PUNCA kemelut Kerajaan Sabah, apabila berlaku tindakan 6 ADUN Sabah yang tidak amanah melompat menyertai parti Warisan Sabah (PWS), selepas membuat akujanji didepan TYT Sabah pada 10 Mei selepas PRU-14 yang berlabuh pada 9 Mei. Apa yang malang lagi, 6 ADUN itu adalah mereka yang menang menggunakan tikit Barisan Nasional.
Jika kerajaan Sabah yang dibentuk pada 10 Mei jatuh, maka kali ke-2 kerajaan Sabah jatuh akibat khianat para ADUN yang tidak amanah, malah terlalu jauh daripada setia.
Para ADUN yang khianat itu, adalah Osman Jamal (ADUN Balung), seorang mantan Pegawai Kerajaan, dan dianggap sebagai calon bidan terjun. Kerana pertimbangan Musa, maka dicalonkan meskipun mendapat protes daripada pemimpin akar umbi di Dun Balung. Manakala Amisah Samat (ADUN Tanjong Batu), adalah calon yang sepatutnya tidak dicalonkan, kerana itegriti beliau diragui, namun dengan menggunakan air mata wanita, Musa akhirnya tunduk dan memberi peluang bertanding.
Bagi Jamawi Jaafar (ADUN Kemabong), tidak dapat disangkal, memang wajar menyokong Shafie, kerana memang beliau orang Shafie, yang bertindak musang berbulu ayam dalam Umno.
Sementara Datuk Abidin Madingkir (ADUN Paginatan) adalah mantan pegawai Kerajaan yang tidak merasaskan perjuangan politik. Kerana sifatnya sebagai mantan pegawai kerajaan, maka seperti lalang. Bagi Ewon Benedik (ADUN Kedamaian) adalah terlalu muda dalam dunia politik, maka peluang sentiasa direbut untuk kepentingan peribadi, bukannya perjaungan. Bagi Abdul Muis Picho (ADUN Sebatik), adalah wakil rakyat yang sanggup menelan kahak sendiri, demi kepentingan peribadi.
Apa yang masih sandaran kepada Kerajaan yang diterajui Musa, adalah kesahihan surat AKUJANJI yang ditandatangai 6 ADUN tersebut di depan TYT, pada 10 Mei. Jika akujanji itu sah, maka Musa adalah Ketua Menteri yang sah. Faktor yang menyokong Musa sebagai Ketua Menreri yang sah, kabinet beliau telah mengangkat sumpah, malah telah menyempurnakan mesyuarat Kabinet Pertama.
Manakala Shafie hanya mengangat sumpah sebagai Ketua Menteri, tanpa kabinet. Ibarat seseorang mengaku suami, tapi tiada isteri, mengaku isteri tetapi tiada suami.
Memandangkan status Musa, maka beliau mempunyai kuasa sebagai Ketua Menteri. Dengan kedudukan itu, maka beliau boleh meminta kebenaran TYT untuk membubarkan DUN Sabah sebelum persidangan penggal ke-14 DUN Sabah yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2018.
Jika tiada perubahan baru berlaku, dalam hal ini kompoisi ADUN, Musa disokong 25 ADUN, makakala Shafie 35. Jika berlaku usul belah bahagi di DUN, sudah tentu akan berpihak kepada Shafie.
Berasaskan kepada senario ini, dengan Status Musa sebagai Ketua Menteri yang sah, berasaskan faktor-faktor yang menyokong beliau sebagai Ketua Menteri yang sah, maka beliau perlu membubarkan DUN Sabah bagi membolehkan rakyat Sabah menentukan, parti mana yang diberi mandat, untuk mengelak, kerajaan KATAK, kerana Kerajaan KATAK, adalah kerajaan anti Demokrasi, dan anti amanah yang diberikan pengundi.
No comments:
Post a Comment