14 November 2009

Nizar: Saya Tak Derhaka Kepada Sultan: Bai'ah Hanya Kepada Parti

SEMBAH derhaka Nizar Jamaluddin kepada sultan Perak yang pernah menjadi polemik kerana Pas dan ahlinya hanya taat kepada parti dan pemimpinnya. Ketaatan kepada orang lain termasuk kepada sultan dan perlembagaan tidak termasuk dalam Bai'ah tersebut.

Penafian Naib Ketuanya, Salman Saleh bahawa tuduhan itu tidak berasas kerana pada masa itu sembah derhaka terpaksa dibuat ekoran Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana antara lain perkara yang ditekankan oleh Pas adalah supaya ahli-ahlinya taat dan mematuhi Undang-Undang serta Perlembagaan Negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

Menurutnya, Pemuda Pas Perak yang diberikan kesempatan merafak sembah kepada Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada 14 Julai lalu di Istana Raja Muda Perak, Ipoh turut dijemput menghadiri Majlis Berbuka Puasa pada 13 September 2009 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Katanya, ini membuktikan bahawa hubungan Pas dengan Istana adalah baik dan terjalin mesra.

Katanya, Pemuda Pas yakin segala tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dilihat sengaja mahu merosakkan hubungan antara Pas dengan istana dan ia akan dibuktikan apabila keputusan Mahkamah Rayuan yang akan diumumkan kelak.

Keputusan berkenaan katanya, penting kerana sudah tentu Nizar akan terus memberikan kerjasama kepada raja pemerintah kerana ianya sebahagian daripada Perlembagaan Negara.

Justeru, Pemuda Pas meminta seluruh rakyat menumpukan keputusan yang bakal diumumkan oleh Mahkamah Rayuan berkaitan kedudukan Menteri Besar yang sah nanti.

Pihaknya juga amat yakin bahawa semua pihak akan menerima keputusan ini tanpa bersikap prejudis dan tidak akan cuba mencetuskan perkara yang akan menggugat keselamatan negara.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, kenapa Nizar bercakap begitu ?

Nizar melihat setelah orang-orang Melayu Perak bangkit dengan kebiadapan NIzar boneka DAP terhadap Raza Perak...... sebelum ini Nizar sanggup menjadi tunggangan DAP untuk menunjukkan kebiadapannya, lihat sahajalah bagaimana dia bersikap biadap di dalam Parlimen...... ini juga satu contoh dia tidak menghurmati institusi Raja Berpelembagaan.....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels