12 May 2013

Pembangunan Kota Belud kini di Pundak Datuk Musbah

 
Kota Belud yang mempunyai satu kawasan Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri dan mempunyai penduduk seramai 98 ribu orang dengan pengundi berdaftar 54 ribu, untuk lima tahun akan datang pembangunannya terletak di pundak Datuk Musbah yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri makanan negeri untuk penggal kedua.

Datuk Musbah akan mendapat bantuan daripada ADUN Usukan Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dun Sabah, dan juga daripada MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan, yang ada kemungkinan menyertai kabinet Persekutuan yang akan dibentuk untuk meneruskan pembangunan kawasan Kota Belud.

Kota Belud merupakan kawasan Jelapang Padi negara yang baru, selain kawasan-kawasan pertanian yang lain seperti Agropilitan dan penanaman getah serta program-program perikanan yang berskala besar, selain menjadi Pusat Minyak dan Gas negeri.

Sebelum pembubaran DUN pada 3 April untuk membolehkan PRU-13, Kota Belud diwakili tiga pembantu Menteri dalam Jemaah Menteri sabah; namun salah seorang daripada pembantu menteri itu tidak bertanding dalam PRU, manakala seorang lagi gagal mempertahankan DUNnya.

Walaupun Kota Belud hanya diwakili oleh seorang dalam jemaah menteri, namun hubungan baik yang lama terjalin antara Ketua Menteri Sabah sebagai Ketua Kerajaan akan membantu Datuk Musbah membangun Kota Belud.

Datuk Musbah tidak akan keseorangan membangun Kota Belud. Kapasiti Tan Sri Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat juga akan membawa impak kepada pembangunan kawasan itu, apatah lagi untuk lima tahun akan datang, akan dibantu oleh ADUN Usukan yang baru sahaja dipilih Datuk Salleh selepas sepenggal tidak menyertai pilihanraya.

Pembangunan Kota Belud akan berterusan, kerana terpilihnya kembali Datuk Rahman sebagai MP. Dengan terpilihnya beliau, maka sumber kewangan daripada pusat akan dijangka mengalir ke Kota Belud, seperti mana berlaku pada penggal lepas, di mana lebih RM1bilion ringgit wang Kerajaan Persekutuan telah mengalir ke Kota Belud.

Suatu kawasan akan mempercepat pembangunannya kalau terwujud peluang-peluang pekerjaan mahupun perniagaan. Inilah fokus utama para wakil rakyat Kota Belud seperti mana tercermin selama 14 hari kempen PRU-13.

Harapan Penulis sebagai pengundi dan anak watan Kota Belud, pada PRU-14 nanti, semua janji-janji selama kempen PRU-13 akan menjadi kenyataan, agar mudah untuk berkempen pada masa itu. InsyaAllah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels