He NEVER come, NEVER offer words of comfort but he is busy singing - "Sabah Dah Goyang Sabah Dah Hilang." How cruel!!!! We Sabahan must tell Anwar that Sabah 'Tak Akan Hilang' - LONG LIVE SABAH. Dipetik daripada Wall FB- Datuk Liew Vui Keong-Presiden LDP- parti kaum cina Sabah.
Jika kenyataan di atas ditelaah dengan lapang dada, jelas Anwar Ibrahim seseorang yang tiada perasaan, kerana Krisis Lahad Datu mengorbankan kaumnya sendirinya yakni melayu, kecuali seorang bumiputera daripada Sarawak.
Anwar tiada simpati langsung, bukan sahaja kepada perwira yang gugur, akan tetapi kepada keluarga yang ditinggalkan.
Malah rakan-rakan Anwar seperti Tian Chua, menuduh krisis Lahad Datu merupakan satu sandiwara. Kini, pula pembangkang mengutuk pasukan keselamatan sebagai kurang risikan taktikal, sehingga menyebabkan krisis Lahad Datu berlanjuatan sehingga sebulan.
Dakwaan demi dakwaan kepada pasukan keselamatan, sehingga ada memperlekeh tahap risikan mereka. Pembangkang mempersoalkan mengapa krisis Lahad Datu berlaku.
Perlu diingat, kerbau seribu mudah dikawal, manusia seorang sungguh sukar. Ini yang berlaku di Lahad Datu. Pengganas tidak datang berkumpulan. Mereka datang berperingkat. Mereka datang dengan orang-orang tua termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka datang tidak bersenjata. Mereka datang menyamar seperti merka yang benar-benar susah, tidak berkeupayaan.
Satu perkara, pengganas tidak mungkin termampu menjalankan tindakan pencerobohan tanpa dalang. Seperti kata Presiden Filipina, individu yang dikatakan punca daripada pencerobohan Lahad Datu adalah seorang yang papa kedana.
Seorang yang papa kedana mampu menyediakan persenjataan yang canggih yang sudah tentu berharga ratusan ribu. Pengganas mampu membeli rumah sebagai sarang di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna, bukan sebuah tetapi 9 buah, pembelian secara tunai pula tu.
Kalau tiada dalang, tidak mungkin, Agbimuddin dapat bertahan lebih seminggu daripada gempuran pasukan keselamatan. Sudah tentu orang yang paling dikehendaki itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan, sehingga memudahkan dia mengelak sebarang serbuan.
Tiada orang yang akan bersimpati tindakan seperti ini, kerana nyawa adalah taruhan, namun kerana kekuatan wang, maka seseorang itu sanggup bertindak.
Pengaruh wang, merupakan tindakan pengganas sulu berlaku. Atas sebab apa? Nothing To Lose bagi mereka. Misalnya Komonder Pangganas itu Haji Musa Abdulla hanya tinggal di sebuah gubuk buruk di Simunul Tawi-Tawi, demikian juga Jamalul Kiram III hanya tinggal disebuah rumah usang di Taguig City selatan Manila.
Demikan juga Ernesto Sambas, yang menyertai Haji Musa Abdulla ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu, hanya mempunyai rumah usang di Tawi-Tawi.
Seperti kata pengganas, diawal perundingan dengan pihak Polis, bahawa kedatangan mereka adalah untuk memuktamadkan satu perjanjian. Perjanjian apa itu? sudah tentu berkaitan dengan wang.
Sebelum 21 Februari, apabila pengganas pada mulanya bersetuju mahu meninggalkan tanah Sabah, namun mahu berjumpa seseorang pemimpin Pembangkang berprofile tinggi; siapakah pemimpin itu? sehingga kini, belum ada pengesahan siapa pemimpin itu.
Namun, melihat kepada komen Presiden LDP itu, jelas, hingga kini, Anwar lah pemimpin yang tidak pernah mengeluarkan kata-kata mengutuk penerobohan pengganas itu. Komen Anwar hanya berkisar kepada mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan, dengan berbagai dakwaan.
Sesuatu yang jelas, apabila seseorang enggan mengutuk, maka seseorang itu merupakan sebahagian daripada kejadian itu. Anwar tidak selamanya mampu bertukar rupa; keggagalan mengutuk pengganas sulu, adalah salah satu kegagalan itu.
44 comments:
Adakah Anwar ini seorang tidak ada perasaan.
Atau pun Anwar yang merancang semua ini berlaku.
Jika dilihat seperti Anwar gembira dengan apa yang berlaku di Lahda datu.
Adakah benar dengan dakwaan yang dibuat di filipina ini.
Dalang dalam semua ini adalah Anwar. Itulah yang dapat dibuat daripada kesimpulan tersebut.
Siapa yang tak kenal dengan Anwar - Raja Saman, pantang orang petik atau ada sebut nama dia sikit, dia akan saman... haa.. apa lagi, kenapa Anwar tak berani nak saman laman-laman portal antarabangsa yang telah mendedahkan Anwar sebagai dalang penceronohan di Lahad Datu?
Samanlah RM100 Juta... nak nafikan apa lagi... nak tunggu apa lagi? kata lawan tetap lawan!
Sebenarnya Anwar takut nak saman sebab bimbang lagi banyak rahsianya akan didedahkan... Itu lah dia kalau dah dasar pembohong tu, pembohong lah jugak....
Anwar Ibrahim menafikan pakatan pembangkang sebagai dalang disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
demikian merujuk kepada dakwaan terbaru pihak perisikan Filipina yang secara terbuka mengaitkan nama beliau dalam kejadian yang berakhir dengan tragedi apabila dua anggota komando polis terkorban dan tiga cedera dari pasukan VAT69 semalam.
Anwar walau bagaimanapun menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.
Justeru Anwar menolak sebarang fitnah yang dilontarkan kepada pembangkang sehingga menjejaskan imej parti itu.
Portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.
Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.
"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.
Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas jemputan pembangkang di negara ini.
Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat Umno.
Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Namun pada jam 10 pagi semalam, pasukan keselamatan negara terpaksa bertindak mempertahankan kedaulatan negara selepas penceroboh yang diketuai oleh adik bongsu Sultan Jamalul Kiram III enggan memberi kerjasama, mahupun menyerah diri.
Jadi jika dilihat sendiri bukannya media massa tempatan yang melakukan dakwaan tersebut.
Anwar perlu menjelaskan kepada rakyat. dan bukannya ingin saman menyaman saja.
Ini masalah keamanan rasanya Anwar perlu tahu atas apa tindakan yang dilakukannya.
Rakyat Sabah sememangnya menolak PR selepas ini.
Anwar pasti tidak akan terlepas selepas ini.
Tambahan lagi dengan kenyataan TIAN CHUA yang mendapat sambutan dan tetangan hangat daripada rakyat Malaysia.
pemimpin2 pembangkang dilihat langsung tak ada semangat patriotik. mereka mempersendahkan insiden di Sabah.
Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.
Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.
Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.
Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.
Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.
Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.
Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.
DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
Jika benar pembangkang ada kaitan dengan pencerobohan ini, pasti akan mendatangkan kemarahan rakyat.
Pembangkang sanggup buat sahaja untuk kepentingan mereka.
Post a Comment