17 May 2018

RUMAH TERBAKAR-TIKUS BERLARIAN

BARU penulis percaya, dakwaan Tun Dr Mahathir sebelum PRU-14, sebelum beliau keluar daripada Umno, sebelum beliau mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, bahawa para penyokong Dato Seri Najib Razak, adalah pemakan dedak.

Kini terbukti, baru seminggu PRU-14 berlabuh, menyaksikan Bn yang berkuasa selama 61 tahun tumbang, para pemakan dedak, bukan sahaja seperti kucing basah, akan tetapi habis berlarian, ibarat rumah terbakar tikus berlarian.

Di kala, DS Najib Razak berdepan dengan berbagai tekanan, selain dilarang untuk keluar negara, meskipun belum ditahan rumah, semasa rumah beliau digeledah di malam bermulanya Ramadhan, sehinggakan beliau tidak sempat bertukar baju sepulang daripada solat terawih, malah tertidur atas kerusi, kerana serbuhan di rumah kediaman beliau oleh pihak polis, tanpa pengetahun Perdana Menteri ( Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan berbagai media, termasuk media arus perdana), tiada pemakan dedak bersuara, malah yang bersuara adalah MP Permatang Pauh daripada PKR Nurul Izzah Anwar dan disokong MP Shah Alam- Khalid Samad daripada Amanah, yang mana menurut anak Anwar itu, tindakan polis di tengah malam itu, sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan.

DS Najib Razak dibiarkan bersendirian, seolah-olah beliau adalah penjenayah. Jika benar beliau, penjenayah, rupanya penyokong dan mereka yang memuja beliau selama ini, adalah pelindung kepada penjenayah. Jika demikian, wajar lah rakyat melakukan tsunami kepada Bn, sehinggakan semua negeri, kecuali Sarawak, Perlis dan Pahang selain Sabah pada PRU-14.

Biar lah menjadi catitan sejarah, bahawa DS Najib Razak, adalah seorang pemimpin yang dipuja ketika ada kuasa. Ini lah kali pertama berlaku di negara ini, seorang pemimpin, tiada kawan yang bersimpati. Kalau pun ada yang bersimpati, mereka itu bukan termasuk dalam pemakan dedak.

Keadaan yang dialami Najib, tidak berlaku pada semua pemimpin yang kehilangan kuasa di negara ini. Rupanya sokongan kepada beliau selama ini, kerana dedak!!!! Tahniah TUN DR Mahathir, kerana menjawab sendiri dakwaan, berkaitan pemakan dedak!!!!

16 May 2018

APABILA PERJUANGAN KERANA PERUT

Datuk Hamisah Samat
PENULIS tertarik dengan kenyataan ADUN KATAK, ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisah Samat yang disiarkan Harian Ekpress pada Rabu, 16 Mei 2018, kononnya, asas beliau melompatkan, kerana pertimbangan, bagai mana menjalankan fungsi sebagai wakil rakyat, jika hanya bergantung pada elaun sebagai ADUN. 

Menerusi kenyataan itu, seolah-olah kerajaan yang menerintah, langsung tidak akan memajukan kawasan yang diwakili parti pembangkang. Hakikatnya, bukanlah demikian, kerana kerajaan yang memerintah bertangungjawab memajukan semua kawasan, bezanya peruntukan tidak disalurkan menerusi wakil daripada parti pembangkang, sebaliknya ditadbir urus oleh pejabat daerah menerusi wakil rakyat yang diberitanggungjawab mengurus sesebuah kawasan.

Nampak sangat, nawaitu ADUN Tanjong Batu itu, hanya mahu meneruskan, apa yang beliau pernah nikmati semasa menjadi ADUN Bn, yang mana peruntukan-peruntukan kerajaan disalurkan menerusi beliau. Nampak gayanya, beliau mengharapkan, bahawa kerajaan baru akan meneruskan tatakerja kerajaan lama.

Jika diteliti benar, kenyataan Datuk Shafie Apdal, jika memang kenyataan itu dipatuhi, bahawa peruntukan kerajaan bagi sesebuah kawasan, sepenuhnya dilaksanakan secara profesional, ertinya akan dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan, bukannya tertakluk kepada wakil-wakil rakyat. Jika tatacara kerja itu digunapakai, nampak gayanya, Datuk Hamisah kempunaan, kerana apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Jika itu berlaku, maka ianya menjadi hukuman kepada beliau yang mengkhianti parti dan penyokong yang memberikan beliau kemenangan untuk menjadi wakil rakyat.

Penulis juga, tertanya-tanya, berkaitan kenyataan ADUN Tanjong Batu itu, semasa peristiwa perlantikan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri pada malam 10 Mei, di mana menurut beliau, "pihak Istana Negeri" tiada kerjasama sehinggakan, beliau berpendapat masa itu, Musa tidak bakal dilantik. Namun, hakikatnya Musa dan Kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam itu juga. Satu pertanyaana yang perlu dijawab "apa maksud kenyataan ADUn tersebut".

15 May 2018

Tindakan PBS Tahun 1990 Jauh Lebih Terhormat

Penjahanam Demokrasi
Dato Seri Dr Mahathir (kini Tun) semasa parti PBS keluar daripada Bn diambang pengundian pada PRU tahun 1990 untuk bergabung dengan Barisan Alternatif (S-46-DAP) pimpinan Tengku Razaleigh dipanggil sebagai TIKAM BELAKANG. Istilah itu, akhirnya berakhir dengan sendirinya pada 11 Mei 2018, kerana tindakan PBS itu lebih terhormat berbanding tindakan parti UPKO, pimpinan Datuk Madius Tangau.

Tindakan PBS pimpinan Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) pada tahun 1990 yang dianggap selama ini sebagai tindakan tikam belakang, sebenarnya lebih bermoral berbanding tindakan UPKO.

Tindakan PBS tahun 1990, masih memberi peluang kepada bekas rakan untuk bangkit, berbanding tindakan UPKO, yang menyebabkan rakan mendapat pukulan maut.

Kepada Datuk Shafie, dan para pemimpin parti Warisan Sabah, mungkin anda-anda sekarang ini sedang bergembira, kerana anda-anda mempunyai "numbers" dan secara teknikal, Kerajaan yang dibentuk pada 10 Mei, 2018, kehilangan majoriti mudah ADUN.

Anda-anda dibantu mendapat kuasa oleh mereka yang tidak bermoral. Yakinlah, para pemimpin seumpama ini, akan terus melakukan tindakan sama, kerana matlamat mereka hanya untuk kepentingan peribadi. Mereka beranggapan menjadi sebahagian daripada kerajaan Pusat, maka akan menguntungkan mereka, kerana akan mendapat habuan projek, berbanding dengan kerajaan yang tidak separti dengan kerajaan pusat.

Kelantan, sejak tahun 1990, merupakan kerajaan yang tidak separti dengan kerajaan Pusat, namun tiada seorangpun ADUN menyeberang, walaupun pada tahun 2004, mereka hanya mempunyai kelibihan 2 kerusi berbanding parti yang memerintah Pusat. Bayangkan, selama 28 tahun, para wakil rakyat Kerajaan Kelantan boleh bertahan sebagai pembangkang kepada kerajaan Pusat, namun masih bertahan, kerana mereka itu adalah pemimpin bermoral dan amanah. Bagi UPKO dan dan beberapa ADUN UMNO, tidak sampai 24 jam parti yang mereka wakili kehilangan kuasa telah berpaling tadah, malah tindakan mereka menyebabkan kerajaan yang ditubuhkan jatuh secara teknikal. Tindakan mereka, bukan sahaja tindakan tidak bermoral, akan tetapi menjahanam sistem demokrasi, mengabaikan amanah pengundi yang mengundi mereka. Tindakan mereka itu, perlu dinoktahkan, kerana ianya tidak perlu diwarisi.

Tun Dr Mahathir Bakal Menerajui GABUNGAN BUMIPUTERA?

MENARIK sekali melihat KEPUTUSAN PRU-14 di peringkat Parlimen. 

Berasaskan kedudukan sekarang: PH 113 (PKR 47, DAP 42, PPBM 13, Amanah 11), BN 79, Pas 18 lain-lain 12 ( Warisan 8, Ind 3, Star 1).

PH mempunyai 113 kerusi ditambah dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadikan jumlah kerusi keseluruhan 121. Di atas kertas, tambahan 2 kerusi, 1 daripada UPKO dan 1 daripada PBRS, parti komponen Bn yang telah keluar daripada Bn. Bermakna PH mempunyai sokongan pada masa ini sebanyak 123 kerusi parlimen.

Sarawak sudah menyatakan tidak akan menyertai PH, kemungkin akan bersendirian. Jika Demikian, maka kerusi Bn hanya berbaki 58.

Pada keadaan sekarang, kedudukan Tun Dr Mahathir dengan 13 kerusi, sebenarnya tidak selamat, apa tah lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diampunkan, dan membolehkan beliau bertanding pada PRK.

Pada keadaan sekarang, kekuatan Tun Dr Mahathir hanya terletak pada kerusi PPBM-13 dan Warisan 8, yang berjumlah 21.

Jika PKR, DAP dan Amanah bergabung, hanya berjumlah 100 kerusi, kurang 12 kerusi bagi majoriti mudah, jika Warisan bergabung, hanya berjumlah 108, kurang 4 kerusi, tanpa PPBM. Kemungkinan akan dapat kerusi itu menerusi MP yang melompat.

Perlu diingat, apabila Anwar bebas, beliau tidak akan menunggu lama untuk memaksa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan. Anwar telah merancang begitu lama untuk menjadi Perdana Menteri, sebelum pun beliau dipecat daripada TPM pada tahun 1998.

Senario yang bakal berlaku, PPBM bakal bergabung dengan Bn, tetapi jumlahnya hanya 58+13=71, jika tanpa MP Pekan, maka berjumlah 70, jika Amanah (11) Pas (18) dan Sarawak (19), maka akan berjumlah 118, jika Warisan turut sama, maka akan berjumlah 126. Jumlah ini menujukkan gabungan bumiputera yang sebenar-benarnya.

Jika gabungan ini menjadi realiti, maka Anwar bersama PKR dan DAP akan menjadi pembangkang. Mungkin keadaan ini akan menjadikan sistem demokrasi negara menunju kepada sistem dua parti.

Menerusi gabungan baru itu, keadaan Tun Dr Mahathir lawan DS Anwar berulang lagi. Dalam politik semuanya berlaku. Apa tah keadaan sekarang, bumiputera adalah kumpulan pembangkang di tanah air nya sendiri.

Tun Dr Mahathir tidak akan meninggalkan bumiputera menjadi pengemis di tanah air sendiri. Satu senario yang perlu dipertimbangkan.

PASCA PRU-14: SEKALI AIR BAH PANTAI JUGA BERUBAH

PERIBAHASA mengatakan, sekali air bah sekali pantai berubah. 

Keputusan PRU-14, mengakhiri kerajaan yang ditunjangi Umno selama 61 tahun. Kekalahan Umno, akhirnya mengikut jejak Parti Kongress India, LDP Jepun dan Parti Golkar, Indonesia.

Pada tahun 2008, penulis pernah menulis, bahawa negara ini menuju sistem dua parti, dan akan berlaku ganti mengganti kerajaan, seperti mana berlaku di Amerika. Namun sangkaan penulis itu, ternyata tidak berjalan seperti semestinya, kerana perbuatan wakil rakyat, yang menjadi KATAK.

Ada lah satu tindakan betul, jika berlaku penggantian kerajaan, bukan sahaja jawatan-jawatan politik perlu diganti, juga ketua-ketua kerajaan.

Adalah tindakan betul kerajaan baru, untuk menggunapakai, impak domino, demi keadilan kepada mereka yang kalah. Demi juga, keadilan bagi mereka yang menyokong kerajaan baru, kerana jika tidak melucutkan jawatan-jawatan kerajaan lama, maka menutup peluang pergantian beramai-ramai.

Kepada kerajaan baru, jika mempertahankan para pegawai lama, tindakan talam bermuka dua akan berlaku, dan ianya akan membantut proses pemerintahan.

Bagi kerajaan baru Sabah, jika lah didapati bertahan, tiada impak krisis perlembagaan, sehinggakan kerajaan yang dibentuk itu, tidak "null and Void" maka tindakan pertama, adalah menukar semua ketua-ketua kerajaan bermula daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Setiausaha Tetap Kementerian, Para Pegawai Daerah, Ketua- Ketua Jabatan, baik negeri mahupun Persekutuan.

Jika ianya tidak dilakukan, maka sentiasa akan berlaku petualang, membocorkan rahsia kerajaan, seperti mana berlaku pada Kerajaan DS Najib Razak, apabila beliau tidak bertindak membersihkan para pegawai yang pernah berkhidmatan pada Era Tun Dr Mahathir.

Tindakan Tun Dr Mahathir, mencutikan Peguam Negara- Tan Sri Apandi Ali, adalah contoh tindakan betul. Demikian juga melucutkan jawatan Tan Sri Irwan Serigar sebagai Secretary General Perbendaharaan, juga adalah tindakan betul.

Di Sabah, menggantikan Setiausa Kerajaan Negeri (SKN) perlu juga dilakukan, kerana kerajaan yang baru, perlu melantik mereka yang sehaluan, bagi melaksanakan polisi-polisi kerajaan baru.

Kerajaan "baru' tidak boleh mempertahankan SKN yang ada, kerana beliau, mengamalkan prinsip lalang, dan bukan tindakan yang perlu dijadikan teladan.

Pada malam 10 Mei, SKN yang sama hadir menyaksikan perlantikkan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah. Semasa perlantikkan itu, Musa disokong oleh 30 ADUN yang menang dalam PRU-14, bukan kerajaan yang dibentuk kerana tindakan khianat. Namun, kurang daripada 24 jam, Musa secara teknikal kehilangan sokongan majoriti, kerana parti UPKO berpaling tadah, selain dikuti oleh oleh 4 ADUN Umno.

Semasa Musa dilantik dan menubuhkan kerajaan, ianya mengikut perlembagaan negeri, kerana parti yang mempunyai majoriti mudah daripada 60 DUN yang dipertandingkan, maka parti atau pemimpin itulah yang mempunyai hak membentuk kerajaan.

Di pihak Musa, bertahan untuk tidak meletakkan jawatan, adalah tindakkan mengikut perlembagaan dan tatacara demokrasi yang betul. Bertindak melepaskan jawatan, seolah-olah beliau bersetuju dengan kerajaan yang dibentuk bukan secara demokratik, akan tetapi terbentuk kerana perbuatan penjahanam demokrasi, tindakan para ADUN atau parti yang tidak bermoral/amanah.

Biar lah Musa tercatit dalam Sejarah Sabah dan Tanah Air sebagai seorang pemimpin yang berprinsip dan meneggakkan sistem demokrasi. Biar lah Musa tercactit dalam SEJARAH, seorang Ketua Menteri yang sah dalam sistem demokrasi, mendapat surat daripada TYT, surat pemberitahuan, bahawa beliau bukan lagi Ketua Menteri Sabah, sedangkan kuasa itu, bukan kuasa TYT Sabah.

Musa kena mencatit dalam dairy beliau, bahawa mana kawan dan mana lawan, kerana kuasa, dan kepentingan diri sendiri, perlembagaan pun boleh diketepikan.

Benarlah kata peribahasa, sekali bah sekali pantai berubah. Tindakan pihak Istana Negeri menghantar surat kepada Musa, hanya menggunakan utusan, dan surat itu diterima di Kedai Kopi. Dalam gambar di atas, Setiausaha Sulit kepada TS Musa, Mohd Effendy TS Sunoh Marso menandatangi tanda terima surat permberitahuan itu, menunjukkan, hanya 4 hari selepas PRU-14, sistem pemerintahan negeri telah berubah secara total.

Jika memang sistem pemerintahan negeri secara TOTAL berubah, maka tindakan segera oleh kerajaan baru, adalah melantik SKN baru Sabah, dituruti setiausaha-setiausaha semua Kementerian, jika mempertahankan mereka, maka sah lah, mereka itu, terdiri daripada sokong membawa rebah bagi kerajaan sebelum ini.

13 May 2018

BENAR KAH IKAN BASUNG LEBIH BERNILAI?

KALAU dibandingkan harga ikan basung dengan para pemimpin Bn serta ADUN yang berpaling tadah, ikan basung lebih bernilai di mata rakyat. 

Apabila perut dan kepentingan sendiri dijaga, maka semuanya gelap. Rupanya selama mereka bersama Umno/Bn belum puas lagi, dan mencari peluang lagi, sehingga menjadikan harga diri mereka lebih murah daripada ikan basung. 

Seorang penyokong tegar, parti Warisan Sabah, menulis, pemimpin Bn atau ADUN Bn yang lompat masuk, masih belum layak duduk di kerusi, sebaliknya, lantai yang tidak berlapis. Tulisan itu membawa erti,, bahawa mereka yang berpusu-pusu masuk itu, lebih rendah nilainya daripada sampah, kerana sampah mempunyai tempat, iaitu tong sampah. 

Malah seorang wakil rakyat DAP, meminta parti Pakatan Harapan, supaya jangan menerima para pemimpin Bn atau wakil rakyat Bn, kerana mereka itu tergolong virus yang mudah berjangkit. Jika tidak dicegah, semua lapisan kepimpin PH akan terjangkit virus. Dengan kenyataan itu, menunjukkan, bahawa para pemimpin Bn termasuk wakilnya, adalah kumpulan yang perlu dielak. Namun, mereka ini berlumba-lumba melompat itu, tidak sedar diri, bukan sahaja merendahkan martabat mereka, akan tetapi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. 

Kalau lah para pemimpin ini mempunyai maruah, kalaupun tiada perjuangan, maka sebagai manusia, kena sedar diri, jaga lah maruah dan jati diri. 

Hakikat perlu diterima, bahawa di mata para pemimpin PH atau PWS, para pemimpin Bn atau ADUN Bn yang berpusu-pusu melompat, hanya hiasan, nantinya mereka itu, bagai melukut ditepi gantang. 

Ibarat seorang wanita kematian suami, tanah kubur suami masih segar, sudah berkahwin semula. Hanya pada malam 9 Mei, kehilangan kuasa, bermula pada 10 Mei, kurang 24 jam sudah berterbangan. Rupanya mereka itu, selama ini bersama Bn, dengan melaungkan TATAP BN, rupanya hanya lakonan dan untuk cari makan. 

Pemimpin seperti Madius Tangau, Josep Kurup, serta 10 ADUN Bn yang menyebarang, bersama para pemimpin pemuda Umno, adalah para petualang. Bagi Shafie, memang demi jawatan Ketua Menteri, maka perlu menelahan kahak sendiri berkaitan pendirian beliau berkernaan ADUN KATAK. Sebelum PRU-14semua pemimpin PWS sangat anti dan phobia terhadap pemimpin KATAK, sebab itu pada 10 Mei, apabila STAR bekerjasama dengan Bn untuk membentuk kerajaan, Darell Leiking terlolong-lolong di Padang Mereka, memanggil DR Jeffery KATAK, sedangkan hakikatnya bukan. 

Namun, apabila 4 ADUN UMNO menyertai PWS, lolongan KATAK menjadi HERO, LIHAT TAK BAGAI MANA HIPOKRITNYA MEREKA!!!. Namun, hakikatnya, yang perlu disedari, para ADUN atau pemimpin Bn yang menjadi KATAK, nanti akan tersedar, apabila HABIS MANIS SEPAH DIBUANG. 

Kepada para pemimpin dan ADUN BN yang khianat, ingat anggapan para penyokong & pemimpin PWS terhadap anda-anda, sampah lebih bernilai kerana ada tempat, manakala, anda-anda, satu hari kelak, dibiarkan bagaikan daun-daun kering yang berterbangan, tanpa arah tujuan.

RAPUHNYA SEBUAH PERJUANGAN

BEGITU hebatnya laungan TATAP BN sepanjang 5 tahun, dan diambang pengundian pada 9 Mei, tiba-tiba laungan itu, lenyap, malah laungan itu, tidak akan terdengar lagi, kerana parti-parti yang menjadi komponen parti itu, satu demi satu memberi talak 3 kepada gabungan 13 parti itu.

Di Sabah, kewujudan Bn, sudah lumpuh, meskipun parti tunjang komponen itu, masih kekal bersama MCA, Gerakan dan MIC, parti asal komponen itu.

Di Sarawak pula, Pengerusi Bn negeri itu, Datuk Johari Tun Openg, akan kekal bersama Bn, apabila timbul ura-ura kononnya PBB akan menyertai Pakatan Harapan. Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan, bahawa Sarawak bukan lah lalang, akan tetapi akan terus menjaga itegriti sebagai Sarawakian.

Di Sabah, bukan sahaja kecoh dengan ADUN Lompat, akan tetapi semua parti tempatan yang menjadi komponen Bn sudah keluar semuanya, dan yang terakhir adalah PBS.

Asas PBS keluar daripada Bn, adalah menerusi penjenamaan baru parti itu, yang membolehkan semua ADUN yang menggunakan tikit Bn pada PRU-14 lalu, menyertainya. Tujuan penjenamaan itu, sesuai dengan arah pemikiran rakyat negara ini, bahawa era Umno dan Bn sudah berakhir.

Kesanggupan PBS dijenamakan dan kemudiannya dikenali sebagai GABUNGAN BERSATU, membolehkan  ADUN daripada Umno dan parti UPKO dan PBRS menyertainya.

Tujuan pengabungan itu, bagi membolehkan gabungan itu menentukan hala tuju sendiri, dan tidak terikat pada mana-mana pihak.

Jika rakyat Sabah berfikiran, bahawa parti yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, adalah Gabungan Bersatu, tidak seperti Parti Warisan Sabah yang masih terikat dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan. Situasi PWS sebenarnya hampir sama dengan parti-parti dalam Bn Sabah sebelum lumpuh.

Di atas kertas, walaupun PWS bukanlah sebahagian daripada PH, akan tetapi kerajaan yang dibentuk merupakan gabungan daripada parti-parti PH, kerana DAP menyumbang 6 kerusi dan PKR 2.

Keputusan PRU-14, Bn mendapat 29 kerusi Dun, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2. Oleh kerana Bn sebagai single parti yang mempunyai kerusi terbanyak, maka dijemput untuk membentuk kerajaan dengan syarat mendapat sokongan sekurang-kurangnya 2 ADUN bagi membolehkan mendapat majoriti mudah, 31 kerusi daripada 60 DUN yang dipertandingkan. Dalam keadaan demikian Bn berkerjasama dengan Parti STAR, untuk menubuhkan kerajaan. 

Selepas kerajaan ditubuhkan, Ketua Menteri mengangkat sumpah, anggota kabinet mengangkat sumpah, pada pagi 11 Mei, 6 ADUN yang berikrar menyokong kerajaan, telah berpaling tadah, sehinggakan menmbulkan kemelut. Ekoran daripada itu, parti ke dua terbanyak kerusi PWS, menghadap TYT Sabah, dengan memberi tahu, bahawa parti itu, bukan lagi mempunyai 21 kerusi ADUN, melainkan 27. Dengan jumlah itu, apabila dicampur dengan DAP (6) dan PKR (2), maka mempunyai 35 ADUN berbanding kerjaan yang dibentuk pada 10 Mei yang hanya berbaki 25 ADUN.

Secara lojiknya, memang Kerajaan yang diterajui TS Musa Aman, telah tumbang kerana kehilangan majoriti mudah. Namun yang menjadi krisis perlembagaan, apa kah status sokongan 6 ADUN yang berpaling tadah itu, kerana sebelumnya telah menandatangi SURAT AKUJANJI di depan TYT? apa kah status akujanji itu, daripada segi undang-undang?, kerana tindakan 6 ADUN itu selain mempermainkan TYT juga menyebabkan kerajaan yang sah tumbang.

Satu keadaan lagi yang memerlukan interpretasi undang-undang, apabila pada masa yang sama, Sabah mempunyai 2 Ketua Menteri, kerana semasa Datuk Shafie Apdal dilantik, Musa masih ketua Menteri, malahan 2 jam sebelum perlantikan Shafie, Musa mengeluarkan kenyataan, bahawa tiada siapa yang meletakkan jawatan, termasuk 10 anggota kabinet yang mengangkat sumpah pada malam 10 Mei.

Kalau bukan rapuhnya perjuangan, maka 6 ADUN yang menjadi KATAK itu, tidak akan khianat. 

Akan tercatit dalam sejarah Sabah, nama-nama pengkhianat. Kena ingat, tindakan mereka itu, bukan sahaja menjahanamkan demokrasi juga tidak amanah kepada rakyat yang memilih mereka, tidak amanah kepada parti yang memilih mereka bertanding.

Akan terus terpahat, bahawa mereka ini, adalah para petualang politik, yang hanya mementingkan diri sendiri, bukan perjuangan. Bayangkan kan, semua penyokong Bn seluruh Sabah, berharap Bn masih merupakan kerajaan negeri, namun atas tindakan khianat mereka, 25 kawasan Bn melopong!!!, sebaliknya dengan mudah memberikan kuasa kepada 21 ADUN PWS, 6 DAP dan 2 PKR!!!

PUNCA KEMELUT KERAJAAN SABAH

PUNCA kemelut Kerajaan Sabah, apabila berlaku tindakan 6 ADUN Sabah yang tidak amanah melompat menyertai parti Warisan Sabah (PWS), selepas membuat akujanji didepan TYT Sabah pada 10 Mei selepas PRU-14 yang berlabuh pada 9 Mei. Apa yang malang lagi, 6 ADUN itu adalah mereka yang menang menggunakan tikit Barisan Nasional.

Jika kerajaan Sabah yang dibentuk pada 10 Mei jatuh, maka kali ke-2 kerajaan Sabah jatuh akibat khianat para ADUN yang tidak amanah, malah terlalu jauh daripada setia.

Para ADUN yang khianat itu, adalah Osman Jamal (ADUN Balung), seorang mantan Pegawai Kerajaan, dan dianggap sebagai calon bidan terjun. Kerana pertimbangan Musa, maka dicalonkan meskipun mendapat protes daripada pemimpin akar umbi di Dun Balung. Manakala Amisah Samat (ADUN Tanjong Batu), adalah calon yang sepatutnya tidak dicalonkan, kerana itegriti beliau diragui, namun dengan menggunakan air mata wanita, Musa akhirnya tunduk dan memberi peluang bertanding.

Bagi Jamawi Jaafar (ADUN Kemabong), tidak dapat disangkal, memang wajar menyokong Shafie, kerana memang beliau orang Shafie, yang bertindak musang berbulu ayam dalam Umno.

Sementara Datuk Abidin Madingkir (ADUN Paginatan) adalah mantan pegawai Kerajaan yang tidak merasaskan perjuangan politik. Kerana sifatnya sebagai mantan pegawai kerajaan, maka seperti lalang. Bagi Ewon Benedik (ADUN Kedamaian) adalah terlalu muda dalam dunia politik, maka peluang sentiasa direbut untuk kepentingan peribadi, bukannya perjaungan. Bagi Abdul Muis Picho (ADUN Sebatik), adalah wakil rakyat yang sanggup menelan kahak sendiri, demi kepentingan peribadi.

Apa yang masih sandaran kepada Kerajaan yang diterajui Musa, adalah kesahihan surat AKUJANJI yang ditandatangai 6 ADUN tersebut di depan TYT, pada 10 Mei. Jika akujanji itu sah, maka Musa adalah Ketua Menteri yang sah. Faktor yang menyokong Musa sebagai Ketua Menreri yang sah, kabinet beliau telah mengangkat sumpah, malah telah menyempurnakan mesyuarat Kabinet Pertama.

Manakala Shafie hanya mengangat sumpah sebagai Ketua Menteri, tanpa kabinet. Ibarat seseorang mengaku suami, tapi tiada isteri, mengaku isteri tetapi tiada suami. 

Memandangkan status Musa, maka beliau mempunyai kuasa sebagai Ketua Menteri. Dengan kedudukan itu, maka beliau boleh meminta kebenaran TYT untuk membubarkan DUN Sabah sebelum persidangan penggal ke-14 DUN Sabah yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2018.

Jika tiada perubahan baru berlaku, dalam hal ini kompoisi ADUN, Musa disokong 25 ADUN, makakala Shafie 35. Jika berlaku usul belah bahagi di DUN, sudah tentu akan berpihak kepada Shafie.

Berasaskan kepada senario ini, dengan Status Musa sebagai Ketua Menteri yang sah, berasaskan faktor-faktor yang menyokong beliau sebagai Ketua Menteri yang sah, maka beliau perlu membubarkan DUN Sabah bagi membolehkan rakyat Sabah menentukan, parti mana yang diberi mandat, untuk mengelak, kerajaan KATAK, kerana Kerajaan KATAK, adalah kerajaan anti Demokrasi, dan anti amanah yang diberikan pengundi.

KERAJAAN KATAK

TSUNAMI PRU-14 luarbiasa kesannya kepada kerajaan negeri yang dibentuk. 

Kedah dan Perak adalah kerajaan KATAK.

Jika Kerajaan Datuk Shafie Apdal (Sabah) yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri 24 jam selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan yang sama didapati sah, maka Kerajaan yang dibentuk juga adalah kerajaan KATAK.

Praktik yang digunakan di negara-negara demokrasi, jika berlaku parlimen tergantung atau DUN tergantung, maka akan berlaku kerajaan campuran antara parti. Kaedah inilah yang digunakan untuk membentuk kerajaan baru Sabah apabila Bn dengan 29 ADUN berkerjasama dengan STAR ( 2 ADUN), menerusi jumlah itu, maka dua parti itu mempunyai majoriti mudah, iaitu 31 daripada 60 Dun Sabah. 

Kerjasama antara Bn dan STAR membolehkan Musa mengangkat sumpah jawatan, seterusnya kabinet beliau di depan TYT Sabah pada 10 Mei 2018.

Namun, pada hari berikutnya, 6 ADUN Bn, melompat kepada parti Warisan Sabah (PWS), menyebabkan parti pimpinan Datuk Shafie itu mempunyai 27 kerusi Dun, berbanding 21 yang dimenangi pada PRU-14. Oleh kerana DAP-6 kerusi, dan PKR 2 kerusi, berkolaborasi dengan PWS, maka membolehkan kolaborasi itu mengumpul 35 ADUN, termasuk Shafie sendiri. Menerusi perkembangan baru itu, maka TYT Sabah memutuskan melantik Shafie ke jawatan Ketua Menteri pada malam Sabtu, kira-kira jam 9.15 malam di Istana Negeri, tanpa perlantikan kabinet negeri (satu kemuskilan besar, mengapa? kerana impilkasi angkat sumpah kabinet Musa telah berlangsung).

Proses perlantikan Ketua Menteri dikira sah apabila mendapat watikah perlantikan, disaksikan Ketua Hakim, Peguam Negeri, serta SKN, dan tiada kaitan dengan hadirin, kerana hadirin terletak kepada jemputan pihak istana.

Perlantikan Musa & Shafie mengikuti tatacara yang sama, meskipun warna pakaian TYT berbeza, semasa Musa dilantik warna pakaian TYT kuning keemasan, semasa melantik Shafie warna hitam gelap.

Apa yang menarik perhatian dan mengundang krisis perlembagaan, apabila Shafie dilantik, Musa masih Ketua menteri yang sah, kerana beliau tidak meletakkan jawatan, selain itu, kabinet beliau yang telah mengangat sumpah, tiada seorangpun yang meletakkan jawatan.

Juga, dikatakan 6 ADUN yang melompat itu, menandatangi akujanji di depan TYT, bahawa mereka menyokong kerajaan yang dibentuk Musa pada malam 10 Mei. Terletak kepada mahkamah, berkaitan duduk perkara akujanji itu, apa kah sah atau tidak. 

Bagi penulis, apapun kejadian, berkaitan dengan perlantikan Shafie dan Musa sebagai Ketua Menteri, penulis suka menarik perhatian pembaca berkenaan dengan pendirian para pemimpin PWS sebelum ini, berkaitan dengan KATAK, malah Shafie sendiri menekankan sebelum PRU-14, bahawa beliau tidak akan bekerja sama dengan para pemimpin parti tempatan, kerana mereka itu, tiada itegriti, kerana akan menjadi KATAK.

Persoalannya kini, di mana sudah itegriti beliau? malah berbangga dan menganggap mereka yang menjadi KATAK sebagai HERO!!!., kerana ditandai apabila beliau sanggup mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, bagi menerajui KERAJAAN KATAK.

JIKA di negara latin Amerika atau Pakistan, mereka yang menjadi KATAK ini, TIDAK DIKETAHUI AKAN NASIB MEREKA. 

Apa yang boleh dijadikan catitan sejarah berkaitan kerajaan KATAK ini, Tan Sri Pairin Kitingan menjadi pemimpin yang menjadi mangsa kerajaan KATAK di era yang sama, iaitu era Tun Dr Mahathir.

Tahun 1994, Datuk Seri Pairin Kitingan (kini Tan Sri) hanya sempat mengangat sumpah sebagai Ketua Menteri, kabinet beliau tidak sempat mengangkat sumpah, terpaksa melepaskan jawatan, kerana akibat KATAK. Berbeza keadaanannya dengan perlantikan Musa, selain beliau telah mengangat sumpah, kabinet beliau juga telah mengangkat sumpah.

Nampaknya, krisis perlembagaan negeri akan berterusan ke mahkamah. Musa sebagai Ketua Menteri yang sah, selain itu, beliau telah mempengerusi Mesyuarat kabinet pertama pada 12 Mei 2018 di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), sudah tentu tidak akan menyerah kalah dengan mudah kepada KERAJAAN KATAK.

Bagi penulis, bagi penyelesaian krisis, maka perlu kembali kepada rakyat menerusi pilihanraya baru.

Noktahkan lah KERAJAAN KATAK, kerana ianya TIDAK PERLU DIWARISI!!!.

12 May 2018

JIKA PERLANTIKAN SHAFIE SAH- MALANG SUNGGUH SABAH DIPERINTAH KATAK

UNTUK kali ke-2 Sabah diperintah KATAK, dan kedua-duanya di era Tun Dr Mahathir Perdana Menteri.

Kali pertama kerajaan KATAK memerintah pada tahun 1994, dan jika perlantikan Shafie sah, maka ianya kali ke-2.

Apa kah Tun Dr Mahathir membawa tuah kepada Sabah atau sebaliknya? Rekod menunjunkkan, daripada tahun 1994-2003, kemajuan & pembangunan Sabah diabaikan. Malah hak2 Sabah menerusi MA63 juga sebahagian besarnya dimanipulasi pemerintah semasa era beliau.

Kini, era Mahathir kembali lagi. Shafie yang mempunyai rekod dalam KKLW dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah kerana bantuan KATAK.

Pada 10 Mei selepas parti STAR bergabung dengan 29 ADUN Bn, Timbalan Presiden parti Warisan Sabah terlolong-lolong di padang merdeka, berteriak memanggil nama Dr Jeffery sebagai KATAK, sedangkan hakikatnya bukanlah demikian, kerana ADUN Tambunan itu merupakan Presiden sebuah parti dan bekerjasama membentuk kerajaan. 

Mengapa Darell dan para pemimpin PWS tidak bertindak sama, terhadap 6 ADUN Bn yang melompat sebagai KATAK? sungguh hipokrit, kerana hanya sebuah kuasa.

Nampaknya Sabah, masih melekat negeri KATAK!!!!.

KRISIS PERLEMBAGAAN SABAH BERMULA

KETIKA artikel ini ditulis, para ADUN parti Warisan, PKR, DAP dan 6 ADUN Katak daripada Umno/UPKO sedang berada di Istana Negeri, menunggu Angkat Sumpah Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri. 

Jika TYT Sabah melaksanakan juga majlis angkat sumpah, maka Sabah mempunyai dua Ketua Menteri pada masa yang sama. 

Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei, selepas PRU-14. Beliau dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, menegaskan, tiada siapa yang meletakkan jawatan, baik beliau mahupun anggota kabinet beliau yang mengangkat sumpah pada 10 Mei.

Jika TYT Sabah benar, benar melantik Shafie sebagai Ketua Menteri, sedangkan Musa masih sebagai Ketua Menteri, maka bermula lah krisis perlembagaan Sabah, dengan itu hanya Mahkamah akan menentukan, siapa Ketua Menteri yang sah. Nampak gaya, pentadbiran negeri akan terganggu pada masa krisis itu.

ENAM JAHANAM-MENGHINA TYT SABAH

Datuk Hamisah Samat
TYT Sabah kena bertegas pada keputusan awal melantik Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri selepas PRU-14, kerana mendapat sokongan 30 ADUN, 28 daripada Bn dan 2 daripada STAR.

TYT selepas berpuas hati dengan sokongan daripada semua ADUN tersebut, termasuk daripada 6 orang yang menjadi penjahanam kepada demokrasi ( Osman Jamal-Balung, Hamisah Samat-Tanjong Batu, Abdul Muis Picho-Sebatik, Jamawi Jaafar-Kemabong, Abidin Madingkir- Paginatan dan Ewon Benedik-Kedamaian), maka TYT memberi watikah perlantikan kepada TS Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, pada 10 Mei 2018.

Pada majlis perlantikan Ketua Menteri, angkat sumpah kabinet negeri yang berjumlah 10 orang turut diadakan sama. Namun, kurang daripada 24 jam, kerana tindakan 6 penjahanam demokrasi membuat angkara dengan melompat kepada parti Warisan Sabah, sehinggakan berlaku kemelut.

Dalam keadaan sekarang, apabila Ketua Menteri dilantik, maka tiada perlantikan Ketua Menteri lagi, kecuali, TS Musa meletakkan jawatan.

Memang di atas kertas, Kerajaan Musa hanya mempunyai 25 ADUN, manakala Datuk Shafie Apdal 35, namun ianya belum menjadi kenyataan, meskipun kenyataan sana sini, berkaitan dengan perkara itu.

TYT berlatar belakangkan undang-undang, selain itu pengalaman beliau memandu beliau membuat keputusan. Berasaskan pengalaman dan kebolehan TYT serta rekod yang pada beliau, maka keputusan beliau melantik TS Musa Aman adalah betul, berasaskan fakta semasa ADUN Sungai Sibuga itu dilantik. Oleh kerana tindakan 6 ADUN itu, bukan sahaja menjadi penjahanam kepada demokrasi akan tetapi menghina TYT.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels