JIKA diamati, peluang keemasan pembangkang merampas Putrajaya adalah pada PRU-13, bukannya pada PRU-14.
Kemuncak kekuatan pembangkang adalah pada PRU tersebut. Bukti bahawa kemuncak sokongan kepada pembangkang, apabila berjaya menafikan undi popular Bn, sejak diadakannya pilihanraya di negara ini.
Hanya kerana sistem pilihanraya negara menggunakan first past the post seperti mana amalan demokrasi yang digunakan oleh negara-negara seperti Amerika, United Kingdom, di mana undi popluar bukan penentu kemenangan, akan tetapi jumlah kerusi, manakala di Amerika dipanggil electoral college.
Berdepan dengan PRU-14, pembangkang (Pakatan Harapan) tiada isu terpusat (central issue) yang boleh menggamit sokongan rakyat, selain dakwaan-dakwaan dan perkataan-perkataan boombastik seperti pencuri, perompak dan sebagainya. Perkataan-perkataan boombastik seumpama ini, telah digunakan oleh kumpulan reformasi pada tahun 1998, di mana masa itu, perkataan, MAHAZALIM, MAHAFIRAUN, KKN (koruptor, kroni, nepotisme) digunakan.
Seperti hukum ekonomi, tingkat kepuasan yang mencapai maksima dan optima, maka akan menurun semula. Bukti itu didapati pada PRN Sarawak pada tahun 2016, di dua PRK Berkembar, Kuala Kangsar, dan Sungai Besar, di mana pembangkang kalah teruk.
Sebelum dua PRK itu, di PRK Teluk Intan, Perak, Bn merampas kerusi DAP.
PRU-14, tidak serupa PRU-13, kerana Pakatan Rakyat tidak sama dengan Pakatan Harapan. Adalah hakikat, bahawa kekuatan PR lebih kuat berbanding PH.
Tun Dr Mahathir tidak boleh menganggap bahawa PPBM boleh menarik dengan mudah sokongan ahli/penyokong Umno, kerana telah dibuktikan sebelum ini, S46 dan PKR telah gagal. Manakala Amanah, akan bermimpi untuk menarik sokongan daripada ahli/penyokong Pas.
Adalah tidak boleh disamakan ahli/penyokong Pas dan Umno dengan ahli/penyokong MCA dan Gerakan yang mudah beralih kepada DAP.
Memang Lim Kit Siang mengharapkan tsnuami melayu, supaya PH yang diterajui parti itu membentuk kerajaan. Memang di atas kertas, Perdana Menteri & Timbalan adalah melayu, seperti mana kerajaan PR di Perak selepas PRU-12, MB adalah melayu, namun dalang dibelakang adalah Ngo & Ngeh (dua pemimpin DAP yang bersepupu).
Hakikat yang perlu diterima, kaum melayu, belum bersedia menguburkan Umno/Bn, apatah lagi sokongan rakyat Sarawak & Sabah masih kukuh terhadap gabungan 13 parti itu.