13 May 2018

KERAJAAN KATAK

TSUNAMI PRU-14 luarbiasa kesannya kepada kerajaan negeri yang dibentuk. 

Kedah dan Perak adalah kerajaan KATAK.

Jika Kerajaan Datuk Shafie Apdal (Sabah) yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri 24 jam selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan yang sama didapati sah, maka Kerajaan yang dibentuk juga adalah kerajaan KATAK.

Praktik yang digunakan di negara-negara demokrasi, jika berlaku parlimen tergantung atau DUN tergantung, maka akan berlaku kerajaan campuran antara parti. Kaedah inilah yang digunakan untuk membentuk kerajaan baru Sabah apabila Bn dengan 29 ADUN berkerjasama dengan STAR ( 2 ADUN), menerusi jumlah itu, maka dua parti itu mempunyai majoriti mudah, iaitu 31 daripada 60 Dun Sabah. 

Kerjasama antara Bn dan STAR membolehkan Musa mengangkat sumpah jawatan, seterusnya kabinet beliau di depan TYT Sabah pada 10 Mei 2018.

Namun, pada hari berikutnya, 6 ADUN Bn, melompat kepada parti Warisan Sabah (PWS), menyebabkan parti pimpinan Datuk Shafie itu mempunyai 27 kerusi Dun, berbanding 21 yang dimenangi pada PRU-14. Oleh kerana DAP-6 kerusi, dan PKR 2 kerusi, berkolaborasi dengan PWS, maka membolehkan kolaborasi itu mengumpul 35 ADUN, termasuk Shafie sendiri. Menerusi perkembangan baru itu, maka TYT Sabah memutuskan melantik Shafie ke jawatan Ketua Menteri pada malam Sabtu, kira-kira jam 9.15 malam di Istana Negeri, tanpa perlantikan kabinet negeri (satu kemuskilan besar, mengapa? kerana impilkasi angkat sumpah kabinet Musa telah berlangsung).

Proses perlantikan Ketua Menteri dikira sah apabila mendapat watikah perlantikan, disaksikan Ketua Hakim, Peguam Negeri, serta SKN, dan tiada kaitan dengan hadirin, kerana hadirin terletak kepada jemputan pihak istana.

Perlantikan Musa & Shafie mengikuti tatacara yang sama, meskipun warna pakaian TYT berbeza, semasa Musa dilantik warna pakaian TYT kuning keemasan, semasa melantik Shafie warna hitam gelap.

Apa yang menarik perhatian dan mengundang krisis perlembagaan, apabila Shafie dilantik, Musa masih Ketua menteri yang sah, kerana beliau tidak meletakkan jawatan, selain itu, kabinet beliau yang telah mengangat sumpah, tiada seorangpun yang meletakkan jawatan.

Juga, dikatakan 6 ADUN yang melompat itu, menandatangi akujanji di depan TYT, bahawa mereka menyokong kerajaan yang dibentuk Musa pada malam 10 Mei. Terletak kepada mahkamah, berkaitan duduk perkara akujanji itu, apa kah sah atau tidak. 

Bagi penulis, apapun kejadian, berkaitan dengan perlantikan Shafie dan Musa sebagai Ketua Menteri, penulis suka menarik perhatian pembaca berkenaan dengan pendirian para pemimpin PWS sebelum ini, berkaitan dengan KATAK, malah Shafie sendiri menekankan sebelum PRU-14, bahawa beliau tidak akan bekerja sama dengan para pemimpin parti tempatan, kerana mereka itu, tiada itegriti, kerana akan menjadi KATAK.

Persoalannya kini, di mana sudah itegriti beliau? malah berbangga dan menganggap mereka yang menjadi KATAK sebagai HERO!!!., kerana ditandai apabila beliau sanggup mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, bagi menerajui KERAJAAN KATAK.

JIKA di negara latin Amerika atau Pakistan, mereka yang menjadi KATAK ini, TIDAK DIKETAHUI AKAN NASIB MEREKA. 

Apa yang boleh dijadikan catitan sejarah berkaitan kerajaan KATAK ini, Tan Sri Pairin Kitingan menjadi pemimpin yang menjadi mangsa kerajaan KATAK di era yang sama, iaitu era Tun Dr Mahathir.

Tahun 1994, Datuk Seri Pairin Kitingan (kini Tan Sri) hanya sempat mengangat sumpah sebagai Ketua Menteri, kabinet beliau tidak sempat mengangkat sumpah, terpaksa melepaskan jawatan, kerana akibat KATAK. Berbeza keadaanannya dengan perlantikan Musa, selain beliau telah mengangat sumpah, kabinet beliau juga telah mengangkat sumpah.

Nampaknya, krisis perlembagaan negeri akan berterusan ke mahkamah. Musa sebagai Ketua Menteri yang sah, selain itu, beliau telah mempengerusi Mesyuarat kabinet pertama pada 12 Mei 2018 di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), sudah tentu tidak akan menyerah kalah dengan mudah kepada KERAJAAN KATAK.

Bagi penulis, bagi penyelesaian krisis, maka perlu kembali kepada rakyat menerusi pilihanraya baru.

Noktahkan lah KERAJAAN KATAK, kerana ianya TIDAK PERLU DIWARISI!!!.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels