6 September 2009

Nizar Terkejut Terpaksa serah Kuasa Pada Zambry

Zambry tidak pernah dipilih oleh rakyat Perak jadi menteri besar. Zambry jadi menteri besar kerana Nizar beri kepadanya. Nizar tak jaga orangnya, kerana dia asyik dengan urusannya sendiri.

Akibat perbuatan Nizar rakyat Perak jadi kucar kacir. Kerajaan yang tidak menentu. Kecoh sana kecoh sini. Wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat terpaksa tidak peduli rakyat, kerana sibuk berebut tempat bersidang lah, berebut kereta camry lah, dan macam-macam lagi.

Sekiranya Nizar yang dipilih rakyat untuk menajdi MB menjaga wakil-wakil rakyat di bawah kepimpinannya, sudah tentu 3 orang ADUN Pakatan tidak menjadi bebas.

Nizar selama 11 bulan jadi MB hanya sibuk mengurus kepentingan Datuk Ngo dan Ngeh, kerana dua ADUN DAP ini adalah remote control Nizar. Nizar alfa kepada remote control ini, sehinggakan 3 orang rakan hilang di rimba.

Zambry walaupun pada awalnya bukan pilihan rakyat jadi MB, terpaksa akur dengan rezeki yang bergolek di depannya. Rezeki jangan ditolak. Rezeki datang sambut lah dengan shukur.

Nizar baru terngada apabila baton kekuaasaan terpaksa diserahkan. Dah terlambat Nizar.. tunggu pru-13 tahun 2012.

2 comments:

Sang Musafir said...

salam....saya rasa tuduhan anda mengatakan DS Nizar dikawal oleh DAP..Itu pemikiran jumud dan perkauman...

wslm

YANG GAMBI said...

Salam OKB,

Kawan bersetuju dengan perkataan Nizar hanya menjaga kepentingan Nga dan Ngeh, memang sudah jelas sejak dari mula Nizar jadi MB, banyak perkara yang dibuatnya untuk kepentingan DAP diutamakan, sehingga mencabar kedaulatan Sultan Perak.....

Hanya orang-orang buta dan pekak sahaja yang menafikannya....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels