5 September 2009

Penyebab Nizar Derhaka: 3 Katak ADUN Perak

Nizar tidak akan derhaka kepada Sultan, jika bukan 3 katak. 3 Katak ini lah yang menyebabkan Nizar derhaka.

Nizar dicabar untuk derhaka. Nizar didorong untuk derhaka. Nizar merasa tertipu, kerana itu pertimbangan untuk tidak derhaka dan melanggar tatasulia melayu hanyut.

Nizar bagaikan mimpi apabila Sultan memintanya letak jawatan, kerana 3 katak. Pada mulanya Nizar akur, akan tetapi atas nasihat para sahabatnya seperti Datuk Ngo dan Sivakumar, maka Nizar menarik balik hasratnya letak jawatan.

Sahabat-sahabat Nizar termasuk mahaguru mereka Anwar, pantang bermaut, biar putih tulang jangan putih mata. Lawan terus lawan. Melawan kerana bersebab, melawan kerana diminta dan dijemput melawan. Puncanya adalah 3 katak.

Penderhakaan Nizar berlarutan sehingga kini, telah 7 bulan, Nizar belum berpatah arang, Nizar terus melawan. Puncak melawan Nizar ada lah pada 2 September lalu, apabila sidang wakil rakyat Pakatan memutuskan 3 usul. Usul yang akan dipersembahkan kepada Sultan untuk perkenaan.

Walaupun usul ini tidak akan dapat perkenaan , sekurang-kurang Nizar konsisten dalam komitmennya untuk terus derhaka, derhaka bersebab, sebabnya adalah 3 katak.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels