil keputusan untuk menidakkan pilihan rakyat majoriti.
Jangan lah berbangga diri, kerana menjadi calon menentang pilihan majoriti rakyat, kerana rakyat majoriti melihat, bahawa semuanya itu mempunyai "tujuan" tertentu.
Melalui pertandingan/pemilihan bahagian ini, memang berlaku pesta demokarsi; namun yakinlah, mereka yang dipilih oleh majoriti rakyat, akan terus dapat mempertahankan jawatan; demi membela selain ahli juga rakyat umum lainnya.
Sesuatu perlu diambil iktibar pada pemilihan Umno Kota belud, secara umumnya, calon-calon yang menawarkan diri, mahu merebut kedudukan daripada calon pilihan rakyat; bukannya bertujuan untuk kepentingan parti dan rakyat; akan tetapi lebih menjurus kepada agenda pribadi.