4 September 2009

Nizar Di Perak seperti Anjing Menyalak Bukit

Kata orang anjing menyalak bukit, itu namanya kerja sia-sia. Nizar sebenarnya tahu apapun keputusan persidangan wakil rakyat di sebuah Hotel di Ipoh itu tidak membawa makna undang-undang. Barang kali gimik politik dan gimik bagaimana suasana jadi kelam kabut. Siapa yang kelam kabut mereka juga kelam kabut. Polis memang tugas mereka demikian, polis tidak akan merasa kelam kabut.

Mereka akan merasa gah kerana kehadiran FRU dan polis yang ramai. Apa hasilnya naih.

Hotel Hertiage senang hati kerana dapat bisnes. Bisnes F&B tiadalah, sebab bulan puasa, mungkin juga ada untuk bukan islam. Sivakumar pasti menegok jus limau atau sekurang-kurangnya ice lemon tea!

Persidangan DUN Pakatan hari ini adalah kerja sia-sia, tidak akan dapat merubah pemerintah an negeri, Zambry tetap MB.

Sayang seorang yang pendidikan seperti Nizar dan Sivakumar, tidak dapat menggunakan akal dan fikiran. Sebaliknya nafsu dan hati yang menguasai jiwa mereka. Nafsu kuasa, mabuk kuasa adalah nawaitu mereka, dengan label KONON NYA untuk rakyat!.

Bagi mereka persetan dengan undang-undang, kerana menurut mereka undang-undang ditangan mereka. Undang-undang untuk diri sendiri, membuat keputusan untuk diri sendiri, membuat peraturan untuk kepentingan sendiri-sendiri.

Kalau dah tahu minoriti berlagak alah sebagai minoriti, jangan paksa majoriti ikut. Jangan amalkan tabiat ANJING MENYALAK BUKIT.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels