3 August 2018

PENEMPATAN SEMULA PATAI/PATI- KAUM KDM JANGAN BIMBANG

Penempatan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Pendatang asing tanpa IC (PATAI) kerana rumah-rumah setinggan mereka hangus terbakar, hanya di tempatkan di kawasan-kawasan bumiputera islam, seperti kg Darau, Menggatal, supaya nanti kawasan-kawasan seumpama itu menjadi koloni yang sesak dan sempit, kemudiannya dipindahkan semula seperti mana berlaku bagi kawasan Sembulan dan Tanjung Aru, serta Likas. Sejarahnya, Sembulan, Tanjung Aru dan Likas adalah kawasan penempatan bumiputera islam, dan kini bukan lagi.

Kerana kemajuan, kawasan-kawasan tradisi bumiputera islam, akan terus susut. Dengan senario yang demikian, kaum KDM jangan bimbang, kawasan-kawasan anda tidak akan diceroboh. Setakat ini, sejak merdeka, tiada lagi kawasan-kawasan KDM yang hilang daripada peta.

PATI/PATAI sangat penting bagi parti seperti PWS, kerana sokongan daripada kumpulan ini lah yang menyebabkan banyak kawasan dimenangi pada PRU-14. Kemenangan PWS pada kawasan-kawasan bumiputera islam, kerana calon-calon Umno hanya mendapat undian daripada penduduk asal, sedangkan pengundi penduduk asal terbahagi dua, iaitu PWS dan Umno. Oleh kerana PATI/PATAI sungguh benci dengan RCI PATI Sabah yang menggariskan tindakan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHATAR PULANG serta diiringi dengan tindakan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) telah menyebabkan mereka bulat untuk PWS, sebab itu kawasan seperti Dun Banggi, Dun Karambunai, Tanjong Aru, Inanam, Petagas, Gum-Gum, Sekong, Tungku, Kunak, Parlimen Putatan, Sepanggar, Silam, calon-calon Bn/Umno kalah teruk. Malah kehadiran mereka di Parlimen Papar, menyebabkan DUN Pantai Manis dan Parlimen Papar hilang daripada genggaman Umno, malah tertempias di Dun Bongawan, dan hampir menawan Parlimen Kimanis.

Kehadiran PATI/PATAI tidak menguggat kaum KDM, yang tergugat hanya kawasan-kawasan bumiputera islam. Malah kehadiran mereka, boleh menyumbang kepada kemenangan besar seperti di Moyog, Kepayan, Tanjong Aru, Petagas, likas, Api-Api dan Inanam, Merotai, Tanjong Papat, Elopura, Batu Sapi dan Sekong, malah calon yang mereka sokong hampir menang di Dun Balung, Tanjong Batu dan Sebatik.

APABILA PEMIMPIN SERUPA HARIMAU SARKAS

Mungkin ramai di antara kita pernah menonton permainan sarkas. Dalam permainan sarkas, sang pemain dengan rotan tali di tangan boleh mengarahkan harimau mengikut kehendaknya. Usai babak, sang harimau masuk kandang,kemudian diberikan "dedak" sementara menunggu pertunjukkan seterusnya.

Fenomina pemimpin bagaikan harimau sarkas tergambar sungguh selepas PRU-14. Pemimpin yang dahulu berdegar-degar dengan berbagai kenyataan, menerusi berbagai saluran, kini telah masuk kandang, mungkin sedang menunggu PRU-15, baru mula beraksi, samalah dengan harimau yang telah masuk kandang, menunggu pertunjukkan seterusnya.

Berpolitik masa sekarang, tidak lagi sama dengan masa-masa lalu, terpaksa masuk kampung keluar kampung untuk menyampaikan mesej. Masa sekarang, berpolitik boleh menerusi berbagai saluran. Pun dengan berbagai saluran itu, sebahagian besar daripada pemimpin yang "jaguh" sebelum kehilangan kuasa, terus menyepi.

Jika diamati, terlalu banyak isu yang berkaitan rakyat pada masa ini, namun seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pemimpin yang suatu masa lalu yang dianggap sebagai pemimpin "heavyweight". 

Apa yang mereka tunggu? Apa kah mereka mahu kerajaan yang ada terus kuat, bertapak, kemudian baru cuba digugatkan? Seharusnya mereka ini, terus memberi kenyataan-kenyataan yang boleh mengamit perhatian rakyat, kerana dalam politik adalah proses saling pengaruh mempengaruhi, dan ianya perlu beterusan.

Mengapa mereka ini, tidak mengambil iktibar apa yang dilakukan Tun Dr Mahathir? PM-7 itu, bangun sahaja, belum berus gigipun, sudah membuat kenyataan. Lihat impaknya, kerajaan Bn yang menerajui negara selama 61 tahun tersungkur pada PRU-14.

Para pemimpin pembangkang, tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menyepi, kecualilah, telah kehilangan taji untuk membela rakyat, kehilangan keinginan untuk bangkit, kehilangan kehendak untuk memerintah semula!!!!. 

Wahai para pemimpin, anda jangan risau masih ramai penyokong dan menyokong di luar sana, hanya terletak bagaimana anda mengunakan kad pemimpin yang ada di tangan anda. Fikir-Fikirkan.

POLITIK SABAH- CINA SENTIASA UNTUNG

Sejarah politik Sabah, cukup jelas, apabila buniputera berpecah, maka kaum cina yang untung, demikian juga apabila bumiputera berkuasa cina juga yang untung.

Jangan jauh-jauh, kita melihat bermula tahun 1994, apabila kerajaan PBS ditumbangkan dan digantikan dengan Bn (Umno-AKAR-LDP) kemudiannya plus SAPP, PDS (UPKO), PBRS (3 parti serpihan PBS- AKAR juga serpihan PBS), cina juga mendapat tempat. Tan Sri Chong Kah Kiat (LDP) meskipun hanya 1 kerusi Dun, dapat menduduki jawatan Ketua Menteri, demikian juga Datuk Yong Teck Lee, dengan 3 ADUN juga dilantik sebagai Ketua Menteri.

Selepas itu, rakyat Sabah menyaksikan Datuk Raymond Tan dengan dua kerusi DUN, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, kini Christina Liew dengan dua kerusi DUN, juga menduduki jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Kenapa cina sentiasa untung? sebabnya sesebuah kerajaan itu boleh tumbang apabila cina berpaling tadah. Mengapa cina boleh menentukan kerajaan? sedangkan jumlah kerusi bumiputera tanpa sokongan kaum cinapun boleh membentuk kerajaan, sebabnya hanya satu- bumiputera berpecah. Mengapa bumiputera berpecah?, kerana hanya satu sebab--kuasa!!!!

Contoh perpecahan bumiputera yang amat ketara, apabila Parlimen Tenom ditawan oleh DAP. Kemenangan calon parti chuvinis cina itu pada PRU-14 di kawasan majoriti murut, mencatit sejarah.

Ekoran keputusan PRU-14, bumiputera terus berpecah. Bagi yang islam terbahagi dua- antara PWS dan Umno. KDM memangpun telah lama berpecah, bermula tahun 1994. Bagi kaum cina, kini berkumpul pada parti DAP. Kalau lah PWS dan PKR bukan sekubu dengan DAP, kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu akan jatuh ke tangan parti Lim Kit Siang itu.

Keputusan PRU-14 Sabah, jikalah tidak berlaku pengkhianatan, untuk pertama kalinya Sabah diperintah oleh bumiputera, namun kerana tiadanya jati diri, maka kerajaan tulin bumiputera tersungkur dalam tempoh 24 jam. Selepas tersungkurnya kerajaan bumiputera yang ditubuhkan oleh Tan Sri Musa, kerana pengkhianatan kaum bumiputera sendiri, diikuti pula oleh beberapa wakil rakyat bumiputera, seperti ADUN Pitas, Sugut, Kuamut, Kuala Penyu dan terbaharu Sukau.

Nampaknya kaum bumiputeralah yang menjadi pengkhianat kepada bumiputera demi keuntungan kaum cina. Mereka lebih mengutamakan kaum yang menguasai ekonomi, harta negeri berbanding kaum bumiputera yang perlu pembelaan.

Kepada kaum bumiputera, buka lah minda dan fikiran, jika fenomena ini tidak dinoktahkan, suatu hari kaum bumiputera akan mengemis di negeri sendiri.

2 August 2018

DISEBALIK PENOLAKAN UMNO DAN BN

UMNO telah rosak dari kepala hingga ke ekor. PRU 14, rakyat menolak UMNO. Kali pertama UMNO menjadi Pembangkang. Terpahatlah dalam sejarah bahawa parti yang menuntut kemerdekaan sudah tertiarap ke bumi. 

Soalnya mengapa? Orang Melayu berpaling dari UMNO. Kaum lain seperti Cina India termasuk kaum utama di Sabah tidak lagi menyokong BN. Jasa UMNO dan BN sudah tidak dikenang. Semua ini kerana dosa-dosa pemimpin UMNO dan BN.

Apabila sudah lama berkuasa lebih 61 tahun, ia menjadi liabliti besar terpaksa ditanggung. 6 dekad ini UMNO menjadi ikan busuk kerana politik wang. Era pemimpin UMNO dalam kalangan guru sudah lenyap. Dari kalangan profesional dan bijak pandai pun senyap. 

UMNO dipimpin oleh ketua yang berlagak seorang "ahli perniagaan sekelip mata". Ada Ketua Bahagian jual kuoata pekerja asing. Ada Ketua Bahagian kaut projek mega kerajaan. Ada Ketua Bahagian dapat AP kereta. Banyak lagi, tapi penulis malas mahu dedahkan. Kerana budaya dalam UMNO percaya untuk menggerakkan parti mesti ada wang.

Ahli UMNO datang mesyuarat dapat elaun. Datang Perhimpunan Agung dapat duit belanja dan bermalam di hotel Seri Pacific atau hotel-hotel besar lain. Siapa bayar? Ketua Bahagian lah bayar, yang mana ada dalam kalangan mereka berstatus Menteri dan seumpama.

Amalan ini yang merosakkan UMNO. UMNO hidup atas wang. Tiada pelincir tidak bergerak. Projek kerajaan jadi mangsa. Duit rakyat dilahab oleh pemimpin UMNO.

Bila ada keistimewaan menjadi Ketua Bahagian. Maka rasa mahu duduk lama. Tidak mahu lepas jawatan pada muka baru. Jadi caranya sekat orang lebih pandai dari dia. Maka dipilihlah hanya yang bodoh-bodoh menjadi ahli UMNO. Semuanya kerana mahu menjamin kedudukannya kekal sebagai Ketua Bahagian. 

Sebab itu, rakyat marah ada anak Ketua Bahagian pakai Panamera, kahwin dengan artis, melancong ke London. Semuanya serba mewah. Duit siapa? Duit rakyat. Begitu juga dengan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Termasuklah Exconya. Mereka bukan lagi menjadi jentara rakyat, turun ke padang. Sebaliknya mengejar projek untuk menyuap habuan ke setiap sayap cawangan. 

Wanita bukan lagi sebagai penggerak rumah K10. Pemuda bukan lagi sebagai pendesak yang lantang di jalan raya. Puteri bukan lagi sebagai pemikat anak muda. Semua gila duit, gila projek. Sebab itu Ketua Sayap UMNO diberi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. 

Secara tersurat, tulang pentadbiran UMNO disusun secara matarialistik. Sistem Bahagian ini merosakkan parti. Struktur organisasi juga menggalakkan rasuah politik, meskipun ada perubahan sedikit dalam sistem pemilihan parti.

Mengapa UMNO kekalkan sistem undian lama. Iaitu sistem chai. Malah di kertas undi juga formatnya mengizinkan sistem chai ini berleluasa. Apa itu chai? Ia lebih kepada sistem undian yang cincai. 

Perwakilan tidak tahu siapa yang mereka undi. Mereka sudah disiap siagakan dengan senarai nombor yang harus mereka pilih. Siapa yang menentukan set chai ini. Jawapannya Ketua Bahagian dan Ketua Sayap masing-masing. Soalnya dimana demokrasi dalam UMNO. 

Di mana mini SPR dalam UMNO? Tiada. Bagaimana nama ingin dimasukkan dalam set chai ini. Pastinya lobi melobi melalui wang dan ringgit ke syurga. Bila ada pemilihan maka adalah politik wang.

Adakah sistem ini masih diperlukan ketika UMNO sekarang menjadi Pembangkang? Wang telah menewaskan ramai cerdik pandai ingin membantu parti Melayu ini. 

Kemudian, jika kita lihat dalam PRU lepas. UMNO masih menurunkan calon Ketua Bahagian di Parlimen. Lebih kurang 42 peratus adalah Ketua Bahagian. Calon muda dinafikan. Kenapa? Kerana seseorang Presiden perlu juga mengukuhkan kedudukannya dalam parti selain kemenangan dalam pilihanraya. Malangnya, semua mendapat. Bala. 

Ada Ketua Bahagian yang mengugut. Ada Ketua Bahagian selama 5 penggal berkuasa. Ada Ketua Bahagian sabotaj calon payung terjun. Semua ini gara-gara tulang organisasi dalam UMNO sendiri. Sistem inilah yang menjadikan UMNO rosak. 

Bayangkan untuk mencari ahli baru, jentera turut dibayar dengan wang. Siap kira kepala? UMNO bukan majikan. UMNO adalah parti keramat. Parti perlu mendapatkan ahli dengan penuh kehormatan. 

Kesan sistem kebobrokan UMNO ini : UMNO hilang segalanya. Tiada lagi pemimpin orator. Tiada lagi cerdik pandai. Tiada lagi agamawan yang ikhlas di pentas. Tiada lagi pemimpin sejati. Tiada lagi apa-apa. Yang tinggal hanya pemimpin yang kurang serba serbi. Kata Pak Meon "yang tinggal yang tolol wal bahlul". 

Hari ini UMNO perlu belajar dari PKR PPBM PAS dan DAP. Bagaimana mereka bertahan sebagai Pembangkang. Amat memalukan selepas tidak berkuasa. Keluarlah surat peruntukan ditamatkan. Kemana perginya duit UMNO selama 60 tahun. Mana aset UMNO? Apakah selama ini pemimpin UMNO mengkayakan keluarganya dan membiarkan tabung UMNO kontang. Kalau begitu pemimpin UMNO memang pengkhianat. 

Cuba lihat DAP PKR. Berapa sangat ahli mereka? Berapa ramai pula undi mereka? Ahli mereka tidak sampai 1 juta. Tapi mereka dapat undi majoriti rakyat Malaysia. 

Mengapa UMNO perlu sibuk mendambakan ahli. Mengapa? Ahli tidak menjamin kemenangan dalam PRU. RAKYAT adalah pengundi yang harus dijaga. Berapa aktif cabang dan ranting PKR? Mereka hanya ada pejabat negeri sahaja. UMNO setiap daerah dan Bahagian punya pejabat. Tapi adakah ia bermanfaat untuk parti? 

Akhirnya kalah juga. Bagi penulis sistem bahagian ini perlu dirombak atau lebih radikal dihapuskan. Sistem bahagian sudah tidak rasional. Di kala UMNO sebagai Pembangkang. Ketiadaan wang. UMNO harus ikut cara mereka. 

Modal air liur. Publisiti percuma. Tiada lagi TV3 dan RTM. UMNO harus lahirkan ramai ikon anak muda. Tidak cukup dengan KJ dan Shahril Hamdan. Tidak cukup dengan Asyraf Wajdi dan Papagomo. UMNO perlu lebih ramai lagi. 

UMNO perlu kuasai media sosial. Tawan FB dan Whatsapp. Wujudkan sukarelawan maya. Tarik mereka yang kreatif bikin video, montaj yang cool. Cukuplah membayar syarikat sebelum ini. Membazir semuanya ke laut. Di Sabah sebelum PRU-14, keadah ini tidak dugunapakai oleh biro penerangan Umno negeri, malah ketuanya langsung tidak aktif menggunakan media sosial.

Cari arus baharu. Pakat dengan kumpulan baru. Hatta dengan saluran baru yang lebih segar. Untuk kelihatan UMNO sudah disucikan, diinsafkan dan dilahirkan semula. 

Jika tidak semua ini dilakukan. UMNO sedang menggali lubang kuburnya sendiri.

Bagi Umno Sabah pula, "touch" saf kepimpinan perlu dikembalikan semasa era Umno masuk ke Sabah tahun 1990. Bangunan Usia, Sembulan tidak lekang dengan pengunjung penyokong. Tun Mustapha dan pemimpin masa itu silih berganti berjumpa dengan penyokong untuk memberikan semangat. Pada era itu, seorang pemimpin telah menjadikan dirinya sebagai lilin, semata-mata untuk mengerakkan Umno untuk diterima rakyat. Penulis yakin, jika semangat dan keadah itu kembali, Umno akan kuat semula. Hakekat perlu diterima perjuangan berkorbar-korbar yang tersemat dalam dada tidak cukup, perlu juga diimbangi dengan "human touch". Fikir-Fikirkan Lah. (Nota- diubah suai daripada tulisan asal Dato Khadri Musa (Bahagian Maran)

1 August 2018

JANGAN DULU HUKUM UMNO

Ketidak sabaran dan tindakan tergesa-gesa pihak-pihak tertentu yang dulunya mengaku pemimpin dan penyokong Umno meninggalkan parti menunjukkan mereka itu, tiada keteguhan perjuangan bersama parti.

Mereka tidak mengambil iktibar, bagai mana rakyat tertipu dan dibohongi semasa PRU-14, sehinggakan PH membentuk kerajaan. Rakyat dimomokkan dengan janji bulan bintang, rakyat terpedaya dengan bunyi guruh di langit lalu mencurahkan air di tempayan.

Mereka tidak menghayati bahawa berpindah rumah kerana ikut-ikutan, akan menjadikan mereka tetamu tidak diundang.

Tindakan mereka itu, samalah luka diulis dengan garam, hanya kerana kehilangan kuasa pertama kalinya dalam tempoh 61 tahun, namun pada masa yang sama , mereka tidak menyadari bahawa Umno bukan sahaja parti terbesar akan tetapi sebuah parti yang telah berakar umbi dan telah bertunjang.

Mereka itu tidak sedar, bahawa Umno hanya tercedera lalu tersandung. Mereka tidak mengambil iktibar kepada lumrah kehidupan, kadang sehat kadang sakit, mereka tidak mengambil fitrah roda, yang senantiasa berpusing, kandang di atas di bawah atau tepi.

Di negara ini, tiada parti sekaya Umno, tiada parti seramai ahli Umno, walaupun barangkali, 20% daripada 3.4juta telah membawa diri masing-masing. Jikapun demikian, Umno masih berbagi sekurang-kurangnya 2.7juta ahli tidak termasuk penyokong.

Bagi mereka yang tidak menghargai kesabaran, dugaan, memang tiada kekuatan mengharungi status tiada kuasa, namun bagi mereka yang mempunyai semangat kental dan mereka adalah intisari dan pilar perjuangan parti, sudah pasti akan dapat membangkitkan semula parti. Dalam apa jua perjuangan, kemahuan, keinginan dan iltizam yang kuat, tidak akan terbendung, dan ianya akan berjaya mengikut peredaran masa.

Kepada meraka yang masih setia dengan parti, teruskan perjuangan. Kepada mereka yang menjadi mantan-mantan, kami mendoakann semoga anda-anda sukses, dan kalau tersesat di hujung jalan, kembali lah ke pangkal jalan.

UBAH- APA YANG RAKYAT DAPAT?

UBAH KERAJAAN- apa kah rakyat cukup puashati, kerana Dato Seri Najib Razak kehilangan jawatan? demikian juga, apa kah rakyat puashati kerana Tan Sri Musa Aman dirampas kedudukannya sebagai Ketua Menteri?

Rakyat kena berfikir, perubahan kerajaan adalah memberi manafaakan kepada mereka, khususnya kehidupan harian mereka.

Jika rakyat pada PRU-14, membuat keputusan hanya kerana mahu menyingkirkan Dato Seri Najib, bukannya keputusan yang mengharapkan keadaan yang lebih baik terhadap kehidupan mereka, maka keputusan itu, boleh dikatakan sebagai keputusan bodoh.

Atau keputusan rakyat, hanya mahu melihat tindakan memalukan Dato Seri Najib, menerusi pengelidahan kediaman beliau, kemudiannya pihak yang mengelidah mampu mempamirkan berbagai harta rampasan? atau kah menerusi rampasan kuasa terhadap Musa oleh para wakil rakyat yang khianat yang tidak beritegriti, sehinggakan Musa disiasat ekoran dakwaan ancaman kepada TYT Sabah?

Rakyat kena bertanya pada diri sendiri, apa kah perkara-perkara yang disebutkan ada hubung kait dengan kehidupan harian? jika ia, bagai mana kah perkara-perkara itu boleh mempengaruhi kehidupan mereka?

Bagi penulis jika rakyat secara jujur dan adil pada diri sendiri, perkara-perkara yang boleh mempengaruhi kehidupan harian mereka adalah berkaitan sara hidup, yakni berkaitan harga barang, peluang pekerjaan, dan mereka yang mempunyai anak yang sedang belajar, adalah bantuan kewangan, apakah dalam bentuk biasiswa ataupun pinjaman.

Apa kah menerusi mengubah kerajaan, maka pendapatan RM800 sebelum kerajaan berubah, maka mempunyai kuasa beli berlipat ganda? jika anda dapati, bahawa pendapatan anda itu tidak dapat membeli barangan yang sama kualti dengan kuantiti yang lebih banyak, ertinya, anda telah membantu menghalang rakyat lain yang sepatutnya mendapat pembelaan seperti nelayan, penoreh, peneroka felda, bakal-bakal haji tajaan 1MDB, para imam, para pengerusi JKKK, para ibu tunggal dan sebagainya. Tahu kah anda, bagai mana bersalahnya anda yang mengundi PH terhadap mereka-mereka ini?

Bagi penulis, jika para pengurus GLC yang bgergaji besar-besar diganti, ianya tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada rakyat marahen, kerana mereka itu memangpun merupakan insan-insan terpilih yang mendapat habuan yang lumyan, meskipun kuasa undi mereka adalah sama dengan seorang pengundi miskin tegar.

Namun apa yang penulis terkilan, rakyat yang mengubah kerajaan, tidak mempergunakan akal dan fikiran, sebaliknya, hanya bersandarkan kepada benci, dengki, tanpa memikirkan impak kepada keputusan mereka itu.

Kata peribahasa, telanjur perahu boleh di undur, namun terlajak kata buruk padanya. Keadaan sekarang, nasi sudah menjadi bubur. Rakyat, yang memangpun mentimun tetap sahaja mentimun apabila bertembung dengan durian, digelek binasa, mengelek juga binasa. 

Bagi kaum melayu, lihat lah bagai mana penghinaan kepada kaum itu, bagi perajurit, lihat lah pengorbanan anda memburu/memerangi komunis, sehinggakan ramai yang terkorban, kini komunis pula diagung-agungkan sebagai penuntukan kemerdekaan negara.

Di Sabah pula, bagi rakyat asal, lihat lah, anda menjadi rakyat kelas-2 berbanding PATI/PTI. Bukti, mereka yang mendimai rumah setinggan lebih utama mendapatkan rumah binaan kerajaan berbanding rakyat tempatan.

Penulis yakin, mengutamakan PATi/PTI mendapatkan rumah-rumah atau kawasan penempatan, akan memakan diri, seperti mana pemimpin masa lalu, kerajaan terdahulu mengutamakan kumpulan ini, bukti nyata, para pemimpin itu ditolak dengan teruk pada PRU-14 oleh mereka yang mendapat bantuan!!!!

31 July 2018

UMNO SABAH KENA TAHU FAKTOR KEKUATAN

Umno Sabah kena tahu faktor kekuatan. Dari kekuatan itulah dimulakan gerak kerja. 

Sesuai dengan perubahan gerak kerja Umno Pusat, apabila Majlis Tertinggi (MT) diubah kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT), maka pempastian faktor kekuatan Umno perlu direkaysa sebagai landasan untuk bergerak.

Umno kena berpaksi kepada kekuatan asas. Bagi Umno Sabah, kembali kepada gerak kerja tahun 1990-an, semasa parti itu mula masuk ke Sabah. Semengat seperti itu yang diperlukan bagi memulihkan parti.

Dalam keadaan Umno Sabah sekarang, perlu ada pemimpin yang sanggup menjadi lilin, seperti mana dilakukan Tan Sri Musa Aman pada awal kemasukan Umno ke Sabah.

Jika, para pemimpin hanya terpaku pada "satu barisan" dan tiada pemimpin yang bergerak di luar kotak, jangan mimpi, Umno dapat dipulihkan dalam masa singkat.

Para pemimpin Umno Sabah perlu menerima hakikat, perjuangan asas tahun 1990-an dilupakan, atas sebab itu menerima padah pada PRU-14. 

Kerana gagalnya Umno memilih calon-calon yang "die hard" telah menyebabkan Umno kehilangan kuasa kerana perbuatan khianat. 

Kini Umno Sabah, dipimpin oleh mereka yang "kurang Umhhh, hanya popular di kawasan masing-masing. Dengan keadaan demikian, apa kah Umno dapat dipulihkan? Fikir-Fikirkan lah!!!

30 July 2018

KEMANA ARAH TUJU UMNO SABAH?

Kalau mengimbas kembali kemasukan Umno ke Sabah tahun 1990 dan secara rasmi tahun 1991, dan seterusnyanya lahirnya anak sulung Umno Sabah menerusi PRK Dun Usukan, Kota Belud yang dimenangi Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun pada September tahun yang sama, kelihatannya kesemarakan parti itu selepas kehilangan kuasa ekoran pengkhinatan para ADUN Katak pada 12 Mei lalu, semacam hilang arah dan tujuan.

Kepimpinan Umno negeri yang dipengerusikan Datuk Hajiji Haji Noor, semacam hidup segan mati tak mahu.

Penulis masih ingat, sejak bermulanya Umno mengembangkan sayapnya di Sabah, Bangunan Usia, di Sembulan, di mana parti itu beroperasi, tidak lekang daripada kunjungan penyokong daripada pagi hinggalah ke malam, 7 hari seminggu, namun berbeza sekali dengan sekarang, bangunan Umno di Karamunising, lengang memanjang.

Di mana kah para pemimpin utama Umno Sabah beroperasi? Apa kah mereka sudah mengubah operasi? tidak lagi bersanadarkan kepada bersemuka, sebaliknya cukup melalui group WhatApp, atau kaedah "online" yang lain sperti facebook, Ig, wechat atau yang lain-lain?.

Politik adalah proses mempengaruhi dan dipengaruhi. Politik mudah diucap, tetapi susah untuk dilaksana. Politik melibatkan manusia, massa, yang mempunyai berbagai karenah. Sebab itu dalam politik memperlukan pemimpin yang berkrisama, kerana sifat poltik itu sendiri memerlukan sedemikian. Politik tidak boleh syiok sendiri, seperti yang kita nampak menerusi saf kempimpinan Umno Sabah yang baharu.

Melihat keadaan Umno Sabah sekarang, jika cara-cara ini tidak diubah, nampaknya, mendapatkan kuasa semula, jauh api daripada panggang.

Sebagai parti pembangkang, tidak boleh mengamalkan tunggu dan lihat, parti pembangkang kena agresif, bersifat penggempur, supaya pihak yang dilawan, tidak nyaman tidur. Fikir-Fikirkan!!!!

29 July 2018

20% ROYALTI MINYAK BAYAR SEPERTI JANJI- JANGAN DOLAK DALIK

Dolak dalik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan bayaran royalti minyak bagi Sabah & Sarawak mendapat kecaman daripada berbagai pihak, bukan sahaja rakyat yang menyokong pembangkang akan tetapi juga yang telah mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14.

Kontraversi berkaitan bayaran 20% royalti minyak, apabila Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kiraan itu berasaskan keuntungan bersih, bukannya daripada keluaran kasar atau perolehan (sales).

Rakyat mengambil maklum, jika bayaran berasaskan keuntungan bersih, ianya bakal merugikan negeri-negeri pengeluar, kerana keuntungan boleh dimanipulasi, malahan menerusi kaedah itu, bayaran akan lebih rendah beerbanding 5% yang diterima sekarang, iaitu berasaskan perolehan.

Nampak gayanya, rakyat Sabah & Sarawak dipermainkan lagi, apabila pelaksanaan bayaran 20% tidak bakal dibayar, kerana menurut Menteri Ekonomi- Azmin Ali, jika ianya dilaksanakan memberi impak besar kepada Petronas dan ekonomi negara.

Rakyat Sabah kena mengambil iktibar, jikapun bayaran 20% berasaskan keuntungan, maka perlu mempersoalkan, mengapa Persekutuan mengambil 80%, sedangkan minyak & gas adalah daripada perut bumi Sabah dan Sarawak. 

Jika kerajaan adil, maka sepatutnya sipemilik mendapat 80% bukannya 20%. Nampak gayanya, Tun Dr Mahathir mengulangi lagi kesilapan 22 tahun semasa beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama (1981-2003).

Melihat permainan kerajaan PH yang diterajui Tun Dr Mahathir, Sabah & Sarawak tetap sahaja menjadi timun!!!!

27 July 2018

PEMILIHAN PKR: KEDUDUKAN AZMIN TERANCAM

Apa kah Azmin Ali akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR? kerana jawatan itu turut ditandingi mantan MP Pandan- Rafizi Ramli.

Bagi jawatan Presiden hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan bertanding. Penyandang jawatan itu, Datuk Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepada suami beliau. Apa kah juga Azmin memberi laluan kepada Rafizi?

Perebutan jawatan dalam PKR dijangka sengit, berikutan masalah dalaman Pakatan Harapan yang berkait rapat dengan jawatan Perdana Menteri. 

Isyarat Tun Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri menimbulkan kebimbangan pada Anwar. 

Akan terlihat, apa tindakan Azmin, jika Menteri Ekonomi itu bertanding jawatan Presiden, maka mengsahkan, bahawa Anwar tidak akan bakal menjadi Perdana Menteri selagi Tun Dr Mahathir sihat.

Memang di atas kertas, Anwar boleh menang, namun berasaskan senario politik semasa, kemungkinan besar, Ketua Umum PKR itu akan kecundang.

Tindakan Rafizi bertanding jawatan Timbalan, merupakan senjata Azmin untuk mendesak Anwar mempenagruhi mantan MP Pandan itu untuk menarik diri, jika tidak, beliau akan bertanding Presiden.

Sekiranya Azmin bertanding Presiden dan menang, maka jawatan Perdana Menteri bagi Anwar, ibarat jauh api daripada panggang. Jika itu berlaku, nampaknya, Anwar terperangkap oleh orang yang sama. ibarat kata pepatah, dipatok ular pada lubang yang sama.

26 July 2018

SELAGI TUN DR MAHATHIR SIHAT- ANWAR TIDAK BAKAL JADI PM

Tun Dr Mahathir telah memberi isyarat, isu Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun, sudah tidak penting sekarang, kerana ianya terletak kepada permintaan dan kemahuan rakyat.

PM ke-7 itu membayangkan akan kekal pada jawatan itu melangkaui masa yang dicadangkan, iaitu dua tahun.

Isyarat bahawa Tun Dr Mahathir akan kekal pada jawatan Perdana Menteri, tercermin pada wawancara PM ke-7 itu dengan CNN yang disiarkan pada hari ini.

Nampak gayanya, Dato Seri Anwar mengalami keadaan dipatok ular pada lubang yang sama.

Untuk rekod, sebelum Dato Seri Anwar dipecat pada September 1998 daripada jawatan TPM dan Timbalan Presiden Umno, beliau juga pada masa itu adalah PM in waiting, seperti mana sekarang.

Penulis yakin, Dato Seri Anwar maklum berkaitan keadaan ini, dan kemungkinan besar kesediaan beliau bertanding Presiden PKR pada pemilihan bulan depan ada hubungkait dengan masalah dalaman Pakatan Harapan, khususnya keenggan Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Apa kah akan berlaku perubahan lanskap politik selepas Anwar menjadi Presiden PKR?

Penulis yakin, Ketua Umum PKR itu tidak selesa dengan keadaan pemerintahan sekarang, walaupun asas reforamsi yang beliau perjuangkan adalah keadilan untuk semua, tidaklah sedemikian rupa sehinggakan mengabaikan kaum melayu/bumiputera serta agama islam, termasuk tidak menghormati raja-raja melayu.

20 Peratus Royalti Minyak- Hanya Yang #Uneducated Percaya

Kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman sudah memperkirakan, bahawa bayaran 20% daripada perolehan Petronas tidak bakal dipenuhi oleh Petronas, kerana jika diberikan, syarikat minyak negara itu akan kehilangan daya saing, malah boleh jatuh muflis. Namun, pembangkang pada masa itu, baik daripada Parti Warisan Sabah mahupun Pakatan Harapan bersungguh-sungguh sangat akan memberikan kadar itu kepada negeri-negeri pengeluar jika dapat merampas Putrajaya. Kini, terbukti, bahawa memang kadar itu tidak dapat diberikan, malah untuk kekal menyebut angka 20%, maka bayaran hendaklah didasarkan kepada keuntungan bersih. 

Menerusi keuntungan bersih, selain boleh dimanipulasi, juga jumlahnya akan sentiasa di bawah 5% daripada perolehan kasar. Keuntungan bersih sama dengan kosongpun, merupakan satu angka, kerana keadaan demikian, adalah satu keadaan operasi syarikat berada dalam keadaan “break-even”. Dalam segi operasi syarikat, ianya masih berbaloi, kerana dapat menutup kos operasi termasuk bayaran gaji kepada kakitangan, bayaran utliti selain bayaran-bayaran kepada pinjaman-pinjaman dan obligasi kewangan lain. Pada keadaan operasi Petronas “break-even” di kawasan di mana minyak dan digali, maka negeri-negeri berkenaan akan mendapat kosong bayaran. 

Kerajaan Sabah semasa diterajui Tan Sri Musa, untuk mendapat bahagian daripada hasil minyak & gas yang dikeluarkan daripada Sabah, maka Sabah menubuhkan syarikat minyak sendiri, kerana menerusi penubuhan syarikat minyak sendiri, selain mendapat keuntungan daripada segi operasi, juga akan mendapat keuntungan daripada produk-produk hiliran selain membuka peluang-peluang pekerajaan dan perniagaan. 

Manakala Pakatan Harapan dan Parti warisan sabah menekankan kepada bayaran 20%, semata-mata untuk memancing dan mempengaruhi pengundi yang #uneducated. Apabila mereka yang #uneducated ini memberikan undi sehingga dapat membentuk kerajaan ( Di Sabah tidak berlaku, kerana PWS tidak diberikan undi untuk membentuk kerajaan, melainkan kerajaan sementara yang ada, adalah hasil daripada tindakan khianat daripada para KATAK).

Kini, apa yang berlaku???? 20% royalti minyak akan hanya jadi igauan,,, 

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels