15 May 2018

PASCA PRU-14: SEKALI AIR BAH PANTAI JUGA BERUBAH

PERIBAHASA mengatakan, sekali air bah sekali pantai berubah. 

Keputusan PRU-14, mengakhiri kerajaan yang ditunjangi Umno selama 61 tahun. Kekalahan Umno, akhirnya mengikut jejak Parti Kongress India, LDP Jepun dan Parti Golkar, Indonesia.

Pada tahun 2008, penulis pernah menulis, bahawa negara ini menuju sistem dua parti, dan akan berlaku ganti mengganti kerajaan, seperti mana berlaku di Amerika. Namun sangkaan penulis itu, ternyata tidak berjalan seperti semestinya, kerana perbuatan wakil rakyat, yang menjadi KATAK.

Ada lah satu tindakan betul, jika berlaku penggantian kerajaan, bukan sahaja jawatan-jawatan politik perlu diganti, juga ketua-ketua kerajaan.

Adalah tindakan betul kerajaan baru, untuk menggunapakai, impak domino, demi keadilan kepada mereka yang kalah. Demi juga, keadilan bagi mereka yang menyokong kerajaan baru, kerana jika tidak melucutkan jawatan-jawatan kerajaan lama, maka menutup peluang pergantian beramai-ramai.

Kepada kerajaan baru, jika mempertahankan para pegawai lama, tindakan talam bermuka dua akan berlaku, dan ianya akan membantut proses pemerintahan.

Bagi kerajaan baru Sabah, jika lah didapati bertahan, tiada impak krisis perlembagaan, sehinggakan kerajaan yang dibentuk itu, tidak "null and Void" maka tindakan pertama, adalah menukar semua ketua-ketua kerajaan bermula daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Setiausaha Tetap Kementerian, Para Pegawai Daerah, Ketua- Ketua Jabatan, baik negeri mahupun Persekutuan.

Jika ianya tidak dilakukan, maka sentiasa akan berlaku petualang, membocorkan rahsia kerajaan, seperti mana berlaku pada Kerajaan DS Najib Razak, apabila beliau tidak bertindak membersihkan para pegawai yang pernah berkhidmatan pada Era Tun Dr Mahathir.

Tindakan Tun Dr Mahathir, mencutikan Peguam Negara- Tan Sri Apandi Ali, adalah contoh tindakan betul. Demikian juga melucutkan jawatan Tan Sri Irwan Serigar sebagai Secretary General Perbendaharaan, juga adalah tindakan betul.

Di Sabah, menggantikan Setiausa Kerajaan Negeri (SKN) perlu juga dilakukan, kerana kerajaan yang baru, perlu melantik mereka yang sehaluan, bagi melaksanakan polisi-polisi kerajaan baru.

Kerajaan "baru' tidak boleh mempertahankan SKN yang ada, kerana beliau, mengamalkan prinsip lalang, dan bukan tindakan yang perlu dijadikan teladan.

Pada malam 10 Mei, SKN yang sama hadir menyaksikan perlantikkan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah. Semasa perlantikkan itu, Musa disokong oleh 30 ADUN yang menang dalam PRU-14, bukan kerajaan yang dibentuk kerana tindakan khianat. Namun, kurang daripada 24 jam, Musa secara teknikal kehilangan sokongan majoriti, kerana parti UPKO berpaling tadah, selain dikuti oleh oleh 4 ADUN Umno.

Semasa Musa dilantik dan menubuhkan kerajaan, ianya mengikut perlembagaan negeri, kerana parti yang mempunyai majoriti mudah daripada 60 DUN yang dipertandingkan, maka parti atau pemimpin itulah yang mempunyai hak membentuk kerajaan.

Di pihak Musa, bertahan untuk tidak meletakkan jawatan, adalah tindakkan mengikut perlembagaan dan tatacara demokrasi yang betul. Bertindak melepaskan jawatan, seolah-olah beliau bersetuju dengan kerajaan yang dibentuk bukan secara demokratik, akan tetapi terbentuk kerana perbuatan penjahanam demokrasi, tindakan para ADUN atau parti yang tidak bermoral/amanah.

Biar lah Musa tercatit dalam Sejarah Sabah dan Tanah Air sebagai seorang pemimpin yang berprinsip dan meneggakkan sistem demokrasi. Biar lah Musa tercactit dalam SEJARAH, seorang Ketua Menteri yang sah dalam sistem demokrasi, mendapat surat daripada TYT, surat pemberitahuan, bahawa beliau bukan lagi Ketua Menteri Sabah, sedangkan kuasa itu, bukan kuasa TYT Sabah.

Musa kena mencatit dalam dairy beliau, bahawa mana kawan dan mana lawan, kerana kuasa, dan kepentingan diri sendiri, perlembagaan pun boleh diketepikan.

Benarlah kata peribahasa, sekali bah sekali pantai berubah. Tindakan pihak Istana Negeri menghantar surat kepada Musa, hanya menggunakan utusan, dan surat itu diterima di Kedai Kopi. Dalam gambar di atas, Setiausaha Sulit kepada TS Musa, Mohd Effendy TS Sunoh Marso menandatangi tanda terima surat permberitahuan itu, menunjukkan, hanya 4 hari selepas PRU-14, sistem pemerintahan negeri telah berubah secara total.

Jika memang sistem pemerintahan negeri secara TOTAL berubah, maka tindakan segera oleh kerajaan baru, adalah melantik SKN baru Sabah, dituruti setiausaha-setiausaha semua Kementerian, jika mempertahankan mereka, maka sah lah, mereka itu, terdiri daripada sokong membawa rebah bagi kerajaan sebelum ini.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels